Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 29, 2010

Di Uji Sekali Lagi

thanks mr google

kita hanya mampu merancang, sebagai manusia biasa kita inginkan kebahgiaan...keseronokkan dan juga kehadiran insan² tersayang.
tetapi dalam melayari kehidupan yang kita rancang tak mustahil dugaan datang dan pergi. apa yang mampu hanyalah berdoa agar dugaan itu dapat kita hadapi dengan tenang..semoa Allah berikan kita kekuatan.
sesungguhnya sebuah kehidupan yang tanpa dugaan adalah kehidupan yang kosong...tiada pasang surutnya. kita ibarat satu boneka yang memainkan watak masing² di pentas dunia
sentiasa ingat..Allah berikan kita kesakitan..kekuatan..kebahgiaan...dan Allah juga berikan kita akal untuk berfikir baik dan buruk sesuatu yang kita lakukan
"tiada yang bisa ku lihat, selain nama mu ya Allah...lindungi aku dari segala fitnah. Ampuni ku Ya Allah..yang sering melupakan Mu. dalam sunyi ku bersujud"
kesabaran ku diuji lagi, dan apakah segala ketetapan yang tersurat ini harus diterima tanpa wasangka.

aku bersyukur...aku belum hanyut terlalu jauh..




Tuesday, April 27, 2010

Pertama Dan Terakhir

aku bukan seorang sasterawan..malah bukan juga seorang penglipurlara. apa yang akan aku huraikan disini semata² untuk mengisi cerita² manis dan pahit dalam melayari kehidupan yang dikelilingi oleh pelbagai ragam manusia. andai kata ada yang terasa dengan apa yang aku tuliskan..seribu kemaafkan ku mohon, sesungguhnya aku manusia biasa yang serba kekurangan.

kali pertama bersua muka pada tahun 2002, sewaktu aku masih bertugas di cawangan kuching. waktu itu aku bertugas sebagai seorang ahlijawatankuasa satu program yang melibatkan beberapa "orang besar" daripada ibupejabat. ketika itu aku hanya pernah mendengar nama tetapi jauh sekali kenal akan siapa yang dimaksudkan.

"korang buat kerja macam mana ni? kenapa baju tak cukup? pastuh orang² aku nak pakai baju apa?" dengan nada tegas dier bertanyakan soklan pada majikan ku ketika aku. terdetik dalam hati "kasar nya". sebelum ini tak pernah pulak aku dengar crita sesuatu yang tak baik tentang dier.

beberapa hari berlangsung nya program..sedikit pun aku tak pernah bercakap or bersembang dengan dier sehingga la pada malam terakhir, dier mengajak pengelaras program dan beberapa ajk untuk makan kat luar. aku ada masa tu..kebetulan program dibuat di Lundu, satu pekan kecil. so bila sebut je pekan kecil, uols boleh bayangkan gerai makan nya macam mana. walaupun dengan keadaan gerai yang serba kekurangan, sedikit pun dier tak merungut. walhal pada ketika itu.."dier" boleh dikategorikan antara orang² yang "hebat".

ketika program itu berlangsung...aku adalah antara ajk yang akan balik awal. kerana itu merupakan program terakhir yang akan aku sertai memandangkan beberapa hari selepas itu, aku akan melapor diri di ibu pejabat, putrajaya. sebelum meminta izin balik dari penolong pengarah, aku sempat bertanya sesuatu pada dier..

aku : tuan..itu kah orang yang selalu saya dengar . garang nyer..selisih malaikat 44, kalau boleh tak mahu kerja dengan orang macam tu.

penolong pengarah : dier tak garang nor..cuma tegas. kalau awak ada peluang kerja dengan dier, jangan sia²kan. amik peluang tu..tuntut ilmu apa yang dier ada.

aku : naper tuan cakap macam tu?

penolong pengarah : percaya atau tidak..dalam tempoh 10 tahun akan datang, dier akan jadi "sumone".

aku : insyallah tuan..kalau ada rezeki, saya akan gunakan sebaik mungkin.

dier yang aku kata garang..dier yang aku hormat 10 tahun dulu. ada diantara mereka yang duduk di meja ini. seseorang yang aku takuti..dari dulu hingga sekarang. takut bukan kerana aku pengecut..tetapi takut kerana hormat ku pada dier terlalu tinggi. sampaikan aku takut jika aku mengeluarkan kata² yang boleh menyakiti hati dier ketika bercakap.

serius..aku hanya bercakap bila perlu. malah jika dier bergurau..aku hanya mampu tersenyum. setelah beberapa tahun di ibu pejabat, tahun 2009 menjadi titik bersejarah. dimana sesuatu yang aku takuti menjadi kenyataan...dier yang aku hormat menjadi pengarah bahagian.

kali pertama, aku dengan berani (takut sebenarnya) memperkenalkan seseorang yang aku hormat sejak 10 tahun dulu. yep..weols panggil Dato' K je..tapi bukan Dato' K ct liza yer...bahasa timangan weols je ni. tapi depan dier tak berani lak nak panggil ngan panggilan gitew.

hanya sempat berkerja dibawah pimpinan Dato' tuk tempoh setahun je. aku rasa dalam tempoh tu belum cukup tuk aku gali..cangkul...cungkil ilmu yang dier ada. sebab setahun tu hanya tempoh tuk aku memberanikan diri bercakap dengan dier..hahahah..sampai macam tu sekali aku takut okk..eh..bukan takut..hormat.

tempat Dato' K diganti dengan pengarah kami yang baru. so majlis ni dibuat secara sederhana tuk meraikan beberapa orang pegawai yang bertukar. simple tapi aku rasa penuh makna.

sepanjang 10 tahun ini jugak..ada beberapa orang pengarah bertukar ganti..dan Dato K lah pengarah yang pertama kali..malah pengarah tunggal yang amik berat pasal aku dan kekawan tuk pergi temuduga. dier siap bagi sokongan, nasihat dan guide macam mana nak jawab soklan yang akan ditanya. masa tu rasa seperti dihargai sangat..kerana pengalaman kerja dengan beberapa pengarah sebelum ini, jauh berbeza dari Dato' K.

nak crita panjang lagi tapi kebebasan aku bercerita seperti terbatas. apa pun..kami semua amat menghargai jasa dan budi Dato' sepanjang menjadi Pengarah di tempat kami. doa kami sentiasa mengiringi Dato' dan keluarga. kalau ada masa tu..meh la lawat kami kat bawah ni Dato'..bawak cucur pisang sekali yer (matilah kalau dier baca)

dalam kesempatan itu jugak..majlis meraikan pegawai² yang lahir pada bulan April. of coz aku antara orang itew kan..

tahun ni aku rasa tahun yang paling banyak aku potong kek..rejiki²....ok weols..setakat ni tak pernah lagi kan letak pic pengarah..so ni lah first n the last aku rasa. takut ada yang tak suka...



~ end ~

Monday, April 26, 2010

Korang Kenal Tak?

last thursday bawak najib gi dinner kat luar..pastuh singgah kat SOHO bangi. time duduk tunggu najib cari barang, ada seorang awek ni tegur wawan..aku just senyum je..pastuh awek tu masuk kat dalam kedai.

penat sangat tunggu najib n daddy tak habis pilih barang, aku ajak abang n wawan duk kat kerusi tepi kedai tu. pastuh awek tadi muncul lagi..kali ni ngan geng2 dier.

borak2 macam dah lama kenal, walhal baru jumpa malam tu.

sempat gak amik pic..tapi yang tak sempat nya nak ingat nama. adoii...aku cuba cari kat pesbuk sbb adik yang pakai spec tu kater nama dier Hana San..aku nerai cari tapi orang lain yang kuar. tu la satu sebab kenapa kena letak pic sendiri kat profile pesbuk

wawan apa lagi, mula la gedik bila nampak awek cantik. dua orang tu student upm...yang pakai baju kaler pink tu student kliuc (tul yer). malam tu diaorg minta nama akaun fb..bila aku nyebut..terkial2 lak diaorg nak hafal. so aku la senang nak ingat nama Hana ni. tapi cari..idak lak jumpa..or aku yang salah dengar arituh

still try cari kat pesbuk..tapi kalau ada sesiapa yang kenal tu...roger2 la yer..suka sangat ngan adik tiga orang ni. sweet macam chewing gum...eh..gum tu sweet yer..belasah je lah.






Saturday, April 24, 2010

Toy Story 3D

sepatutnya plan berjalan dengan lancar..tetapi last minute plan berubah apabila daddy kena kerja pada wikend ni. 24 hrs lak tu..tanpa gagal..oh ok..dah biasa..tapi dalam hati... $%$%#@. ini bermaksud aku kena duk rumah pada wikend selepas gaji. hahahaha...yang baik nya...gaji still tak usik..chewah..boleh ke? tentu tidak..sebab dah janji ngan abang yang aku akan bawak dier tengok Toy Story 3D.

ok..ni la kali pertama aku bawak budak2 tengok muvi tanpa daddy. n kali pertama driving jauh2 dari putrajaya dengan kids tanpa daddy gak. iyer...iyer..memang aku tak biasa. sebab kalau daddy kerja on wikend..aku prefer duk rumah je. tapi atas sebab JANJI..terpaksa la jugak.

first time aku tengok Toy Story 1 waktu aku belom ada anak kot..kalau tak silap. sebab time tu kakak yang ajak aku tengok muvi ngan fifi (niece).

Toy Story memang best...bertambah lagi best bila ada 3D. perjalan crita memang sesuai tuk kanak2. tapi aku tengok parents yang gelak sakan ko..

kalau ada masa tu..gi la bawak anak2 tengok Toy Story 3D. pada yang dah tengok Toy Story 1 tu..tentu tahu crita nya macam mana. yang beza nya just kali ni ada 3D..

alhamdulilah..pengalaman pertama bawak abang n wawan tidak menyedihkan. malah kami bertiga tetap enjoy...lepas tengok muvi, kami gi playground...kebetulan kat Sunway Pyramid ada pameran kuching..so weols lepak kejap tengok kucing yang comel2 sebelum lunch. tapi setiap sejam..daddy akan sms tanya "buat aper..ok ke? kids behave tak?"

so next time leh dating bertiga lagi..mo man tai..thanks abang..thanks wawan sebab buat hari mummy lebih mudah.





Friday, April 23, 2010

Menumpang Kasih

tajuk entry tak boleh blah ok..macan minah jiwang lak gamak nya. dalam adik beradik, hanya aku yang merantau jauh dari keluarga. so bila ada anak...mereka lak akan berjauhan dari saudara yang lain.

tahu siapa itu sepupu..siapa itu makcik...n macam mana belaian seorang nenek bila setiap kali balik kampung. itu pun paling kerap aku balik 2 kali setahun. so selain dari tempoh itu, blog...face book...ym...n video call je boleh mengeratkan siraturrahim antara mereka.

kekadang aku kesian jugak, sebab setiap kali aku balik kampung..keakraban anak² buah yang lain dengan parents aku lain daripada anak² aku. n aku rasa parents aku lebih arif dengan perangai cucu² mereka daripada abang n wawan. sampai satu tahap..mak aku boleh cakap "ish.macam ni perangai si abang...macam ni perangai si wawan"...dah 6 tahun usia abang baru mak boleh faham macam mana perangai dier sebenarnya.

bukan takde saudara lain kat sini..ada..even first cousin aku n daddy memang banyak kat kl ni. makcik sebelah bapak pun ada yang kawen ngan orang sini. tapi hubungan tu macam lain dari adik bradik sendiri.

so bila daddy's first cousin call bagitaw yang dier ada kursus seminggu kat putrajaya, daddy ajak dier stay kat rumah je. senang plus..dier tak perlu nak pikir kenderaan tuk gi tempat kursus sebab dier leh pakai keta satu lagi. lagipun..abang kalau sebut je nama uncle fav dier ni..mmg dier melompat tak hingat

Najib...daddy first cuz..tengok muka macam budak sekolah lagi. tapi dier dah kerja dah..kerja kat imigresen kuching. datang putrajaya sebab nak attend kursus kat hq. tapi muka nampak muda dari usia sebenar...still single n available.. (sempat kooo)

sian uncle najib..kena layan budak dua orang ni..mummy nyer duk depan sambil wat dunno..lalalala

ni opismate najib..Abdullah..nak dijadikan cerita waktu weols ambik najib kat airport arituh, aku dah terkejut dah tengok muka Dol ni..daddy pun terkejut gak. hahahah...dol ni classmate daddy waktu sekolah rendah..n classmate aku waktu kat Chermai dulu. what a small world..lama dah tak jumpa dier..tup..tup..badan dah gemok dah..tapi still single lagi. aku dah anak dua dol..ko still single?? aiyak..tapi insyallah akan kawen next month.

satu je perangai dol ni tak pernah berubah. ada je benda yang dier nak wat lawak..sama macam yang aku kenal waktu zaman belajar dulu. dah terlanjur kenal..aku ajak dol duk rumah sekali..leh chit chat waktu zaman muda belia dulu. even dier ngan daddy pun banyak story nak citer..

punya la manja ngan uncle najib sampai terlelap..ni on the way gi sunway

bawak najib ni gi sunway sebab dier nak carik barang..dier pun macam aku gak. kaki shopping..so plan nya mula² nak suruh diaorg shopping n aku bawak budak² gi playground kat situ. tapi hampeh koo...abang takmo berjauhan ngan uncle najib..siap suruh uncle najib ikut dier. najib ni pun melayan la jugak..adoiii

tapi aku tengok dua² seronok sakan lak..Dol nak main gak tapi keta nya tak muat..tu lah..badan besor benor..hahahaha

balik dari sunway..dier tido lagi..adoii...siap landing kat riba lak tu. sian aku tengok abang ni..time ni la dier nak bermanja ngan uncle dier..

tapi hari ni last day uncle najib ada kat rumah. esok dier dah nak balik..tapi aku tak bagitaw abang lagi yang uncle najib nyer dah nak balik. mesti dier melalak kalau tahu..

tu la hati ni memberontak nak balik..huaa... (sempat gak nyelit ni)



Thursday, April 22, 2010

Kena Pegi

jap..jap..nak pasang lagu afgan jap.

dah..ok sambung citer lagi. semalam aku cuti erkk..sakit la. ala..sakit sikit tapi kepala berat macam pikul sebeban baru konkrik je. uols dah pergi kuching ke belom? sekarang ni jarak semenanjung dan borneo bukan satu masalah kan. sebab majoriti orang semananjung dah jejak kaki kat sabah or sarawak. n orang sarawak or sabah dah ramai kat semananjung ni.

kalau dulu..arwah² nenek n atuk kiter gi menunaikan haji naik kapal yang amik masa 3 bulan berjauhan ngan family tapi sekarang leh naik kapal terbang je.

kalau nak citer pasal keistimewaan sarawak, sampai esok pun dah abis menaip. tapi cuma nak share sikit pasal sesuatu yang takde kat sini..tapi ada kat sana..ala..biasa je...of coz nak citer pasal makanan lak tiz time..

ni kedai ais krim. kedai ni dah lama wujud..since waktu parents aku muda belia lagi. malah bapak kater..kat sini la dier ngan mak selalu dating. tapi kedai aiskrim ni dari dulu sampai sekarang memang macam ni je..tak lak aku tengok ada renovation dibuat.

aiskrim nya sedap woo..maybe sebab resipi turun temurun kot. harga tak la mahal sangat..n kalau uols gi..uols cuba sandwiches aiskrim harga RM2.50 je. aku kalau beli satu mmg tak cukup..sekali gi..aku akan beli 20 tuk satu family..

perisa sunny hill aiskrim ni tak secanggih baskin robbins or etc..just basic flavour such as coklat, strawberry,pandan n vanilla je..tapi disebabkan keaslian nya itu la yang menjadikan sunny hill ni digemari ramai. kalau petang² tu orang beratur macam nak beli tiket bola

satu lagi benda wajib..Sugar Bun Fast Food. dulu ada satu kat Kajang..tapi dah tutup dah. nasi ayam nya sedap woo. kalau abang n wawan takde selera makan, aku bawak gi sugarbun je..satu pinggan licin abang kerjakan. memang berselera tuk budak² esp nasi dier tu. tapi bila dah tutup kat kajang, aku hanya boleh rasa bila balik kuching je. satu plate tu RM5.95..

harus cuba taww...kat kuching ada beberapa cawangan yang uols leh gi. salah satu kat Spring okk..kat situ syok sikit sebab aiskrim nya tinggi oooo...siap nak masuk lubang hidung tu.. :)

model keta ni sah² tak pernah ada kat sini kan. aku rasa kat kuching je ada kot..hahahah...terpandang keta ni waktu kat traffic light. sapa la owner nya..siap transform kancil jadi pelandok lak..kreatip..

still citer pasal kuching..sah² dah aku kena fikir camne nak minta tukar balik sana. bila cakap ngan kawan diaorang akan kater "boleh ke ko balik..sana nak shopping apa" wahh...shopping je erkk..takpe..takdapat shopping selalu takpe. sekali sekala aku jejak kaki kat kl ni aku nyopping sungguh². sebab sekarang ni nak pikir tuk cantikkan rumah kat sana lak..nak fikir tuk jaga mak bapak lak...nak fikir tuk cari keselesaan lak..nak fikir tempat yang sesuai tu besarkan anak² lak..n yang paling penting...nak fikir tuk berkhidmat pada bangsa sendiri lak!


Wednesday, April 21, 2010

Baju Raya Ye..Ye...

puasa belom..terus nak crita pasal raya..hahaha...uols dah beli baju raya tak??

sebelum balik sarawak aritu, aku gi Jakel beli kain baju melayu daddy n kids. kena beli awal sebab aku nak kena hantor kat tailor di kuching.

dalam cari kain baju melayu tu..aku rembat tuk baju aku sekali. senang...nak amik kaler sedondon konon..

ni nama nya Nani..dier yang layan aku pilih kain arituh. tengah pegnen first baby time ni..dari tingkat bawah..dibawak nya ku naik ke tingkat atas..merasa lak pegang kain yang satu meter tu sampai 1K..merasa pegang je lah..nak beli tak mampu..

baju raya aku tak banyak tahun ni. pakai pun tuk kenduri je..kat opis hari Jumaat je pakai baju kurung. tapi kain ni aku tak hantar gi tailor lagi taw..aku hantar tuk wat baju melayu je

kat Jakel ni, resit pembelian pertama RM500 keatas akan dapat potongan harga 40% tuk pembelian seterusnya..pada hari yang sama. aku dulu dah bayor baru dak tu bagitaw. ada gimik la plak...so aku amik kain tuk business dapat la 40% tu..balik modal ganda kalau bijak.

abang ok kalau akak tu nak ukur badan. takyah nak pujuk bagai...terus berdiri tegak nyer.

tapi dak ni meraung bila akak tu nak pegang badan dier. terpaksa aku yang kena pegang n akak tu ukur. rambut wawan tu dah tahap panjang dah. nak gunting kat kedai tak bleh sebab dier takmo..katernya mama zu je pandai guntung rambut dier so gamak nya kena tunggu mama zu free la..nak wat rambut style mushroom lak tuk wawan

beberapa bulan lagi nak raya..uols dah tempah baju ke belom??



Tuesday, April 20, 2010

10 Tahun Dulu

teruk betul la blog aku ni. crita nak hapdet amik masa seminggu. sian kan uols yang baca n3 basi je hari². harap uols faham situasi aku sekarang ni...masih didalam dilema..masih di dalam angan². yep..aku di dalam proses untuk menyesuaikan diri di dalam keadaan yang aku dah mula boring.

kalau nak buat n3 baru..aku akan pasangkan lagu Afgan, untuk amik mood bercerita. siyess...aku dah mula bosan. di tahap maxima dah ni. tak dalam hati tetap berkata..."oh..hanya seketika cuma". cuba untuk kembalikan mood berkerja..hari demi hari...keputusan nya tetap sama. aku tetap lembik sebegini.

one day daddy kater " my..u takmo tukar persekitaran kerja?" aku terus kater .."oh..gud idea d.." tapi..still ada tapi...aku nak tukar mana?? ni close department..sana sini jumpa orang yang sama..kerja ttp berkaitan..OMG..sekarang baru aku realize yang aku dah terperangkap di dalam dunia yang aku mula bosan.

dulu hj rahman pernah berpesan..untuk melakukan sesuatu kerja, kita kena seronok untuk melakukannya even kita tak suka. supay hasil nya nanti akan mendatangkan faedah buat diri sendiri. jika kita takde mood...amik cuti..tenangkan fikiran supaya tiada seorang pun akan menjadi mangsa akibat perubahan mood kita tu. kalau still tak berkesan..."amik risiko" untuk bertukar.

its been 11 yrs aku kat dept ni..dan 9 yrs kat bahagian ni. satu jangka masa yang lama n sekarang ni aku tengah berfikir untuk melakukan satu perubahan..resign? transfer? unpaid leave??

nak hilangkan borin..aku bawak uols ronda² tempat kerja aku. sebelum memasuki perkhidmatan sekarang..aku pernah berkerja di Jabatan Ketua Menteri bahagian Sumber Manusia. bangunan tinggi ni dulu opis aku..tingkat 12. Wisma Bapa Malaysia ni adalah satu bangunan yang "gah" kat kuching.

habis belajar aku tak menganggur lama. dua bulan duduk rumah aku ditawar kan berkerja sebagai "sukarelawan" di sini. sukarelawan ni perhidmatan yang menawarkan para² lepasan sekolah, graduan² untuk mencari pengalaman bekerja. weols takde gaji ok..just depends ngan elaun saja. dulu masa ku masuk elaun nya tak sampai RM500..tu pun ada potong epf bagai. kalau sekarang permulaan pun dah cecah 1K, untung erkk sukarelawan sekarang.

walaupun mendapat elaun yang rendah..aku bersyukur diberi peluang mencari pengalaman disini. banyak benda aku berlajar kat sini...banyak sifo² yang aku jumpa..even bangunan ni menjadi satu tempat tuk menteri² bertugas. so kalau terserempak kat lobi tu dah jadi perkara biasa. satu je aku suka kat sini...dari muda hingga ke tua...staff dan kakitangan nya bergaya..dan selalu berwatakkan korporat. di sini la aku berlajar untuk bergaya...berlajar tu pakai make up...berlajar tuk pakai heels. sebab kat sini tak bleh pakai slipar iyer... (itu 10 tahun dulu..sekrang tak taw la plak)

satu je yang best bila jadi Sukarelawan ni..peluang tuk kerja ngan kerajaan cerah. sebab kekosongan jawatan akan diisi oleh calon² sukarelawan yang ada pengalaman kerja. sebab itu aku hanya amik masa sekali temuduga sahaja terus...dapat rezeki kerja tetap kat sini. alhamdulilah.

dulu gi kerja daddy akan amik..tapi dier tak amik kat lobi. aku akan tunggu kat bus stop ni..dulu weols naik moto je yer..merempit je kerja nya. hahahaha..kalau daddy tak bleh amik pun aku akan tumpang kakak² ku je..sebab diaorg pun kerja kat area ni gak.

satu lagi bangunan dimana tempat aku pernah bertugas. ni Dewan Undangan Negeri..tempat adun² bersidang. pernah diberi peluang untuk bertugas semasa persidangan. tempat nya besar woo...n macam sumthing haunted la. hahahaha..kat sini juga aku akan betugas 2-3 kali dalam tempoh setahun tuk Majlis Penyampaian Pingat...jadi tray girl la dulu. berdiri kat sebelah CM Sarawak memang satu perkara yang aku nanti²kan..even just bawak dulang pingat pun orite. :)

sekarang dah ada bangunan DUN baru taw..jap lagi uols tengok pic

pandangan dari bus stop..tingkat atas tu opis CM..opis aku lama kat tingkat 12..cuba kira yang mana satu. :)

on the way ke Astana..

ni bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru. cantik tak?? tak pernah masuk lagi

ni Astana Negeri..kalau orang tak taw..orang akan kater..bukan Astana la..Istana...tapi betul..memang Astana...ejaan tu memang dikekalkan. kat dalam ni aku pernah masuk..bukan aku kerja kat sini erkk...sbb kakak aku PA kat sini. so dulu selalu la ikui dier masuk kan..kalau time raya tu mmg meriah la kat sini..

naper aku tunjuk pic lama ni?? sebab nya..kalau nak diberi peluang tuk bertukar angin, aku nak balik kuching. nak berkhidmat tuk rakyat sarawak lak. peluang tu mmg tipis la sekarang ni, tambahan lak aku n daddy dalam satu department.

10 tahun merantau dah macam² pengalaman dah kami tempuh. elok kiranya kami balik ke negeri asal..sayang tu mmg sayang. sebab kat semenanjung ni dah banyak mengajar aku tuk berdikari..belajar tuk jadi orang yang matang. tapi..kekadang suasana yang baru juga boleh mengembalikan semangant untuk bekerja..sesuatu yang aku dah mula hilang kat sini.



Friday, April 16, 2010

My Fairy Tales

ada satu crita dongeng pasal seorang gadis yang sedang didalam dilema. dalam hidup gadis tu..dier tak pernah rasa mencintai seseorang dengan sepenuh jiwa. misi dier untuk cari lelaki yang boleh menghilangkan rasa boring.

dalam beberapa orang tu..ada yang terdiri dari anak vip..anak orang kaya...anak yang tak berapa kaya...ada yang gemok...ada yang hencem...n ada gak yang datang dari keluarga yang benar² susah

dari hari ke hari..usia pun dah meningkat...tetapi gadis tu gagal tuk mencari pasangan hidup. satu hari tu...si gadis datang melawat neneknya yang sedang sakit..

nenek : bila lagi kau nak berkahwin??

gadis : entah lah nek..belum ada yang berkenan dihati

nenek : nenek tahu..sekarang ni hati tengah muda. asyik fikir nak berseronok. tetapi, umur nenek semakin hari semakin tua. alangkah elok kiranya cucunda menamatkan zaman bujang sebelum nenek "pergi". satu saje pesan nenek...bila kata memilih teman hidup, cari la yang "menyayangi kita lebih dari kita menyayangi orang tersebut" nescaya...aman bahagia hendak nya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cerita tu bukan cerita dongeng. gadis tu adalah aku..dan salah satu sebab aku memilih daddy adalah

*****

****

***

kerana dia menyayangi aku lebih dari aku menyayangi dier. kerana dia dan keluarga menerima aku seadanya. tiada kurang..tiada lebih...

daddy's big family....keluarga daddy sudah ku anggap seperti keluarga aku sendiri. malah ada diantara untie daddy melayan aku seperti aku bukan nya menantu dalam keluarga.

kekadang aku terfikir sendiri, jika satu ketika dulu...aku menerima pinangan seorang lelaki yang datang dari keluarga berada..belum tentu akan akan bahagia sebegini. sebab nya..jurang kami terlalu jauh...malah ternyata, dia bukan orang yang menyayangi aku lebih dari aku menyayangi dia. biar la...wang ringgit bukan taruhan untuk memulakan kehidupan suami isteri. yang penting...kesanggupan dia dan keluarga menerima aku dan keluarga seadanya.

orite..back to the pic. balit kuching arituh dapat undangan dari daddy's first cuz Rina. birthday party tuk anak sulung, Princess Mia..cea...Mia ni cucu pertama kepada uncle nuar n untie tuyah yer.

ekceli tiz party dibuat pada masa yang sama kenduri kat rumah aku. rushing sikit..tapi enjoy. yang tua leh berperangai macam yang muda, yang muda lak boleh berperangai macam yang tua...part yang best pasal family ni. leh kesan wawan kat mana tak?? of coz kat depan tengah blur sebab hairan...naper nenek² nya happy semacam

nampak macam banyak purple. tapi idak la aku taw tema nya purple or tidak. yang depan sekali berdiri bawa belon tu namanya ROM..betul ke ejaan ni cik tuyah?? pembantu cik tuyah dari seberang. dulu jumpa...sepatah ayat pun susah nak dengar...tapi sekarang bila jumpa...waahhhh...dah tengok macam anak cik tuyah lak. sama cantik ngan majikan nyer..muntah lagi tak rom bila naik mobil?

kazen daddy ni membesar depan mata..iyer la, aku kenal ngan daddy since aku 17 tahun. n diaorg ni lak still sekolah time tu..sampai sekarang hubungan makin erat, tambah lak dah ada pesbuk.

rom ada pesbuk sik?? hahahaha....luv tiz pic ekceli. sebab aku nampak kecik..badan kena cover ngan fiza kat depan tu

let the picture do the talking :) jap..jap..my mother in law pakai tudung kaler krim tu yer.

hahahahaha...sik baik amik port depan..kalau amik port blkg mmg nampak setengah je

mother in law wit sis..akceli my fav unties...cik edah n cik tuyah. rasa macam makcik sendiri je bila jumpa diaorg ni. dari dulu sampai sekrang..aku tahu diaorng punyai hubungan adik beradik yang KUAT..mudah²an hubungan itu berkekalan hingga ke anak cucu...

daddy wit kazen..tapi si abang nak nyelit gak. tak bagi dier merajuk..so layan je lah.

birthday girl mia with wawan..langsung takmo senyum wawan ni

abang lak gigih amik belon sbb nak bagi kat sepupu² yang still kat kenduri lagi..adoiii...

so..nak share sumthing ngan uols. dulu aku ada pakwe yang kehidupan nya mewah..sejak sekolah lagi dier dah drive keta mewah even time tu keta orang tua dier je. sepanjang aku kenal ngan dier..aku rasa aku je berperanan nak jaga hati dier. tapi dier macam..."oh ok...ko gf..so kiter leh kaple² la " takde sifat hormat orang. mungkin sebab dier hidup mewah n dier rasa dier leh dapat apa dier nak. kalau weols gaduh, aku akan mengalah even dia yang jadi punca.
so one day, dier bawak aku gi rumah family dier waktu birthday party dier nyer sis. first time jumpa family dier aku dah rasa janggal. bukan family dier tak terima aku..cuma aku rasa..aku bukan diri aku..aku just berlakon..terlalu menjaga tatasusila supaya setiap pergerakan aku tak dipandang serong. senang nak cakap la..aku biasa makan pakai tangan, tapi family dier pakai pisau dan garpu(contoh je ni) .
plus..sepanjang aku kenal dier. aku rasa...dier sayang aku..tapi sayang nya itu belum cukup buat aku rasa selamat. lagipun..aku rasa...tersisih bila berada dalam satu kelompok keluarga yang terlalu mengharapkan kesempurnaan...
so bila aku kenal daddy...of coz dari segi kewangan tidak dapat menandingi lelaki sebelum ni. tapi dari segi kasih sayang...daddy dah bagi lebih apa yang aku idamkan. dan yang paling penting...keluarga daddy makan pakai tangan macam keluarga aku juga.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...