Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 25, 2010

Selamat Tinggal Kak Kim

hari ni hari terakhir kak kim bertugas di putrajaya. sejak kak kim dapat surat pertukaran..sekali pun aku seolah² tidak mahu ambil tahu. untuk pengetahuan uols semua, kak kim berpindah atas permohonan sendiri....surat permohonan untuk balik ke wilayah asal telah kak kim hantar pertengahan januari. selalu nya permohonan macam ni mengambil masa yang lama untuk diluluskan. tetapi nasib menyebelahi kak kim dimana permohonan dier mendapat kelulusan within one month.

naper kak kim nak balik?? of coz nak bersama suami tercinta occay..waktu aku sampai di sini dulu aku tak punya kawan sepejabat. kalau ada pun seri n kak yati je geng yang menjadi teman. tapi diaorg lain bahagian so still ada jurang tuk bersama². pastuh datang lak Bee...sejak bee ada aku berdua je ngan dier kehulu kehilir.

aku bukan manusia yang punyai sifat ramah. malah aku tahu ramai yang kater aku sombong n pilih kawan. aku tak sombong larr...cuma aku tak reti nak memulakan persahabatan terlebih dahulu. once aku dah kenal..baru leh hu..ha..

serasi ngan bee...bahagian aku terima lak beberapa orang staff perempuan. tapi tak seorang pun yang boleh join aku n bee. mungkin sebab yang datang tu anak² dara kot. so keserasian tu non adoo

first time jumpa kak kim sewaktu kami menghadiri temuduga kenaikkan pangkat sama² dulu. time tu just say..hi..hi.. je. pastu bye..bye la kak kim balik tawau. tak sangka lak bila keputusan temuduga keluar..aku dan kak kim berjaya n kak kim ditukarkan ke putrajaya memandangkan tiada kekosongan di tawau. aku lak still stay kat bahagian yang sama.

waktu pertama kak kim lapor diri..aku tak pernah rasa yang dia akan jadi my bestfriend forever sebab perangai aku yang terlalu sukar tuk get along ngan orang lain. tapi..sehari demi sehari...kami boleh jadi rapat..malah macam adik beradik.

kalau nak gi latihan menembak..kena gi sama². kalau sorang tak gi..sorang lagi akan amik keputusan yang sama. kalau boss tanya aku..nak gi outstation ngan sapa?? aku selalu letakkan nama kak kim di senarai teratas..hihihi...daripada seorang wanita yang berbaju kurung..lama kelamaan..kak kim sudah boleh mengikut rentak aku. menjadi pengemar Guess yang tegar...sudah pandai sentap macam kawan nya jugak. sudah pandai nular macam kawan nya jugak..n sudah pandai pakai primavera macam kawan nya jugak..

sejak di alam persekolahan..aku tak pernah alami situasi sebegini. bagi ku kawan di zaman persekolahan adalah kawan yang sejati. tapi alhamdulilah...sejak berjumpa kak kim n bee...aku rasa..mereka la kawan yang aku cari² selama ini

tapi aku tak pernah menduga yang persahabatan kami ini bakal berakhir dengan perpisahan. dua tahun adalah tempoh yang lama..tapi bagi aku..belum cukup untuk aku bermanja dan bergurau senda dengan kak kim. kalau aku tidak sihat...kak kim lah orang pertama yang tahu akan perubahan ku. tetapi cara kak kim berbeza dari orang lain..dier tidak pernah bertanyakan soklan secara berdepan..dier akan menggunakan sms "pok..ko ndak apa² ka pok?? kenapa muka mu nampak pucat? ko tak sihat ka nor?" setiap kali aku menerima sms tu..aku tersenyum sendiri..

sekarang..kalau kak kim dah takde kat sini..sapa yang akan bertanya..?? macam mana kak kim nak tahu saya sihat ke tidak?? sedih nya saya kak kim...

selalu nya kalau kami outstation sama²..kami akan pilih tuk duduk sebilik. sampai je kat satu destinasi..campak je beg..terus baring n sembang² pasal perkara yang jarang kami crita kat pejabat. bukan bergosip atau mengumpat..tetapi selalu berkisarkan tentang peribadi dan kehidupan

kalau kak kim dah takde...macam mana nak outstation sama²...macam mana nak lepak sampai awal pagi..dengan siapa saya nak bercrita tentang sesuatu yang saya dah lama share ngan kak kim?? pedih nya mata menahan sedih pok..sesungguh nya saya terasa kehilangan pok sejak surat pertukaran itu pok terima..

sepatut nya satu majlis perpisahan akan diadakan bersama² dengan beberapa pegawai lain termasuklah dengan Dato' Pengarah..tetapi disebabkan kak kim membatalkan niat untuk menangguhkan pertukaran jadi hanya majlis ringkas yang mampu kami buat

setengah daripada kekawan masih berkursus..pengarah bahagian yang baru masih bercuti...timbalan pengarah pulak ada mesyuarat di saat² akhir. jadi..hanya kami sahaja yang ada. minta maaf kak kim..persiapan di saat akhir memang selalu terdapat kekurangan..saya bagi pihak kekawan yang lain memohon maaf diatas apa yang berlaku..

kad yang aku beli semalam..masa ni kak kim dah cuba menahan sebak. aku perasaan akan kesedihan yang dier rasa sebab aku alami perasaan yang sama. cuma sedikit pun aku tidak bercakap apa² sebab takut ada yang mengalirkan air mata

staff wanita yang ada di pejabat. ada beberapa orang masih berkursus...

harap kak kim sudi terima hadiah yang tak seberapa dari saya

tiga serangkai..mulai minggu depan hanya tinggal aku n bee je

tak semua yang dapat tinggalkan jejak..hanya yang ada je...harap kak kim tak lupa dengan kami di sini. Sabah dan Semenanjung satu jarak yang jauh kak kim...entah bila dapat bersua lagi.

aku tak dapat tafsir perasaan orang lain..malah aku tak boleh nak baca apa yang kak kim rasa sekarang ni..cuma apa yang boleh aku katakan bahawa...saat aku membuat entry ni..hati ku sebak..sedaya upaya tuk menahan air mata jatuh...perpisahan ini seperti suatu yang tak pernah aku alami. bukan nya tak pernah pegawai datang dan pergi cuma permergian kak kim ni tak sama dengan pegawai² yang lain

lagu ni khas tuk kak kim taw...rajin² la baca blog saya..rajin² la berhubung kat pesbuk..rajin² la tanya khabar kami kat sini..

sayu..terpisah...

hikayat indah ini hanya tinggal sejarah

berhembus angin rindu

begitu nyamannya terhidu wangian kasih mu

hujan lebat mencurah kini

bagaikan tiada henti

kaulah lagu ku kau irama terindah

tak lagi kudengari

kau pergi...pergi...

sepi tanpa kata

terdiam dan kaki tak daya kau ku lupa

apa pun kata mereka

biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini

bagaikan tiada henti

kaulah laguku

kau irama terindah

tak lagi kudengari

KAU PERGI...PERGI..

tadi..waktu lunch sesama.. kami masing² pilih tempat yang banyak menyimpan memori bersama..mula² ok je...tapi pastuh..

bee : nanti tak dapat la makan macam ni lagi

kak kim : jangan bah kamu ni..

aku : nanti tak dapat la keluar sesama lagi...

kak kim : aku dah nak nangis dah ni..jangan la...sob..sob..

tiga² tunduk sambil mata dah merah menahan kesedihan..setakat entry ni dibuat..aku belum lagi menangis..setakat air mata bergenangan di kelompak mata je..jap lagi nak jumpa kak kim tuk kali terakhir...and aku rasa..kali ni aku akan menangis..menangis..kerana tak terdaya nak menahan kesedihan dah...

noted : pok tu macam panggilan ganti diri bagi "kawan, sahabat" kalau kat sarawak selalu la uols dengar perkataan pok ni.



7 orang membebel:

umie said... Reply to comment Reply to comment

sedih ada jak n3 tok..menangis juak kmk baca....bey kak kim...

f.i.e.z.a said... Reply to comment Reply to comment

kmk penah rasa apa ktk rasa bila haniza benti keja last yr.run2 mek nangis d opis wpun sama kch tp susah mok jmpa n sik akan dapat serapat dlok.
huhu
sedeh indah mek eh

Nurul a.k.a Riko said... Reply to comment Reply to comment

Irah..
sayu pulak baca entry kali nie. Mmg sedihkan..especially pok yg ada chemistry nie. Mmg sukar nk jumpa.

Si Pemburu Bintang said... Reply to comment Reply to comment

Sian kat kak. bersabarlah lah yea. Bertemu dan berpisah kerana tuhan. sy nak perkenalkan blog. sy budak baru belajar wat blog. kalu salah tlg commentkan

+NADS+ said... Reply to comment Reply to comment

alaaa..sedihnyer kak...

Dee said... Reply to comment Reply to comment

aku pun sedih nor..nangis dh ni..mcm kak kim tu kwn aku lak..hehehe..

jgn riso..mana tau satu hari nanti ada org baru yg dtg..dan leh ngam pulak ngan kamu sis..sabar n tabah ye..

lily lotus said... Reply to comment Reply to comment

aduhai sedihnya. sabar yer

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...