Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 10, 2010

Dont Jugde The Book By Its Cover

aku suka buat blog bukan sebab nak glamer.. bukan nak tempek muka yang tak cantik kat orang...bukan jugak nak tayang badan yang dah layak untuk masuk Asia Biggest Loser kat sini..

aku buat blog tuk diri sendiri..tempat aku nak luahkan sesuatu tanpa perlu bercakap dengan orang lain. tanpa perlu berbisik kat kawan yang boleh menimbulkan syak wasangka pada orang yang melihat. wujud nya blog ini 2 tahun lalu secara tidak sengaja..niat nya dah lama...cuma keberanian itu aku perlu kumpul hari demi hari

sejak ada blog..aku dapat ramai kawan tetapi dalam masa yang sama ramai juga yang menjeling. dulu aku rasa orang tak baca blog aku, sebab aku suka baca blog orang je...aku boleh tempek pic sesuka hati. aku boleh tempek pic aku tengah nganga tuk suap nasi ke..pic aku candid bila tido ke...tapi sekrang tak boleh lagi. tambah plak dah ramai benor orang satu bangunan yang duk layan blog aku hari². walalupun tak tinggalkan komen..ip korang aku still boleh jejak..

ada orang antar msg kat inbox, siap mukadimah bagai...cakap nak kenal..nak tego tapi takut..alamak..macam tu sekali ke. ada orang yang kena "ambush" aku duk crita ngan orang lain tahap kegarangan aku, dan orang lain tu plak sampai kat orang ketiga..n seterus nya, done² tu aku dah kena fitnah. takpe la...aku lebih rela pegang status garang daripada aku pegang status gedik..daripada aku pegang status isteri orang tetapi dalam masa yang sama duk ada skandal ngan laki orang...

dulu komen kat blog ni aku buka kat sesiapa saja. korang nak komen apa..komen je lah..tapi ada lak "anon" yang memang aku rasa terlalu pengecut siap hantar komen kutuk aku kaw². aku kater pengecut sebab orang tu jumpa aku hari², bila terserempak aku tak done nak tego dia dah tego aku dari jauh..tapi kat komen dier kutuk aku..hahahaha..orang gini lah aku kater pengecut sbb sampai sekarang aku tahu sapa orang tu. hari² aku nampak dier..cuma aku bukan orang yang melatah sebab kan komen orang macam tu. naper perlu jadi pengecut..kan lebih baik cakap berdepan

ko nampak tak apa yang abang buat...korang mesti cakap abang buat f**king fingger kan. oiii...budak baya abang mana reti buat semua tu. dier nak tunjuk yang dier pakai cincin silver kat jari tengah la. punya la bangga abang sebab ada cincin tetapi cincin tu bertahan tuk 3 jam je..pastuh hilang entah kemana..

sebab tu aku kater..jangan nilaikan sesuatu secara luaran je. aku nampak buruk..aku nampak garang..tapi jauh kat sudut hati aku ni ada taman..taman siap ngan kolam tuk korang pancing ikan..ikan tu make sure ada brand guess...hati aku tak sekejam mulut aku duk pot..pet..pot pet...aku tak malu la tuk mengaku yang aku anggap budak² kat opis aku ni macam adik..kalau diaorg buat silap aku tego, kalau dier orang nak kawen aku akan makesure diaorg dapat hadiah yang best²(kalau aku yang disuruh beli barang) kalau yang dapat anak aku akan pastikan barang yang aku beli tu berkualiti n boleh pakai tuk anak yang ke5

orang yang dengar crita aku ni garang pernah tanya ke kenapa aku marah? kalau orang buat salah takkan ko nak diam..kalau orang duk bercinta cintun kat tempat yang salah takkan ko nak diam..kalau kita minta tolong kat budak n budak tu kater dier sibuk tapi dalam masa yang sama dier duk layan game takkan ko tak marah?? aku marah bertempat..mungkin cara aku tego tu salah..cara aku tego tu macam rimau..tapi kemarahan aku sekejap je....tak pernah lagi setakat ni aku report kat boss pasal kesalahan orang lain. aku bukan kaki report yer...

selagi aku tego..itu tanda nya aku sayang..tapi kalau aku dah tak tego tu, janganlah ko berani nak lalu depan aku. kalau mood aku tak baik..ko la mangsa pertama yang akan kena laser.

manusia ada banyak ragam..ada yang macam tu..ada yang macam ni..tapi dalam banyak² ragam tu aku paling tak suka manusia yang talam dua muka..orang jenis ni la banyak main peranan tuk memecah belah kan orang. dan orang jenis macam ni la orang yang diluarnya nampak baik..sopan santun..tapi sebenarnya lakonan semata². kalau aku dapat tahu seseorang yang ada perangai macam ni, awal² aku dah jauhkan diri sebab aku tahu..aku selalu mengeluarkan kata-kata yang pedas...kata-kata yang laser...

seorang teman datang pada aku bertanyakan satu soklan..."kenapa ko dan dier tak pernah bercakap?" aku tak boleh nak jawab sebab...aku takde jawapan. tapi boleh pulak orang tu mengeluarkan kata² kat orang lain yang "baik buruk yang berlaku kat opis ni semuanya dari aku". kejayaan nya sesuatu majlis itu adalah hasil usaha aku walaupun sebenar nya aku hanyala ajk kecil je..tetepi gagal nya sesuatu itu pun adalah disebabkan aku..sedangkan aku hanyala orang yang mengambil tugasan itu last minute sedang kan orang yang pada asalnya angkat kaki

begitu dalam nya tanggapan orang yang dulu aku sanjung..tetapi dalam diam menyimpan seribu curiga terhadap aku. hanya disebabkan aku tidak pernah bergurau dengan nya..hanya mengetahui tentang aku melalui orang lain...kenapa orang macam ni menyimpan curiga?? sebab adanya orang yang talam dua muka. - end-

p.s : entry ni ditulis ketika hati aku didalam keadaan yang lebih santai...sekadar luahan perasaan...dan sebagai warning supaya sarang tebuan jangan dijolok...







12 orang membebel:

prebetsabu said... Reply to comment Reply to comment

sabo2 bwk bertenang.... manusia pelbagai ragam!

rasp said... Reply to comment Reply to comment

true, blog utk diri sendiri...
kalo suka sila baca, kalo tak boleh blah lah kan sis....
tak yah bzbudy nak baca lepas tu nak komen/ngata bukan2 *ihiks*0

Dj Epoi said... Reply to comment Reply to comment

Uik............
Bila dah baca abis baru paham....tentang gambaw tuh...heheheh

Gambaw menceritakan keadaan huhuuuuu

Gibik kecik cengginih kalau pakai cincin silver atau bangger silver cute siut!! hehehehehh

Join tak perjumpaan Blogger akan datang nih....

Sidratul Muntaha said... Reply to comment Reply to comment

tu normal dan bese
dah lali sgt org slh erti bile tgk muka/tgk gaya kita bercakap /bahasa tubuh kita/cara kita menulis dlm blog.
bosan sebenarnya tpi pergi mati laa...
tak berkudis pun klu depa nak kutuk blkg,nak dgr citer psl kita dari org lain.

takde hal
sbb pegang satu prinsip jer..
esok lusa..org yg curiga dgn kita tulah esok yg mintak tolong dgn kita bile bertarung dgn nyawa.

aepun..
relax jelah...
abaikan lalat - lalat tu sume..

sandal kecik said... Reply to comment Reply to comment

fuh...

Kniedaz said... Reply to comment Reply to comment

waduh...betoi ke mummysyafie ni garang...garang bertempat takpe..hehe

umie said... Reply to comment Reply to comment

bagus na n3 tok...hehhehe..

Cath J said... Reply to comment Reply to comment

Pjg nyer melepas rasa... Tapi yg paling beshhh tu...nota kaki tu.... jgn main2 yuuu... hehehhehee

*SiRibenMerah said... Reply to comment Reply to comment

hehehe..
x kenal maka x chenta..
da kenal, sudah jatuh chenta..
btw, i miss u akak..
da lama x borak2 ngan akak..
hehehehehehehe...

take care ar..
g makan madu byk2 sket..
nnt x de la kne telan tebuan pulak..
maklumlah, org da mula nk jolok sarang tebuan akak tuh..
kne pasang perisai la skang neh..

lily lotus said... Reply to comment Reply to comment

huhu..suka pic abg tu! sabar yer kak...

Dee said... Reply to comment Reply to comment

nor..tetiba teringat adnan sempit..walau sy nmpk sasa..tp dlm hati ada taman..hahaha..cheer up ye nor..

MY HEART said... Reply to comment Reply to comment

sabo nok.. aku suker jer ngan ko.. ahaks!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...