Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 31, 2010

HaPpY bIrThDaY DeE!!!

happy birthday Dee!! jumpa Dee masa lunch tadi. tapi sebenarnya dah lama Dee duk usha alamanda ni apa yang best? aku tak sure sebenarnya..maybe sebab lunch hari² gi sini..so aku dah terbiasa ngan alamanda. even kalau tutup mata pun aku leh tahu aku berdiri kat maner.

bila set date dah lama, aku sebenarnya lupa yang arini Dee akan turun putrajaya. bila dier sms kater skrg dier kat alamanda..of coz aku jadi macam.."LOL" lupa la plak. sib baik arini free so boleh pecut kejap jumpa Dee.

ni kali ketiga kami jumpa..tul tak Dee?? kali pertama waktu bufday party little princess Avin kan..kali kedua terserempak kat Cameron. tapi kat blog macam dah lama kenal koo..kalau takat nak gelak² baca entry tu takde hal dah.

sejak ada blog ni aku dapat kawan baru. adik² yang tgh studi kat obersi nun..kekawan yang blah utara..yang kat sabah..yang kat brunei...singapore bagai..semua ado. ada yang aku kenal dari anak dara sekarang dah jadi mak orang..ada yang aku kenal masa jadi student dulu dah jadi doktor..tapi pas jadi doktor terus tak hapdet blog yer..

niat nak blogging semata² nak cari kawan..n paling penting, nak tempek pic anak² tuk tatapan family kat sana. dulu takde facebook..so aku tempek kat blog je lah. sepanjang bergelar blogger ni, pelbagai dugaan aku tempuhi tapi alhamdulilah...semua dugaan itu sekali pun tak pernah datang dari kekawan sesama blogger.

yang ada pun dari pejabat..ada yang wujudkan blog "sejibik" macam blog aku. apa yang aku crita kat blog akan jadi bahan gosip sesama diaorg. mula² aku tak suka..tapi bila pikir balik..lantak la korang. janji aku tak menyusahkan sesiapa pun.

bila aku baca blog korang..hari² aku buka..ada yang komen..n ada yang tidak. aku rasa aku hidup didalam satu kelompok keluarga yang besar. seolah² abang n wawan membesar dihadapan uols semua.

pendapatan lebih melalui blog adalah satu bonus. kalau ada..alhamdulilah..kalau takde..takpe, mungkin bukan rezeki. bila tidak bergantung pada pendapatan thru blogging ni..aku rasa aku lebih bebas bercrita. takde paksaan untuk buat entry sebab hari² ku tak macam uols semua. kat rumah aku online..but takboleh bagi 100% kat lappy je.

pada yang pernah aku jumpa..kalau ada silap salah waktu kita berjumpa tu..aku minta maaf lah yer. takmo la sebab kesalahan sikit tu uols pendam lama n boleh bawak jadi bermusuhan.

kalau ada contest yang aku lambat antor hadiah tu..aku minta maaf gak sebab kalau pejabat pos ni sebelah opis je..harusss aku anto cepat. hihihihi....

cayang uols semua..tak kisah la blogger ke..silent reader ke..tukang baca je ke....takde hal...ni blog aku..n aku nak sayang semua aku nyer pasal..



Semua Pasal Peristiwa kat Ikea

dah baca tajuk kan..sapa yang nak tahu crita, baca la dari mula sampai abis. sapa yang tak sempat nak baca..tengok gambar udah ler.

misi untuk mencari jam Guess belum kesampaian. mungkin ada yang tertanya², penting sangat ke jam tu..or kenapa nak beli jam tu? sebenarnya lately aku seperti "dilupakan" hihihihi...perkataan skema ok..dilupakan oleh suami sendiri kerna beban kerja dier semakin mengharapkan dier duk kat opis.

dahla arituh dier mengadu ada "kawan" aku duk marah n tego dier dalam meeting kater kerja dier tak selesai. dalam mengadu tu aku tak pernah nak memihak pada dier eventho dier suami aku. n dalam masa yang sama..."kawan" aku tu pun tak la baik sangat. just hi..hi..bye..bye gitu. tapi dalam pertimbangan aku la..kalau ko boleh panggil aku "kakak" bila bertembung..so ko boleh anggap laki aku tu "abang". perkara tu tak perlu ko nak sebut dalam meeting sebab ko boleh bagitaw direct macam tu je. or mmg orang macam dier tu perlukan back-up setiap kali tegur pasal kerja orang lain. end - aku tahu orang tu baca blog aku..so aku takmo komen lebih..ko fikir sendiri.

aku cakap ngan daddy..pasal apa yang dier tego tu ada benarnya..cuma yang salah cara dier menego. sebagai sesama kawan..sesama orang Islam, tak perlu menjatuhkan maruah orang lain..sebab pasal maruah..ada banyak lagi benda aku nak crita..so korang nak baca..just carry on baca la yer...

disebabkan teguran tu..daddy tumpukan 101% kat opis sajork. family become no.2. aku faham..walaupun at the same time merungut sebenarnya. tapi...argghhh...boleh buat semua ni..dalah kehidupan berkeluarga..giv n take perlu ada kan.

so..bila dapat duit lebih...daddy seperti biasa akan belikan sesuatu untuk weols..anak² dah dapat..cuma "mak anak" je blom lagi. idaman kalbu oc hbeg dari Gucci kan..tapi disebabkan masih duk fikir yang 2.7K tuk beg yang lepas pun tak cover lagi so aku amik yang mughah² je. sebab tu terfikir nak beli jam baru. dah bohsan ngan jam lama ni, cuma ada yang kater aku dah banyak benor jam..then jam yang aku idam tu sebijik macam yang dah ado..

pergi midvalley...the garden on saturday, misi gagal. jam yang nak tu dah ada depan mata. tapi hati duk cakap "membazir..membazir..." terus cari baju kat Guess, Zara n MnG tapi misi gagal lagi...saiz non ado. frust kat situ.

so on sunday..aku ajak daddy gi Ikea..sebab ada jualan gudang Levis kan..tapi hampeh..burok benor pattern nya. dengan separuh frust weols gi la kat curve..kat situ ada Guess gak...masa tu dah beriya² cakap kat dalam hati " oh..tiz time kalau ada jam yang aku nak tu..sumpah aku akan rembat". tapi semua pattern aku tak suka..sebab duk ingat yang kat alamanda tu ajer..

so daddy kater " mummy..u nak apa sebenarnya ni?" aku jawab..."nak kapkek je lah D.."

kat Ikea abang n wawan sempat main ladybird ni..muka diaorg dah boring teman mummy cari barang tak sudah²

tapi mummy nya lagi boring ibarai merry go round ni yang ada abang n wawan je naik. macam takde sambutan je..

ni kapkek yang aku nak..dah setahun ko tak gi sini..lalu je kat Curve..tapi tak singgah pun kat sini. last beli aku rasa tahun lepas..

mummy dah frust sebab tak jumpa apa yang dier nak..wawan lak wat muka nak memujuk mummy..tapi sayang..camera blur la plak

orite..tiz time daddy amik ok tapi mummy nampak gemok.."sejak bila la aku dah kurus erkk" hahahaha

amik half dozen for RM23..sedap tu takya cakap la tapi mmg manis giler..

dalam tak beli apa² tu..weols nak balik dalam kol 8 malam gak ler..beli baju tuk kids je..mummy dapat kapkek.

dah bayor parking bagai..terus confident nak gi cari keta. kat sini mmg peristiwa yang menyedihkan la. weols cari keta kat petak n sudut yang sama tapi keta weols "NON ADO". daddy dah pucat..aku apatah lagi..terus mengucap panjang..kalau betul la bukan rezeki kami..aku REDHA..

pastuh ada sorang anak branak cina..duk cari keta dier gak. aku tengok mak nya dah nanges² bagai. aku pun nak nages gak sebab keta tak jumpa...tapi iman still kuat or sebab lidah terkedu seribu bahasa kan.

daddy dah keta thru alarm..tekan button, ada bunyi..tapi keta orang lain. aku suprise gak..camne car alarm aku leh sama ngan keta orang lain yer? nampak la keta orang tu unlock taw..tapi sebabkan hak orang..daddy lock balik keta orang tu..takmo la nak kusut fikir masalah alarm kan..sebab weols ada masalah besar lagi pastuh.

so aku balik pada pemandangan yang aku nampak masa mula² datang. patah balik kat lif dier..eh..tadi depan lif ada eskulator..tapi yang ni takde. jenguk ikut tangga...oooooo...kat bawah la D...terus daddy lari² cari keta kat bawah..

yes..rezeki still berpihak pada kami.weols park kat P2..apa la ikea ni..takde letak besar² kat tiang yer..aras P1 or P2 (nak salahkan ikea lak kan)..n aku tengok dua branak cina tadi tu pun ikut montot kami pergi bawah...nya rezeki berpihak pada dier gak..keta diaorg parking kat level P2..hihihihi...

episod suspen berakhir kat situ..abang leh cakap" keta daddy jadi robot leh tukar² parking" daddy nya jawab " a'aa...keta daddy leh jalan sendiri". jawab macam tu sebab takmo malu mengaku kat anak yang dier terlupa tempat parking sebenar...

satu hari yang frust..satu hari yang suspen..n satu hari yang mengejutkan. frust sebab tak dapat jumpa barang, suspen sebab ingat keta dah hilang...n mengejutkan?? yang mengejutkan tu..nanti aku stori..hihihihi...

note : sebabkan penat menaip..tak done nak kalerpul² iyer. nak gi dating ngan Dee jap.



Friday, May 28, 2010

@ Office on Wesak Day :)

mostly kekawan akan balik kampung bila dapat cuti panjang macam ni. bagi aku yang duduk jauh dari family, cuti macam ni banyak habis tuk jalan² n wat window shopping je. walaupun kekadang "terbeli" gak satu dua barang.

dalam orang sibuk nak balik kampung, aku n daddy kena kerja arini. prinsip aku hanya satu..on saturday n sunday adalah hak anak². so kalau boleh aku takmo amik masa tu tuk datang opis. tapi disebabkan hari ni adalah cuti umum n jatuh lak pada hari Jumaat, aku decide nak datang kerja sebab ini la masanya aku nak settle apa yang patut.

sampai opis just amik manggo puding wit sprite for breakfast..aiyooo..sungguh tak sihat.

tapi bila duk pantry sorang² buat mata jadi liar memerhati sekeliling. banyak gak stok kat pantry ni dah kurang.

maggi ni tuk boys yang kena kerja on wikend or kekadang kena duty sampai midnight. yepp..weols ni dikira bekerja 24 hrs. so takde alasan nak kater takmo iyer..so pada isteri yang dapat hubby kerja macam ni kena faham..macam tu gak ngan para hubby..hihihi..

jajan ni dah isi since thursday arituh, tapi cepat benor laku. alhamdulilah..ni semua hasil kutipan RM10 sorang kat sini. so kalau semua yang bayor leh la wat makan² sikit. boss kena bayor lebih..hihihi...

ok..dah settle ngan bekpes..aku nak ngadap kerja yang dah bertimbun tu..hopefully leh settle arini gak. tak koser nak datang opis nx week n ngadap kerja yang sama lagi.


kena belek satu² surat ni..tengok apa yang patut..kena wat paperworks or kena wat bungkus nasik lemak..hahah..takde lar..gurau je. nak muntah tak tengok surat yang banyak ni..



Thursday, May 27, 2010

Tolong Pilih Jap..

sekarang ni aku rasa macam tak sihat. dah la penin..sakit peyut macam nak peyed. tapi pelik dah 2 hari rasa macam tu still tak peyed².

aku tahu aku banyak kerja..but tetap nak hapdet blog sebab perasaan nak ngadap semua kerja tu macam tak boleh je. n one more thing..tiz wikend aku tak bleh nak berjimba sebab esok kena kerja. oo..uols duk kat rumah tapi aku kena kerja lak kan..sungguh tidak aci!

tapi esok adalah masa sesuai tuk bereskan kerja yang tertunggak lama. sebab selalu nya cuti² baru leh wat kerja ngan aman. tiada gangguan..hihihi..

uols pernah ke ada xperience macam nie? peyed lambat tapi bila wat test -ve. dah sebulan ooo..jumpa doc jawapan tetap sama. perubahan horman badan..pastuh awak strees sangat. jawapan biasa yang aku dgr sejak dulu.

nak hilangkan stress mari kita cuci mata jap..

pegi butik guess alamanda jumpa bracelet ni..terus terpikat. tapi tak tahu bila nak pakai. aksesori ni datang asing²..baru sekarang ada jual aksesori Guess kat alamanda..tapi kalau uols nak lebih banyak lagi..gi sunway, kat outlet berdepan ngan Elle ada jual banyak lagi..chantek². yep..beli with vip price, ada diskaun seperti biasa

hajat di hati nak cari jam baru. kaler gold tetap idaman kalbu yer. cuma takleh decide which one nak beli..uols pilih mana satu chantek...bulih??

yang ni mmg suker, harga mahal dari yang lain. cuma kalau boleh design kat dalam tu biar la kaler putih/hitam

yang ni macam baru. sebab tak pernah nampak kat mana² outlet

yang ni dah belikan tuk kak kim..yang silver tu pernah belikan tuk Seri..pernah cuba tapi sebabkan jenis bangle kan so tangan kurang sesuai

yang ni pun ok kot..

oh..yang ni mmg cantik. lip lap gitu..tapi kena jaga elok² sebab banyak benor diamond nya
bila dah ada jam baru nanti, ingat nak let go yang lama. banyak yang tanya, camne nak jadi pemegang kad member VIP? kalau tak silap aku ada dua jenis kad tau..satu yang biasa..satu lagi VIP. yang biasa tu kalau ko beli RM2K dalam tempoh 2 bulan baru leh jadi member. tuk upgrade jadi VIP lak ko kena mantain kan pembelian kat Guess la..
kalau kad biasa cuma dapat 10% dis je. tapi kalau VIP member leh dapat 15%, itu pun belum xtra diskaun yang aku boleh dapat. kekadang leh dapat 30% - 40% la untuk yang new arrival..kalau nak diskaun lagi..tunggu ogos or krismas..masa tuk extravaganza nyer diskaun..hihihihi..faham tak??
ok..sambung balik wat kerja..!!



Wednesday, May 26, 2010

Wanie's Birthday Bash

tak pernah pegi sini lagi tapi just amik inisiatif lebih tuk google...hihihi..ada no tepon terus call n minta arah jalan
ni bufday girl nya..last year tak leh nak join so tiz year harusss datang sebab dier dah wat dekat. OMG..time² gine teringin lak nak carik pulut kuning...tergoda ngan pic wanie ni..arituh macam kenyang ngan satay..so pulut kuning rasa sikit je.adoiii..mana nak cari nie
wanie tanya abang..kenal lagi tak kat dier..wah..memori anak aku mmg kuat koo..terus dier jawan.. "untie wanie" ..kui..kui...sori erkk wanie..bukan kakak dah...
datang sekali ngan lily..sib baik yang..kalau tak harus akak malu nak masuk. datang² terus pot..pet both of us..hihi..tak cayer, bukti ada kat atas tuh..nanti kiter jumpa lagi yer lily..tak puas lak
kat meja hujung tu mmg meriah..penyeri suasana..ai likeee...
thanks azim..sebab jadi penyelamat amik pic weols..kalau gi memana pic sefamily ni macam kurang je sebab takde orang nak tolong amik.
sapa tak kenal ni kan? ni lily, kami dah kenal lam..dah 2 tahun agaknya. tapi ni firstime jumpa so terus dapat jumpa baby Nyla...kira package. lily..suka arr dukung Nyla ni..lenkali leh pinjam tak..huhuhuhu...
nice meeting u lily..muaaahhh...EA pun best gak!
naper aku suka sangat ngan pic nie yer..sapa awek baju putih tu? ada orang kenal tak? manis je muka nya..leh wat menantu..
all of us!! ada ramai lagi tapi time ni banyak yang dah balik. tinggal weols je..apa pun..aku pelik naper aku pakai kaler kuning tapi orang lain kaler papel
with azim n daddy..azim ni pun dah kenal lama. dah 2 tahun dah..anggap macam adik sendiri. so tiz time jumpa terus chit chat sampai takmo angkat montot..
azim..kalau sampai sini call lah yer..abang ijan nak ajak amik night shot kat putrajaya. dah ada no hp dier kan..pastuh akak masak special tuk azim..tapi masak kat kedai je lah..hahahahaha
lily bawak Nyla duk buai..siap ada bodigad kiri kanan..
apa pun..thanks wanie sebab jemput kami sekeluarga. makanan semua best..kapkek wawan amik 3..hahaha...sayang wanie n mama



Tuesday, May 25, 2010

Ironman...Ye...Ye..

waktu attend majlis wanie abang merungut nak ironman..azim tanya dah makan belom, dier jawab "ironman"..ok..anak aku tgh angau ngan ironman ok..

yang ni aku beli dulu. mula² dah ada yang berkenan kat website. dah tanya abang which one dier nak..abang dah siap tunjuk yang mana satu, n aku dah email..send kat fb tapi still no anwser...so aku malas nak tunggu. macam mana orang berniaga gitu kan. kesian kan abang, hari² duk tanya mana beg yang dier nak.

malas nak tunggu respon owner website tu..aku pun beli la beg ni sebagai penganti. mula² kesian tengok dier, muka macam nak nanges je sebab nak lain..dapat yang lain. harga RM79.90

yang ni beli kedua. sarung tangan siap ada bullet tuk tembak..best woo..siap ada lampu n bunyi. harga kalau tak silap RM64.90 kot..

yang ni latest..harga RM179.90. tengok banyak tempat tapi harga sama je. ingat nak cari yang murah lagi..sebabkan abang dah betul² janji akan jadi budak baik..takmo notti..nak belajar elok²..plus..last wiken dier tolong mummy nya lipat baju kan (eventho lipat spender sendiri je)

bila mummy cakap "abang..abang..mummy nak amik pic" terus dier jawab "jap mummy..abang amik baju" sebab tu la baju ala² pak uda yang senget sebelah. n budah sorang kat blkg tu mmg gedik okk..nak gak masuk

i'm ironman..yeahh...anak aku over ok malam tadi. satu rumah dier posing. tapi kepala tu muat tuk abang je, aku nak nerai tak boleh okk..ingat nak amik pic pakai mask tu sebab nak letak kat profile fb..tapi hampeh..tak muat

yang ni untuk...ehmm...jap..cuba uols teka. aku ada anak pompuan tak?? takde kan..tapi yang minat mainan gegirl ada la..oh coz tuk budak ni

*******

******

*****

****

***

**

*

dier amik beg pink sebab nak ikut beg Scha dalam citer KITA tu. tapi mummy nya tak pakai pad jenis tue kan..so harus la beli seakan²..



Monday, May 24, 2010

Perasan Hencemm

alamak wawan oii..punya la posing lentok bila mummy amik camera. ingat orang amik pic sebab dier hencem la tu..walhal orang amik pic sebab nak snap yang dier pakai spec terbalik..kah..kah..kah..kah..

orite..arini monday kan. so tak done nak blog walking sebab kerja bertimbun kat atas meja. plus sekrg tgh gigih nak wat minit mesyuarat...3 hari pas meeting kena submit weeii..meeting nya last thursday..so esok kena email terus kat dato'. so uols..arini aku wat n3 ala kadar je yer..



Sunday, May 23, 2010

Majlis Simpulan Kasih

update blog di hujung minggu adalah salah satu yang aku kurang gemar. sebab nya proses nak update tu selalu terganggu..kejap2..nak susu..kejap2 tengok masakan kat dapur. kejap2 si wawan siap datang ngan bau busuk nak bagitaw dier yak..yak.. ok takpe..tak merungut kat situ, cuma meluah perasaan je..hihihi...

ok..since tat banyak entry kena queue..so aku try gak wat entry pasal event last friday. my part for hi tea ni akceli tuk perhiasan dewan sahaja. tapi disebabkan floor manager nya cuti bersalin so aku take over dari awal.

first time tuk puspanita aku kena pegang sesuatu yang aku rasa amat berat sebab persiapan akhir dibuat aku berada di PD..cuma dapat calling2 En Aman je. but nasib baik berkerja dengan En Aman yang sememang nya profesional dalam bab ini membuat kerja aku lebih mudah.

tiba pada hari yang berlangsung..seperti biasa, kecacatan kecil sering berlaku. walaupun majlis bermula pada pukul 3 petang, tapi aku berada di Ballroom seawal 11 pagi. check everything...ballroom ok..meja ok...pentas amik pic pun ok..but..vvip room non ok! last minute kena tukar bilik sebab bilik yang sedia ada tu ada masalah aircond. sib baik bilik just dekat2 je..mo man taii.

cuma terkilan bila ada yang minta sesuatu last minute..bila bilik vvip bau busuk..aku kena cari Rajan (asistant En Aman) tuk minta perfume..bila mic tak idup..aku kena cari budak teknikal tuk tukar batt mic. tapi paling tak tahan...bila goddies lambat sampai, ada sorang kakak tu simply tunjuk pakai jari telunjuknya cakap "goddies dier sediakan"..oh please...dari satu meja ko nak 2 meja n aku tambah 4 meja. dari takde sign board aku bagi ko tempat letak sign cuma ko perlu print siap2 je...n sampai part goodies pun aku gak ke!! oh aku ingat muka kakak tue..takpe..takpe..think positive.

majlis nak mula pkl 3 ptg tapi kol 1.30 ptg baru nak minta lappy kat aku. hallo...naper tak minta kol 4 ptg je..aku dah ada kat dewan since 11 am n takkan nak minta aku patah balik opis cari lappy. aku boleh sediakan 4 lappy sekali tapi jika diminta seminggu atau sehari lebih awal. jangan harap semua orang hotel yang sedia kan.

meja vip ada 2 kosong yang disediakan untuk "urusetia induk" tapi tidak dipenuhi sehingga majlis bermula. salah siapa agak nya? salah aku gak ke?? of coz aku kena cari meja ke meja mana pergi urusetia yang dah berpecah. walalupun dengan muka malu nya nak jemput diaorg bergerak ke meja vip..n pelawaan aku tu ditolak mentah2..aku faham. kenapa la waktu pendaftaran tidak dibagitahu yang urusetia induk ada meja khas..part cari orang tuk penuh kan meja vip punnnnn tugas akuuuuu gakkkkk...

ada gak yang call tak puas hati kenapa ada yang bukan ahli boleh join majlis. itu bukan salah aku makcik..itu tanggungjawab wakil bahagian. wakil bahagian yg main peranan tuk kesan sapa ahli or tidak.

ada gak yang merunguk door gift nya tak best. ni part yang aku macam..susah nak puas kan hati banyak pihak. kesian pada yang bertanggungjawab tuk pilih pun ada gak. tapi kalau budget yang diluluskan ciput..so jangan harap la goodies nya meletopss..takde benda free sekarang ni. semua nya nak duit..tapi takpe..nx time for mesyuarat agung aku rasa door gift nya mmg dabooomm...sebab masa tu la aku nak lucut jawatan. 6 tahun pegang jawatan ni nak gak rasa jadi ahli biasa..nak gak jadi macam orang lain, datang makan je...pastuh dapat adiah. tak puas ati..leh ngumpat2 pasal ajk baru. leh tak gitewww??

ok..uols layan pic..seperti biasa..more pic kat pesbuk yer..

semua pink ok..nampak cantik. tapi kalau ada yang tak pakai pink pun boleh datang..takde hal

my adik kat opis..Ann n Lyza

penari2..aku hargai semangat diaorg ni. berlatih hari2 tanpa apa bayaran..buat sebab minat semata2. thanks uols..

cuba cari sesuatu tuk cantik kan dewan..sesuatu yang tidak memerlukan kos yang tinggi. akhir nya aku dapat jumpa ni. sewa dari florist kawan..so kalau uols nak cari leh la cari aku yer..nanti aku bagi contact number. murah je..

nampak macam fresh flower..tapi sebenarnya fake je..

ni Kak Zah London..nama london tu dapat sebab dier duk lama kat sana. orang kuat tuk bab penari. kalau aku jadi ajk kebudayaan ni..aku angkat tangan siap2. panin pale beb amik part ni

Ybhg Datin Seri Ishah, mantan pengerusi Puspanita...adalah orang yang diraikan. berkerja dengan beliau adalah sesuatu memori yang sukar tuk dilupakan.

tarian pembukaan

persembahan dari bahagian yang duk kat level 3

penyanyi jemputan..Shieda

thanks shieda..sebab jadikan majlis lebih happening..

ladies yang dari bahagian aku amik pic bersama ngan vvips

nak gak snap pic kat gate wak ni..ada 2 preggy women kat situ..n aku yang ketiga..oh tidak..aku takde isi lagi, tapi disebabkan badan yang gebu n baju yan aku cari kat almari...so sarung je lah. umpama.."shopping at my own closet larrr"...tak done nak beli baju pink..

kalau ada yang terasa ati sepanjang majlis..kalau ada yang tak puas hati..aku bagi pihak yang lain nak minta maaf..kesempurnaan mmg susah tuk dilakukan, tapi kami cuba yang terbaik untuk anda semua.

semua luahan kat entry ni just lahir dari hati...takde simpan2..takmo amik hati dengan luahan aku ni. plus ni blog aku so harus la aku sentap kat sini kan. tapi sentap2 manja je



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...