sebelum memulakan perbicaraan sentap yang akan uols baca kejap lagi, nak tegaskan disini bahawa entry kali ini bersesuaian untuk para ibubapa sahaja.
ini adalah persiapan ala kadar untuk abang memulakan pre school nya di sekolah yang sama sebelum ini. beg yang lama still elok tetapi atas sebab si ibu mahukan aura persekolahan tu ada...aku belikan juga beg yang baru. walhal sebenarnya si ibu yang gemar kan brand "billabong" sbb abang tak tahu pun brang apa ke itew. disebabkan juga aku tak pernah merasa nak pakai brand ni waktu sekolah dulu..so aku beli kan tuk abang walaupun harga nya RM115. tapi dapat diskaun on YES arituh
kasutnya aku belikan jugak walaupun kasut yang lama still elok, aku belikan jugak sandal larrie tu sebab bila tiba hari Jumaat abang akan pakai baju melayu. sandal yang ada cuma lah sandal Crocs yang amatlah tidak sesuai dipadankan dengan baju melayu.
naper aku xplain semua ni?? sebab aku bengang...aku bengang kerana semua benda ni aku beli. aku tak curi or amik hak orang lain. jadi aku harap orang lain tak amik hak aku jugak
semalam waktu nak amik abang balik sekolah, aku cari kat tempat aku letak kasut abang sebelah pagi aku antar dier tu. aku akan letak kat tempat yang sama sejak setahun yang dulu. tetapi kasut sekolah abang TAKDE!! kena CURI!!
ok..kalau pencil box kena amik..aku faham! kalau anak ko pakai seluar dalam anak orang lain n parents tu tak perasan..AKU FAHAM!! tapi ni benda orang lain yang anak ko pakai kat kaki but ko still tak sedar or ko pura² sedar itu tanda nya niat ko tak betul!
kat sekolah abang..parents digalakkan amik anak di pintu sekolah. kasut/selipar anak² akan disusun di pintu sekolah...n parents akan tengok anak² mereka amik kasut n of coz ko tahu kasut mana anak ko punya unless selama ni ko tak pernah amik tahu??
untuk parents sekalian..nasihat aku...walaupun anak ko sudah boleh berdikari dengan memakai kasut sendiri tapi sebagai orang tua benda ni ko kena monitor. balik rumah ko kena check barang dalam beg sekolah. mana la tahu anak ko teramik barang orang lain...
hari ni aku antor abang dengan harapan tuk berjumpa ngan parents yang anak nya tersarung kasut abang. tapi HAMPA..seorang parents pun tak tampil..persoalan nya * adakah dia still tak perasan anak nya pakai kasut orang or * dier perasan tapi dier kata..LANTAKLA!!
kasut yang tertinggal semalam adalah kasut yang pattern nya lebih kurang macam kasut sekolah abang tetapi dah koyak rabak. so..korang boleh rasa apa yang aku rasa??
pasal kasut tu beb..harganya just RM23 je. or ada mak bapak yang takmo kuarkan duit tuk keselesaan anak ke sekolan n sanggup curi kasut anak orang lain?? tak baik aku fikir gitu kan sbb sekolah abang ni sekolah kerajaan...n of coz salah seorang parents nya kakitangan kerajaan. mana sifat amanah yang ko lafazkan setiap kali ko lafaz ikrar integriti?? mana..???
aku boleh beli lain kasut tu..tapi kalau still ada parents yang perangai macam tu..ko beli 10 pun belum tentu selamat. part yang paling aku marah... "hari² aku pastikan pakaian anak aku kemas ke sekolah. hari² jugak aku gosok baju anak aku supaya dier nampak kemas dari hujung rambut hingga hujung kaki. tetapi bila aku tengok anak aku terpaksa balik dengan kaki ayam..apa korang rasa perasaan aku time tu.???of coz aku mengamok tak sudah. tak pasal² cikgu diaorg kena."
part kasut hilang takpe beb...part tengok anak aku macam selekeh bagai tu yang aku tak tahan...sapa yang amik tu..kalau ko berani pulangkan...aku respect arr ngan ko. sebab lepas tu aku nak cekau betul² bijik mata ko tu!! -end-



8 orang membebel:
sabor sis sabor...
tapi kalo i pun mmg hilang sabor...
syabas kak nor..umie sokong..walaupun umie xda anak lagi...tp respect la kalu gitu..ni mesti parent yang x ambik peduli pasal anak la mcm tu...sampaikan brg anak sendiri pun x perasan nak ambik barang org lain..kalu kasut sama baru tertukar x perla jugak..ni kasut yang dah koyak..kalu umie lah kan..org beli kasut yg baru pun umie xnak tp umie nak jugak kasut yang umie belikan sendiri walaupun dah koyak..nikan pulak nak ambik brg org lain....
Betul my fren... mesti kena cek bag tu... last year anak I bawa 'pencil box' org yuuu... hahahahahha
adeh². kasut pun maok di curi kak ow. nang apa lah. tp ng ada koh org camya lam dunia tok...
lempang jak laju² kak..hehe
Salam,
Memang betul bab membeli pelbagai "accesories" untuk anak2 sebab dulu kita xdapat beli semua tuh, janji diorang happy dan kita seronok tgk diorg seronok g sekolah n nampak kemas..
Bab 'curi' tuh mmg tak tahan..nasib baik kat sekolah/tadika anak saya xde camtu..sekadar tertukar baju sekolah tu adalah sekali, tu pun dah bengang..huhu...
Nak wat camna, ada parents yg xberfikiran spt kebanyakan parents & anggap suma tu remeh..(remeh bg diorg, hampeh kat kita la!)
Anyway, love this entry...
aiyooo..mcm2 peel manusia keji gini
memang patut di soundkan sapa2 yg ambil (curik) kasut tu!
I pun penah terkena similar - shorts sekolah my daughter baru dibeli tapi tertinggal kat rumah kawan dia bila buat projek sekolah sama2. Tapi bila dia kasi balik, yg dah koyak reput! Memang sah tu bukan anak I punya coz saiz pun lain. Bila my daughter beritau kawan dia yg shorts tu salah, nenek budak tu jawab, 'That's yr shorts lah I return back'! Kalau dah orang tua cakap mcm tu, malas nak layan panjang. So terpaksa beli yg baru! rasa mcm nak campak balik shorts yg dah koyak rabak tu je kat muka orang tua tu... gerammmm betul!
kesian anak akak tak pasal2 balik kena kaki ayam.sabo2 kak.salam perkenalan.singgah blog jap.follow me k...
Post a Comment