Monday, November 23, 2009

Abang's Convocation

sebenar nya abang still 5 yrs old n still got 1 year baru nak konvo. tapi exam baru² ni abang dapat no 2 (last sem dapat no 3) naik satu tangga je koo..tapi atleast ada peningkatan kan. kids yang dapat no 1- no 4 akan naik pentas tuk amik hadiah..plus abang nye class kena wat persembahan.

confident level anak aku memang tinggi ko..hahah..kalau dak lain siap jalan benti²..abang jalan leh jalan terus tanpa pandang daddy nya tengah nak amik pic..hihihih..tu yang aku cakap confident dier lebih...buekkk

kena pakai baju melayu sebab lepas amik hadiah abang kena wat persembahan nasyid lak..

persembahan student 6 tahun..nx year dah masuk sekolah rendah. girl yang pakai gaun putih tu anak Seri..nama pun Seri Aliya..watak utama persembahan hari tu

ni persembahan yang buat penonton gelak tak hingat okk...ni kanak² 3 tahun. of coz la banyak yang kelam kabut sikit. ada tu sampai bergaduh kat atas pentas sebab berebut row

tak mula lagi time ni..boleh la dier meninjau cari mummy n wawan

event dah abis..kids tengah tunggu parents amik. ni still kat atas stage...abang dapat no 2 demand nak basikal...hua..hua..hua..bankrap lagi

last day with cikgu nurul..nx year masuk kelas 6 tahun abang akan dapat cikgu baru. aku dah buat cikgu nurul ni macam adik sendiri dah..baik lak tu

abang nyer fav pengasuh. oh ya..peranan dan tanggunjawab cikgu dan pengasuh ni berbeza ok. pengasuh ni dier uruskan makan/pakai budak². yang ni nama nya Murni...sweet je nama..semanis orang nya gak.

sekarang ni dah school holiday..uols ada plan baik ke nak bawak anak² gi mana? aku dalam seminggu dua ni akan oustation..so plan holiday tu kena kiv dulu unless aku amik masa cuti Raya ni nak bawak diaorg gi holiday kat tempat yang dekat² je



Thursday, November 19, 2009

Sekitar Program

tajuk program "gerak mesra" tapi sebenar nya kami yang lebih meramah mesra. sudah menjadi adat, ragam kehidupan..kekadang dalam sengaja or tidak sengaja kita boleh meyakitkan hati sahabat yang lain dalam menguruskan kerja² di pejabat.

jadi bila ada nya program sebegini, usaha dan kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan. nama baik pengarah dan ketua jabatan kami pikul supaya tiada satu pun cacat cela sepanjang program berlangsung. tidak dinafikan, ada yang bermasam muka sesama sendiri..ada yang menaruh perasan tidak puas hati antara satu sama lain. tetapi selalu nya setiap kali program sebegini dianjurkan..perasaan negatif tu kami tolak jauh². sikap profesional harus ada pada setiap pegawai...dengan harapan setiap kerja yang kami lakukan harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin

aku sebagai wakil puspanita bahagian mengambil berat apa yang berlaku di bahagian aku sendiri. tidak menyalahkan mana² pihak...cuma beban itu aku rasa dipikul di bahu aku selaku wakil bahagian. atas perbincangan sesama rakan sepejabat...kami mengambil inisiantif untuk memulihkan hubungan yang mulai renggang.

alhamdulilah..niat murni kami itu mendapat hasil yang positif kerana masing² mengerah tenaga dari awal pagi hingga ke lewat petang. secara tak langsung...hubungan kakak dan adik bertambah erat dan mesra. walaupun ada 2% daripada 100% yang tidak menghadirkan diri...aku rasa sedikit terkilan kerana sifat degil dan sombong tidak pernah mereka ketepikan.

kami sama² mengambil tugasan untuk menjayakan program tersebut

wajah² ceria setelah program hampir selesai..

merehatkan badan di kerusi vip's... :)

budak indie ini tersesat agatnya..or tgh memikirkan katil dirumah yang memanggil² disebabkan kepenatan

aksi cameraman yang nyaris² terlelap sewaktu mengambil gambar..hahaha...akak faham kepenatan ko tu zam..tapi takpe..ini program khusus tuk korang gak kan

sekitar majlis..

bee dapat hadiah cabutan bertuah...larat ke bawak tu bee?

selepas selesai majlis dalam 11.30 malam...n selepas semua tetamu dan vips balik..weols ajk amik alih pentas lak..hahaha...release tension okkk

kan aku dah kater...sesi release tension kan..macam² adegan yang weols nampak malam tu

bukan tarian singa...tapi tarian bollywood...siap guling² lagi tu

aku siap bersimpuh atas pentas kooo...tak larat dah...

hihihihi...matilah kalau boss aku nampak pic ni..kesudahanya...KAMI PUAS HATI!!!!






Wednesday, November 18, 2009

Tak Mungkin Kerana Sayang

mengikut jadual entry..sepatut nya entry berkenaan dengan majlis makan malam akan dipublish pagi tadi. tapi atas sebab² teknikal (salah letak tarikh la ) insyallah...entry tersebut akan menyusul selepas ini

sejak dari pagi tadi aku berusaha tuk menyiapkan kerja tuk program akan datang tetapi entah kenapa kesihatan tiba² terganggu dan memaksa aku untuk bergegas ke klinik. nasib baik ada opismate yang sedia menghulurkan bantuan tuk mengambil alih kerja yang tidak selesai sejak dari tadi

alhamdulilah..selepas satu dos suntikan, sakit nya mulai hilang. sekarang aku duduk berseorang sambil melihat gambar² lama. entah kenapa nostalgia lama selalu bermain di fikiran, dan satu demi satu kekawan lama hadir dalam ingatan.

apa khabar agak nya mereka..adakah mereka mengingati ku seperti mana aku merindui mereka. dalam hidup ini kita sering diduga dengan pelbagai cabaran yang kadang² di luar kemampuan kita.

kalau dulu kita seorang yang periang...tak mustahil sifat riang itu boleh bertukar kepada orang yang suka menyendiri. sebagai manusia biasa aku selalu mahukan yang terbaik dalam hidup...kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.

kita bersumpah tuk setia pada yang satu..kita bersumpah akan sehidup semati hanya pada dia seorang. tetapi kita tak dapat nak melawan perasaan yang kadang kala hadir tanpa diundang. apa yang dapat aku mampu hanyalah berdoa agar perasaan ini dapat ku buang jauh². perasaan sayang...perasaan benci...perasaan DENDAM..

"setiba dipersimpangan langkah kita tidak lagi sehaluan....begitu hidup ini, tiada yang abadi..."

"kau telah jauh, jauh dari ku..tiada ruang dihati buat mu, namun harus ku akui ada ketika diminda kau menjelma kembali"

"tak mungkin kerana sayang..cuma terganggu dengan perasaan"

after let go my old E71...aku dapat ni sebagai penganti..sebenar BBerry bukan gadget idaman sebab aku still suka dengan Nokia. tapi atas alasan hadiah dari seseorang...so aku terima gak ler BBerry ni..mula² penin kepala camne nak handle. tapi sekarang dah ok dah...huhuhu...ai like it!! paling penting nak online thru BBerry lebih cepat dari E71

luv u D!!!



Monday, November 16, 2009

Gerak Mesra

last saturday opis kami ada buat satu program yang belangsung di stadium pancarona, putrajaya. program yang bermula dari awal pagi hingga la ke lewat petang. seperti biasa setiap orang ada portfolio sendiri...so pandai² la settle kan kerja masing² kan
tapi dalam masa yang sama, weols yang wanita nya buka gerai kat tepi stadium. ala just gerai kecik tuk weols suka² je. hasil jualan nanti akan weols salurkan kepada tabung kebajikan bahagian.
walaupun just biasa²..tapi tak sangka la sambutan memberangsangkan. mungkin sebab ketiadaan cafe di stadium tersebut menyebabkan gerai kami menjadi tumpuan penonton yang menyaksikan kumpulan masing² beraksi

ni awal pagi..takde orang lagi..so weols amik kesempatan tu alas perut sebelum berkerja

persiapan ni weols usaha sama². jaga kedai pun ada shif ok...

seronok sangat sebab sama² berganding bahu tuk memastikan program berjalan dengan lancar n dalam masa yang sama gerai weols harus diberi perhatian.

hujan pun tak boleh mematahkan semangat weols tuk berniaga..hahahah...walhal kalau ribut for sure payung tu leh terbang...ngeh..ngeh...serba kedaifan koooo

selesai program disiang hari..weols sambung lak program yang berlangsung di malam hari nya. penat mmg penat...tapi weols enjoy...bertambah lak keuntungan yang weols dapat berlipat kali ganda...alhamdulilah...lenkali nak wat lagi la jualan macam ni..

program malam nya nx entry...nak balik dah...




Cutest Baby In Blue

dah hampir 2 tahun jadi blogger...ini la first time aku nak nerai masuk contest. shuld be contest aku dah sumbit awal² tapi entah naper macam tak terkejar je masa. ada je kerja lain yang menanti. so awal pagi isnin ni terus aku gigih wat contest yang aku rasa mmg la last minute nye task..

seems tat anak² aku lelaki...so mmg banyak benor baju yang kaler blue nye. waktu keadaan diri tak baper sihat arituh..aku banyak melawat blog² baru yang tak penah aku kunjungi. dalam misi "lawatan muhibah" aku terjumpa ngan saru contest "cutest baby in blue".

aku ni bukan boleh di kategori kan orang bertuah sebab kalau gi dinner or xtvt lain...jarang benor nak dapat hadiah lucky draw..so mudah²an contest ni dapat memikat hati juri² iyer...

sapa² yang nak join..leh dapat info kat blog Eliza

my eldest son Muhammad Syafie Syahmi

5 tahun 11 bulan.. (dah lebih erkk or still dikira 5 tahun gak)



Muhammad Syafi Syazwan

3 tahun - lengkap ngan kaler blue xcept pacifier tu..hihihihi...





TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung

2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER saya di Blog ini..

3. Linkkan -elizakru.blogspot.com di blog anda

4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini

5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru

6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda.

7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri

8. Had umur baby uols :- newborn ~ 5 tahun

9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada 5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu.........





Friday, November 13, 2009

Entry Kelam Kabut

ni bukan aksi terkejut jumpa antu or jumpa alien..but aku tgh nerai amik pic pakai dslr tuk aksi bergerak...cea...kunun nak amik pic model la kan. so model yak berbayar harus la wawan...n bertungkus lumus dier melompat supaya mummy nya dapat amik shot yang terbaek..

ada sesiapa yang terror dlm photografi ni meh ler tinggalkan jejak..kasi tips sikit...

mangga peneman dikala mual melanda...

lots of entry nak kena buat. ada banyak hutang yang perlu dilangsaikan...dah terlalu lama aku menyepi di sini...so harus menebus balik segala yang tertinggal dulu...apa pun..wait for my new entry...soon...soon la coz skrg aku ada misi tuk diselesaikan memandangkan esok ada program besar yang harus aku dan kekawan laksanakan...







Babai E71

tiz cute little bear aku beli kat memory land. nampak comel n nampak berguna untuk aku letak sesuatuh

cea...sesuwei kan. motif nya sebab aku selalu "kehilangan" hp disebalik kertas n fail² yang berterabur kat atas meja. kalau idak pun hp aku selalu tercicir di celah kotak bawah meja ni. nak mengelak dari aku bengang bila mencari hp..aku jadikan little bear ni sebagai penyelamat.

but then

*

*

*

*

*

tak sampai sebulan tiz lil' bear berkhidmat ngan my nokia E71, i hv to let go gadget ni kat seseorang...coz i hv my new gadget oledi.

akceli aku takmo nak jual ngan orang yang aku kenal..kalau boleh aku nak let go ngan cina jual hp je. tapi dak ni berebut² nak beli plus aku jual x mahal..just suku dari harga aku beli hp tu dulu..so aku kater, sapa cepat dier dapat...so the winner is, dak sopy ni...dier call kater nak terus bagi duit on the spot..so..sob..sob..babai to my E71