Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 28, 2010

Perjumpaan Yang Dinanti


salam uols, masih lagi crita pasal aidilfitri di kuching. tapi yang ni lain version lak..

yang plan semua ni weols bertiga..aku, jess n jalot. even tempat pun last minute decide..takde la nak buat perjumpaan formal..just nak chit chat je

bila jumpa camni teringat citer berbelas tahun dulu. even ada yang jadi classmate aku since darjah 1 lagi. siyess...aku rindu masa tu. rindu dengan kenakalan weols semua..rindu dengan gelak tawa yang ketika itu tak pernah dilanda masalah or dugaan lagi..naive sangat!



kalau uols perasan, ada muka baru yang join mini reunion weols tiz year. alhamdulilah..sikit2 weols kumpul rakan2 yang ada. bagi yang sudi datang tu, terima kasih banyak2..bagi yang tak dapat datang, insyallah...next time maybe..



muka yang dah meninggalkan alam persekolaha berbelas tahun lalu..hihihi..dah tua occay..



boys..semua dah kawen tapi ada dua orang lagi single..diaorg semua ni schoolmate since primary school lagi. cuma perbezaan kelas je



dari kiri : emy, intan me n zabri. emy sekarang PPT di kerajaan negeri sarawak..intan lan lecturer kat ipt tapi skrg amik cuti sebab tgh sambung master. zabri lak dah pegang title penolong pengarah kat salah satu kementerian di kuala lumpur..syabas uols..



occay..dua jejaka terhangat kat dalam kat sini. sebabnya dua2 tak kawen lagi. single n available katernya. zabri n zul ni kira dua boys yang paling bijak n baik kat dalam kelas. cikgu sayang sangat kat diaorg ni. kira macam bukan budak nakal la..malah aku rasa aku lagi nakal dari diaorg masa kat sekolah dulu

kalau zab kerja ngan gomen..zul la lead steward tapi nak retired soon..nak jadi cikgu kepada jonior FA lak katernya. dah jemu la tu duk dalam flight lama sgt.



yang belah kanan tu namanya Ghazali tapi weols panggil Jalot..dulu waktu sekolah dia antara budak comel yang jadi rebutan aweks sebab leh nyanyi n ada band sendiri. tapi bila dah kawen terus jadi macam gergasi..hahahaha...ampun lottt..kira orang penting gak dalam perjumpaan kali ni. dier yang xcited nak jumpa geng2 lama



kat camera aku byk gak pic kami ni..kat camera zab pun banyak gak. pastuh diaorg bising sebab nanti kena gosip. ish..tak baik taw..zul ngan aku mmg macam adik beradik. kebetulan waktu sampai tu weols parking keta dekat2..kuar je dari pintu dier dah ketuk cermin keta aku..ingatkan nak bagi duit raya, tapi kaedah nya nak mintak kupon parking. aparaaaa...

sapa la pompuan bertuah nak jadi wife ko ni zul..dah la baik..pandai masak lak tu. rumah cantik..ada salon lagi. hihihi...mata duitan sungguh aku ni. dulu dier ni presiden persatuan pelajar Islam..kalau wat xtvt n takde sambutan aku yang selalu jadi mangsa tuk penuh kan korum dier..sebab tu kami leh jadi ngam. masa sekolah..aku yang selalu tumbuk dier..aku yang nakal dari dier..



yang ni partner aku waktu tingkatan dua. dulu kan cikgu selalu pisah kan boy and girl...kalau letak satu meja tu sama jantina mmg haru biru la jadi nya. so setiap dua meja yang dicantum kena ada sorang girl n sorang boy. so sham ni la partner aku waktu sekolah dulu.

dier ni memang pendiam occay..dulu aku selalu ikat poney tail, n dier la rajin tolong kemaskan rambut aku. hahahaha...baik sangat tapi dalam baik tu leh tahan gak nakal nya. tapi nakal dier tak macam nakal dak lain..dier wat senyap2..

sejap abis sekolah, sham ni lah yang aku cari dulu. waktu bukak acc facebook, aku siap taip nama penuh dier lagi tapi sekarang baru jumpa.

bila bersua tu tak pulak aku borak2 ngan dier. maybe segan kot sebab aku tengok dier macam blur je tengok aku. maybe dalam hati dier cakap "eh..budak marina ni dah pakai tudung rupanya" or "eh..kembangnya ko marina..walhal dulu kurus kering je" or "atlast jadi manusia gak ko yer.." hahahahah...tapi siyes, dier mmg pendiam masih macam dulu. rupa pun tak berubah occay..still macam tu gak.



yang ni lak jiran yang dari kecik membesar bersama. bapak aku kan polis..sama ngan bapak muzri gak. weols membesar kat berek polis..naik trak polis sama2 tuk gi sekolah. kira dier la orang yang puas tengok muka comot aku la.

so bila aku jumpa dier kat facebook..aku jadi macam..blur n ternganga sebab dah lama sangat tak jumpa. paling mahal ngan muz ni of coz tahi lalat dier tu. and weols tak sangka lak dier leh jadi polis sebab time sekolah dulu dier la orang yang ketinggian nya leh tahan pendek lah gak. hahahaha...sama saiz ngan jalot gak ni

so far takat ni je citer reunion weols tiz year. dah 2 tahun berturut2 aku ikut serta n setiap kali perjumpaan ada je muka baru yang datang. alhamdulilah sangat dapat jumpa mereka n tahu perkembangan mereka semua.

iyer...dulu memang kami budak nakal. memang kami budak yang selalu buat cikgu geram..tapi nakal macam mana pun kami..alhamdulilah..semua nya dah berkerjaya. maybe nakal budak dulu dengan nakal budak sekarang berbeza kot.

bila tengok budak 14 tahun lari dari rumah ikut lelaki aku jadi tergamam. sebabnya...dulu kalau usia 14 tahun tu, weols still main kejar2 lagi..still main panjat pokok lagi. still main bola ngan budak laki kat padang.

sebab tu bila tengok wajah setiap sorang mereka yang datang aku bersyukur sangat sekurang2nya Allah permudahkan segala urusan kami.

sepatutnya remaja sekarang menghargai masa mereka di alam persekolahan sebab saat itu tidak dapat diulang..so jadikan alam persekolahan itu satu memori yang indah supaya 10-20 tahun akan datang, anda akan tersenyum sendiri bila teringat nostalgia di zaman sekolah seperti mana kami menghargai memori yang indah di zaman persekolahan kami dulu.

percintaan dan perkahwinan itu datang kemudian..setelah segulung sijil digengam erat dan setelah berjaya mencari kerjaya yang baik untuk membalas jasa ibubapa...sentiasa ingat bahawa..walau macam mana pun anda rasa berat untuk berlajar, tapi percaya lah..pengorbanan itu akan terbalas bila anda sudah berjaya kelak.

buat teman2 sekolah yang setia membaca blog aku ni..uols sentiasa dalam ingatan..buat pelajar2 SRK Green Road dan SMK Green Road."MAY WE GROW AS ONE" .









autopublish entry..saya masih berkursus..



11 orang membebel:

rasp said... Reply to comment Reply to comment

thanx to FB kan leh jumpa old skool geng...

@xiM said... Reply to comment Reply to comment

meriahnya ramai ramai!!

lily lotus said... Reply to comment Reply to comment

bestnya..semua dah berkerjaya hebat

Hezesuze said... Reply to comment Reply to comment

beshkan kalo dpt jumpa kenkawan lama...byk citer yg nak dikongsi....huhu

eLLy said... Reply to comment Reply to comment

seronoknyeee.. bila dapat berjumpa dng geng geng sekolah dedulukan ..
rasa muda kembali ;p

Dee said... Reply to comment Reply to comment

bila jumpa kawan2 sekolah mmg happy sgtkan sis..

mr_abs said... Reply to comment Reply to comment

best juak. meriah eh. pa tek, berbelas taun dah ninggal alam sekolah, dah tua? sik eh. gik ok ya. gik mudak bah. hehe

NeenaAnuar said... Reply to comment Reply to comment

time2 raya nie lah kalu boleh di selitkan ngan reunion memang best kan sis... seronok jumpa member2 lamaa...

p/s: Dah dpt dah giveaway pressie from sis.. sukee bangatttt seh! TQ! :D

PuRpLeLiCiOUs LoVe said... Reply to comment Reply to comment

bestttttttttttnya raya dapat jumpa kengkawan...

CathJ said... Reply to comment Reply to comment

semakin byk member ko dtg yer mummysyafie.. :D

nurHeart said... Reply to comment Reply to comment

"May we grow as one"... :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...