aku bukan seorang penglipur lara...juga bukan seorang sasterawan. aku suka bercerita...bercerita mengenai kehidupan...bercerita mengenai pengalaman. aku tak layak untuk menjadi novelis..kerana setiap ayat² ku tidak pernah tersusun rapi. apatah lagi menggunakan bahasa kiasan..semua nya lahir dari hati dan perasaan. jika penulisan ku di tulis tika perasaan amarah datang...maka kata² kesat akan ku keluarkan. jika perasaan sepi yang datang...maka bahasa kerinduaan aku gunakan. dan jika perasaan gembira yang datang tika aku berkarya...maka korang akan disajikan dengan kata² yang indah belaka
setiap entry ku ditulis lahir dari sudut hati yang memberontak untuk memberitahu dunia perasaan ku ketika itu. tiada paksaan atau dorongan dari sesiapa. dulu aku lebih bebas bercerita kerana blog ku belum diketahui ramai. setiap satu perkara yang terjadi...aku lebih terbuka untuk berkongsi. tetapi..keadaan sudah berbeza...malah 40% pembaca blog aku adalah terdiri daripada rakan sepejabat malah turut menarik perhatian dikalangan pihak atasan.
sebelum memulakan crita ku ketika ini..izinkan aku meminta maaf pada sesiapa yang terasa..tiada niat untuk menyakitkan sesiapa...cuma luahan hati semata².
gambar ini memyimpan seribu kenangan indah kami di sini. setiap satu senyuman itu lahir dari perasaan hati yang benar² gembira. walaupun kami sedar ada antara nya yang dikategorikan musuh dalam selimut...atau dikategori kan cctv bergerak..kami tetap bahagia.
sekarang semua itu tiada lagi. ditambah pulak akar pokok tempat kami berpaut tidak dapat lagi memberi pelindungan. kami sedar situasi yang kami hadapi. malah kami bersedia walau apa pun keputusan yang kami terima selepas ini
cuma..aku tak sangka seseorang yang kami hormati..yang kami pertahankan maruah nya..terus pergi...terus melupakan orang² kecil seperti kami.
kalau orang lain fikir kami jatuh terduduk..mungkin itu sangkaan yang salah. walaupun kami akan jatuh...kami terus bangkit...dan bangkit..perbetulkan semula organisasi kami seperti sebelum nya..malah lebih baik
manusia memang cepat lupa...kita hidup didunia ibarat putaran roda. sekejap di atas...sekejap dibawah. bila ko diatas..untuk tunduk semula ke bawah memang mustahil. tapi tidak mustahil bagi kami. kerana semangat keluarga dan semangat juang yang kami pupuk dari dulu masih ada..dan masih sedia untuk memulakan langkah baru. tunggu dan lihat sahaja nanti...kami akan buktikan nya!



2 orang membebel:
All the best dalam pekerjaaan...semoga lebih tabah mengharungi pahit manis di alam [ekerjaan 2010 ni yer... (Kena spare byk2 pam lagi lerr cerita nya... hihihi)
semoga mummy success dlm apa jua yg diceburi...sesuatu akan terbukti jika kita tidak pernah kenal erti putus asa..
Post a Comment