Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 30, 2010

Dah Ada Pemenang

buat contest yang simple je..kalau uols tengok kat wishlist tuk bufday ari tu..kasut coach adalah salah satu dalam senarai.

ni la isi dalam kotak..thanks daddy. bukan nya suprise pun..daddy bawak aku gi cari, aku pilih tapi daddy bayor. mula² nak amik yang kaler brown..cantik sangat sebab corak coach nya timbul taw..tapi sayang sebab takde saiz dah.

ajak daddy gi Gucci...tapi still takde yang menarik. last sekali patah balik gi coach n rembat yang ni.

hajat hati..pas ni takmo dah beli kasut. sebab harga coach ni sama ngan harga budget tuk kasut aku setahun. tapi leh la fikir sendiri..kalau asyik bedal yang ni, tak sampai 5 bulan dah koyak rabak dah..tak bleh..tak bleh..pakai bila perlu je. pakai tuk tempat sesuai je...tuk lasak² pakai selipar jepun udah ler

pemenang yang bagi jawapan tepat dan cepat adalah...

zidhan a.k.a ember, jawapan pertama kasut kaler hitam, kedua lak zidhan jawab dengan tepat iaitu 10 april 1978.

tuk zidhan...sila tinggalkan address tuk anto parcel tu kat ruangan komen yer. jangan takut..saya takkan publish...taniah!!!

tuk yang lain tu..thanks sbb amik part.kali ni seorang pemenang je..insyallah..next time, ada rezeki...saya bagi tuk ramai lak.




Monday, March 29, 2010

Abang's Luggage

tiz friday nak bercuti dah..menghitung hari je. tapi tiz time plan takmo bawak beg banyak. kalau boleh..tapiskan apa yang tak perlu

beg ni dah lama idam..arituh berkenan ngan sponge bob. tapi bila bawak abang survey, abang takmo yang sponge bob tu...kater nya budak kecik punya. aiik...macam la ko tu bukan dak kecik yer bang. ingat nak tengok² je...tapi bila abang dah berkenan..time tu gak dier nak beli.

tengok price.. RM399.90..hahahahaha..baik aku beli beg besar yang brand lain nyer. lagi murah dari beg yang ni..cittt...tapi sebab nak minta abang bawak kan, so aku amik la jugak. yang ni beli kat Isetan KLCC. ada banyak choice kat sana..tengok kat parkson takde yang sesuai tuk boys..

ruang nya tak besar sangat. leh muat baju abang tuk seminggu la..tapi atlis beg ni tak perlu masuk kargo..abang leh tarik je sebab ada roda. tapi hopefully dier nak tarik sampai ke destinasi..jangan disuruh nya mummy tarik udah ler..


contest dah abis..kater je sticky mode..tapi sampai tarikh akhir takde entry baru. dah ada pemenang tuk contest arituh..tapi sebelum umumkan pemenang nya..aku kena kaji balik semua jawapan..biar adil kan. thanks uols sebab sudi amik part dalam contest kali ni..hargai sangat²



Guess Vs Coach

(STICKY MODE ENTRY)

dua hari berturut² aku masuk butik guess. bukan tuk aku sebenarnya..tapi ada beberapa kawan yang minta tolong beli kan sesuatu. ada yang hantar pic hbeg siap ngan kaler..ada yang sms nak skinny daredevil from guess...n ada suami yang nak minta tolong belikan jam tuk isteri tercinta..hihihihi...aku suka part membeli ni. apatah lagi leh wat amal jariah tuk kekawan kan...

pada yang minta aku belikan..boleh jer..tapi takmo la sms kosong nak itu nak ini..mati la kalau aku beli yang salah kang. uols bagi info details yer..kalau ada insyallah..kalau non ado..aku minta maaf

dah ada hbeg LV tak semesti nya aku tak kawan ngan Guess lagi..boleh beli benda lain kat sana tu..macam tshirt abang n wawan ni ada diskaun 50%. dulu abang ada black kaler..tiz time aku amik white kaler lak. yang kaler orange tu tuk wawan..wawan kena pakai ceria² sikit. purse tu untuk aku..purse ketiga..yang pertama dah let go ngan my sis...yang kedua..still simpan lagi

berbeza dari yang pertama dan kedua. amik brown kaler sebab nak sama kan ngan LV..nak beli purse LV tunggu budget tahun depan :P

ni contest yang aku nak buat..isi dalam nya adalah hadiah daripada daddy tuk harijadi aku ke 32..tarikh nya belum lagi tapi daddy decide nak belikan awal. boleh pakai tuk gi holiday nx week kater nye..hihihihi...

soalan nya :

- cuba teka isi dalam paper beg ini..dengan colour nya sekali.

- bilakah tarikh lahir tuan punya blog?

gigih uols cari entry lama iyer. pemenang dipilih atas dasar...jawapan paling tepat dan cepat. seorang pemenang sahaja yang layak dan uols leh cuba teka lebih dari sekali.kali ini terbuka pada jawapan yang dihantar kepada ruangan komen sahaja iyer...takde emails..takde inbox kat facebook. hadiah nya akan dipos terus kepada pemenang...or pemenang le amik sendiri (yang berada di sekitar putrajaya)

tarikh tutup pada 29 March 2010 (Isnin) kul 12 tgh.








Thursday, March 25, 2010

Its Time To Forgive n Forget

dah beberapa hari tak buat entry..senyap gitu je kan. ada update je terus tempek pic buku 555 aku ni. ni buku app kat specialist putrajaya. dah bertahun dah buku ni n of coz nampak buruk...kuar masuk spital mmg la gitu kan. last monday aku gi untuk monthly check up seperti biasa...everything ok..ubat untuk paru² dah kena reduce..berat turun 1 kilo je berbanding last month. last month aku hilang 7 kilos..gud news kan..tapi part yang tak best nya tekanan darah aku naik

sebab aku?? adakah kesan ubat streoid yang aku amal kan bertahun dulu. ubat tu boleh mendatangkan kesan obesiti, diabetis..n tekanan darah tinggi.

adakah sebab aku stress..yep..lately memang seseorang buat aku stress..buat aku jadi macam memberontak...buat aku jadi malas nak datang kerja. tapi takkan sebab dier??

apa pun aku kena datang dua hari selepas app pertama tu tats mean semalam. pepagi aku dah gi n tekanan darah aku ttp sama..malah semakin tinggi. so aku decide nak amik emergency leave je semalam.

cantik tak beg ni..cantik kat luar je..isi nya aku tak suka

pelbagai jenis ubat kat dalam ni. sib baik bawak hbeg besar so leh la sumbat segala bagai. lately aku bengang ngan seseorang kat opis ni. tapi biar la..kalau diikutkan perasaan, macam² penyakit leh datang.

macam ler aku tak tahu ada yang mengapi² kat orang tu..ada yang jadi musuh dalam selimut..tapi sekarang ni aku dah malas la nak fikir. ko buat la apa yang ko nak..ko fitnah la apa yang ko nak cakap..aku dah malas nak amik tahu. tapi jangan la sampai menaikkan kemarahan aku plak..sebab kekadang aku diam tak bererti aku kalah taw...

flight dah booked..cuti dah approve..so boleh la gi bercuti..my aunt disahkan menghidapi sakit barah n sekarang masih dalam operation room. hopefully semua nya selamat..uols doa² kan sekali iyer..

noted :aku nak wat kuiz..paling simple..paling senang..n uols ready² je. disebabkan ianya paling senang, aku hanya pilih seorang pemenang je...sapa yang menjawab dengan cepat dan tepat...dier la yang bertuah..











Monday, March 22, 2010

Durian Durian

sapa pernah gi Pavillion mesti singgah kat food court bawah tu. kat situ uols ada nampak tak stall tak jauh dari Jco Donut. kat sini ada jual macam² makanan daripada durian...ada cheese cake durian, muffin durian, ice cream durian..n pan cake durian

paling tak tahan yang ni..durian pancake. 2 for RM5..sedap wookk...isi dalam nya mmg pure durian. aku bedal sampai 3..ngeh..ngeh..siap bungkus bawak balik. tapi hampeh...keta busuk ngan bau durian. uols cuba la rasa..siyes tak tipu. memang sedap..



Jangan Tido Lagi

last wikend weols gi jejalan naik keta kancil. dah lama benor kancil ni tak bergerak..ni lah first keta aku ada selepas dapat kerja gomen. sekarang nak gi kerja rasa² nya nak naik kancil je lah. lagipun kat pejabat ada masalah parking..susah benor nak cari parking...aku rasa problem parking kat putrajaya ni semakin teruk la. tuk penyudah nya..aku plan nak naik kancil je..senang sikit nak park kite..menyelit kat celah tiang pun no hal..hahahahaha.

sebelum aku nak bawak gi opis kancil ni..kena la antor cuci dulu yer. nak wax n polish segala bagai. so gi la alamanda..kat basement nya ada tempat cuci keta. senang sikit..weols gi tengok movi..keta letak je kat cina tu biar di basuh bagi kilat ( dah nama nya keta lama ko..10 tahun dah keta tu..ko cuci la empatplohkali...macam tu gak..)

nampak tak tangan sapa? ni dah nak balik dari tengok movi..dalam kol 5 ptg gitu la. aku cakap ngan wawan jangan baring..nanti tertido. sebab weols nak sambung gi tengok hot belon lak...

tak leh baring...di letak nya kepala kat celah kerusi tu. cuba teka dier wat aper??

dier terlena sambil duduk tu..pale ngam² je. ngantuk sangat yer wawan..dier ni dalam sehari kena tido siang..tak boleh tidak...mesti kena lena gak. sebab tu mata tak bleh nak tahan

kesian anak bujang aku ni..terpaksa la weols balik dulu. tukar keta..tukar baju..n bagi peluang wawan tido sejam dua. pastuh...terus pecut gi tengok hot balloon..


Friday, March 19, 2010

Malam Aspirasi

hokey..ini crita dah seminggu basi. arini ni macam free sikit sebab takde gangguan pengawas yang akan jenguk bilik ke bilik...meja ke meja. lagipun hari Jumaat macam ni hari yang aku tunggu² sebab esok nya akan cuti. sekarang dah malas nak datang opis wikend..baik spend masa kemas rumah or bawak anak jejalan

majlis ni berlangsung last week..sempena perlancaran aspirasi 2010 kat jabatan aku. oh..setakat ni aku tak pernah bagitau secara details yang aku kerja kat ner yer. sapa yang tahu tu mungkin disebabkan pic yang ada tertera logo jabatan. tapi tuk maklum kan sendiri memang tak pernah

so semalam aku dah declare ngan Dato' yang aku ada blog..dah 3 tahun sebagai blogger, tetapi aku harap Dato' tak perlu risau sebab blog aku ni tiada kaitan dengan maklumat mengenai tugasan rasmi. hopefully after tiz..aku tak tersalah cakap..or tersilap tulis..tapi cadangan yang aku utarakan kepada pihak tertinggi harap dapat dipertimbangkan..untuk kebaikkan semua. PM pun dah ada Facebook kan..so why not kiter cuba cara kiter lak.

aspirasi jabatan aku tuk 2010 memainkan peranan penting untuk memajukan pegawai itu sendiri mahupun nama baik jabatan. ianya ringkas tetapi amat padat dan memerlukan usaha yang gigih. hppefully semua memadang serius berkenaan dengan aspirasi 2010 ini lah yer..jangan sorang je gigih..tapi yang lain tengok sambil lewa..itu peringatan tuk aku jugak la

its not a free seating...tapi kami macam dah ditakdir kan untuk duduk sekali kan..so..alhamdulilah lah. bukan apa..kalau duduk ngan orang yang kiter kurang mesra..nak makan pun malu. hahahaha...nanti tak kenyang babe!

first time ke masuk blog aku bukan Alan ni? datang dulu kat opis single lagi..tapi sekrang dah double n nak tunggu baby je lagi

mak aii..siyes nya muka mansur(chot) n glenn ni..oh..kat tempat aku banyak nama manja. hahahaah...manja lah tue. apa la disembang macam berat sangat masalah yang nak disettlekan..

ya..jejaka gentlemen ni. tiga tahu dulu..waktu lapor diri dah nampak kriteria sebagai seorang pemimpin..lepas tu 2010, aku sempat berkerja dengan glenn selama 2 bulan je..sepanjang kerja ngan glenn ni aku respect arr dengan dia sebab walaupun baru..dier cuba tuk xplore benda yang dier tak pernah buat lagi. plus dier punya paperworks memang dabomb!! aku pun kalah..tapi biasalah kan..bila orang yang berkebolehan gini..mmg jadi rebutan ramai..so sekarang, dier dah kat bahagian lain...so..gud luck glenn..semoga success..."jangan lupak mek orang sitok." opss...he's a sarawakian olso...ngeh..ngeh..orang kampung bah kmk duak tok

ni pun sarawakian jugak, floor manager tuk majlis malam tu..ada crita sikit pasal mardiana ni. senior aku setahun..dulu aku lapor diri kat Sarawak, dier lah jadi member ngam yang kehulu kehilir bersama. dalam ramai² orang, hanya mar je boleh cool kan aku bila marah. orang lain akan angkat kaki bila tengok aku marah...tapi mar..dier rileks je..and aku plak boleh terima teguran dier je..orang lain..memang tak layan nyer (hati batu kan)

pastuh..dulu kami dapat boss yang garang taw..selalu kena buli..selalu kena tekanan perasaan..sampai kan aku pernah nak benti kerja la. tapi sekarang boss aku tu dah sama² dengan kami duk kat HQ ni. walaupun dier bukan boss aku lagi, tapi aku still hormat dier n anggap dier seorang boss yang garang tapi sebenar nya menjaga kebajikan anak² buah

even kalau aku nak gi exam ke..nak gi interbiu ke..aku tak cari boss yang sedia ada. aku akan cari boss aku yang lama ni. bab² ilmu dier tak pernah lokek..cuma bila orang tengok dier nampak serius n garang je. maybe dari situ kot aku belajar jadi garang..sebab waktu mula kerja dan kena buli..hahahaha





noted : aku perasan kat ip address sumone been reading my blog. orang yang pernah aku kenal..bukan ex boyfriend. tetapi adik kepada x bf dulu. hi Azlina..how r u?? mun jumpa add facebook mek..just add jak. boh takut²......boh malu²......masing² ada kehidupan dirik empun nektok nak.


Wednesday, March 17, 2010

Ragam Manusia

alahai..malas nyer nak sentap ni. setiap kali sentap kat pejabat mood nak datang kerja memang non ado..nak bercakap ngan opis mate lagi la takmo. opismate panggil aku boleh wat dunno ajer..

sebab tu kalau boleh aku takmo nak benci ngan orang. kalau aku marah ngan seseorang tu...tapi lepas marah aku still boleh cakap..boleh gurau, itu tanda nya aku masih sayang kat orang tu. tapi kalau la aku marah..tapi terus aku tarik muka..takmo tengok dah muka orang tu...nak cakap pun sambil lewa je..itu tanda nya orang tu dah betul2 menyakitkan hati aku ni

pada kekawan yang terkena tempias tu...aku minta maaf banyak2...petang tadi pun bila orang dah ramai balik, pandai lak orang tu gi kat meja aku sambil ajak aku berbual..minta maaf ler..hati aku ni dah serik nak bagi muka kat ko. pandai2 la ko nak amik ati aku ni..sebab once aku benci...1000 kali ko pujuk..aku gitu lah jugak.

orite...i got my new visions set!!! eh..salah lak...bukan new..tapi first ekceli. sebelum ni pakai periuk biasa je. tapi bila bekas kc pergi bercuti kat langkawi..weols pesan la visions ni sekali. sian dier kena angkut 4 kotak tuk geng opis. kat sana murah yer kalau 3 set gini..dalam RM220 je..

nak crita satu lagi sifat manusia yang selalu kita jumpa..keperihatinan..dan bertimbang rasa sesama manusia. kejadian nya berlaku sewaktu aku dan family nak gi dinner kat alamanda. hajat dihati nak makan tomyam bee hoon kat Johnnys. tapi daddy n budak2 takmo la plak..nak tak nak..aku pilih meja yang berdekatan dengan pintu restoran johnnys so senang la aku nak order fav food, daddy leh layang sizzling nyer...abang n wawan leh makan fav waffer diaorg

ok..bila meja dah penuh...nak tak nak aku amik satu meja yang letak nya betul2 disudut berdekatan dengan tv. aku minta abang n wawan duduk kat situ dalam masa yang sama aku gi order waffer diaorg. tapi daripada tempat stall waffer tu..aku still boleh monitor kids taw.

nampak ada satu family yang duduk sebelah meja weols..time tu suami yang takde lagi. hanya ada isteri dan anak2 je. bila si suami datang...senang2 je dier tarik kerusi n letak camera DSLR nya kat kerusi yang sepatutnya di meja weols.(kerusi yang aku bulatkan kaler merah)

aku datang bawak waffer siap duduk kat satu kerusi..nak beralih tempat mmg dah penuh dah. so bila daddy datang bawak air tuk budak2...dah takde kerusi dah sebab satu kerusi dier letak camera dier tu.

ok...sebagai manusia yang prihatin...dengan kawasan food court yang sesak n takde meja kosong..kalau uols di tempat dier..what uols should do?? of coz akan pulangkan kerusi yang uols amik tadi kat aku kan. sebab meja tu dah ada pelanggan time dier amik..bukan nya dier amik meja tu kosong. memang takde adap langsung!! memang takde etika langsung!!

sah2 sier nampak daddy nak duduk tapi takde kerusi..langsung sikit pun dier buat dunno..ya ampun..malas nak tego perangai orang gitu kan. kalau aku tego sekali pun..n dier pulangkan kerusi tu kat daddy...tapi ko still ada selera tu makan ke? of selera dah tertutup kan...daripada aku terbantut nak layan bee hoon aku..baik aku bawak diaorg cari tempat lain. n rezeki weols..ada couple yang dah selesai makan angkat sebaik tengok insiden tu.

manusia..oh manusia..tu nasib baik aku hitam kan muka laki bini ni..kalau aku tak hitam kan..nampak benor bini nya tgh menjeling marah kat aku sebab dier perasan aku amik pic dier..buwekkk....





Too Much Ok!!!

tak ngadap blog satu hari sebab tak sempat. kerja banyak itu lumrah alam...tapi paling tak tahan kalau ada manusia yang kerja nya ronda², masuk bilik...keluar bilik...pergi pantry...saje nak check orang buat kerja ke tak
sejak bila opis aku ada mengajikan orang untuk monitor staf lain. bukan semua ada kerja hakiki ke? pasal buat kerja..curi masa itu kerja individu itu sendiri. sana sini melaungkan integriti tetapi sebenar nya dia sendiri yang takde integriti.
kerja nya mengarah orang...cari orang, kalau dapat arahan dier senang je sub kat orang lain. orang yang tak bersalah lak kena handel kerja dia..hasil?? dier dapat.
aku keluar lunch pukul 12.30 dipertikaikan. tapi ko keluar minum sampai 2 jam...duduk opis 2 jam pastuh kuar balik, apa kes?
anak aku sakit ke..aku sendiri sakit ke tak pernah mintak half day..tapi orang lain ada hal sikit je..nak balik kampung je..nak kenduri..nak amik family dari kampung pun amik half day. ada yang dari pagi tak nampak batang hidung tapi kol 3 baru jenguk opis takde lak ko nak marah²
jangan cari pasal ngan aku ok..aku keluar sekali pun tak pernah setakat ni aku suruh orang buat kerja aku. tak pernah lak aku tinggal taik ngan orang.
sehari tak nampak muka aku ko dah bising²..kalau gitu baik letak aku satu bilik ngan ko. aku wat kerja ko ngadap muka aku..ko puas hati..
camne ko rasa tadi..sakit tak dah kena sedas dari aku..sebelum ni aku tak pernah nak marah kan..arini nasib ko kurang baik...so baru ko nampak camne aku marah iyer. meja berat pun boleh jadi ringan kalau aku marah. air panas pun boleh jadi sejuk kalau aku marah..

tak reda lagi ni..so uols beware..aku leh jadi sejahat² manusia bila marah. aku leh jadi sehodoh² manusia bila marah..aku leh jadi segila² manusia bila marah.

kalau takat bawak sijil ke hulu kehilir toksah ler..kerja tu budak 5 tahun pun boleh buat...



Tuesday, March 16, 2010

Guess For Sale

jap...jap..before tu sajer aku nak declare awal² pasal entry lepas. tak lain tak bukan....pasal hbeg LV yang baru tu ler. niat dihati bukan nya nak menunjuk²..apatah lagi nak bermegah...cukup sekadar tuk kepuasan diri

kalau uols tengok beg LV tu..mestu uols kater orang yang KAYA n orang yang nak MENUNJUK saja beli. sebenar nya bagi seseorang yang macam aku ni, gemar dengan hbeg...uols akan faham makna KEPUASAN jika ada rezeki untuk membeli. jangan ingat aku senang macam orang lain. aku pun makan gaji macam uols gak...takde side income bagai...takde masuk MLM macam orang lain..cuba perangai aku ni, kalau aku nak....aku akan berusaha tuk membeli. tak kira la...dengan simpan duit ke..dengan korek simpanan ke...dengan kredit kad ke. tapi apa pun cara, aku mesti cover balik duit yang aku pakai.

tuk uols nya info..beg ni harga nya memang cecah ribu² tapi ni lah the one n only beg LV yang aku mampu beli takat ni. hbeg yang paling murah sekali kat LV..hajat hati berkenan ngan satu patern beg tu..tapi harga nya mahal sangat n tak mampu rasa nak rembat. so amik je Neverfull Monogram ni ha...paling tak suka kalau ada mulut² kater "aii...aku beli yang tak ori murah je...sama gak ngan yang ori..takde beza nya". itu hak masing² yer...ori ke tak ori ke..its up to you! ko ada cara ko..aku ada cara aku..cuma KEPUASAN yang ko dapat jauh berbeza dengan yang aku dapat.

kater orang..."bila duit dah keluar, kena ada yang masuk balik"..sebab tu la bila aku beli LV ni, beg Guess yang aku simpan wat perhiasan kat almari...aku let go. ni kali ketiga aku jual beg guess. so uols layan je lah yer..

Normal Price RM529.00

My Price RM250 ( beli on Januari 2010)

SOLD to Mas

Normal Price RM599.00

My Price RM250

SOLD to Kak Sal

Normal Price RM499.00

My Price RM180

SOLD to Kak Sal

Normal Price RM529.00

My Price RM230 (beli for raya 2009..pakai 2 kali je )

SOLD to Bee

prev entry ada bagitau nak jual BBerry Curve kan...yang kali purple tu nak let go RM850 sebab dah ada yang baru kaler merah..

SOLD to Zizi - RM700 je

siapa cepat dier dapat!!



Monday, March 15, 2010

Louis Vuitton

dah berkenan...terus gi merisik..takmo tangguh² dah. tangguh sehari leh buat sesuatu tu terus berubah. anggap pembelian kali ni hadiah tuk diri sendiri sebagai hadiah harijadi yang ke 32

neverfull pilihan hati..besar dan boleh muat stok ubat²...isi je apa pun..tetap ada ruang lagi..memang kena dengan nama lah yer




Saturday, March 13, 2010

Ariani Privilege Card

keistimewaan kad ni aku tak berapa sure sangat..sebab nya belum dapat apa2 imbuhan dari kad ni. cuma kater nya kalau sale kiter boleh collect point je..kalau normal price leh dapat diskaun. berapa diskaunnya idak la aku tahu..nanti aku check lagi iyer.

kalau nak dapat kad ni..pembelian kena RM300 keatas kalau kat Ariani Bangi...tapi kalau kat Ariani KL, pembelian lebih RM200 je dah boleh apply. keahliaan RM10 setahun.

kalau nak banyak pilihan leh la gi kal KL tu..dekat dengan Jackel Masjid India. cari salesgirl yang peramah sikit n harga uols boleh minta nego.

ni la yang done aku rembat kat Ariani KL. tapi kalau aku gi sini paling aku menyampah part cari parking...hujung minggu tak dinasihat kan gi taw...keta banyak






noted : nak let go my BlackBerry Curve 8520, kaler itam...harga pemulaan RM850. nanti aku upload pic ye.



Thursday, March 11, 2010

Wishlist

wishlist for 2010..aku nekad nak beli sesuatu yang aku akan pakai tuk satu jangka masa yang panjang. kalau GUESS..aku boleh beli 3-4 dalam masa setahun. bila dah banyak kat almari tu..jadi mati akal lak nak jaga macam mana.

so aku terfikir sendiri..why not aku beli satu beg sajer n boleh pakai tuk casual or formal. plus..sekarang ni kat opis ramai benor dah jadi peminat GUESS tegar..pusing kiri, dak tu pakai GUESS..pusing kanan...dier pakai GUESS gak..so apa kater aku alihkan minat aku tu kat sesuatu yang lain

tapi bukan bererti aku reject terus GUESS iyer..cuma tahun ni nak tukar selera sikit.

COACH - harga dalam RM1K lebih..minat sangat yang ni. kalau ikut kan kaler peach cantik lagi..cuma takut cepat kotor je

aku kan peminat flats..ni dari COACH gak..cantik tak? ada seseorang pernah cakap..buat aper beli kasut yang mahal²...letak kat kaki je. bapak aku pun pernah marah bila aku beli Dr Mart 12 holes time sekolah dulu..kater nya beli kasut ratus² tapi still pijak taik ayam..hahahah...

mahal ke..murah ke..kalau dah berkenan dan mampu...tak bleh nak kater apa la.

tapi sebenar nya yang aku betul² nak beli adalah

jeng

jeng

jeng

Neverfull from LV. seorang kawan dah beli...n kater nya..memang "neverfull" sentiasa sebab sumbat je apa² ttp ada ruang lagi. beg gini mmg aku suka sebab besar..leh letak inhaler n ubat segala bagai

harga RM2700 lebih kurang la..macam dah teringin benor nak beli. ikut kan hati sekarang gak nak gi KLCC rembat. tapi memandangkan poket nak penuh tunggu hujung bulan lambat lagi...so tahan je lah yer. ada ke yang nak jual neverfull yang dah takmo kat aku nie? tak kisah ar..yang penting original..takmo yang gred AAAA++ taw..yang ORIGINAL sajork..

hopefully la daddy baca entry ni..tak lama lagi mummy nyer bufday..so boleh la beli satu tuk bufday gift kan..ahaks...

ni lah salah satu cara aku tuk hargai penat lelah diri sendiri. kalau bos tak menghargai, takpe...aku amik inisentif sendiri tuk dapatkan TOKEN setelah berkerja. tak perlu la nak tanya...kat ner aku dapat duit..duit simpanan ke..side income ke...duit loan ke...duit mak bapak ke..pakai card credit ke...yang penting aku tak mintak kat orang..semua susah payah aku sendiri.

bila aku dah dapat satu nanti..nak let go la beg² yang ada kat almari tu. dak opis..uols ready iyer..akak mu ini nak wat jualan murah!




Wednesday, March 10, 2010

Dari Anak Dara Sampai la Ke Tua

kesian aku kan..dah petang² baru leh wat entry. itu pun macam setengah nafas cari masa tuk upload pic. kerja semakin bertambah..tapi tengok skt banyak tu gak.

iyer ler..orang opis yang baca blog aku ni tolong la bagitau kat boss aku dulu..nilai la pegawai seadanya. jangan la pilih kasih..aku rasa aku dah buat yang terbaik dah. tinggal laki tinggal anak tuk jalankan tugas rasmi tapi gitu gak aku tengok pretasi aku

adakah kerana aku ni selalu tidak puas hati ngan sesuatu..tak puas hati tak bermaksud aku tak buat kerja. aku rasa aku wat kerja yang diarah tanpa gagal..tapi tu lah kan..dah nasib nak wat camne. dulu kini dan selamanya memang gitu kot..memang dah dasar aku tak reti nak bodek..memang dah dasar aku tak reti nak gedik² kat boss..memang dah dasar nya aku tak reti nak jumpa boss n cakap buruk pasal orang lain. so ini lah akibat nya...sebab ada orang yang suka memburuk aku kat depan boss...so sah² aku dapat markah paling corot among others kan

orang yang rambut panjang dah sah² melanggar akta sebagai kakitangan awam boleh dapat markah tertinggi?? orang yang selalu tolak kerja leh dapat markah 90 keatas..ish..ish..ish..kekadang perkara ni wat aku give up tuk jadi pekerja yang dedikasi. buat aku giv up tuk wat kerja ngan bagus..sekarang ni wak kerja ala kadar je lah..paling benci kalau ada boss yang bila perlu sesuatu akan cakap lembut gigi dari lidah. tapi kalau apa yang dier nak dah dapat..kiter dibuang nya ke sampah. bertembung pun buat muka dunno je..takpe lah..Allah tu Maha Adil..rezeki yang tu kita dapat..rezeki lain lak dier amik..

skrg ni tak perlu la nak mengamok tanda tak setuju..tak perlu la nak protes itu ini..nanti kiter lak yang nampak kuang ajar. so diam je lah...berserah je lah...redha je lah...

toksah nak pening kepala..meh aku tempek therapy secara budget. ni flats RM49.90 tapi kalau beli dua dapat RM90.00 je. aku amik satu sebab yang lain tak berkenan..nak tahu kedai gi kat The Garden okk...cantik²

dari vincci..mughah je..mak tak pakai kasut mahal² nyah..yang paling mahal dari GUESS je. yang lain non ado..

primavera memang pojaan hati. heels tu aku lanyak pakai kerja, sedap wooo pakai primavera ni..eventho aku ada beli heels dari ALDO..aku rasa primavera lagi sedap. sedap tuk lanyak..sedap tuk sepak terajang orang..sebab dier murah so tak kisah la kalau rosak cepat. ALDO mahal sikit so sayang nak wat lanyak orang, yang satu lagi tu aku tak penah pakai ok..aku beli n simpan wat perhiasan je... :P

dari anak dara sampai ke tua memang aku tak suka pakai heels kuar jejalan. demi nak lawa..demi nak cantik ada yang sanggup pakai heels 4-5" jejalan hujung minggu. ada yang siap gi tempat macam jalan TAR tu pakai heels..mabuk apa..itu mendera kaki namanya. nak pakai lama kaki tu dik oii...

hahahaha..matilah ada yang terasa kang..tapi siyess..pakai la apa pun dik..janji selesa..akak mu ini suka benor pakai flats dihujung minggu sebab hubby akak mu ini comel lote..kena imbangkan ketinggian bila jalan beriringan..hahahahah...

kasut² ni la berjasa kat aku..memang takde kaler terang²...semua kaler yang lebih kurang sama je. naper la lately aku ni nak terajang orang...nak lanyak orang. adoi..kuat kan iman mak oii...takmo dah nak bising² lagi ni

terima la hakikat yang selama ni aku kerja mmg kerja buta sajork. takde pengiktirafan pun...naik pangkat pun sebab seniority...kalau idak jangan harap!

aku rasa aku dah tolong..dah ikut..dah buat apa yang boss nak..tapi adakah sebab kiter ni bukan kaki kipas so orang tak pandang kot. nak menangis pun ado..nak meraung pun ado..tapi semua tak guna..

untuk boss² yang baca blog ni..selami la hati pekerja awak tu. jangan menilai seseorang daripada orang lain. kalau orang tu berdiam diri tak semesti nya orang tu tak suka kat boss. itu tanda nya orang tu takut dan hormat pada boss. bila ada orang yang mengapi² ttg seseorang..jangan lah terima 100%..jangan lah percaya 100%..bila boss suruh itu suruh ini..walaupun perkara itu saya tak suka..saya malu nak buat sebab status diri..saya buat jugak sebab saya nak boss puas hati...saya nak boss dapat nama atas kerja orang bawahan..saya nak orang puji boss..saya nak buat boss bangga...tapi apa yang saya dapat?? ilek pocik boss..tapi saya tetap hormat boss macam mana boss yang saya kenal..macam mana boss yang saya jumpa pada tahun 2000 dulu. walau pun dulu boss lain sebab boss pegawai baru masa tu...tapi hormat saya pada boss dari dulu sampai sekarang tetap sama..tak kurang..tak lebih...

saya selalu mendoakan kebahgiaan boss dan keluarga..saya selalu mendoakan agar suatu hari nanti boss berjaya pegang jawatan tinggi...walaupun saya bukan pegawai yang pagi² jumpa boss n puji boss hencem..puji boss baik..tapi jauh dalam hati saya tetap doa yang TERBAIK buat boss

itulah luahan hati pegawai rendah macam saya ni. kalau la betul boss yang saya maksud kan baca blog ni..adakah dia marah? adakah dier menyampah?? terpulang la..sebab ini mmg lahir dari hati seseorang yang rasa nasib nya tak pernah terbela dari dulu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...