Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 5, 2010

Dia Kembali Lagi??

bukan berniat untuk membuka pekung sendiri. bukan juga bermaksud memgaibkan keluarga sendiri. sekadar berkongsi cerita dan perasaan gembira ini bersama dengan kekawan semua

di entry sebelumnya aku ada meluahkan persaan gembira aku tentang sesuatu..sebelum uols meneka dengan salah, aku tegas kan...yang aku tidak mengandung!! setiap kali ada perkabaran gembira..mesti uols ingat aku mengandung yer..but tiz time belum ada rezeki lagi

berita gembira ni aku dapat tahu semalam...dan ianya sudah cukup menyentap hati naluri ku..menceriakan suasana hari ku...

kepada kekawan lama yang tidak pernah putus² mengunjungi blog usang ku ini mesti tertanya² tentang sesuatu perkara...kalau uols pernah tengok entry berkenaan hari raya beberapa tahun yang lalu..uols mesti perasan tentang "kehilangan" seseorang dalam gambar keluarga

untuk pengetahuan uols...aku ada lima orang adik beradik..kesemuanya perempuan...setiap seorang daripada kami sudah berkeluarga tetapi...gambar abang ipar yang sulung tidak pernah ku siar kan mahupun di blog atau di facebook. bukan menyembunyi siapa gerangan dirinya..tetapi realitinya adalah..abang ipar sulung ku telah "menghilang" kan diri beberapa tahun yang lalu

istilah "single mother" telah kakak sulung ku pegang sejak suami pilihan hati telah menghilangkan diri ketika anak² masing kecil tanpa sebarang nota atau pesanan

kalau tidak silap ketika itu anak kakak yang sulung baru berusia 6 tahun dan yang kedua nya 5 tahun. sejak meninggalkan rumah si suami tiada usaha untuk kembali pada keluarga...dan si isteri sudah merajuk dan tidak mahu mencari si suami. kami sebagai keluarga hanya ingin kan yang terbaik buat kakak. hampir 10 tahun mereka "berpisah" tetapi sehingga kini si suami tidak pernah melafazkan talak pada si isteri. perkara ini menyebabkan si isteri bergantung tidak bertali.

ketika perpisahan itu berlaku..aku stil diusia muda dan tidak pernah amik tahu pun pasal masalah ini. bagi ku..apa nak jadi..jadilah..bukan nya laki aku yang lari. ketika itu aku tidak memahami perasaan anak² buah ku yang kehilagan abah mereka.

teringat peristiwa sedih di pagi syawal tahun pertama abah mereka menghilangkan diri..si kakak bertanya pada nenek mereka (ibu ku) " nek..naper orang lain ada bapak?? naper kakak takde bapak?" soklan yang ku dengar itu begitu meyentuh hati naluri mak...termasuk la aku sendiri

bukan kami tak pernah cuba tuk menasihati...malah aku sendiri pernah cuba tuk mencari abang ipar ku tetapi segala usaha gagal. bukan kami tak tahu tempat kerja nya..kami tahu..tapi setiap kali usaha kami tuk berjumpa or menelefon seolah² ada saja halangan yang datang

untuk menasihati dengan lebih lagi aku rasa aku belum layak. tambahan pulak aku adalah yang bongsu dalam keluarga. cuma pernah jugak aku memarahi kakak..laporkan saja pada mahkamah syariah supaya dier dilepaskan dengan cara yang betul. supaya suatu hari nanti dier boleh memulakan kehidupan baru dengan pasangan yang baru. tetapi kakak berkeras tak mahu..katernya..pintu hatinya sudah tertutup untuk menerima mana² lelaki. sejak mereka berpisah...si suami tidak pernah memberi nafkah pada isteri dan anak². tanggungjawab kakak pikul sendiri dengan bantuan kami adik beradik.

sehingga kini..kami adik beradik tidak pernah mengabaikan keperluan fifi dan mimi. apa yang mereka inginkan..aku dan kakak² ku sedaya upaya tuk tunaikan. malah..keperluan mereka aku dahulukan setiap kali tiba Aidilfitri..

cuma satu yang kami tidak dapat tunai kan...malah tidak dapat kami beli dengan wang ringgit.."kasih sayang seorang BAPA"

beberapa hari yang lalu..bapak ada mengunjungi tempat kerja abang. tuk menyelesaikan pekara yang belum selesai. apa yang tertangguh...bapak rasa dier sebagai ketua keluarga harus mainkan peranan tuk menghuraikan kekusutan yang berlaku. bagi bapak..jika sudah tiada perasaan sayang..biarlah berpisah dengan cara elok. supaya si suami boleh mencari pasangan yang lain dan si isteri boleh memulakan hidup baru. dan jika masih tersimpan perasaan sayang yang menyebabkan tiada talak dijatuhkan..maka..kembali lah pada keluarga yang telah lama abang tinggal kan.

pencarian bapak menemui jalan buntu kerana menurut kawan pejabat abang yang abang telah dinaikkan pangkat dan ditukar kan ke Miri. bapak cuma meninggalkan no telefon rumah agar abang boleh menghubungi bapak kembali

panggilan telefon yang fifi terima pada minggu lepas telah menceriakan kembali harinya. bukan sahaja baru menerima keputusan PMR..tetapi..suara yang telah lama menghilang telah kembali. walaupun sekadar di telefon...sudah cukup menandakan yang abang masih mengingati zuriat yang telah dia tinggalkan

sejak dari panggilan pertama itu..hubungan anak beranak tidak lagi terputus. setiap hari pasti ada sms or panggilan dari abah tercinta. pada mulanya kakak tidak suka akan perubahan ini..tetapi atas nasihat yang lain..dia harus akur..kerana hakikatnya...ikatan ini tidak boleh diputuskan. air dicincang takkan putus

fifi n mimi...selama ini hanya menumpang kasih sayang seorang abah pada bapak. harapan ku..ada sinar bahagian buat dua remaja ini. kasih sayang seorang abah tidak pernah mereka kecapi hampir 10 tahun

apa keputusan kakak dan suami..aku terima dengan redha. masing² dah cukup matang tuk menilai. adakah selama ini masih ada perasaan sayang atau harapan tuk kembali yang menyebabkan abang tidak pernah melafaz kan talak..or adakah masing² punya keegoan sendiri sehinggakan tiada seorang pun mahu mengaku salah.

apa pun keputusan..aku harap..kebajikan dan kasih sayang tuk anak² tidak terabai. aku doa kan yang terbaik buat kakak dan abang.

note : air mata gembira berlinangan..aku hanya mampu tersenyum gembira.



6 orang membebel:

rasp said... Reply to comment Reply to comment

syukur alhamdulillah sis...
at least dpt gak fifi & mimi merasa semula kasih sayang seorang abah...
kita doakan lah yg terbaik buat mereka :)

Dee said... Reply to comment Reply to comment

syukurlah yg terputus dh bertaut kembali..

doa yg terbaik sahaja buat mereka sekeluarga..nama anak2 dia pun sama ngan anak2 dee..huhuhu..

umie said... Reply to comment Reply to comment

syukurlah kak nor nya dah contct balit....hope 1day lahnya kembali ngan kakak ktk...

tigrismalaya said... Reply to comment Reply to comment

sedihnya ngan entry nie..semoga sebuah ikatan keluarga kembali bertaut...

Monalea said... Reply to comment Reply to comment

alhamdulillah kak nor. moga yang terputus akan bersambung balit.

eLLy said... Reply to comment Reply to comment

alhamdulillah ;) itu aje yg dapat di ungkapkan


Nor kindly go to my blog & update your details pls ..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...