semalam adalah hari yang paling malang aku rasa. balik kerja tepat jam 5.30 ptg dengan keadaan hujan lebat. selepas ambik abang di tadika aku dan daddy terus ke rumah mama zu tuk amik wawan pulak. setibanya aku di lobi rumah mama zue, kelihatan sebuah kereta waja diparking melintang di kawasan lobi sekali gus menghalang kereta lain untuk menurunkan penumpang. aku merungut pada suami.."ni mmg disengajakan ni". dalam keadaan hujan lebat suami terpaksa menurunkan aku di ruang yang tiada atap dan menyebabkan aku basah lecun.
perkara ini bukan saja terjadi pada aku malah kepada beberapa ibubapa yang mendukung bayi² kecil. terdetik dalam hati...siapa kah gerangan tuan empunya kereta yang tidak berperikemanusian sanggup mengambil tindakan yang menyusah kan orang lain
sewaktu aku melalui kawasan lobi..terdengar seorang lelaki bercakap dengan nada yang tinggi kepada seorang lelaki lain.."hah..memang aku sengaja parking kat situ. biar diaorg rasa".
mendengar perbualan dier aku merungut.."yerlah..tindakan awak tu menyusahkan banyak pihak..." rungutan aku didengar oleh isteri kepada lelaki tua yang umur nya linkungan awal 50an. sambil mencekak pinggang seperti watak joyah dalam cerita opah "oooo....mulut..."
aku yang ketika itu dimuka lif terus keluar dan menyahut " apa mulut²...apa yang saya cakap tu betul..tindakan apakah itu dengan sengaja menyusahkan orang lain. mana sifat kemanusian awak hingga sanggup melihat orang berhujan..."
wanita itu berjalan seolah² cuba melarikan diri. mungkin dia tidak terfikir yang ketika itu aku menyahut cabaran nya untuk berdebat..malas untuk berpanjangan...aku naik ke tingkat atas dan mengambil wawan seperti biasa..bila tiba di lobi apartment...kelihatan si tuan punya kereta masih menunggu aku dan posisi kereta nya masih melintang.
aku menghampiri kereta itu dan menegur " tindakan apa yang awak ambil sampai menyebabkan orang ramai berhujan..kalau iyer pun tak suka orang parking kereta kat sini, tegur lah dengan cara yang betul. bukan nya dengan meletakkan kenderaan sebegini rupa. perbuatan awak ini mencerminkan tindakan orang tidak bermoral"
"saya peduli apa? ini blok saya..saya punya pasal la nak buat apa..biar kurang ajar sikit"
aku menjawab.." eh..silap..ini bukan blok awak..ini blok kerajaan...saya pekerja kerajaan dan saya pun ada hak atas masalah yang berlaku"
pertelingkahan berlarutan sehingga lewat petang. ramai orang menjadi saksi..malah dengan keadaan kereta nya itu menyebabkan banyak anak² kecil..ibu mengandung..orang tua yang basah kuyup.
aku bersuara lagi " tengok keliling awak..awak nak kena kan orang lain..tapi penghuni blok ini sendiri yang terima akibat nya.."
cuba korang baca...memang aku tak nafikan..perkara ini selalu berlaku tetapi sebagai manusia awak tidak boleh bertindak begitu kejam. jangan sama kan apartment kerajaan dengan apartment swasta. tuk pastikan kawasan lobi sentiasa kosong memang mustahil sekali melainkan awak membayar seorang pengawal keselamatan atau awak bertugas sebagai pengawal keselamatan untuk menghalang mana² pemandu untuk meletakkan kenderaan di kawasan lobi.
ini lah kawasan yang mencetus kan kontroversi. ketika gambar ini diambil aku baru selesai bertengkar dengan orang tua terbabit. dan sebuah kereta kancil masih meletakkan kenderaan dikawasan lobi walhal sudah diberitahu dengan notis.
kena fikir jugak..kebanyakkan orang yang meletakkan kereta kat kawasan lobi adalah ibubapa yang hanya singgah sekejap untuk mengambil anak masing². paling lama pun 10 minit..takkan 10 minit pun tidak boleh. nak kami parking ditempat parking memang tak boleh sebab sentiasa penuh. aku dan suami faham keadaan itu dan kami tak pernah sekali pun meletakkan kereta di kawasan lobi kecuali tiba hari hujan dimana suami akan menurunkan aku dan mengambil aku. itu saja..tetapi diatas kesalahan orang lain..aku dan suami selalu menjadi mangsa teguran..teguran pun bukan dengan cara yang baik..malah "hoii...hoi...tak boleh park kat situ"
selepas berlaku pertelingkahan..aku terus ke ipd putrajaya untuk membuat laporang polis. bukan nya aku berlagak menyahut cabaran orang tua tadi..tetapi atas dasar keselamatan aku rasa aku patut membuat laporan polis. malah aku tahu..selepas kejadian hari ini..mungkin aku akan bertembung lagi dengan lelaki yang aku rasa tak cukup akal nya..or dia takde anak kecil sebab itu sanggup berbuat demikian..
dia mengaku dia kurang ajar..so orang kurang ajar tidak boleh ditegur malah tidak boleh dilawan dengan kurang ajar...lawan nya undang²
aku memang serius dengan apa yang aku katakan..aku bertindak berlandaskan undang²..jangan cari pasal dengan aku....apa yang aku maksudkan..akan aku kota. aku tak pernah menggangu hidup orang lain..aku berdiam orang kata aku sombong..so bila aku mengeluarkan kata²...pedas jadi nya
nak lari kemana?? melalui no pendaftaran aku sudah mengetahu details empunya kereta..bukan milik lelaki itu..malah milik isterinya..menduduki kuarters kerajaan pun atas nama si isteri...jadi si suami tidak berkerja?? bekerja sendiri?? idak la aku tahu
jika berlaku lagi sesuatu yang tidak diingini..aku tidak ragu² untuk mengambil tindakan undang² dan langkah seterusnya..aku nak ke hartanah untuk melaporkan masalah yang aku rasa tiada jalan penyelesaian nya - end-




16 orang membebel:
betui tindakan nor tu .bior org tua tu rasakan ..
betul kak..org yg krg aja ni,lawan nya hnya lah undang2..
smga mslh ni dpt diselesaikan secepatnya.. :D saba yea kak
sekali sekala org sebegitu patut diajar..syabas kepada nor..kalau saya belum tentu lagi ble bertindak mcm nor..huhu
elok la camtuh akak.. biar dia sedar dulu.. moga2 jd iktibar utk org lain.. hormat sesama manusia.. kan boleh settle elok2.. iskkk.. budi bahasa budaya kita.. slalunya lepas report ape tindakan polis?? ade ke org tuh kne tangkap??
jgn fikir org muda je, kdg2 org tua yg kuang hajar lagi buruk rupanya ye kak..saba ye kak..
syabas sis...
mmg patut u buat gitu...
u did the rite thing...i applaud u!
saya silent reader akak and saya pun berkerja di putrajaya memg betul tindakan akak tue.org2 yang duk kat sini ada yang perangai camtu yang pentingkan diri sendiri dah tau wat salah xpi still nak menang jgk.biar undang2 yg tentukan.
betul betul...cam tu je nak ajar org2 yg 'peel' camtu...
nang kurang aj la org laki ya.harus kitak merepot.gik asa nya.
mun kmk pun geram eh dgn org kedak ya
patutnya sis buat je repot masa mula2 tu. orang cam tu, xde keje, saje nak tambah keje orang. jiran rumah saya pun mcm tu, siap tulis notis ugut2 nak pecah kereta lagi.
entahlah..terasa macam ada manusia yang bertindak mengikit emosional tanpa berfikir secara rasional..
notis dah mengatakan bahawa hanya dibenarkan menurunkan dan mengambil penumpang di kawasan lobi, tetapi jika kereta diparking secara melintang..."dimana asas kebenaran notis tersebut"
sepanjang orang tua aku membesarkan aku..walaupun tidak berpelajaran tinggi seperti orang lain...hanya satu yang selalu mak tekan kan..."sentiasa hormat pada orang yang lebih tua..sentiasa memberi peluang pada orang yang memerlukan"
tetapi jika ada orang tua yang berperangan macam ni?? adakah aku sebagai orang muda harus mengalah?? semesti nya TIDAK...keselamatan anak2 harus aku utamakan..
besan,
aku respek ngan ko. orang tua tu perlu diajar. ko bagi tak sesalinan report pada dia?? bagi jer.. biar dia tau langit tinggi rendah.. berlagak sangat. dah arr dok kuarters atas nama bini. ntah keje ntah idak. aku bukan apa.. rumah lama aku dulu, banyak lelaki tua ni dok menumpang bini. keje diorang, lepak kat bawah umah menyembang dan usha orang lalu lalang. dah tu, bergosip mengalahkan orang perempuan... dah takde keje kan.. melepak dan mengumpat ler.. ish... kalo aku jumpa arr orang tau yang sound ko tu.. memang dah makan penampar aku.. shilako!!
Tindakan yg bernas... buat laporan...
Kadang2 kita kena berlazer jugak...jgn di buli... I sokong ngan apa yg you buat.
setuju ngan tindakan u sis..
wow....cayalah...I respect u for what uhave done.....jangan biarkan sesiapa pijak kepala kita kalau apa yang kita buat tu betul..............
Post a Comment