Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 27, 2010

Pertama Dan Terakhir

aku bukan seorang sasterawan..malah bukan juga seorang penglipurlara. apa yang akan aku huraikan disini semata² untuk mengisi cerita² manis dan pahit dalam melayari kehidupan yang dikelilingi oleh pelbagai ragam manusia. andai kata ada yang terasa dengan apa yang aku tuliskan..seribu kemaafkan ku mohon, sesungguhnya aku manusia biasa yang serba kekurangan.

kali pertama bersua muka pada tahun 2002, sewaktu aku masih bertugas di cawangan kuching. waktu itu aku bertugas sebagai seorang ahlijawatankuasa satu program yang melibatkan beberapa "orang besar" daripada ibupejabat. ketika itu aku hanya pernah mendengar nama tetapi jauh sekali kenal akan siapa yang dimaksudkan.

"korang buat kerja macam mana ni? kenapa baju tak cukup? pastuh orang² aku nak pakai baju apa?" dengan nada tegas dier bertanyakan soklan pada majikan ku ketika aku. terdetik dalam hati "kasar nya". sebelum ini tak pernah pulak aku dengar crita sesuatu yang tak baik tentang dier.

beberapa hari berlangsung nya program..sedikit pun aku tak pernah bercakap or bersembang dengan dier sehingga la pada malam terakhir, dier mengajak pengelaras program dan beberapa ajk untuk makan kat luar. aku ada masa tu..kebetulan program dibuat di Lundu, satu pekan kecil. so bila sebut je pekan kecil, uols boleh bayangkan gerai makan nya macam mana. walaupun dengan keadaan gerai yang serba kekurangan, sedikit pun dier tak merungut. walhal pada ketika itu.."dier" boleh dikategorikan antara orang² yang "hebat".

ketika program itu berlangsung...aku adalah antara ajk yang akan balik awal. kerana itu merupakan program terakhir yang akan aku sertai memandangkan beberapa hari selepas itu, aku akan melapor diri di ibu pejabat, putrajaya. sebelum meminta izin balik dari penolong pengarah, aku sempat bertanya sesuatu pada dier..

aku : tuan..itu kah orang yang selalu saya dengar . garang nyer..selisih malaikat 44, kalau boleh tak mahu kerja dengan orang macam tu.

penolong pengarah : dier tak garang nor..cuma tegas. kalau awak ada peluang kerja dengan dier, jangan sia²kan. amik peluang tu..tuntut ilmu apa yang dier ada.

aku : naper tuan cakap macam tu?

penolong pengarah : percaya atau tidak..dalam tempoh 10 tahun akan datang, dier akan jadi "sumone".

aku : insyallah tuan..kalau ada rezeki, saya akan gunakan sebaik mungkin.

dier yang aku kata garang..dier yang aku hormat 10 tahun dulu. ada diantara mereka yang duduk di meja ini. seseorang yang aku takuti..dari dulu hingga sekarang. takut bukan kerana aku pengecut..tetapi takut kerana hormat ku pada dier terlalu tinggi. sampaikan aku takut jika aku mengeluarkan kata² yang boleh menyakiti hati dier ketika bercakap.

serius..aku hanya bercakap bila perlu. malah jika dier bergurau..aku hanya mampu tersenyum. setelah beberapa tahun di ibu pejabat, tahun 2009 menjadi titik bersejarah. dimana sesuatu yang aku takuti menjadi kenyataan...dier yang aku hormat menjadi pengarah bahagian.

kali pertama, aku dengan berani (takut sebenarnya) memperkenalkan seseorang yang aku hormat sejak 10 tahun dulu. yep..weols panggil Dato' K je..tapi bukan Dato' K ct liza yer...bahasa timangan weols je ni. tapi depan dier tak berani lak nak panggil ngan panggilan gitew.

hanya sempat berkerja dibawah pimpinan Dato' tuk tempoh setahun je. aku rasa dalam tempoh tu belum cukup tuk aku gali..cangkul...cungkil ilmu yang dier ada. sebab setahun tu hanya tempoh tuk aku memberanikan diri bercakap dengan dier..hahahah..sampai macam tu sekali aku takut okk..eh..bukan takut..hormat.

tempat Dato' K diganti dengan pengarah kami yang baru. so majlis ni dibuat secara sederhana tuk meraikan beberapa orang pegawai yang bertukar. simple tapi aku rasa penuh makna.

sepanjang 10 tahun ini jugak..ada beberapa orang pengarah bertukar ganti..dan Dato K lah pengarah yang pertama kali..malah pengarah tunggal yang amik berat pasal aku dan kekawan tuk pergi temuduga. dier siap bagi sokongan, nasihat dan guide macam mana nak jawab soklan yang akan ditanya. masa tu rasa seperti dihargai sangat..kerana pengalaman kerja dengan beberapa pengarah sebelum ini, jauh berbeza dari Dato' K.

nak crita panjang lagi tapi kebebasan aku bercerita seperti terbatas. apa pun..kami semua amat menghargai jasa dan budi Dato' sepanjang menjadi Pengarah di tempat kami. doa kami sentiasa mengiringi Dato' dan keluarga. kalau ada masa tu..meh la lawat kami kat bawah ni Dato'..bawak cucur pisang sekali yer (matilah kalau dier baca)

dalam kesempatan itu jugak..majlis meraikan pegawai² yang lahir pada bulan April. of coz aku antara orang itew kan..

tahun ni aku rasa tahun yang paling banyak aku potong kek..rejiki²....ok weols..setakat ni tak pernah lagi kan letak pic pengarah..so ni lah first n the last aku rasa. takut ada yang tak suka...



~ end ~

5 orang membebel:

rasp said... Reply to comment Reply to comment

tu lah kan, sapa sangka dpt gak 'jodoh' kerja sama bahgian dgn org yg dihormati...
berseri2 u in red...

MY HEART said... Reply to comment Reply to comment

Selamat hari lahir besan. eh! aku dah pernah wish kan??

eLLy said... Reply to comment Reply to comment

Seronak kan klu dapat peluang bkerja dng org yg tak kedekut ilmu.

atty's said... Reply to comment Reply to comment

mesti dpt byk pengalaman kerja dengan datok tu.

ct_nurmarlissaa said... Reply to comment Reply to comment

ermm..bosses..ngerii..hehehe:-)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...