uols dah gi tengok citer ni tak? aku gi tengok lunch hour tadi...not bad la tapi macam takde ending lak. pada sesiapa yang plan nak tengok tu, baik tengok selepas makan...n sesiapa yang plan nak beli popcorn sambil tengok muvi, pastikan makanan uols habis sebelum minit ke 15..hihihi...geli mak nyah!!
Friday, October 30, 2009
Jennifer's Body
Sentap kat Spital :P
lemau je rasa nak hapdet entry. sejak tukar ubat ni badan asyik rasa sakit je..lepas tu nak muntah manjang. naper erkk?? sekarang ni aku nengok kekawan semua semakin ligat buat n3 baru..blog aku lak semakin hari semakin kusam je.. :)
sambung citer masalah yang timbul di farmasi spital putrajaya. sebelum tiba dikaunter farmasi, aku rasa layanan yang aku dapat memang baik, termasuk la doc dan nurse bertugas. even pegawai x-ray pun memberi kerjasama yang ok. cuma timbul masalah di kaunter farmasi je.
kali pertama nak amik ubat tu..aku pergi ke meja pengesahan kedatangan, nak tanya..aku perlu ke scan buku or kad tuk amik ubat. tapi budak tu kater..mmg perlu tapi no aku masih dalam bilik doktor. so mmg salah aku kat situ la kan..tapi budak tu kater takpe..saya dah key-in nama akak n akak tunggu je
orite..aku tunggu nak sejam..so my turn amik ubat la. orang memang ramai..so far dak farmasi mmg buat kerja gila² nye. memang aku faham diaorg cuba bagi perkhidmatan terbaik tuk pesakit. tabik spirngg kat situ. cuma aku terkilan sbb budak kat kaunter pengesahan kehadiran tu macam sedikit kureeenggg ajar la. tapi ai don mind..maybe dier stress ke..
bila dah amik ubat, pharmacist tu bagitaw yang doc nak jumpa aku semula.
done kat situ terus aku pecut gi bilik doc sebab tengok jam dah kol 12 lebih. sampai je bilik doc tu aku tengok no pendaftaran aku still ada kat situ. lepas doc xplain pasal ubat..what shuld i do or don't..doc bagi mc bagai. doc xplain lak yang aku kena gi kat kaunter ubat sekali lagi amik ubat tambahan. aiyok..banyak nyer ubat..tapi sebab nak sembuh punya pasal kan..ai don mind
sampai sekali lagi di pharmacy..aku sekali lagi tanya kat BUDAK PENGESAHAN KEDATANGAN tu.. "dik, perlu tak akak scan kad lagi?? sbb doc ada pesan ubat baru" apa jawapan yang aku terima dari adik tu "ish..tak..takyah..gi je lah" bengang tak bengang!!!
so aku malas nak amik peduli sangat kan. maybe budak tu stress kot (pastu orang yang sakit tak stress ke) dah hampir sejam aku tunggu..tak leh lagi bersabar kan..aku tengok yang datang kemudian dari aku dah dapat ubat tapi turn aku belom lagi. so aku tebal kan muka potong queue tanya kat pharmacist lagi.."dik..perlu x akak scan kad ni? sbb doc ada order ubat lain" dier jawab "eh kak..kalau akak tak scan n tak serahkan buku sakit, macam mana kami nak bagi ubat"
haloooo..aku tunggu dah sejam kat sini taw. terus aku bising..
"tadi budak tu suruh akak duduk" peggh...darah dah naik ni. tangan dah naik turun macam orang berdebat. malu siott..marah² kat spital tapi nak buat camne..aku gi kat kaunter pengesahan tu..aku marah budak tu cukup².
"lenkali, kalau orang tanya..jangan buat muka dajal. macam mana orang nak dapat jawapan yang betul kalau pertanyaan orang engko tak dengar. kalau orang tanya, jangan buat kerja lain..jangan buat tak taw.aku dah tunggu nak sejam buang masa macam tu je. ko sibuk sangat ke sampai takleh nak jawab pertanyaan orang. kalau sibuk jangan letak kat sini kaunter pertanyaan"
geram siot..done² tu supervisor dier bagi aku ubat. budak tu bukan phamacist occay..dier just jaga kaunter kad je. waktu aku tanya tu dier tgh melukis..hihihi..sempat kan
aku bengang beb..malu satu hal..buang masa satu hal..terus aku minta nama dier n gi jumpa PRO Spital..amik koo..ko salah orang la nak buat main. bukan niat nak aniaya sapa², cuma aku terfikir sendiri. aku yang datang dengan pakaian kemas ni dier layan macam sampah..apatah lagi orang tua yang datang kat situ? so untuk bagi pengajaran kat dier, i think i shuld do sumthin kan..supaya orang lain tak terkena..
done..apa crita pastu..takmo nak reveal, biar pihak spital amik tindakan. cuma pertanyaan aku "ko nak kerja ke taknak"

Wednesday, October 28, 2009
Jejalan Di Specialist Putrajaya
semalam tiada cerita untuk dikongsikan bersama kerana hati ini berdebar² menunggu keputusan pemeriksaan pada hari ni. sebelum aku cerita kan apa yang berlaku...meh nak bawak uols jejalan di Pakar Putrajaya
datang kol 8.10 am still dapat no yang kebelakang jauh nya. agak² orang yang dapat no 1 tu datang kol berapa yer? penantian tak lama..sekejap je terus direfer ke kaunter E.
daripada kaunter pertanyaan hingga ke kaunter no pendaftaran..mmg superb..aku bagi 5 bintang!
sampai di kaunter E, aku dipertemukan dengan seorang doktor yang aku anggap memang terlalu baik. mungkin Allah permudahkan rezeki aku pada hari ni. setelah berbulan lama nya aku menunggu temujanji ini..setelah berbulan lama nya jugak aku memendam perasaan takut...akhirnya Dr Felix telah memberi kan satu berita gembira. berita yang boleh buat aku tersenyum lega.
sebelum itu terlalu banyak prosedur ujian yang perlu aku lalui. masuk pintu sana..keluar pintu sini. dengan perut kosong nya..pelbagai ragam manusia yang aku jumpa. ada yang diusung dengan katil..ada yang ditolak dengan wheel chair..ada yang patah tangan nya..ada yang hilang kaki nya...semua permandangan tu buat aku mual..dalam hati asyik berdoa..apa pun keputusan yang aku dapat nanti..aku bersedia dan redha je.
masuk di bilik prosedur E, aku dilayan ramah oleh jururawat bertugas. darah ku diambil untuk membuat pemeriksaan seterusnya..untuk apa?? idak la aku tahu..
setelah selesai dengan darah aku diminta untuk menjalani x-ray lak..sib baik daddy ada sekali..leh gak ada teman tuk berbual.
ini Dr Felix ..doctor yang merawat aku. Dr yang terlalu peka pada pesakit nya. jika ada sesiapa yang mengenali doc ni..tolong sampaikan ucapan terima kasih ku pada nya. mungkin dier tahu kerunsingan aku dengan keputusan yang bakal aku ketahui, lalu dier dengan sendiri nya pergi ke tempat x-ray untuk mengambil keputusan yang aku tunggu².. :)
*
*
*
*
*
yess!!! ni keputusan nya..n im free from ******. tiada ketumbuhan apa², saiz jantung pun occay..so far tanda² aku free dari lungs cancer memang negatif. tapi bukan bermaksud 100% , cuma aku boleh menarik nafas lega.
sejak ramadhan lalu aku asyik membayangkan benda² yang buruk sampaikan mood tuk beraya mmg takde. sebab tu aku takde baju baru for last aidilfitri...fikiran asyik tak keruan kan.
sekurang²nya aku lega..n pada siapa yang selalu jadi mangsa "moody" ku..aku minta maaf. kerana perkara ini jugak la aku kurang selesa utk bercampur dengan orang ramai. kerana perkara ini juga aku selalu sensitif.
perkara ni tak pernah pun aku beritahu pada sesiapa kecuali daddy. malah keluarga di kuching pun tidak boleh perasan akan perubahan ku. sehingga aku menerima keputusan ini, seorang adik beradik ku tidak tahu yang selama ini aku pernah dikhuatiri menghidap penyakit yang boleh membawa maut.
so now..aku lega..BUT..nx keputusan akan tahu pada Januari 2010..hopefully keputusan yang bakal aku terima nanti akan menjanjikan kebahagiaan buat aku. insyallah...tapi keputusan doc berkenaan hasrat ku untuk mengandung lagi tetap sama.. sehingga aku pulih sepenuhnya :(
dapat mc arini..tapi aku dengan baik hati..mai gak opis sebab nya..semangat nak wat kerja berkobar² :)

Monday, October 26, 2009
Meh Berdisko
jap..jap..amik napas tuk wat entry baru. memang terkejar² nak jenguk blog sebab dah lama tak hapdet.
dua benda ni weols rembat. satu untuk abang n satu tuk wawan. tapi yang wawan tu sebenarnya mummy dier yang beriya² nak..ngeh..ngeh..
jadi mangsa of coz daddy..sampai rumah terus kena buli oleh abang tuk pasangkan stering. yang lama tu dah tak leh guna dah..so tolak tepi. esok lusa masuk lam tong sampah :}
tak done nak pakai baju..terus dier test benda alah tu..mmg kaki drift dak ni
uols pernah nampak tak benda ni kat game center?? esp kat jusco mesti ada kan. sejak dulu lagi aku nak main profesional dancing machine ni..tapi aku segan lah nyahh...hhahaha..so bila dah ada benda ni kat rumah...segan tu tolak tepi occay..
best wooo main ni. patut la kiter nampak budak² main ni berpeluh² erkk...aku main satu round pun dah penat macam orang lari pecut 100m. hari² wat ni leh kurus..hihihi...

Saturday, October 24, 2009
I'm Back
agak nya dah bersawang blog yang aku tinggal kan. bukan bermaksud nak melarikan diri, cuma sebagai manusia...kekadang kiter perlukan masa tuk bersendiri.
diam tidak bermaksud aku kalah, sepi tidak bermaksud aku kesunyian..cuma ada sesuatu yang menganggu jiwa ku hingga aku mengambil keputusan untuk berdiam diri. sebelum sesiapa membuat andaian..perlu aku terangkan bahawa tiada orang atau gangguan lalat yang menyebabkan aku berdiam. cuma keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan ditambah pulak berlaku nya sedikit masalah peribadi.
apa pun yang berlaku..aku harus kuat! kuat untuk suami dan yang paling penting kuat untuk anak2. bila dilanda dugaan sebegini, suami dan teman baik yang menjadi tempat untuk aku mengadu. alhamdulilah..akhirnya timbul semula kekuatan untuk berbicara di blog usang ini.
bila pertolongan yang aku hulurkan selalu disalah erti..aku amik keputusan untuk menjauhkan diri. biar keadaan dan waktu yang menentukan
banyak yang dapat aku lakukan didalam tempoh "bertapa", untuk mengubat kerinduan..gambar2 lama ku jadikan penyubat rindu.
class of 2 Merah SRK Green Road , Kuching
salah satu gambar yang dapat mengembalikan senyum tawa ku..nampak begitu naif nya kami disini. gambar diambil ketika aku di sekolah rendah...usia ku 8 tahun ketika ini. kalau ada yang bijak..cuba teka mana satu "mummysyafie".
gambar ini membawa seribu kenangan buat aku. selain memori bersama kawan2, memori duka juga bermain di fikiran. ketika ini emak sakit kuat dan tidak berupaya untuk bergerak, persiapan kesekolah semua nya dilakukan oleh ayah....termasuk la mengikat rapi rambut ku -end-
noted: aku yang duduk dibarisan hadapan, no 4 dari kanan. :)

Thursday, October 15, 2009
Silent Mode
kerana dia aku ada disini
kerana dia aku wujudkan blog ini
kerana dia juga aku bertahan sampai ke hari ini
sekarang...
semua kekuatan yang aku ada hilang serta merta
semua kecekalan yang aku simpan lenyap begitu saja
sukar untuk aku jadi seperti apa yang dia inginkan
sukar untuk aku membahgiakan semua orang
biarlah aku menhilang buat seketika
biarlah aku melayan perasaan ini
bagi aku sedikit waktu untuk membuat keputusan
bagi aku sedikit ruang untuk menilai kelemahan diri
jika ditakdir kan apa yang hilang dapat ku temui
akan ku teruskan perjuangan ku ini
andai juga aku masih sesat dalam persimpangan..halalkan makan minum ku
sesungguh nya aku hanya insan biasa yang serba kekurangan
yang sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik buat dia
untuk orang yang ku kasihi
yang sering bangga akan diriku
seperti aku bangga pada kalian semua
kalianlah satu-satunya harta
yang aku ada dan paling berharga
Allah jadikan aku seorang manusia yang sentiasa
merasa apa itu kesedihan,
apa itu ketakutan,
apa itu kesabaran
dan sekali lagi Allah menguji aku
aku terima dugaan ini...
atau harus kah aku berikrar lagi
untuk keseribu kali
yang kau amat bermakna dalam hidup ku
kemana harus lagi ku bawa hati ini??

Wednesday, October 14, 2009
Asthma Attack
lepas makan durian only "sebijik" ok...not the whole durian..seulas je orite terus kena asthma. kekadang aku rasa tak munasabah or tak adil!! ceaa..membebel seorang diri kat rumah sambil layan dvd n lagu taylor swift at the same time. yang mana satu aku nak dengar pun idak la aku tahu.
anyway..sekarang aku kat rumah. tgh berehat or dalam erti kata lain membuat kerja rumah walaupun dapat mc sbb tak tahan tengok bilik anak bujang aku yang macam stor.
realiti nya sebagai seorang ibu, walaupun tak sihat n dapat cuti...lebih baik tempah satu bilik kat hotel n berehat sepuas nya. sebab kalau berehat kat rumah for sure uols takkan dapat berehat dengan tenteram.
or..aku telan ubat tido biar mata takleh buka n bermimpi sampai ke petang.

Tuesday, October 13, 2009
Beraya Ngan Kak Lis
last saturday aku dapat banyak jemputan tuk beraya. kalau nak diikutkan semua rumah aku nak gi. memula dah buat plan elok nyer...pas rumah sipolan..aku pecut gi rumah sipolan lak..kalau ikut kan program, weols sefamily akan terus singgah ke mid valley selepas gi rumah boss aku area situ gak. so bila ada plan nak menyopping tu..mmg baju kurung takde dalam list la yer..aku bedal jeans je gi beraya...hihih...
first house rumah kawan daddy, area putrajaya gak..dier wat bufay anak dier sekali. ok set..done kat situ je. habis kan masa tak sampai sejam pun kat rumah kawan daddy.
so misi kedua cari rumah kak lis..bertolak dari putrajaya kol 2.30 ptg. ni first time gi rumah kak lis yang baru. dah dua tahun dier beraya kat rumah ni tapi aku tak de rezeki pun nak gi. so tiz year rumah kak lis menjadi keutamaan weols..harus dan wajib akan pegi..ceaa
dengan confident leh sampai within 1 hour kunun..tapi sesat hingga ke tropicana golf club. bila tersesat gini baru tahu rumah area ni lawo² n besar² yer. jakun sekejap aku tengok rumah kat sini..sampai kan pagar pun aku amik pic. mana lah tahu esok lusa nak renovate rumah kan..hihih..angan² mat jenin koo.
dalam kol 4 gitu baru weols sampai kat rumah kak lis. dari sesat jalan sampai la jem kat damansara...aku kira 2 jam gak aku duk lam keta sampai montot pun kebas..hahaha...
doii...sampai² je terus bedal makanan sebab lapar. sian tuan rumah..tak menang tangan.
terserempak lak ngan anding, jaley n fahmi..memang kecoh arr satu rumah. ada je bahan tuk weols gelak..kekadang sampai ke crita facebook pun weols layan.
anding bawak kek lapis coklat..sedap lak. nx year leh tempah ni
ni ardi indrawani..adik kepada anding. kalau uols layan AF2 dulu, dier ni lah yang ditemubual oleh aznil selepas anding terkeluar dari af. ada perubahan tak?? semakin hencem lak aku nengok..
abang jumpa anding mmg terus berkepit. teruk kena buli..hahah..layan je la anding erkk
gi rumah kak lis ni best sangat. siap ada kerusi urut, ala..kerusi yang ko selalu letak rm5 tu..tapi kat rumah ni ko leh urut pree je..buaian ni ada kat balkoni, aku boleh tumpang tengok je. nak naik takut putus kang..eventho katernya leh tampung berat orang sampai 90kg..tapi aku cuak koo
naper wawan macam terkezutt erkk?? aku balik dari rumah kak lis selepas maghrib. amik koo..dua jam lam keta so haruss 4 jam kat rumah kak lis je..hihihi...so plan ke rumah yang seterus nya aku batalkan. tak larat dahhh...
tiz wikend still ada ke yang nak buat open house?? sekali ngan deepavali kan..

Monday, October 12, 2009
Sapa Nak Tolong?
camne orang lain boleh managed everything in schedule?? maksud aku..ada orang buat jadual siap², bila dier akan kemas rumah..bila dier akan mop lantai..bile dia kan buat laundry
aku takde jadual..aku main bedal je taw. kalau aku pijak lantai n rasa melekit...or kalau aku tengok lantai tu tak bersinar sampai takleh nak nampak dahi aku yang luas ni..aku akan amik mop n buat kerja mengemop dari dalam sampai la keluar. takde nye aku buat jadual macam orang lain..ikut suka je
kekadang bila aku penat n nampak baju kotor bertimbun dah basuh²..aku akan amik plastik n antor gi dobi. hahahaha...matilah orang akan cop aku bini pemalas..tapi itulah hakikatnya. tak larat nak buat semua dalam satu masa occay..tima kasih Mom's Laundry
n bila aku tak done nak masak...daddy akan call Domino's or weols makan kat luar je. paling tidak pun balik kerja aku akan gi RASA tapau lauk.
tapi ada satu masalah yang aku takleh nak call..or nak tapau..setiap kali aku masuk tempat ni akan buat aku jadi penin...jadi stress..n jadi HULK
*
*
*
*
sakit tak mata uols². kalau boleh aku nak pejam mata je setiap kali masuk bilik anak bujang aku ni. kalau nak amik baju diaorg aku akan buat² tak pandang kat satu sudut..RIMAS arrr...
dah banyak kali aku wat n3 bilik ni..setiap kali kemas..tak sampai seminggu akan jadi gini balik.
anak baru dua...tapi beg nye lebih dari lima. gano tu? sapa nak tolong aku kemas ni? ada tak service kiter call n dier datang kemas rumah every wikend.
aku takde maid occay..rumah aku kecik je so macam tak sesuwei ada maid. plus aku ni jenis cekci sikit kalau wat kerja kat rumah. so kalau ada maid, nanti terkejut beruk maid tengok badan aku yang "cekci berlemak" ni. alhamdulilah, setakat ni aku boleh handle lagi tapi tak tau la esok lusa kot...cuma aku takleh imagine je kebebasan aku terbatas di rumah sendiri kalau ada maid...hahahaha....aawwww...tak rela u!
so..camne nak wat bilik ni sentiasa kemas?? nak buang or nak simpan dalam kotak je menan semua ni?

Topik Hari Senin
dah takde idea tuk letak tajuk leh ke aku tempek gitu je? meh aku nak mukadimah dulu..nak share sesuatuh kat uols
dialog pertama
orang tue : pakabar ko?sejak ko pindah atas susah benor aku nak tengok muka ko. maklum la..orang k1
aku : weii..aku bukan orang sapa² taw. aku orang gomen..kerja tuk sesiapa jer yang jadi boss aku
orang tue : iyer ke? (sambil muka jeling sindir)
(siyess..aku bukan orang kesayangan sesiapa kat opis ni occay. n jangan sesekali fikir aku gitu. sejak kebelakangan ni banyak benor orang buat sindiran gitu kat opis. bukan aku je..kekawan yang lain pun kena gak. aku kat sini diibarat seperti penduduk kampung yang duduk di hujung kampung. selain kerja opis..masa aku habis ngan blog n face book je. aku tak buat mesyuarat tingkap occay..n paling penting AKU BUKAN ORANG SESIAPA..biar montot ni berkematu coz duk kat bilik tak gerak mana² pun unless nak gi toilet :))
dialog kedua
orang tue : kat tempat aku ada sorang budak ni cakap ko sombong. aku gelak je bila dengar
aku : dia bukan orang pertama yang cakap..n ko bukan orang petama yang menyampaikan.
orang tue : siyess???
aku : yep..sejak dulu lagi. n aku rasa aku patut letak sign kat leher n bagitaw kat semua org aku tak sombong...boleh??
orang tue : hahahahah...lawak la ko
(sejak dari dulu aku tahu orang sekeliling akan bagi pandangan gitu kat aku. naper erkk? maybe sebab muka aku yang tak reti senyum ngan orang? or maybe aku bergaul ngan org tertentu je? aku bukan golongan orang yang peramah tapi bukan bermaksud aku sombong! kekadang bila aku tego orang..orang buat derk je. dalam hidup ni ada banyak jenis manusia kan..ada yang jenis suka berkawan..ada yang jenis suka buat hal sendiri..n ada yang jenis suka memecah belah orang. aku dalam golongan yang suka berkawan tapi kena tengok jenis orang juga. tak semua jenis manusia aku leh "get along". aku ni orang biasa², golongan sederhana...tetapi gila². kalau diluar pejabat aku takmo citer pasal kerja..aku lebih suka citer basal hbeg, kasut, anak² n of coz makanan..tapi tak semesti nya aku buang jauh² glgn yang lain tu. kira aku boleh berkawan ngan semua orang...aku bukan sombong..aku bukan pilih kawan..n aku bukan orang yang berkawan time perlu je. cuba la..baru korang tahu. jangan nak buat andaian dulu taw..tak baik. so lepas ni nampak aku jangan la takut nak tego , aku tak makan orang la)
cukup la aku stress sekrg ni..n tolong la jangan tambah kan stress aku lagi
Sunday, October 11, 2009
RATU Wellness Centre
berada kat kuching buat aku amik kesempatan betul². budak dua orang tu dah ada orang tengokkan..so boleh la aku n daddy wat therapy kan. daddy wat hal dier n kekawan..aku lak wat hal aku ngan kekawan.
tiz time jess (x schoolmate) bawak gi spa ni. first time aku jenguk tempat ni n memang aku jatuh cinta dengan perhiasan kat spa ni.
kat satu sudut tuk wat rambut
kat atas ni jalan tuk ke bilik urutan badan, facial semua
so aku amik package urutan satu badan. dari kepala hingga kaki..siap free ngan sauna. untuk urutan aku amik package penuh RM138. so aku dapat bilik vip..siap ngan tempat sauna nya sekali. yang putih tu tempat sauna n bertangas. berurut ni amik masa 2 jam..tapi memang syokk..n sedapp.. thanks Lydia sebab urutan dier mmg best.
ni katil tuk aku berurut n buat facial. facial lak aku amik "facial reborn" cost RM156. n amik masa 1 jam 30 minit
Saturday, October 10, 2009
ThE oRiGiNaL cAr WaSh
still citer sesuatu yang berlaku kat kuching. bila balik kuching..of coz aku takde kenderaan kan. sbb keta aku n daddy tak leh bawak balik naik flight (tu pun nak xplain ke) . so bila balik kuching..kami perlukan kenderaan tuk bergerak anak branak. nak sewa keta..kat sana mahal beb. tak macam kat sini..kat sini kancil leh dapat RM50 yer (correct me if im wrong) .
so bila mai kuching je, keta kakak aku jadi mangsa. sib baik dier ada kenderaan lain nak pakai...so boleh la aku bedal keta dier. bila dah pakai keta orang tu..faham² je lah kan..eventho tak yah bayo sewa, tapi time nak pulangkan pada tuan punya keta minyak harus la penuh..n keta harus la bersih n berkilat.
so tiz time aku n daddy nak nerai tmpt baru. canggih tempat ni noksss
sementara ko nak tunggu keta ko kena cuci, ada tempat duduk khas kat sini..n ko boleh pilih tuk duduk kat luar or dalam. kat dalam ada restoran..n nak duk kat luar pun boleh gak. ko boleh nampak la keta ko kena cuci. dan yang paling best..ada minuman percuma tuk setiap pelanggan. even ko antar satu keta n penumpang nya ada dua..so kedua²nya dapat minuman percuma. cuci n vacum cuma RM15
see..duk sini leh nampak keta uols tgh dicuci sambil menikmati minuman preee..aiyok..bukan suruh tengok gambar daddy tgh smoking iyer
kalau keta kiter dah siap dicuci..benda ni akan berbunyi menandakan pembayaran harus dibuat di kaunter kat dalam.
Friday, October 9, 2009
Kek Lapis Sarawak
sekarang ni macam lemau je aku nak hapdet kan. tapi tak bermaksud aku dah bowink ngan dunia blog ni. sekarang ni kat opis dah tak leh surf tenet. semua yang berbentuk laman sosial dah kena block. ada yang merungut but ada yang lega.
yang merungut tu sudah pasti orang² yang kena block. yang lega tu sudah pasti orang² atas. bagi aku ada kebaikkan jugak block semua benda ni. semakin berleluasa aku tengok budak² secara terang main games. eventho boss lalu kat blkg pun diaorg tak kisah.
aiyokk.."boss" tu nak dapat pangkat besar bukan senang taw. tapi bila orang bawahan tak hormat dier..mesti la dier bengang kan. internet jugak menjadi salah satu punca kekawan kat opis bermasam muka sesama sendiri. blog or facebook dijadikan jalan tuk meluahkan perasaan..tuk memaki hamun kekawan lain. siyesss beb..dah teruk dah kat sini.
bagi aku lak..ko block ke..idak ke..tak mendatangkan apa² kesan pada aku. aku tetap gak gini. kat opis takleh..kat rumah aku boleh. tak boleh kat rumah..kat opis aku boleh..itu guna nya broadband..ngeh..ngeh..ngeh...
aku berdiam sebab..sob..sob..aku kecik ati..aik..pandai gak hati mengecik iyer. tapi takpe lah..mungkin ni masa tuk dia. nanti² masa tuk aku lak. cuma aku tak sangka orang tu leh buat gitu kat aku.
waktu balik kuching arituh, aku tak beli apa² pun tuk kekawan. just kek lapis sebagai buahtangan dari kuching . kalau uols nak tahu jenis n harga..pi jenguk kat website tertera kat atas tu.
nak tempah yang satu loyang mmg tak done dah. sbb masing² penat selepas raya kan. so tiz time aku pi beli yang macam ni je. senang sikit, leh rasa pelbagai jenis kek
amik nyer amik..tak sedar dah sampat 2 ratus. tapi takpe la..bukan selalu yer tak. pada sesiapa yang teringin nak merasa tu. leh la contact tuan punya kedai sendiri..maybe dier leh bungkuskan dan pos ke sini. uols cuma perlu bank in je..tapi tuk kepastian..call dier sendri lah yer..
Blog's I Read
- @e_da
- Afiq
- Aien
- Ainharul
- Akufiza
- Aleena
- Aleeya
- AlidaAli
- Along Shuieza
- Amirfx
- Anna Cupcakes
- Anna Suzana
- Annapeje
- Annelyda
- Areef Ibn Naim
- Arep
- Arween
- Astina Adly
- Ati Emylia
- Attyfir
- Ayu Mayo
- AyuHussien
- AyuRaza
- Azimashaary
- Azlina
- Azzeyatin
- Bee
- BicaraKuEiza
- Bintang Hati Ummi
- Blog Mummy
- BudakToncang
- Calculatorbuta
- Cath
- Ceera
- Cendawanintim
- Ceritacherita
- Cery
- Chentamaya
- Churalliya
- Cik Linn
- Cik Mot
- Cik Oni
- Cik Puan Akish
- Cik Ween
- Cik Yuki
- Cintawanie
- ComeyNemo
- CrazyBeutiful
- Ct Elly
- Ct Nurmarlissaa
- Cumiciki
- Cutelildiary
- Dakjaat
- Datindiaries2
- Daybab
- Dee
- Desprate Mama
- Diarihatiku
- Ditott
- Djepoi
- Dr.Hannan
- Dr.Shida
- Drama Mama
- Dyaha Little Cottage
- Dzainizamadrien
- Edany
- Edelnyza
- Ej
- Ejay
- Eliza Diana
- Em's Family
- Emellia
- Epoi
- Epul
- Erienz
- Erienz82
- Erynz
- Fadli
- Faisal Admar
- Faizal
- Faizal Budak IT
- Famous Celebrities
- Farah
- Farah5577
- Farhana
- Farhana Jesslia
- Fatin
- Fealize-Eleanoer
- Fieza
- FindingNemo
- Freakmie
- Fyza Cayang
- Gee Ryder
- Gina
- Gurlz Cinderella
- Gyena
- Haja
- Hani
- Hatelovethis
- Hatta Dolmat
- Hezesuze
- Honeylanz
- Huda Hazwani
- Hyfa Hasan
- Idashah
- Ieda
- Ieka Hanafi
- Imz
- Ita Itu
- J.L
- J.M.R
- Kaseh
- Kasutvincci1
- Kay
- Kiki
- Kisah Cahaya
- Kiterpunya
- Klubbkidd
- Kniedaz
- Kojah
- Krelyana Norwich
- Leily Ummi
- Lestat
- Lilawati
- Lili
- Lily
- Lizhairi
- Loveaqsha
- Lovely Corner
- Luvida
- Lyn Yusoff
- Mady
- Mak Dara Terdiva
- Mama Alieyna
- Mama Alieyna
- Mama Dhia
- Mama Mya
- Mama Ranggie
- Mama Sadi
- Mama Zharfan
- Mamachaksrecipe
- MamaShahmi
- Manjakusayang
- Maria Elly
- Marsha
- Masviona
- Mel
- Mezanna
- Miempun
- Missunguviolet
- MissZue
- Mok Long
- Monalea
- Monica
- Moonlite
- Moralle
- Mr Abs
- Mrs Daydeck
- Mrs Sheikh
- MrsFiza
- Muadzlife
- Mummyairell
- MummyCool
- MummySya
- Muniqazrina
- Murnie
- Myra Jay
- Nad Johor
- Nasazfrog
- Nazidhan
- Neena Anuar
- Nick
- Nidza
- Nikli
- Ning's Manager
- NoNo
- Nunsnajib
- Nur Hidayah
- Nureen
- Nurin Jazlin
- Nurul
- Nurulsharul
- Nuyin2u
- Nza
- On Farisha
- Oshinz
- Peanut
- Pegawai Tadbir Diplomatik
- Posh76
- Princess Ayein
- ProtonWaja
- Pupel
- Purple28
- Purplelicious
- Puteri Mama
- Puteri1
- Qaseh
- Qasehatiku
- QueenFatimah
- Rafidah
- Rafidah
- Rahafsam [Angah]
- Rasp
- Red Diva
- Redbloodsnow
- Redmummy
- Remira
- Riko
- Rillys
- Rizziela
- Rossa Alina
- Rozana
- Rozidah
- Sarinawati
- Sasha
- Sayasayangiz
- Sh Norashniza
- Shah
- Shaliza
- Sharing Info
- Sherita Aziz
- Shida
- Shopper Mama
- Simplymummy
- Siribenmerah
- Siti Bum Bum
- Sitie
- Sofia
- Softtouch [Hanim]
- Sriyanti
- Stilla
- Sue Imanja
- Sweet Darling
- Sygmusfirah
- Tagskie
- Tauruzmama
- Tigrismalaya
- Tinkerbell
- Tipah Vogue
- Tny
- Towardsuccess
- Umi Yang Comei
- Umie
- Uncle Syaf
- Violet
- Viruspadu
- Wahidah
- Wallpaperdeco
- Wanna
- Wchanaz
- Whitey Mommy
- Whitey Mommy Gallery
- Yan
- Yanie Budak Gebu
- Ynnasham
- Yuliezliyana
- Zahira
- Zamieda
- Zana Nordin
- Zietikuih
- Zue Annaleeya
- Zura
- Zura Zari
- ~Am
- ~iella~
- ~ziey~























