Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 25, 2010

Selamat Tinggal Kak Kim

hari ni hari terakhir kak kim bertugas di putrajaya. sejak kak kim dapat surat pertukaran..sekali pun aku seolah² tidak mahu ambil tahu. untuk pengetahuan uols semua, kak kim berpindah atas permohonan sendiri....surat permohonan untuk balik ke wilayah asal telah kak kim hantar pertengahan januari. selalu nya permohonan macam ni mengambil masa yang lama untuk diluluskan. tetapi nasib menyebelahi kak kim dimana permohonan dier mendapat kelulusan within one month.

naper kak kim nak balik?? of coz nak bersama suami tercinta occay..waktu aku sampai di sini dulu aku tak punya kawan sepejabat. kalau ada pun seri n kak yati je geng yang menjadi teman. tapi diaorg lain bahagian so still ada jurang tuk bersama². pastuh datang lak Bee...sejak bee ada aku berdua je ngan dier kehulu kehilir.

aku bukan manusia yang punyai sifat ramah. malah aku tahu ramai yang kater aku sombong n pilih kawan. aku tak sombong larr...cuma aku tak reti nak memulakan persahabatan terlebih dahulu. once aku dah kenal..baru leh hu..ha..

serasi ngan bee...bahagian aku terima lak beberapa orang staff perempuan. tapi tak seorang pun yang boleh join aku n bee. mungkin sebab yang datang tu anak² dara kot. so keserasian tu non adoo

first time jumpa kak kim sewaktu kami menghadiri temuduga kenaikkan pangkat sama² dulu. time tu just say..hi..hi.. je. pastu bye..bye la kak kim balik tawau. tak sangka lak bila keputusan temuduga keluar..aku dan kak kim berjaya n kak kim ditukarkan ke putrajaya memandangkan tiada kekosongan di tawau. aku lak still stay kat bahagian yang sama.

waktu pertama kak kim lapor diri..aku tak pernah rasa yang dia akan jadi my bestfriend forever sebab perangai aku yang terlalu sukar tuk get along ngan orang lain. tapi..sehari demi sehari...kami boleh jadi rapat..malah macam adik beradik.

kalau nak gi latihan menembak..kena gi sama². kalau sorang tak gi..sorang lagi akan amik keputusan yang sama. kalau boss tanya aku..nak gi outstation ngan sapa?? aku selalu letakkan nama kak kim di senarai teratas..hihihi...daripada seorang wanita yang berbaju kurung..lama kelamaan..kak kim sudah boleh mengikut rentak aku. menjadi pengemar Guess yang tegar...sudah pandai sentap macam kawan nya jugak. sudah pandai nular macam kawan nya jugak..n sudah pandai pakai primavera macam kawan nya jugak..

sejak di alam persekolahan..aku tak pernah alami situasi sebegini. bagi ku kawan di zaman persekolahan adalah kawan yang sejati. tapi alhamdulilah...sejak berjumpa kak kim n bee...aku rasa..mereka la kawan yang aku cari² selama ini

tapi aku tak pernah menduga yang persahabatan kami ini bakal berakhir dengan perpisahan. dua tahun adalah tempoh yang lama..tapi bagi aku..belum cukup untuk aku bermanja dan bergurau senda dengan kak kim. kalau aku tidak sihat...kak kim lah orang pertama yang tahu akan perubahan ku. tetapi cara kak kim berbeza dari orang lain..dier tidak pernah bertanyakan soklan secara berdepan..dier akan menggunakan sms "pok..ko ndak apa² ka pok?? kenapa muka mu nampak pucat? ko tak sihat ka nor?" setiap kali aku menerima sms tu..aku tersenyum sendiri..

sekarang..kalau kak kim dah takde kat sini..sapa yang akan bertanya..?? macam mana kak kim nak tahu saya sihat ke tidak?? sedih nya saya kak kim...

selalu nya kalau kami outstation sama²..kami akan pilih tuk duduk sebilik. sampai je kat satu destinasi..campak je beg..terus baring n sembang² pasal perkara yang jarang kami crita kat pejabat. bukan bergosip atau mengumpat..tetapi selalu berkisarkan tentang peribadi dan kehidupan

kalau kak kim dah takde...macam mana nak outstation sama²...macam mana nak lepak sampai awal pagi..dengan siapa saya nak bercrita tentang sesuatu yang saya dah lama share ngan kak kim?? pedih nya mata menahan sedih pok..sesungguh nya saya terasa kehilangan pok sejak surat pertukaran itu pok terima..

sepatut nya satu majlis perpisahan akan diadakan bersama² dengan beberapa pegawai lain termasuklah dengan Dato' Pengarah..tetapi disebabkan kak kim membatalkan niat untuk menangguhkan pertukaran jadi hanya majlis ringkas yang mampu kami buat

setengah daripada kekawan masih berkursus..pengarah bahagian yang baru masih bercuti...timbalan pengarah pulak ada mesyuarat di saat² akhir. jadi..hanya kami sahaja yang ada. minta maaf kak kim..persiapan di saat akhir memang selalu terdapat kekurangan..saya bagi pihak kekawan yang lain memohon maaf diatas apa yang berlaku..

kad yang aku beli semalam..masa ni kak kim dah cuba menahan sebak. aku perasaan akan kesedihan yang dier rasa sebab aku alami perasaan yang sama. cuma sedikit pun aku tidak bercakap apa² sebab takut ada yang mengalirkan air mata

staff wanita yang ada di pejabat. ada beberapa orang masih berkursus...

harap kak kim sudi terima hadiah yang tak seberapa dari saya

tiga serangkai..mulai minggu depan hanya tinggal aku n bee je

tak semua yang dapat tinggalkan jejak..hanya yang ada je...harap kak kim tak lupa dengan kami di sini. Sabah dan Semenanjung satu jarak yang jauh kak kim...entah bila dapat bersua lagi.

aku tak dapat tafsir perasaan orang lain..malah aku tak boleh nak baca apa yang kak kim rasa sekarang ni..cuma apa yang boleh aku katakan bahawa...saat aku membuat entry ni..hati ku sebak..sedaya upaya tuk menahan air mata jatuh...perpisahan ini seperti suatu yang tak pernah aku alami. bukan nya tak pernah pegawai datang dan pergi cuma permergian kak kim ni tak sama dengan pegawai² yang lain

lagu ni khas tuk kak kim taw...rajin² la baca blog saya..rajin² la berhubung kat pesbuk..rajin² la tanya khabar kami kat sini..

sayu..terpisah...

hikayat indah ini hanya tinggal sejarah

berhembus angin rindu

begitu nyamannya terhidu wangian kasih mu

hujan lebat mencurah kini

bagaikan tiada henti

kaulah lagu ku kau irama terindah

tak lagi kudengari

kau pergi...pergi...

sepi tanpa kata

terdiam dan kaki tak daya kau ku lupa

apa pun kata mereka

biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini

bagaikan tiada henti

kaulah laguku

kau irama terindah

tak lagi kudengari

KAU PERGI...PERGI..

tadi..waktu lunch sesama.. kami masing² pilih tempat yang banyak menyimpan memori bersama..mula² ok je...tapi pastuh..

bee : nanti tak dapat la makan macam ni lagi

kak kim : jangan bah kamu ni..

aku : nanti tak dapat la keluar sesama lagi...

kak kim : aku dah nak nangis dah ni..jangan la...sob..sob..

tiga² tunduk sambil mata dah merah menahan kesedihan..setakat entry ni dibuat..aku belum lagi menangis..setakat air mata bergenangan di kelompak mata je..jap lagi nak jumpa kak kim tuk kali terakhir...and aku rasa..kali ni aku akan menangis..menangis..kerana tak terdaya nak menahan kesedihan dah...

noted : pok tu macam panggilan ganti diri bagi "kawan, sahabat" kalau kat sarawak selalu la uols dengar perkataan pok ni.



Dolphins N Sea Lions Show

arituh teringat pasal dolphins n sealions show ni. tanya ngan kekawan blogger yang dah pergi nak tahu bila last day nyer. nasib baik done pergi on 7th februari..kira macam sehari sebelum hari terakhir show la


tak perlu nak cerita lebih sebab mostly kekawan dah pergi n dah wat entry pasal ni pun. disebabkan takde masa nak scan pic ni..aku amik masa almost one month tuk publish..giler punya malas nak scan kat rumah kan. show nya ok..tuk kids mmg diaorg enjoy la yer..tuk kiter yang dewasa ni..enjoy gak..enjoy sebab tengok anak2 ternganga lihat dolphins leh wat moon walk macam mikel jeksen...ala2 jer lah


antara yang abang n wawan rembat...pink dolphins of coz wawan yang punya..

entry ni autopublish..time ni aku tengah sibuk wat jamuan perpisahan tuk my BFF kak kim sebab arini last day dier berkhidmat di putrajaya. start from march dier akan mula bertugas di tempat lama kat Tawau, Sabah. perasaan tu toksah nak crita la..sedih mmg tahap gaban nyer..tapi entah ler..dulu bertiga..kini berdua je..apa pun nak aku upload pic bersama kak kim tuk kali terakhir yer


Wednesday, February 24, 2010

Tak Faham Ke

semalam aku mc..kalau seseorang tu dapat mc mesti ada sebab nya. mc dikeluarkan oleh orang yang bertauliah saje. orang yang tahu pasal perubatan..so bila seseorang doc tu bagi mc kat pesakit, itu tandanya pesakit tersebut tidak sihat untuk hadir bertugas.

sepanjang aku jumpa doc, macam² kelepasan aku dapat. half day ke..the whole day ke..kekadang sampai berminggu aku dapat release. selama ni aku kerja, bila aku mc takde pulak aku penin kepala memikirkan benda kat opis. boss² yang dulu faham keadaan pekerja n..tapi lately..selalu benor tekanan. jap nak itu...jap nak ini..tapi tekanan tu bukan dari boss taw...boss baru aku very understanding..soft spoken punya boss..

aku mc pun sebab aku rasa tak larat. kerja banyak takde hal, tapi bila tekanan banyak..tu yang buat hal. kalau kerja dalam suasana yang baik..maka hasil nya pun baik. tapi kalau kiter wat kerja n dalam masa yang sama..seorang Hamba Allah berlegar² macam pengawas, kejap minta itu..kejap minta ini..aku kena gi gudang selongkar close fail. dengan habuk tebal..ngan angkat kotak besar², maunya asthma aku datang.

bila mc nak rehat² kan minda...hp asyik berdering. tak dapat nya mengejar aku..budak² kat cawangan aku yang dicari. nak tak nak...diaorg call lak aku tanya mana itu..mana ini. sekali ok lagi..kalau sampai 5-6 kali..mau nya hp aku tutup terus. dah tutup hp..pale otak duk fikir opis. dapat ke yang diaorg cari tu? perlu ke aku datang opis..

hari ni aku datang opis nak settle kan minit yang tak siap² lagi. 3 minit dalam satu minggu okkk...penin kepala duk cari idea. plan takmo kuar lunch..nak concentrate wat kerja je..tapi boss minta tolong carikan hadiah tuk pengantin baru lak. pegawai yang sepatutnya beli hadiah mc arini till nx week..naper banyak benor opismate mc erkk?? tekanan gak ke? : )

takpe la..bab beli hadiah aku sanggup kuar. tuk adik² yang bakal mendirikan rumahtangga kan. semoga hadiah yang aku cari ni boleh meringankan beban diaorg untuk memulakan kehidupan yang baru.



Tuesday, February 23, 2010

Little Taiwan

aku pengemar ais dan minuman sejuk. waktu sekolah dulu aku hanya makan 2 kiub ais tuk bekpes sebelum gi sekolah. minuman bergas menjadi pilihan setiap kali makan nasi...kalau aku minum minuman panas aku akan rasa penin or mual. sampai sekarang aku tak berapa suka minum air suam yang dimasak sendiri, kecuali la air mineral. tabiat ni adik2 tak bleh ikut erkk..sebab tak baik tuk kesihatan. contoh nya keadaan kesihatan aku akibat tabiat masa dulu2..

pernah nampak tak little taiwan ni..kalau ada sesiapa yang gi Alamanda, kiosk ni terletak berdepan dengan Carrefour..

Watermelon Snowy Ice menjadi pilihan..sedap woo...lately aku kurangkan minuman ais. opismate selalu tegur kalau aku amik ais terlalu kerap...but since little taiwan ni adoo...aku macam tak bleh nak elak setiap kali lalu kat sini..uols leh la rasa...ada manggo..strawberry...but tiz month ada promotion tok watermelon je.

pas bedal ni..baru la aku cover ngan hot milo..hihihihih...



Monday, February 22, 2010

Sian Dier

scene ni sewaktu gi karnical WOW Putrajaya last sunday. panas tak boleh tahan..kulit rasa macam terbakar. dalam banyak² orang yang berniaga...budak remaja ni cari rezeki ngan jual belon..RM5 satu..penat berjalan mencari pelanggan akhirnya langkah terhenti tuk berehat sekejap. sampai terlena dalam kepenatan..demi mencari rezeki yang halal yer dik..sabar...setiap kejayaan bukan boleh dicapai dengan bersenang lenang. perlukan pengorbanan...

sekarang aku pun tengah berusaha. segala kemungkinan yang berlaku aku sudah bersedia..



Sunday, February 21, 2010

Ariani

dulu kalau aku gi Ariani, tujuan cuma satu...nak cari shawl je. tak dinafikan shawl kat sini harga nya mahal sikit kalau compare beli kat luar. ada yang RM54 sampai la RM500 ringgit. tak la semua shawl aku dari ariani..tak mampu kalau hari2 pakai shawl ariani ni..kaler dier mmg cantik2 belaka cuma kekadang material nya terlalu lembut sampai susah kiter nak pakai.

kalau nak cari kaler yang nampak exklusif...pi la cari kat sini..mmg dabomb larr..tapi kalau nak pakai kerja n kuar jalan2 je...aku lebih suka cari kat Masjid India..leh dapat RM10 sehelai lagi -entry ariani

but tiz time aku buang tabiat okk..sekali terjah aku jatuh cinta ngan tudung ekin ni lak. dulu aku pakai macam tak sesuai..muka nampak bulat..pastuh nampak macam bibik kat rumah..tapi bila pergi ngan pengemar tudung ekin...lin n liza..budak dua orang ni beriya-iya suruh aku nerai..try satu..aku suka..try satu lagi..aku berkenan..aik..naper nampak ok je erkk..

tiz time pergi ada diskaun RM119 sehelai..beli satu percuma satu. ada gak yang RM85 ada 30%..rembat lima dulu..dah serasi nanti..kiter gi rembat lagi

pecah rahsia amik pic sendiri

ok ke idak ni erkk? mula2 pakai macam janggal...tapi yang syok nya toksah belit..sarung je...so shawl aku nak bagi siapa nie?? simpan je dulu erkk..gilir2 pakai.

ada yang kater buang duit je beli kat ariani..kat pasal malam RM5 leh dapat. ish..aku tak kisah semua tu..RM5 ke...RM85 ke..janji selesa n cantik..aku bedal je

cuma kalau yang murah tu of coz kualiti nya tak sama ngan yang mahal. sebagai pemakai...keselesaan tu amat penting yer..



Saturday, February 20, 2010

Hello Kitty Beuty Set

bila ada tekanan kat opis selalu nya aku terbawa2 sampai kat rumah. apa yang harus aku buat adalah..gi shopping lepas balik kerja sebelum amik abang kat sekolah n jemput wawan kat rumah mama zue. lately kerap benar tekanan datang n pergi. maybe sebab persekitaran kerja yang kurang selesa..or maybe sebab aku dah tua??? : )

update blog di hujung minggu adalah sesuatu yang jarang benor aku buat. time gini aku selalu wat blog walking je..tapi arini aku curi masa tuk update blog kejap..kalau done ku wat auto publish sampai lusa..hihihi...yer..yer...start from monday aku tinggal sorang kat cawangan aku..cawangan aku ni ada special sikit..jumlah orang nya sikit je...ada 4 orang termasuk aku. dua lelaki n dua perempuan..kerja weols sekarang perah otak wat dasar bahagian. cari kelemahan or kelebihan bahagian. kajian tu weols akan buat n compile jadi paperworks tuk ubah struktur sesuatu benda yang weols rasa perlukan perubahan...

so...dua dari partner kerja aku akan gi kursus seminggu..seorang lak nak kawen next week n aku dah jadi penganti tuk dia cuti selama 2 minggu. tu semua takde hal sebab aku dah prepare siap2 apa yang patut aku buat dulu..cuma masalanya....minta2 la takde yang kacau daun n sibuk minta aku wat itu dan ini..mati aku beb...lately pun time pagi je nampak muka aku ngan make up...bila dah lepas lunch tu...muka aku dah mcam kertas A4 dah..pucat lesu aku..duk ngadap minit n kekadang cakap sorang2 sebab nak cari idea

tuk wawan..ajak dier pi cari barang..tengok benda ni terus...zappp...bawak gi cashier..apa nak jadi ngan anak bujang aku sorang ni.

tada..ada yang bising sebab aku manjakan sangat. or aku ikutkan sangat apa yang wawan nak..masalah nya kalau aku tak beli dier akan mengamok n melalak kat dalam mall. of coz orang yang ada kat situ tengok semacam..bukan nya orang tahu yang kiter takmo beli sebab tak sesuai tuk boy..tapi orang akan anggap.."mak jenis apa aku ni sanggup tengok anak melalak"

lagipun so far aku rasa wawan tak cenderung untuk jadi lembut...selisih ok. dier cuma main kejap..dalam tempoh beberapa jam je..pastuh dier jemu. dier just seorang budak yang suka dengan sesuatu barang tanpa tahu benda tu sesuai untuk dier or tak.

tiz one aku dapat on valentines arituh..its from daddy..takde makna nya nak celebrate valentines..cuma weols anak beranak kuar jejalan n ternampak ramai benor orang gi kat Famous Amos..macam tahun2 lepas gak...aku akan buat dunno je...then daddy akan curi2 gi beli n wat2 suprise kat aku..hihihi...dah tahu taktik tu. benda ni macam package okk...cookies nya tuk daddy, Ferrero nya untuk abang..bear nya untuk wawan...mug n munge tu untuk aku...itu baru kasih sayang...beli satu tapi semua orang dapat...hihihihi...thanks daddy...



Thursday, February 18, 2010

Melaka2010

bila bercuti dari kerja, blog pun cuti jugak yer..kejap² je online kat rumah. selalunya awal pagi sebelum wat bekpes or tgh malam bila budak² dah tido. tapi kalau update blog time cuti pun tak best sangat sebab uols tak banyak yang online wikend or holiday kan.

dah 4 hari bercuti datang kerja macam lemau sikit..mata asyik nak tutup je...ngantuk beb..malas toksah cakap ler. macam tak sabar nak tunggu lunch sebab nak kuar dari opis..huhuhuhu...matilah kalau boss aku baca.

cuti cny arituh weols gi jejalan sekitar kl je..gi curve..ikea cari perabot sambil cuci mata...gi bazaar thai kat damansara...pastuh monday lak aku ngan kawan wat trip gi melaka. sebut melaka ni satu benda je wat aku rimas..banyak traffic light..tambah lak waktu cuti kan..mmg la hazab cari parking. jem takyah cakap la..aku duk lam keta almost 2 hrs cari parking je..kebas montot ok..


gi ngan zul n family..first time kot wife zul ni masuk blog aku..let me introduce, dayang rodziah or aku panggil Gee je. satu kampung...dari kuching gak..n kerja kat sini.


sembab muka ok..sebab cuaca panas sangat time ni..peluh meleleh je, make up abis cair..huhuhuhu

A farmosa..last amik pic kat sini time aku sekolah lagi

naik beca ni RM15..tapi kalau nak gi jauh kagi tambah la extra. satu beca leh naik 2 dewasa 1 kanak². kami amik 2 beca la kan..abang wit daddy..aku n wawan. kitaorg siap tambah sebab nak minta adik tu antar jauh sikit..syok gak naik ni..

adik ni asal melaka...kater nya, kalau cuti gini banyak lah dapat rezeki..kalau takde cuti tu, kurang la kak..adat la tu dik..takpe..asalkan rezeki halal

zul n family


berpeluh anak bujang aku ni


menara taming sari..sempat gak aku naik. nak tunggu turn naik ni sejam ok...ramai orang. tiket RM20 tuk dewasa tapi kalau ada mykad 50% ler. kanak² lak RM5 sorang. bawah 2 tahun free


lega boleh duduk..setelah sejam tunggu..sib baik kat dalam ni sejuk



ok uols..more pics aku akan upload kat fb yer....

Sunday, February 14, 2010

Happy Chinese New Year & Happy Valentine's Day

hepi cny tuk semua kekawan dan keluarga. sekarang kalau uols gi kat shopping mall mesti ada deco kaler merah. paling best kalau kiter gi kebetulan kat situ ada wat tarian singa n mmg enjoy. ingat dulu waktu abang kecik lagi, setiap kali dengar music tarian singa ni dier akan menangis sebab takut..tapi sekarang tak lagi. dengar je ada tarian singa...dier xcited nak tengok.

tahun ni tahun harimau yer..tapi naper deco ni nampak macam kucing erkk? macam hello kitty pun ado. deco ni uols leh tengok kat One Utama...still ramai orang yang wat last minute shopping

kebetulan its valentines..uols sambut ke? aku idak lah lagi..kalau bercinta tu iyer ler tarikh 14 februari mmg dinanti. tapi sekarang anak dah dua..takyah ler...plus sejak dari kol 12 malam tadi sampai la kepagi ni, daddy tak wish apa2 pun. aku buat dunno je lah yer *majuk jap*

uols dah tengok valentines day tak? cepat...cepat...best citer ni taw. aku layan citer ni last friday ngan bee. done la tengok time lunch hour. ada mesej sebenar nya citer nie..kalau yang tgh couple tu bawak la pasangan masing2 gi tengok...touching sangat..paling best Jason si serigala ada gak...

tapi hari ni aku rasa cinema penuh ngan couple duk celebrate valentine's..tapi toksah ler sambut beriya-iya yer dik oii...ni bukan amalan kiter yang beragama Islam okk...kalau suka2 tu orite je..



Friday, February 12, 2010

Zoo Negara

esok dah start cuti..aku lak berkemas nak ke airport. oh..bukan aku yang nak fly..ikutkan hati nak je beli tiket tuk balik kampung tapi cuti just 4 hari n tiket lak mahal time cuti gini. maybe next je la..

nak gi airport sbb daddy's cuz nak datang dari sarawak. katernya nak gi genting spend holiday ngan kekawan kat uitm dulu. syok kan..aku pun tergerak hati nak ke genting tapi macam..ahhh..nx time je lah. time cuti panjang gini mesti ramai orang kat atas kan

sementara tunggu nak berkemas..aku hapdet la blog dulu kan. gambar ni dah basi..tapi sajer nak upload kot2 ada yang nak gi zoo time cuti ni kan..

jalan kat sini sepatut nya aku bawak dua stroller..sian kat abang sebab asyik ngadu kaki dier lenguh. adik nya lak takmo mengalah..jalan 2-3 step dah kate kaki sakit..manja tul wawan ni



terpegun jab..sebab first time dapat tengok n pegang zirafah ni. tapi tak leh nak bagi makanan okk..just usap je

daddy take turn sorong..aku dah penat dah..esp part naik bukit ni

kat sini banyak budak u pratikal..muda2 je..ramah lak tu.

aiyokk...wawan buat muka mat kental tapi sebenar nya geli

kat sini uols boleh bagi gajah ni makan. ada jual tebu yang dipotong pendek kat depan area gajah ni..tebu tu harga RM4 sepotong

aku amik masa 3 kali tuk bagi gajah tu makan. kali pertama aku geli sampai tebu tu terlepas dari tangan n jatuh kat longkang. kali kedua aku geli n terus bagi tebu tu kat budak pratikal..kali ketiga baru berjaya tapi daddy tak done nak amik pic..cittt....aku leh lak amik pic dier..tak aci kan

ni yang paling aku geli..ko bagi lah yang besar ke..yang kecik ke..sumpah aku takmo pegang...eee...mau nya aku basuh tangan sampai lebam kalau aku sentuh benda panjang ni

ok..ni kat aquarium...still boleh layan la tapi takleh la nak compare ngan ikan yang ada kat klaquaria kan. still boleh tengok lagi la..

ada cuti 4 hari uols...nak gi mana holiday gini. aku kalau boleh mmg aku drive ke sarawak je..tapi apa kan daya..so gi melaka je lah holiday kali ni..nak bawak abang mengenali negeri hang tuah ni...

hepi holiday kekawan...n happy chinese new year to my FIL's family...untie rosa, untie theresa, untie agnes n untie pau...gong xi fa cai..angpau laiii...hihihihih....to daddy's cuz...sori we cant make it tiz year..nx time maybe..


Thursday, February 11, 2010

Teringin

aku tidak menetapkan sesuatu masa or tarikh dimana aku HARUS buat entry baru. aku buat entry ikut naluri..kekadang entry itu terhasil daripada perasaan aku ketika menaip...tiada paksaan or tiada lakonan..semua nya lahir dari hati

aku respect dengan blogger yang satu hari sampai 5 entry...aku belum mampu berkarya sebegitu rupa. aku punyai masa yang terhad..sibuk dengan kerja dan keluarga. walaubagaimana pun...aku cuba kongsi kan apa yang ada pada diri untuk kekawan semua

Nuffnag adalah satu bonus..tetapi yang wajib nya kehadiran teman² tuk berkongsi cerita..

* thanks mr google

wajah ini selalu hadir setiap kali aku pejam kan mata. tahun ini usia ku akan meningkat lagi satu tangga...dulu aku mensasarkan tuk berhenti mengandung sebelum 35 tahun. sekarang aku sudah 31 dan akan masuk 32 tahun dalam beberapa bulan lagi. dulu impian aku tuk dapat 4 orang zuriat 2 lelaki dan 2 perempuan...tetapi itu hanya angan²

sekarang hasrat untuk menambahkan cahayamata seakan menjadi angan² kosong. bukan bermaksud aku mandul..aku pernah mengandung sebanyak 4 kali sebelum ini. kali pertama kandungan ku gugur di usia 2 bulan...mengandung kali kedua aku melahirkan abang...mengandung kali ketiga...dapat wawan pulak. dan kali keempat awal tahun 2009 tetapi kandungan aku terpaksa digugurkan atas nasihat doktor memandangkan kesihatan aku ketika itu tidak mengizinkan

sehingga sekarang...masih tiada "green light" daripada doc walalupun aku mendapatkan rawatan susulan 2 kali sebulan. kerap benar kita membaca di dada akhbar sana sini bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa manusia laknat..manusia yang bertopeng kan syaitan..jika tidak sanggup untuk menjaga..jika belum bersedia untuk memikul tanggungjawab..serahkan saja pada yang memerlukan..atau pun kepada pihak berwajib. jangan dihukum...jangan dibunuh bayi yang tidak berdosa itu. mereka adalah harta yang tak ternilai dengan wang ringgit...

p.s : rindu dengan haruman bayi yang baru lahir...rindu akan tangisan bayi setiap malam... :(







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...