Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 31, 2009

Sunway Lagoon

camne aku bulih terlepas n3 pasal sunway lagoon erkk? adoii..citer ni dah basi tapi aku nak gak wat n3. uols layan je lah erkk..kalau malas nak baca, tengok pic udah ler ye. no umpat² one kay..
the main reason my sis nak gi jenguk aku sbb nak bawak anak² gi sini. si putih dah mengidam gi sunway lagoon ni weii..

weols gi weekday..ingatkan org tak ramai tapi tak sangka lak still penuh camni. nak beli tiket punya la bapak lama weols menunggu.

mak aii..macam² posing kaum kerabat ku ini..hihihihi..buang karan je.

main benda alah ni amat lah boring tau. so slow..tapi kalau laju sangat aku pun takut. oppss..wawan tutup telinga sbb dier takut. entah naper dier harus tutup telinga setiap kali takut. aku pun tak faham ngan karenah dak notti ni.

ada gaya perenang kebangsaan tak? time ni weols layan main cawan tau...wawan n daddy takmo main. daddy takut dier penin so awal² dah kibar bendera putih erkk.

sumpah takmo main ni lagi...mmg aku tak berani pun. ada ka patut budak yang jaga mesin ni buat naya. ee.e.......scaryyyy tulll. leh tercabut jantung

my sis n niece ada kat atas tu. aku lak duk terpacak kat bawah...hahahah..part ni mmg best woo..sbb aku gelak syaitonn dgr diaorg menjerit. sapa suh main??

sian budak² ni..mak nye tgh main sampan tu. diaorg nak main tapi tak cukup tinggi. so kena lah duk diam ngan maksu kat bawah erkk

nak balik dah...perasan tak si putih tgh sentap. dia ni mmg kuat merajuk. hero pun dia gak..kaki panjat pun dier gak..kaki meraung pun dier gak..si putih tu yang paling kiri. weols panggil putih sbb waktu lahir dulu putih nya macam putih sagu. mmg putih sangat

nak tunjuk kat uols satu pic. tapi uols kena janji takmo gelak. kalau uols gelak aku dush dush kang. jangan gelak erkk

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

kan aku kater jangan gelak. cuba cari yang mana satu aku?? jangan gelak weiii...jahat tul korang kan. kalau aku tahu ada camera..mmg aku maintan cantik kooo

tengok pic ni buat aku rindu kat family di kuching. sian anak saudara aku..maksu nya tertinggal proses pembesaran diaorg. sesuatu yang tak boleh dibayar balik! ok da....nak call mak jap. rindu lah pulak

Friday, January 30, 2009

The Uniforms

aku tak tahu sebenar nya tarikh berkuatkuasa weols akan pakai uniform. yepp...mantion bout uniform, pas ni aku tak leh la ronda² cuci mato kat shopping complex. adoi...selepas suruhanjaya ni ditubuhkan, banyak sangat hear say yang aku dengar. orang kater channel hanoi ni bukan boleh dipercayai 100% kan. but aku kena wat preparation start from now.

semalam weols yang pegawai badan ni diwajibkan hadir tuk satu taklimat uniform...(adusss....dunno y i hate tis part so muchhh) taklimat ni mengajar weols cara² pemakaian uniform dengan sebetulnya. cara pasang butang...butang duk tang mana..pakai topi yang mana satu. n uniform ni bukan satu tau...ada 3 semua nya. TIGAAAAA......camne lah aku nak sesuaikan diri pas ni erkk??

yang kiri tu review order. yang weols wajib pakai setiap hari. scary kan...i mean to many rules kena ikut kalau pakai uniform ni. salah satu nya, takleh merayau² kat pusat hiburan atau perjudian. tak boleh pakai pengangkutan awam kecuali teksi. tak boleh pakai selipar...ada orang suka n ada yang tidak. aku lak...tengah² ok. sebab kekadang aku tengok orang pakai uniform ni smart giler. tapi tak semua orang nampak segak..kalau orang gemokk camner? tak sesuweii kan...plus wanita pun kena tuck in kooo..takleh imagine aku.

habis tu camne baju warna warni yang kat dalam almari tu? sapa nak pakai? kasut yang melambak kat rak kasut tu..camne? waaaaa...nak nangisss aku weiiii...pas ni aku nak wat lelong je lah.

taklimat kali ni mmg lucu weii. aku gelak part tips yang dier bagi tu. kater nya...kalau weols nak bagi kemas kemeja kat dalam, weols harusss lah masuk kan kemeja tu kat seluar dalam/ panties. adoii...yang lelaki tu takpe la, yang pompuan tu camner? lagi² panties yang ada lace n renda². hihihih...nak imagine jap...jap arr..adoiii...lawak la..

nak gak amik pic kaki..apa da...ni idea sukarni lah ni. dalam keadaan berat hati, aku haruss lah mengikuti peraturan baru. so far, dah ada bahagian yang mewajibkan hari isnin dan rabu pakai uniform. bahagian aku lak..sunat je..so selagi peraturan baru belom berkuatkuasa, harussss aku melaram sebelom kena paksa pakai uniform. pasni tak leh dah...no high heels..no baju munge²...n yang paling penting...no more GUESS!!! menciii sbb weols kena pakai beg subsidi uuuu....besar boleh muat laptop or pampers anak! tak caya?? nanti aku amik pic

Macam² Hal

kalau aku kater orang lelaki ni lebih kreatif, uols setuju tak? hihihi...utk pengetahuan uols, jabatan aku kan telah dijadikan suruhanjaya. so our autority card pun kena tukar gak. bila kena tukar...harusss amik pic baru kan. time weols pompuan ni kecoh² nak amik pic kat kedai..opismate aku yang lelaki wat aper tau uols?? diaorang wat ni

*

*

*

*

*

ha...kan aku kater kreatif. jimat duit lagi tu..pastu print kat kertas a4 je..hihihihi...mmg jimat duit kan

dengan kos papan target, payung takaful...dah boleh selesai kerja diaorg kan. time ni aku gelak macam syaitonnn uols...mmg tak boleh tahan tgk aksi cameraman siap bertengek kat atas troli..hihihi...yerlah..dah cameraman nya lagi rendah dari orang yang nak diambil gambo..harusss pakai alat sokongan kan

bila tak puas hati ngan hasil...mula lah sorang dok ajar sorang..adoii...marbelessss. janji ROCK kann..

Thursday, January 29, 2009

Penat Dah

apa yang uols tengok tu takde kena mengena erkk ngan tajuk. plus pic ni diambil bukan waktu sesi wawan buat pemujaan....jauh sekali nak buat ajaran songsang. hihhiih...pic ni daddy yang amik sebab nak test camera kunon. aku lak bila tengok pic ni...macam best lak kan. macam ada story behind the scene...wah..wah....oh ya, benda yang berlampu tu ada lah sejenis batu tau. kater orang ni batu garam...n baik tuk mengembalikan aura² yang bersih di dalam rumah. untuk orang yg ada penyakit cam aku ni mmg elok sangat lah iyer. tang mana elok aku tak sure sbb tak nampak lagi improvement dier kan..bagi aku just nampak lawa je. anyway aku beli batu ni RM10 je. datang sekali ngan bulb erkk..kalau uols gi alamanda, harga batu ni dalam rm30-rm50. so mahal kann..kalau uols nak tahu kat ner aku beli...ym aku erkk...hihihi..tempat ni rahsia..syyyyyy

actually aku nak berleter pasal umat manusia yang non adoo blog ni. adoii..aku dah penat lah weii...boleh tak uols buat kerja sendiri yang berfaedah daripada mengumpat pasal blogger ni. majoriti kekawan blogger penah mengalami masalah camni kan. untuk pengetahuan uols (esp orang satu bangunan ngan aku ni) aku update blog pada waktu malam dirumah n akan dipublish kan mengikut waktu yang aku mahu. korang tahu tak auto publish?? mesti lah korang tak tahu sbb korang takde blog kan...hihihi...pity u larr. so takde timbul isu curi tulang or wateva. kalau uols rajin, jenguk lah entry aku tahun lepas..aku siap publish kan aku nya broadband siap ngan lap top ok.

why aku sanggup abiskan duit tuk semua ni?? aku punya pasal la..yang uols sibuk tanya wat aper?? hihihihi...sori arr..sbb nya, aku ni duduk jauh ngan dari family kat sarawak. so ngan cara ni je diaorg (makbapak,FIL, adik badik aku) leh tahu perkembangan aku kat sini. mmg la ada tepon...tapi dengan cara ni, hari² family leh tahu aku wat aper...anak aku wat aper...adoii...naper aku kena xplain semua ni???? sbb pas ni aku takmo lah uols yang satu pejabat ngan aku ni keluar kan kata² sumbang kat aku. mula² sorang..pastu sorang..pastu sorang n sampai sekarang...aku rasa each floor ada add aku nyer blog kan. n pada uols yang dah tahu tu..aku minta satu je...tolong lah jangan kecoh². sbb bila ramai orang dah tahu..aku rasa tak bebas nak berblogging la. jangan sampai aku wat private dah. nanti aku lock kang...

oiiiii!!! aku dah penat lah weiii..shoo...shoo..korang main jauh² bulih. kalau takat baca, komen n diam bulih ke? no umpat² arr...kalau nak, cakap depan.

Meh Ke Pahang

kali terakhir aku gi Pahang dalam tahun 1999. hampir 10 tahun kan..dulu aku pegi sbb kursus kat Tekam and kali ni aku pergi lak sebab nak gi kenduri dak Ayu. weols pergi konvoi naik 4 buah keta koo...mmg penat nyah!!

ni padangan dari depan rumah pengantin. weols macam terpinga² sebab confuse. betul ke rumah pengantin ni..ngeh..ngeh..macam blur sekejap

hantaran tuk pengantin lelaki. aikk..makeup tu bukan tau, tu mak andam yang punya. hantaran ni semua ayu buat sendiri. kreatip gak erkk..

pelamin pun ayu buat sendiri...hihihi...gurau je..of coz lah tempah kan. tul tak ayu??

time kawen ni kan..kalau aku kater cameraman yang main peranan uols setuju x? iyer la..cameraman yang terror bab posing mosing gini. teringat zaman aku kawen dulu..macam nak nangis aku kena dera

time ni pengantin lelaki dah mai dah..tapi aku nak gak amik pic ngan ayu

hihihihihi....masing² bawak camera erkk..kater blogger tegar..

nampak tak pengantin lelaki tu..suami ayu ni orang negorii..hencem tak? macam amir sofaz pun ada kan. sesuweii gitu

selamat pengantin baru ayu n ajak..semoga kekal hingga ke akhir hayat. takmo notti² lagi pas ni. awal perkahwinan selalu nya mmg dilanda pelbagai dugaan..orang kater kiter baru nak sesuai kan diri..hopefully uols kuat n tabah mengharungi dugaan dan cabaran k.

ni hantaran dari pihak lelaki..dalam banyak² barang tu. aku amik pic ni je...kelasss kannn

beratur macam dayang lak weolss ni

rombongan weols dari putrajaya ni..

ni pic pompuan lak. nak amik pic lelaki n pompuan macam tak muat pelamin. so kena asing² gitu. ehh..naper aku pakai kaler pink? camne aku tak tau tema ayu ni green erkk??

on day way balik. sebab budak dua orang ni weols tak boleh tido tau. memekak je dalam keta. tapi syok naik keta ngan budak dua orang ni

ni lah pic penumpang kat blkg..haru biru weolss kat blkg ni

lastly...selamat pengantin baru ayu!!!!!

Wednesday, January 28, 2009

Hasil Weng Weng

ingat tak entry weng weng aku. time tu kan aku ngantuk..so nak hilangkan ngantuk, aku pi serang alamanda. biasa lah uols...kami kat putrajaya ni, tmpt paling dekat alamanda lerr..mana ada tempat lain lagi

kasut ni rega rm89.90..entah naper aku terpikat pandang pertama, terus aku rembat koo. terompah ni erkk..sedap pakai. ringan je.

ni untuk stok sebulan..hahaha..tak sampai kot. entah² tuk 2 minggu je. yang japanese blossom tu sedap tau. limited edition ni..tapi lotion dah habis erkk..tinggal body butter je. satsuma tu best woo...mata ngantok leh celik ngan bau nya. uols terai la..mana tahu pas pakai ni suami uols terkam macam rimau..(ikut kater ita la ) hahahahaha

Nota Kaki

lama aku tak upload pic baju erkk..takyah la..malaih lak. tunggu aku buka kedai online je lah nanti..ngeh..ngeh..

Thanks Unties

part posing mmg bagi kat wawan je..dier yang over dari birthday boy nye

abang dapat hadiah daripada untie bee...makasih yer be..buat susah² je. untuk mak nyer takde ke..hahahha...lariksss

abang suka tul ngan buku yang untie bee bagi ni...tapi aku tak kasi conteng lagi tau..sayang lak. abang cuma boleh tengok n eja je..

anak dara dua orang ni pun sibuk² nak bagi hadiah tau...thanks la iye...tapi tuk maknya jangan lupa erkk..bulan april nanti..hahahaha. siap demand koo

yahoo..dapat beg ben10 dari untie tika n untie su..thanks erkk...mmg hargai sangat²

Saturday, January 24, 2009

Cupcakes

gigih aku naik bukit ooo..aku ke sini sebab nak jumpa anna. ni kali kedua aku tempah cupcake ngan ana..yang ni aku dah tempah awal tahun hari tu. sib baik anna sanggup terima tempahan aku.



cantik kan rumah dier..teringin nak ada rumah camni..bila lah boleh tertunai kan. entah² sampai pencen pun tak dapat kott..kempunan je

yang ni tuk weols anak beranak kat rumah. sponge bob for wawan n for coz ben10 for abang. MM's tu tuk aku ngan daddy ler...

nak tempah cake kat anna?? klik sini

Friday, January 23, 2009

Birthday Abang

abang nak gak character Diamond Head ni..so aku tempah ni kat Secret Recipe. actually kek ni boleh tempah dalam 3 hari, tapi aku dah tempah 2 minggu lepas. takut la tak sempat kan. baik prepare awal..yang ni 1 1/2 recipe n rega RM126.00. Kalau uols nak order kan, ada banyak lagi pic yang lawa² tapi entah naper abang choose tiz one.

hari ni kan hari Jumaat, budak² semua pakai baju melayu n baju kurung. comel kan. yang tu cikgu abang..Cikgu Nurul..very soft spoken. orang lain beratur, tapi uols perasan tak abang kat ner?

entah naper aku geram ngan budak ni. anak sapa lah nie yer...comel nya. macam aku nak picit² je. muka aku ke muka dier yang bulat??

tengok uols..memang tak sabar² budak ni. dalam pic ni classmate abang...dalam 20+ orang je..tapi skulmate nya dalam 143 org. n kalau uols perasan, yang pakai baju biru membelakang camera ni adalah pengasuh dan yang cikgu nye tak pakai baju biru tu. kira pengasuh ni la monitor time budak² mandi n makan.

bila puan tukijah tanya sapa ada api..semua panik sbb diaorang kan takde yang merokok. sib baik aku bawak daddy sekali..ternyata smoker ni sentiasa ada lighter kat dalam poket kan. penyelamat keadaan kiranya...huhuhuhuh

jom kiter nyanyi ramai².

Happy Birthday to you, happy birthday to you..happy birthday to syafie..happy birthday to you.

nampak happy je muka abang ni..kalau la dak wawan ada sekali..lagi best kan!!

ngan cikgu nurul


time ni abang malu² ok..aku kiss dier depan kekawan pun dier malu..aiiii...dah bujang ke anak aku ni??

next n3 plzzz....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...