nak kongsi rahsia bagaimana aku sihat seperti sebelum. tiada lagi entry semput..tiada lagi entry nabulizer. nak share ngan uols yang ada asthma ni.
sebelum ni takmo dulu nak bagitaw apa² kan. just nak cuba n lihat sendiri keberkesanan benda ni.
pernah nampak benda ni tak? ini ialah Seretide Accuhaler, ada dua dos yang berbeza. satu 250/50 dan 250/20. tuk kes tahap asthma macam aku ni, doctor sarankan amik 250/50 dua sedutan sehari.
tiada kesan sampingan..lepas amik ni takde mengigil macam parkinson. tiada rasa lemah badan segala bagai BUT pada mula² ambil seretide memang nak amik masa sendiri tuk sesuai kan dengan hormon badan kan. macam aku..mula² amik aku rasa mual. nak makan asam je..pastu rasa loya lak
seretide ni adalah sejenis ubat or insiatif lain tuk pengidap asthma yang gagal pulih melalui kaedah inhaler.
satu seretide ni boleh digunakan sebanyak 60 kali. jumlah penggunaan boleh dilihat daripada Dose Indicator. so kalau macam kes aku ni..60 kali tu genap tuk 30 hari je. mouthpiece tu boleh ditutup selepas digunakan so tak perlu risau pasal kebersihan
ni sesuai tuk kids..sebab dos nya 50/100 je berbanding ngan yang aku punya tu 250/50
ok..ni salur pernafasan sebelum dan selepas. setelah 30 hari mengunakan seretide ni tiada lagi masalah sesak nafas or serangan asthma diwaktu malam atau pagi.
aku dah boleh joging² macam orang lain..naik tangga tanpa rasa semput. n tido malam dah lena tak macam sebelum
cara gunakan nya, just buka mouthpiece tu dan terus sedut lebih kurang 10 saat. seretide ni tak macam inhaler taw..inhaler akan mengeluarkan dos berbentuk gas. tapi seretide ni akan mengeluarkan dos berbentuk serbuk. so bila sedut, anda kena tutup mulut lebih kurang 20 saat. supaya serbuk tersebut 100% masuk
so alhamdulilah...since 17 Jun until now..im free from asthma attack.
ada dua kemungkinan utk pengguna seretide ni. contoh paling mudah, aku amik from my own xperience ok. 15 hari menggunakan seretide, aku kena demam panas, flu n batuk. sebabkan penyakit tu semua..paru² aku kurang berfungsi dengan betul. so aku amik seretide ni macam biasa but still takde perubahan. dada rasa macam sakit semacam...batuk² n pagi bila bangun tido aku akan muntah kahak.
kesimpulannya..jika pengidap asthma dijangkiti penyakit yang lain, seretide tidak akan berfungsi dengan betul. so aku kena gi klinik..amik ubat paru², ubat asthma n kahak selama 3 hari berturut². lepas amik ubat tu...bila paru² dah bersih..so boleh maintain balik ngan seretide.
apa pun...kena minta NASIHAT DOCTOR terlebih dahulu. setiap orang punyai kuantiti dos yang berbeza. jangan simply beli n pakai taw. BAHAYA!
tuk kakitangan kerajaan, Seretide ni tidak dibekalkan di klinik / hospital kerajaan. doc yang sarankan uols pakai kena keluarkan surat n bagi senarai ubat didalam borang Perubatan 6A Pin 1 supaya uols leh claim balik ngan jabatan. harga seretide ni RM146.00 seunit. ada sesiapa yang jumpa pharmacy or klinik yang jual lebih murah, bagitaw yer..
untuk ibu² yang anak nya ada masalah macam ni, sila gi jumpa doc n minta pendapat pasal Seretide.









14 orang membebel:
gud info tok..
bagus..nie..nanti leh kasi tau kawan2, tq nor
ooo kiyut menda tu eyh..kaler pepel lak tu..
ctk lak benda tu kak..
smga akk terus sht & sht yea ;-)
wah bleh bagitau ngan kazen weols nie...coz anak dia mengalamai ashma...
kmk boleh syorkan dengan hubby tok...=)
uish,
gud info ni,
yg mcm wanie punya pun jenis serbuk jugak,
hurm,
nanti nak try tanya kat doc kat kmc,
samada wanie bole x pakai yg akk ckp kan nie...
tq akk sbb share info ngn wanie:)
thanks sis
sangat2 berguna info nie..since Batrice baru jer kena asthma and now bergantung ngan inhealer....tiap2 hari plak tu....
appointment ngan doc nanti nak try tanya ler pasal seretide nie...
thanks again sis
semalam baru jer pi sedut gas (nebulizer) sebab semput.... waktu dok pam tu ada la TERnampak benda pepel tu kat bilik doktor...... baru plan nak godek tenet cari info, dah terjebak baca kat sini... thanks for the info!!!!
cute nyer mende alah tue kan...i likkeee purple kaler...oooo masa zaman kanak2 dulu memang i ada asma but now alhamdullilah dah pulih dah...cuma jangan makan jeruk jerk..kompom nanti kang semput menyerang...
wah sekarang dah ada design pulak, utk budak-budaknys cute lah..
dulu I pakai pun yg spray biasa je.
*shima
sharing is caring li..
*atty
sama2 kak ti
*aleeya
mula2 dulu aku tengok macam siput
*farra
thanks farra
*hazesuze
sian tengok kids yang kecik2 dah kena asthma ni kan
*amni
ur hubby pun kenak asthma ka dear. suruh nya cuba nok tok lok lah
*cik wanie
a'aa wanie..nanti minta advise doc dulu ok
*zanna
ala..beatrice kena ke zana? since when? alahai sian nya..nanti awak minta advise doc pasal seretide ni yer
*sofia
ok cikpia..nanti awak cuba lah yang ni plak ok. mana la tahu, lepas cuba..dah takyah nak bernab bagai
*purplelicious
sama la kita dear..jeruk tu makan kena beringat. kalau tersedak..mau nya batuk n semput datang
*shopaholic mama
skrg dah sihat ke sis?
my son ery ada athma.. ada u 3 am bkejar ke 24hrs clinic ambik nebu
:(
Post a Comment