menjenguk blog kekawan ternampak entry khas tuk baby Ammar..hati tergerak untuk buat sesuatu. lupakan entry yang lain, lupakan entry berseronok. ada insan yang memerlukan pertolongan semua...kiter menyusuri kisah baby Ammar yang perlukan bantuan
nampak sihat..senyuman tawa nya menyimpan seribu penderitaan..tak sanggup rasa nya melihat Ammar menderita selama ini. hari ni hari dia...esok lusa tak siapa yang tahu. selagi termampu sama² la kita menghulurkan bantuan..seringgit seorang sudah memandai..kalau yang berkemampuan, hulurkan setakat yang mampu...
dalam kita sibuk berblog..kita juga boleh membuat kebajikan...hati ibu mana yang sanggup melihat anak nya terus menderita...sama² la kita menyelami hati dan perasaan mama Ammar
tersentuh naluri keibuan setiap kali melihat gambar Ammar...apa yang mampu aku lakukan hanyalah mohon bantuan dari kekawan semua..tak kira kawan blogger mahupun silent reader..tak kira bangsa dan keturunan...sesungguh nya bayi kecil ini memerlukan bantuan semua
Sumbangan peribadi bolehlah didermakan disini (Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank))
doa kami semua sentiasa bersama mu Ammar...insyallah..berkat usaha dan doa semua Ammar akan pulih dan menjalani kehidupan seperti kanak² yang lain.
aku sudah memain kan peranan...sumbangan sudah dihulurkan, macam mana rakan² yang lain?? ringan kan beban keluarga Ammar...sama² kita hulurkan bantuan..baby Ammar tidak pernah meminta lebih..hanya sedikit dari anda semua untuk dia memula kan kehidupan yang sihat seperti kanak² lain.
more info klik di sini
permbedahan akan dijadualkan pada 22 februari 2010..dan tarikh akhir dana dikumpul pada tengah malam 17 februari 2010. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi kekawan semua.
thanks pada Dee atas entry yang memperkenalkan aku pada baby Ammar...insyallah..atas bantuan dan doa kalian semua, baby Ammar akan pulih..Amin..
untuk keluarga Ammar...ketabahan anda semua adalah motivasi buat kami yang lain..



3 orang membebel:
smoga segala usaha kita nie dapat mengumpulkan dana yg diperlukan sis....
thx sis..sama2 kita membantu ye..
OMG... tak sampai hati nak lihat... terdetik di hati, apa kalau jadi if that was our son..
sedihhhhh!!!
lets help setakat mana yg mampu..
Post a Comment