Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 19, 2009

Sekitar Program

tajuk program "gerak mesra" tapi sebenar nya kami yang lebih meramah mesra. sudah menjadi adat, ragam kehidupan..kekadang dalam sengaja or tidak sengaja kita boleh meyakitkan hati sahabat yang lain dalam menguruskan kerja² di pejabat.

jadi bila ada nya program sebegini, usaha dan kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan. nama baik pengarah dan ketua jabatan kami pikul supaya tiada satu pun cacat cela sepanjang program berlangsung. tidak dinafikan, ada yang bermasam muka sesama sendiri..ada yang menaruh perasan tidak puas hati antara satu sama lain. tetapi selalu nya setiap kali program sebegini dianjurkan..perasaan negatif tu kami tolak jauh². sikap profesional harus ada pada setiap pegawai...dengan harapan setiap kerja yang kami lakukan harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin

aku sebagai wakil puspanita bahagian mengambil berat apa yang berlaku di bahagian aku sendiri. tidak menyalahkan mana² pihak...cuma beban itu aku rasa dipikul di bahu aku selaku wakil bahagian. atas perbincangan sesama rakan sepejabat...kami mengambil inisiantif untuk memulihkan hubungan yang mulai renggang.

alhamdulilah..niat murni kami itu mendapat hasil yang positif kerana masing² mengerah tenaga dari awal pagi hingga ke lewat petang. secara tak langsung...hubungan kakak dan adik bertambah erat dan mesra. walaupun ada 2% daripada 100% yang tidak menghadirkan diri...aku rasa sedikit terkilan kerana sifat degil dan sombong tidak pernah mereka ketepikan.

kami sama² mengambil tugasan untuk menjayakan program tersebut

wajah² ceria setelah program hampir selesai..

merehatkan badan di kerusi vip's... :)

budak indie ini tersesat agatnya..or tgh memikirkan katil dirumah yang memanggil² disebabkan kepenatan

aksi cameraman yang nyaris² terlelap sewaktu mengambil gambar..hahaha...akak faham kepenatan ko tu zam..tapi takpe..ini program khusus tuk korang gak kan

sekitar majlis..

bee dapat hadiah cabutan bertuah...larat ke bawak tu bee?

selepas selesai majlis dalam 11.30 malam...n selepas semua tetamu dan vips balik..weols ajk amik alih pentas lak..hahaha...release tension okkk

kan aku dah kater...sesi release tension kan..macam² adegan yang weols nampak malam tu

bukan tarian singa...tapi tarian bollywood...siap guling² lagi tu

aku siap bersimpuh atas pentas kooo...tak larat dah...

hihihihi...matilah kalau boss aku nampak pic ni..kesudahanya...KAMI PUAS HATI!!!!






2 orang membebel:

rasp said... Reply to comment Reply to comment

murni sungguh niat uols buat program nie sis...
mmg elok tul tujuannya...
glad everything went on jez smoothly :)

eiza in the house.. said... Reply to comment Reply to comment

bestnya kak...dpt eratkan silaturahim antara kengkwan sekerja kak tu kan..:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...