lapan tahun dulu mummy n daddy selamat diijabkabulkan setelah 7 tahun bercinta. ketika itu kami berusia 24 tahun. setelah mendirikan rumahtanggan pada 5 mei 2002, aku dan daddy terpaksa berpisah memandangkan daddy berkerja di Putrajaya manakala aku masih di Kuching Sarawak. pada Oktober 2002 aku mendapat arahan untuk bertukar ke Ibupejabat setelah 5 bulan tinggal berasingan. pada Disember 2002 aku telah disahkan hamil kandungan pertama janin hanya bertahan dalam tempoh 2 bulan sahaja.
seperti pasangan yang lain, kami mengharapan zuriat untuk menceriakan hari² kami suami isteri. bila melihat pasangan yang kawin kemudian tetapi menerima cahayamata dahulu..membuat hati ku tersentap..
alhamdulilah...selepas 4 bulan mengalami keguguran..aku disahkan mengandung untuk kali kedua. sepanjang mengandungkan anak pertama, terlalu banyak kompilasi yang ku alami. malah..hospital adalah rumah kedua bagi ku ketika itu
nasib ku tidak seperti adik beradik yang lain kerana mereka dijaga oleh ibu dan bapa ku sepanjang mengandung sedankan aku hanya mampu menumpang kasih pada daddy. mak kerap bertanya khabar melalui telefon memadangkan jarak antara kami terlalu jauh.
dari bulan pertama hingga la bulan kelima...kerap berlaku pendarahan dan ini menyebabkan aku sukar untuk kemana². dengan bergantung pada sejenis pil "menguatkan rahim" sehinggalah bulan ke 9 aku bergantung pada pil tersebut.
memilih untuk bersalin kan anak pertama di putrajaya menyebabkan seluruh ahli keluarga ku "berkampung" di kuala lumpur...terima kasih semua..sesungguhnya mereka pun tidak sabar menunggu ahli baru dan cahaya mata pertama aku dan daddy...
23 Januari 2004 jam 1.45 ptg aku selamat melahirkan anak pertama setelah 2 jam bertarung di wad bersalin. Muhammad Syafi Syahmi berat 2.4kg adalah zuriat pertama hasil perkahwinan aku dan daddy...
15 hari selepas melahirkan abang, aku dan baby dibawa balik oleh keluarga ke Kuching untuk proses berpantang. pic ni diambil ketika abang berusia 50 hari ketika majlis cukur jambul..
ini ketika abang berusia 5 bulan..
bersama Anis, anak kepada kawan baik aku yang sekarang berada di Ipoh. Anis lahir hanya sehari lebih awal dari abang..
abang first birthday party weols buat kat Kuching sebab family banyak kat sini
abang xcited tengok gift dari kekawan..dan family
abang lebih mirip pada daddy..minat pun sama..setiap gerak geri abang saling tak tumpah macam daddy..abang lebih pendiam berbanding wawan..lebih bertanggungjawab dan yang paling ketara...abang juga punya sifat pemalu
abang first aidilfitri..with anding..
proses pembesaran abang tidak sama dengan wawan. wawan dilahirkan ketika kewangan aku dan daddy sudah selesa. berbeza dengan abang..selepas berkahwin je aku dan daddy duduk berjauhan dari keluarga dan memulakan kehidupan baru. sudah menjadi adat..untuk berada di tempat sekarang..kami merangkak² untuk mencari kehidupan yang selesa..tapi alhamdulilah..walaupun banyak rintangan..kami akan pastikan keperluan abang terlebih dahulu
abang wit baby mia
now abang dah besar..dah jadi seorang abang yang bertanggunjawab pada adik. sudah boleh membantu sedikit kerja² dirumah. dan yang paling ketara..abang dah mula tanya.. "bila nak dapat baby baru?"
semoga menjadi anak yang soleh, yang pintar dan sentiasa ingat akan pesan orang tua..weols luv u abang..always..










10 orang membebel:
happy birthday abang!
semoga jd anak yg soleh
semoga bertambah hensem bila besar nanti..skrg pon abg dah hensem
byk nya abang dpt hadiah
kiss utk abg muahhhh!!
selamat hari lahir utk abg..!!..semoga cepat besar dan jadi anak yg soleh..!!
Happy Birthday Abang... Ingin mek nak jumpa family ktk kak.. :)
Semoga pjg umur dan dimurahkan rezeki. blajar rajin2 k abang.. :)
hepi besday abang.tah nape rase sebak lak bace entry nih....perasaan sorang ibu kot.semoga abg akan berjaya dunia akhirat....
happy birthday to him...seronok tgk diorang membesar..walaupun kadang kala nakal tp semua tu lumrahla kan...^_^
happy birthday abang. hope jadi permata mummy daddy yg terbaik.
hepi besdady abang!
happy belated birthday ye abang!! moga jadi anak yg soleh kpd kedua org tua..
selamat hari jadi abang..semoga menjadi anak yg solehah amin ..
Tak sangka kita ada pengalaman yg sama dlm kes 'pregnen' ni.. ^_^
Post a Comment