pagi tadi aku gi cafe kat opis. selalu nya aku minta kekawan tapau kan je...tapi tiz time aku nak gi sendiri sebab dah berbulan lama nya aku tak jenguk cafe. pendangan pertama aku of coz pada orang ramai..OMG!!! memang ramai anak² dara yang cantik dan lawa. terasa diri ni dah tua..almaklum lah esok dah masuk tahun 2010 dan tanda nya meningkat lagi satu angka umur ku.
dari cara pakaian memang masing² berlumba untuk menunjukkan "kesolidan" badan mereka dengan kebaya ketat..huhuhu...oh ok..aku boleh terima part tu sebab aku dulu pun gitu gak..hahahaha..cuma ada sesetengah tu menggunakan make up yang terlalu tebal. siyess beb...cantik memang cantik..aku respect sangat sebab diaorang ada kebolehan bersolek ala² mak andam. ada yang siap ngan bulu mata pelesu yang bila kita berdiri 10 meter pun nampak dier pakai fake eyelash. aku pakai gak cuma ketebalan tu kena la sesuai tuk kepejabat.
bukan apa dik...nanti nak naik pelamin muka tu dah takde seri dah sbb hari² orang tengok make up tebal kat muka tu unless kalau ko dah kawen kan. bila naik pelamin orang nak kelainan...tapi kalau ko dah make up ala mak andam setiap hari..of coz lelama orang jemu..itu akak nyer opinion ler...but siyess...make up korang mmg cantik n dabomb!!
shoe from C&K normal price RM256 tapi ada diskaun 40%, rantai aku beli kat masjid india RM10 , topi tu daddy nyer beli kat Sunway RM85 n dier terbeliak tengok sebab kat jalan TAR just RM25!! kualiti je berbeza...
semua ni tuk "Majlis Makan Malam Seribu Kenangan Sejuta Harapan". yep..ada new year dinner/party malam ni. semuanya untuk farewell my big boss yang memilih tuk bersara. hari ni adalah hari terakhir dier n aku rasa macam sebak sikit.
terpulang pada individu tuk menilai seseorang. setiap manusia ada baik dan buruk nya, takde manusia yang sempurna..cuma aku sebagai orang bawahan memang menghargai dier seadanya. sepanjang berkhidmat dibawah pimpinan beliau...aku rasa dier seorang manusia yang tidak pernah meninggikan diri. daripada orang atasan hingga lah bawahan...dier layan sama rata. beberapa kali diberi peluang utk menjadi pengiring beliau dan Datin..aku dilayan seperti anak sendiri. apa yang dier makan...kami akan dapat sama. walaupun tergolong dalam golongan vvip's...aku tak pernah rasa tersisih..
gud luck to Datuk Seri n Datin Seri..semoga hari² yang mendatang akan membawa seribu kenangan indah..kebahgiaan dan keharmonian bersama keluarga tercinta. Jasa Mu Tetap Kami Kenang..







