last week aku n opismate terjah satu website ni. hihihih...sajork nak cuci mata kan. kat website ni ada jual pelbagai barang tuk baby taw. uols leh terjah kat http://mybbstore.com
ada yang tanya kat maner beli buddy harness tu kan..kat entry ni . aku beli kat website ni lah. uols boleh beli online je...or datang kat showroom dier

termos ada banyak pilihan tau. cantik² lak tu...aku suker yang kalerful

hihihihi...rambang mata taw. ada certain barang tu uols boleh dapat dengan harga yang murah dari luar. tapi ada gak sama harga..ikut brand lah. tapi kat sini macam² adooo



aku rembat yang ni..tapi kotak besar tu bukan tuk anak aku taw. ni untuk bagi kat opismate yang baru dapat anak pertama...tiga item kat depan tu untuk aku.

tada...baru nampak cantik
uols..aku baru balik dari bercuti rehat...n lama lak aku tak hapdet kan. dan uols tentu perasan aku tak done nak balas komen uols. bukan bermaksud aku tak baca...aku baca, cuma setakat ni masa macam tak sempat je. kebanyakkan entry aku buat auto publish time malam je..time siang aku terjah blog uols lakk...tapi ada satu komen ni buat aku betul² nak explain balik.
nak comment tentang pengguna kaedah penjagaan anak ini.. (jgn terasa lak ek mumy) hehe! :pactually wujudnya mende camni adalah jasa daripada orang malas.. kenape orang malas? Kenapa tidak orang rajin? Saban tahun kita mendengar yang orang kehilangan anak, ada yang jumpa dan ada yang tak jumpe2 lagi dan maksudnya anaknya telah pun diculik.. Ekoran dari kejadian yang tidak diingini spt ini, maka wujudlah idea utk membantu orang yang malas nak menjaga kehilangan anak ketika tengah bershopping or swimming or etc.. Tapi bagi pendapat saye sendiri, tak seswai di amalkan di malaysia .. Sebabnya? tau2 la sendiri .. ;phohohoho! just my opinion jer mumy~ egeegege! ;p
Komen balas dari aku lak
sebagai seorang ibu yang mengandungkan anak sembilan bulan sepuluh hari, bertarung nyawa dalam wad bersalin sudah memberikan aku kesedaran betapa berharga nya zuriat yang diberikan oleh Allah. dan sebagai seorang ibu juga aku mahukan yang terbaik buat anak² ku. kami sebagai ibu dan bapa tidak boleh memantau anak 24 jam sehari. dalam masa yang sama juga aku perlu meneruskan kehidupan..mencari nafkah dan memenuhi kehendak atau keperluan sendiri. body harness ni bukan lah dipakai pada tubuh wawan sejak dier berusia satu hari. malah ianya baru dipakaikan sejak seminggu yang lalu. dan juga bukan disemua tempat aku akan memasang body harness ni...ikut tempat dan suasana lah. takkan time makan pun aku nak ikat dier kan..n takkan kat tempat lengang takdo orang pun aku tak boleh nak awasi dier..
kalau ko tengok kat pic tu..ko boleh agak suasana sekitar tempat tu. aku kena awasi wawan..n dalam masa yang sama aku kena tengok kan si abang. untuk pengetahuan Dakjaat gak, kanak² di usia wawan ini memang sukar dikawal jika dibandingkan dengan usia abang yang sudah mengerti n sudah faham apa itu "tidak boleh" apa itu "bahaya". kalau kiter pukul...kiter jentik...kiter rotan sekali pun..ianya tidak akan mendatangkan kesedarang kerana di lingkungan usia tu belum boleh faham apa yang cuba kita sampaikan.
n perkataan malas yang dilemparkan itu terlalu subjektif. adakan masal menjaga anak ke..malas nak mengawasi anak ke...
senang cerita..awak belum berkeluarga..malah belum mempunyai anak lagi. dan saya rasa awak belum memahami suasana yang kami sebagai ibu dan bapa hadapi. jika awak di dalam situasi ini..baru awak mengerti dan saya yakin awak akan mengambil langkah yang sama.
no heart feeling ok...my blog my opinion.
Nota Kakifont sengaja dibesarkan sedikit dari entry sebelum nya kerana ada blogger yang menghadapi masalah membaca font kat sini. maaf yer..sebelum ni aku ingat pakai font kecik ni nampak cantik sikit..tapi mendatangkan masalah lak pada blogger yang lain. hihihihi...kalau ada masalah lagi tolong bagitaw iyer. saya akan buat kan yang terbaik untuk kekawan semua.