Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 29, 2009

Aidilfitri09 - Part 3

lepas berjumpa family di sebelah mak, aku n daddy pecut gi rumah daddy lak..shuld be pagi raya weols dah bermaafan tapi balik je FIL dari solat raya, rumah dah kena serbu ngan saudara cina sebelah fil. sampai ke tengah hari tu..so terpaksa la weols postponed bersalaman

part ni memang lucu, weols buat sesi bermaafan secara xpress sebab takut ada tetamu lagi. dah menjadi kebiasanan pada hari raya pertama family sebelah fil akan datang dan menjamu selera sehingga la ketengah malam

abang paw duit raya

tiz year uncle zul kena bagi duit raya lebih sebab dah dapat kerja baru..yuhuuuu

pastu weols serbu rumah unties twin ni..

ni rumah besan aku..aikk..berapa orang besan aku ada ni? hihihi...abang nyer gf kunun...yang kat depan sekali tu nadia, daddy's kazen tapi abang duk usha nak kawen ngan nadia..rumah ni setiap malam aku gi..jadi port lepas menziarahi keluarga yang lain

ok..cukup jer pic tuk part 3, kemalasan melanda nak hapdet bila ada problem upload pic..takpe la..aku wat step by step yer...jumpa esok lagi!



Monday, September 28, 2009

Aidilfitri09 - Part 2

seperti biasa, raya pertama weols akan pergi ke rumah arwah nenek. eventho tuan rumah dah lama meninggal kan kami, tradisi dari dulu tak sedikit pun kami lupakan. di pagi raya berkumpul sanak saudara bermaaf-maafan menyebabkan kami kekadang terlupa yang arwah telah lama pergi. seperti baru semalam kami kehilangan nya..al-fatihah...

memohon ampun dan maaf sesama sendiri..dari yang tua hingga lah yang muda..time ni memang seronok, ada je bahan usikan weols bila dah bertemu.

dua beradik yang mempunyai selera yang sama bila memilih brooch...hahaha...kebetulan or memang mereka berjanji idak ler aku tau yer..

ibu dan anak masing-masing. mak ai...berkilat je muka tu..hihihi..panas dek non oiii

my niece fifi n mimi wit wawan

ada yang hilang ni..tak cukup korum la

me wit my eldest sis n my kazen didie

rakan sepenjenayah time kecik dulu..my kazen "ee"

aik..dah abis ke pic?? belom lagi yer..ada banyak lagi pic tapi ada prob sikit nak upload. takpe..takpe...aku nerai upload lagi pas ni..

naper aku rasa keghairahan tuk beraya macam semakin kurang setiap taun erk?? maybe bila umo dah meningkat...keseronokkan tu semakin berkurangan kot..



Aidilfitri09 - Part 1

huhuhu...ampun yer uols, dulu janji hari raya ketiga nak wat story baru tapi entah camne kesibukkan beraya tahap maximum sampai nak buka tenet pun tak sempat. sampai syawal ke 8 baru nak wat entry baru

ada banyak entry yang aku nak share ngan uols semua tapi kena tunggu step by step la yer. raya tiz year berlainan sedikit sebab aku berkesempatan berjumpa dan bermaaf-maafan dengan kawan yang dah terpisah berbelas tahun. apa pun cerita pasal pertemuan yang tidak dirancang ini akan aku huraikan pada entry selepas aidilfitri. biar citer aidilfitri selesai dulu kay.

peluang berbuka bersama keluarga adalah satu perkara yang aku nantikan. nasib baik kesemua adik beradik senang untuk diajak berkumpul...begini la keadaan bila weols berkumpul...hihih..meja tak cukup nokss. janji peyut kenyang.

banyak citer yang abang n wawan nak share ngan sepupu dia org. part ni la yang buat aku tak sampai hati nak pisah kan diaorg pas ni.

*
*
*
*
*

apesal yang lain tak pandang camera erkk? diaorg pandang apa? nak tahu citer aidilfitri aku tahun ni...tunggu next entry k. kiter wat slow n steady...takmo gelojoh ( walhal mata dah layu tahan gaban dah ni) pada kekawan kat opis tu, kerja elok-elok yer..aku still bercuti lagi. kalau rajin aku mai ler kerja..kalau idak..aku datang ngan surat resign jer lerrr...





Monday, September 21, 2009

Salam Aidilfitri

Sticky Mode

(entry baru sila scroll kat bawah yer)

Dengan ini saya mewakili keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua sanak saudara, rakan² sepejabat, dan khusus nya pada pengunjung setia blog mummysyafie. Tidak lupa juga pada bekas pelajar SMK Green Road Kuching, Chermai Jaya Martrikulasi Centre, dan bekas rakan sepejabat di Jabatan Ketua Menteri Sarawak.

Jika ada tersilap kata, terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita harap dimaafkan. Andai ada entry yang menyinggung perasaan kekawan semua secara langsung ataupun tidak..saya dengan serendah²nya..seikhlas²nya mohon ampun dan maaf.

Pada kekawan blog yang berada di kuching pada Aidilfitri nanti jemputlah kerumah. Insyallah..jika ada rezeki saya dan keluarga akan membuat kenduri doa selamat menyambut ahli baru dalam keluarga kami pada minggu kedua aidilfitri. Kekawan semua dijemput hadir.






Friday, September 18, 2009

Jom Ke Bazaar Ramadhan

bazzar ramadhan pertama yang aku serbu of coz bazar ramadhan satok. actually kat kuching ada banyak gak pilihan bazaar ramadhan tapi yang kat satok ni paling best aku rasa.

suasana kat sini kira ok lagi. tak sesak sangat..or maybe orang dah sibuk ke dapur kan bila dah dekat nak raya ni. plus gerai banyak yang dah tak buka

may favourite..tapai nasi. kalau kat semenanjung tapai nya dibalut ngan daun kaler hijo kan. tapi kat sini dibungkus ngan daun ketupat ni ha. kat sini harga kuih still ada yang RM1 dapat 5, n ada jugak yang RM1 dapat 4. berbanding kat putrajaya harga kuih nya 50sen satu.

yang ni pun kuih tradisional gak. orang panggil "selorot" tapi kami selalu wat lawak panggil "slow rock", dalam nya tepung dicampur ngan gula melaka..rasa manis n rupa nya lembik sedikit la. kat semenanjung aku tak penah jumpa lagi..uols panggil kuih ni apa erkk kat sana?

kami gi berdua je..abang n wawan takmo ikut sebab sibuk main ngan sepupu. so boleh la lenggang kangkung sikit. lusa dah nak raya..aku hari ni plan nak gi india street. nak tahu apa tu india street?? kalau sempat amik pic, aku stori mori bagai..



Thursday, September 17, 2009

Perjalanan Balik

nampak apa tu tak? kalau balik kampung pakai keta agak leh lepas tak ngan pak polis

ha..begini la keadaan keta kecik weols..takde ruang dah nak tambah satu beg lagi.

semua nya 110 kg. so terlebih 30kg..tapi 20 kg mas kasi lepas je n aku kena bayar tuk 10kg je. satu kg rm15 n semuanya rm150 aku kena. ok lagi la kalau berbanding ngan airasia. kalau airasia 1 kg terlebih pun kena bayo.

aku dah sampai kat kuching. sekarang ni takmo dah fikir apa masalah yang aku tinggal kat putrajaya nun. nak menghayati raya dengan sebetul2nya.

nota kaki

ada lalatz kat blog aku ni. baca komen dier aku dah tau dier sapa. tak lain tak bukan dak opis jugak. and aku dah boleh kesan dier kat ner. sebelum ko kutuk aku ngan suami, ko renung balik perangai ko macam mana. kalau dengki tengok aku pakai barang branded bagai..ko pi cari laki yang boleh support ko ler. ni idak...duk tido ngan laki bukan muhrim siang malam tuk apa? pastu siap tunjuk pic minum arak bagai, peluk n gomol orang bukan muhrim dalam pub tu ko nak tunjuk ngan orang lain ko hebat yer. ko nak kasi komen kutuk kami laki bini takpe..kko teruskan ler..sampai satu tahap nanti aku tau lah nak buat apa kat ko.

dalam blog aku ni aku ada kater ke aku kurus? aku ada kater ke aku cantik? aku ada kater ke aku kaya? or sebenarnya ko cemburu kan sebab apa yang aku ada...ko takde??ngeh..ngeh..beb..gini lah beb..laki aku banyak hutang ke..aku banyak hutang ke..aku penah pinjam duit ko tak? setahu aku ko yang terpaksa pakai nama orang lain tuk langgan boradband kan..hahaha..ko ingat aku tak tau ke? aku tau sekali pun ada tak aku canang pasal orang kat blog aku ni? satu je pesan aku...get ya fucking life!! kalau terdesak sangat..ko buat blog sendiri lah. kat situ ko canang la macam mana ko duk tido ngan pasangan yang berlainan. satu je aku nak ingat..ko buat hal macam tu...aku doakan Allah bagi petunjuk kat ko..Selamat Hari Raya beb..laki aku duk gelak je tengok komen ko tu..n kekawan aku kater...muka ko dah tekde seri dah...dah macam muka sampah!

ha, satu lagi aku nak pesan..ko rujuk balik akta it dan multimedia..kat situ kami sebagai blogger dilindungi daripada ancaman luar. termasuk la mencetak balik apa2 bahan yang tersiar dalam blog ni. sebarang kata2 hasutan atau sesuatu yang boleh mengamcam kehidupan kami..orang itu boleh diambil tindakan. sebelum ko nak kutuk or ugut orang lain..ko baca balik akta tu. or ko nak aku paste kat sini??


Terselit Gak

benda ni takde kena mengena ngan hari raya yer. aku tau lah uols tgh mood raya kan..tapi takpe..aku selit kan gak entry satu ni. mic ni aku beli time sibuk nyopping barang raya. macam sesuweii je ngan wawan. sebab sebelum ni wawan guna remote control tuk jadi mic dier tau. kesian lak aku tengok anak ku yang sorang tu. so..rembat kat satu ni

ya ampun ko bang. tak berbaju ko layan benda ni. set..mummy nya main keyboard..daddy nya jadi drummer. leh wat satu team masuk gangstar.

guitar ni dah lama beli. kebetulan lak sama warna ngan mic baru. so macam satu set lah kan. RM79.90 each. toys tuk budak² skrg havoc la..macam aku lak nak main.

auto publish n3. bila la nak wat n3 life dari sarawak ni?











Wednesday, September 16, 2009

Baju Raya Anak²

dah settle ke baju raya? aku selagi tak raya selagi tu aku duk mencari. tapi tahun ni macam ok sikt berbanding last year. preparation aku dah wat since julai ari tu. so bila puasa je aku cuma sibuk beli barang² tuk orang kampung.

abang nyer baju raya yang aku beli time mega sale dulu. ada yang aku beli last minute tak sempat lak nak menyenap pic nye



yang ni aku nyer fav..aikk..baju anak tapi mummy nya yang over ko. koleksi dari Urban..satu set ni aku beli time takde sale. rega rm200++ tapi last wikend aku gi tengok dah 50% koo..tapi saiz ilekk.

aku suka kalerful gini. nampak ceria je..dari bossini. rega aku tak ingat..hihihi

wawan punya lak. ya ampun..cari wawan nyer saiz susah benor. sebab mostly baju yang umo 3 tahun kalau dier pakai mesti labuh. alkmaklum ler...orang nya bongsai n comel macam saiz daddy..hihihi..ampun yer daddy...

agak² hencem tak wawan pakai baju ni. aku nyer fav gak..beli kat the curve

belang² ko..tapi labuh sikit kawan wawan pakai. bila la dier nak tinggi ni

baju mak nyer kalau rajin nanti la upload yer. ala..biasa² je. aku beli dah siapnyer. tak tempah tiz yer.

auto publish entry..aku dah terbang ke sarawak dah. selamat hari raya uols!!



Tuesday, September 15, 2009

Ponin Den

kejam nya ku kan..semalaman tak jenguk blog. tension babe..nak balik kampung ni ada je benda last minute nak kena beli. kejap² lupa...sib baik ada wat check list. bila penin gini wat therapy ok gak kan..nak wat therapy rambut lah pulak.

macam alien kooo

macam antu pun ada..

tiz time aku gi wat kat Derek&Team..baru tahu diaorg ni hairstylist for astro 20008..so nak verangan gak ler kejap. mana taw kot² tangan yang duk pegang kepala aku ni dah pegang kepala artis kat astro ke..ngeh..ngeh..very the verangan koo

ko buat la treatment macam mana pun kalau muka tak lawo..jadi tak lawo gak. but atlis kepala ko jadi ringan pastu kan.

pesst..tt.....kekawan..hari ni aku last day kerja. esok dah nak terbang balik sarawak. korang bila nak balik kampung lak? seperti biasa..aku akan bersiaran langsung dari sana pada aidilfitri nanti. tapi faham² je lah yer..kalau crita raya pertama aku pending sampai raya ketiga..hahahah...semangat raya aku tinggi nokksss.

apa punn...entry pas ni aku akan wat auto publish. apa pun uols..selamat hari raya aidilfitri...berhati² di jalan raya yer.





Sunday, September 13, 2009

Mould & Paint

layan wawan wat benda ni. sekali sekala tengok skills anak² ok gak kan. kekadang lucu pun ada tengok hasil nye..bangga pun ada. satu kotak ni rm29.29 aku beli kat Isetan klcc.

tanah liat nya dier siap kan satu paket je. pastu depends ngan kiter la nak letak magnet or nak letak pin. kalau pin tu ko leh la gantung kat baju or beg aku nak wat frige magnet je..so tempek la benda alah ni.

dak notti ni wat muka masam sebab kena tunggu dino dier kering

dah kering..kaler time ler..kena alas ok. sebab kalau terkena mozek tu susah sikit nak hilang

hasil tangan abang

hasil tangan wawan..sian dino tu kan. di tenyeh dgn baper lapis kaler entah..n dino dier paling lambat kering sebab kaler tebal sangat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...