teruk betul la blog aku ni. crita nak hapdet amik masa seminggu. sian kan uols yang baca n3 basi je hari². harap uols faham situasi aku sekarang ni...masih didalam dilema..masih di dalam angan². yep..aku di dalam proses untuk menyesuaikan diri di dalam keadaan yang aku dah mula boring.
kalau nak buat n3 baru..aku akan pasangkan lagu Afgan, untuk amik mood bercerita. siyess...aku dah mula bosan. di tahap maxima dah ni. tak dalam hati tetap berkata..."oh..hanya seketika cuma". cuba untuk kembalikan mood berkerja..hari demi hari...keputusan nya tetap sama. aku tetap lembik sebegini.
one day daddy kater " my..u takmo tukar persekitaran kerja?" aku terus kater .."oh..gud idea d.." tapi..still ada tapi...aku nak tukar mana?? ni close department..sana sini jumpa orang yang sama..kerja ttp berkaitan..OMG..sekarang baru aku realize yang aku dah terperangkap di dalam dunia yang aku mula bosan.
dulu hj rahman pernah berpesan..untuk melakukan sesuatu kerja, kita kena seronok untuk melakukannya even kita tak suka. supay hasil nya nanti akan mendatangkan faedah buat diri sendiri. jika kita takde mood...amik cuti..tenangkan fikiran supaya tiada seorang pun akan menjadi mangsa akibat perubahan mood kita tu. kalau still tak berkesan..."amik risiko" untuk bertukar.
its been 11 yrs aku kat dept ni..dan 9 yrs kat bahagian ni. satu jangka masa yang lama n sekarang ni aku tengah berfikir untuk melakukan satu perubahan..resign? transfer? unpaid leave??
nak hilangkan borin..aku bawak uols ronda² tempat kerja aku. sebelum memasuki perkhidmatan sekarang..aku pernah berkerja di Jabatan Ketua Menteri bahagian Sumber Manusia. bangunan tinggi ni dulu opis aku..tingkat 12. Wisma Bapa Malaysia ni adalah satu bangunan yang "gah" kat kuching.
habis belajar aku tak menganggur lama. dua bulan duduk rumah aku ditawar kan berkerja sebagai "sukarelawan" di sini. sukarelawan ni perhidmatan yang menawarkan para² lepasan sekolah, graduan² untuk mencari pengalaman bekerja. weols takde gaji ok..just depends ngan elaun saja. dulu masa ku masuk elaun nya tak sampai RM500..tu pun ada potong epf bagai. kalau sekarang permulaan pun dah cecah 1K, untung erkk sukarelawan sekarang.
walaupun mendapat elaun yang rendah..aku bersyukur diberi peluang mencari pengalaman disini. banyak benda aku berlajar kat sini...banyak sifo² yang aku jumpa..even bangunan ni menjadi satu tempat tuk menteri² bertugas. so kalau terserempak kat lobi tu dah jadi perkara biasa. satu je aku suka kat sini...dari muda hingga ke tua...staff dan kakitangan nya bergaya..dan selalu berwatakkan korporat. di sini la aku berlajar untuk bergaya...berlajar tu pakai make up...berlajar tuk pakai heels. sebab kat sini tak bleh pakai slipar iyer... (itu 10 tahun dulu..sekrang tak taw la plak)
satu je yang best bila jadi Sukarelawan ni..peluang tuk kerja ngan kerajaan cerah. sebab kekosongan jawatan akan diisi oleh calon² sukarelawan yang ada pengalaman kerja. sebab itu aku hanya amik masa sekali temuduga sahaja terus...dapat rezeki kerja tetap kat sini. alhamdulilah.
dulu gi kerja daddy akan amik..tapi dier tak amik kat lobi. aku akan tunggu kat bus stop ni..dulu weols naik moto je yer..merempit je kerja nya. hahahaha..kalau daddy tak bleh amik pun aku akan tumpang kakak² ku je..sebab diaorg pun kerja kat area ni gak.
satu lagi bangunan dimana tempat aku pernah bertugas. ni Dewan Undangan Negeri..tempat adun² bersidang. pernah diberi peluang untuk bertugas semasa persidangan. tempat nya besar woo...n macam sumthing haunted la. hahahaha..kat sini juga aku akan betugas 2-3 kali dalam tempoh setahun tuk Majlis Penyampaian Pingat...jadi tray girl la dulu. berdiri kat sebelah CM Sarawak memang satu perkara yang aku nanti²kan..even just bawak dulang pingat pun orite. :)
sekarang dah ada bangunan DUN baru taw..jap lagi uols tengok pic
pandangan dari bus stop..tingkat atas tu opis CM..opis aku lama kat tingkat 12..cuba kira yang mana satu. :)
on the way ke Astana..
ni bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru. cantik tak?? tak pernah masuk lagi
ni Astana Negeri..kalau orang tak taw..orang akan kater..bukan Astana la..Istana...tapi betul..memang Astana...ejaan tu memang dikekalkan. kat dalam ni aku pernah masuk..bukan aku kerja kat sini erkk...sbb kakak aku PA kat sini. so dulu selalu la ikui dier masuk kan..kalau time raya tu mmg meriah la kat sini..
naper aku tunjuk pic lama ni?? sebab nya..kalau nak diberi peluang tuk bertukar angin, aku nak balik kuching. nak berkhidmat tuk rakyat sarawak lak. peluang tu mmg tipis la sekarang ni, tambahan lak aku n daddy dalam satu department.
10 tahun merantau dah macam² pengalaman dah kami tempuh. elok kiranya kami balik ke negeri asal..sayang tu mmg sayang. sebab kat semenanjung ni dah banyak mengajar aku tuk berdikari..belajar tuk jadi orang yang matang. tapi..kekadang suasana yang baru juga boleh mengembalikan semangant untuk bekerja..sesuatu yang aku dah mula hilang kat sini.



7 orang membebel:
mmg untung tul dapat jadik sukarelawan kan...
senang nak diserapkan...
tapi tul laa sis...
mood u dgn mood i sropa...
i dah start rasa jemu...
mula lah memacam di benak fikiran nie kan...
Mami, kmk salu juak ronda2 sukat jeraya area sia.. Sambil2 ya cuci mata.. haha...
hi kitak..benar ya kan..kmk pun teringin mauk balit negeri sndiri..rindu eh...kmk dh diam sitok 13 thn..lamak dh rasa..
org merantau kalo bole mmg nk balik ke negeri asalkan..kalo itu yg terbaik sis..pindahlah..kdg2 terlalu lama dlm satu2 syarikat/pejabat mmg membuatkan kita jd bosan dan tepu..dgn kerenah2 yg berbagai lagi..tekanan sesangat..
dulu dee pun keje smpi 12 tahun in 1 company..akhirnya dee nekad..mencari rezeki di tempat lain..eh..the grass is more greener on the other side..sapa tau kan? hehehe..
susah jugak ye nor nak buat keputusan..
kty doakan yg terbaik utk nor.
kalau dah itu jalan terbaik :)
kdg2 bercuti pjg2.. boleh ubat semula kebosanan tuuu... tapi kalau balik tup sama jugak... nampaknya harus mula berfikir utk cuba enviroment baru... :)
psst... jadi 'org rumah' pun mcm tu... pandai pula bosan2...hahahha... tu lah kena bercuti tu.. kang hari2 jadi rimauuuu... hihihi..
tak care yerr..
Post a Comment