Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan


Hari ini, Malaysia meraikan sambutan kemerdekaannya yang ke-53. Rasa bangga menjadi rakyat Malaysia adalah bukti kepada rasa sayang dan cinta kita kepada negara.

Dikesempatan ini, saya ingin turut mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia terutama nya kekawan blogger dan silent reader. Harapan mummysyafie semoga sambutan pada kali ini akan membangkitkan lagi semangat patriotik dan kesetiaan kita kepada negara.



Monday, August 30, 2010

Failed Kat Sogo

lupa lak nak bagitaw kat entry sebelum..uols yang nak gi Sogo tapi susah nak cari parking..leh gi kat bangunan CIMB ok. semalam weols park kat situ dlm kol 12 still byk kosong lagi

ke sogo nak cari sesuatu la yer..tapi masuk je pintu utama..aku dah macam nak pengsan. orang punya la ramaia sampai tak boleh nak jalan. naik eskalator terpaksa pak guard tahan n biar group by group yang naik. kater nya takut tangga tu roboh sebab takleh menampung ramai orang. camtuh sekali

aku tengok kat lobi tu beg sembonia..carlo rino semua 70%..ingat nak amik ngan mak n mak mentua..tapi tak sanggup nak bersesak. kalau ramai tu tak teruk takpe..ni sampai berlanggar hidung la..

daddy terus kater, jom..jom balik! yerlah kan..orang puasa..ko bawak gi tempat tu lagi. abang dah lembik..tp wawan kater..nak toys..nak toys..adoii..so weols gigih lak gak naik atas. each floor mmg orang penuh!

kat tepi dinding, kat tepi lif tu..kat mana2 port sesuai la, uols akan tengok orang duduk bersila sambil pangku anak tido, sambil check dulu barang yang nak dibeli..sambil telentok..adoii..macam2 aksi lak. tp sebab raya nyer pasal, benda tu tak menghairankan..sebab anak aku pun duduk bersila kooo...



orang lain shopping baju, ko shopping toys yer wawan..daddy kater..takpe la, anggap hadiah hari jadi je.



selain jumpa benda ni..weols dapat gak rembat beberapa helai baju raya daddy n baju kecik mummy..hihihi..yerlah, takkan nak beratur lama just nak beli barang wawan ni.

pasni takmo dah gi sogo..lepas raya leh ler. tapi barang mmg murah2 ler kan.




Kasut Raya

selalu nya bila misi mencari kasut raya ni bermula, aku n daddy akan mengalami kesukaran tuk decide mana satu yang sesuai. macam beberapa tahun lepas, weols bergerak dari satu mall ke satu mall. sampai 2-3 hari gak carik kasut seperti yang diidamkan.

bila dah jumpa...takde saiz la plak..yang ada saiz, tak berkenan lak aku tengok. so weols gerak dari rumah kira awal la gak..dengan abang puasa lagi tu..so daddy kater, kiter cari yang perlu je. yang xde dalam list cari hari lain..(siap list kan lagi tuh)

tempat pertama, weols gi klcc..kat klcc tak lama, tak sampai sejam pun. pastuh weols gerak ke bandar kl tuk cari kasut budak2. weols gi Campell Kompleks (tul ke ejaan ni)

kat sini banyak kasut kids..kalau sports shoes tu uols leh cari kat mana2 mall kan..but yang weols cari ni takde kat mall. dah survey sejak mei arituh. but nasib baik ada sorang kawan kater..kalau nak cari converse kids yang new arrival, leh cari kat sini.



maybe weols tak pernah jumpa outlet converse kids kat mana2 mall kot. ada ke?? kat maner erkk? sebab socks abang n wawan tak jumpa lagi.

alhamdulilah..kali ni misi mencari kasut tak seteruk tahun2 lepas. actually nak amik crocodile shoes kaler hijau tu. kasut nya toksah pakai tali..just slip on je. tapi disebabkan wawan nyer kaki saiz kaki itik..so susah lah sikit. uols tahu tak saiz kaki itik tu camne? ala..kaki nya gemok kat depan..so susah la nak pakai kasut yang sempit



yang ni tuk abang..memang dah lama cari kasut camni. suka tengok fesyen dak sekarang kan..mula2 nak cari yang rendah je..tapi ntah terbekenan ngan yang baru ni..kalau uols tengok pic mesti uols ingat...susah abang nak sarung kasut tinggi camni kan..tapi sebenarnya senang je



kat belakang nya leh bukak uols..toksah bukak tali tu



bila dah masuk kan kaki..just amik yang belakang tu n lekat terus.



"easy does it" sesuai la ngan cara abang pakai. amik kaler hitam.tak la kotor sangat plus..senang nak sesuai ngan macam2 kaler. lupa lak nak amik pic kedai..tp kalau uols nak tengok gak..gi cari kedai yang jual tshirt heavy mental..kat kedai tu byk jual Dc Martin gak. daddy macam berkenan ngan kasut Doc Mart tu..tapi biarlah dulu katernya..still ada banyak lagi benda yang penting.



yang ni tuk abang. macam kasut Troy dalam citer HSM..leh lak dier perasan erkk.



yang ni tuk wawan..simple n nice. kasut kids dah settle...tapi kena cari selipar gak. kebetulan selipar diaorg dah kecik. tahun ni takmo nak pakai kasut gi beraya sebab nak tunggu diaorg bukak n sarung kasut punya la lama. pakai selipar senang je..

masih tertanya2 lagi ni..perlu ke mummy beli kasut raya?? daddy dah tak perlu sebab ada satu kasut tu dier beli bulan Mei arituh tapi lupa nak pakai. still dalam kotak lagi..

settle kat sini weols gi sebarang jalan..apa lagi..ke SOGO la..




Sunday, August 29, 2010

Doa kalian amat bermakna



Terbaca kisah Hannah di DanishKisahCinta..


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.


Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.


Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.


Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.


Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.


Solat Hajat


1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.


2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.


3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi


Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

* doa kalian amat bermakna untuk bayi kecil ini meneruskan kehidupan seperti kanak2 yang lain. sesungguh nya Syawal akan tiba..moga sinar kebahgiaan akan terus menemani Puan Rohaiza dan keluarga. Insyallah..berkat kesabaran..berkat doa kalian semua, adik Hannah akan sembuh..amin




Saturday, August 28, 2010

Dah Di Pos

naper pic ni lepas rotate still songsang camni. dah banyak kali rotate ..tapi bila upload kat sini jadi songsang lagi..

ni bungkusan tuk pemenang GA arituh..insyallah..Isnin or Selasa sampai lah yer. hopefully pemenang nya suka ngan barang yang tak seberapa ni

hari ni uols ada plan ke? kasut/selipar abang n wawan tak beli lagi. mummy pun takde kasut baru..tengok pakai apa yang ada je. yang penting, keperluan anak² harus diutamakan.

happy wikend uols!!


Friday, August 27, 2010

Sajian Ramadhan Mak Tok

semalam opismate ajak berbuka kat PICC, katernya nak menyambut kehadiran saudara baru kat opis weols. tiz year ni kali pertama gi berbuka kat PICC..

kat pintu depan ni ada cashier..uols kalau yang teringin berbuka kat PICC ni kena call n booked dulu taw. jangan datang walk in, takut penuh. sebab semalam weols gi mmg penuh satu dewan.

ada irama tradisional menghiburkan tetamu sambil berbuka..bila kenyang..dgr lak lagu klasik ni terus ngantuk mata

weols tempah one day before..n dapat la meja yang jauh dari buffet..sebab tu waktu pic ni di amik..masing2 takde kat meja. semua nak ngambik makanan siap². malas nak ulang alik katernya

weols one family duk meja hujung..wawan tak reti duk diam, orang tgh berbuka dier lompat sana sini..kalau uols perasan, mata aku tu still merah. sakit mata tak baik lagi.

abang time berbuka tak bleh nak kacau..mmg dier layan betul time ni.

sama peel macam wawan..hidup sampai licin

saudara baru yang pertama kat pejabat aku ni. semalam ada sesi pemberian duit raya tuk saudara baru oleh wakil pengarah

Irfan Naufal berjaya gak puasa walaupun tak sampai sebulan jadi saudara baru..

menu yang disajikan mmg best..mantopz semua..sampai kol 10 malam ok..cuma larat ngan idak je uols nak rasa semua. RM50 dewasa n kanak² hal price. yang below 5 tu free sajer..selamat berbuka!!




Jajan Dulu2



uols pernah rasa jajan ni tak? zaman kecik2 dulu..weols panggil keropok ni "kopok ufo". mungkin sebab bentuk nya macam piring terbang kot. ada yang jual timbang..n ada plak yang dah siap pack camnie. paling suka yang rasa masin2 sikit..kalau makan sampai menjilat jari



yang ni tuk baby takde gigi..sebab masuk dalam mulut terus cair koo..tapi aku pun minat gak. arituh pergi Isetan KLCC jumpa la biskut susu ni..apa lagi..terus beli walaupun sepack kecik ni harga nya RM5.90. jauh beza taw dengan harga dulu2...

ni entry orang tak sihat..macam lemau je bila bercrita erkk...



Thursday, August 26, 2010

Bunga Untuk Marry

arituh ada crita pasal Marry yang admit kat Hospital Serdang kan..dier still tak sihat n masih kat hospital lagi. petang isnin tu bos besar kater nak gi lawat Marry kat spital..pastu, dier minta aku carikan bunga dan buah tuk bawak gi spital.

mula2 penin kejap, petang camni kat ner nak cari bunga. kat putrajaya ada kedai bunga taw..tapi punya la mahal sampai 5 kuntum bunga harga nya seratus lebih tak masuk harga bakul.

pastuh teringat abang munge ni..terus call dier n minta dier sediakan awal ikut budget yang boss bagi. ini bukan kali pertama ok aku berurusan ngan abang ni. kali ketiga dah aku guna khidmat dier..sanggup dari putrajaya gi kedai abang ni kat kl semata2 nak amik munge je.




kedai nya kat belakang HKL..the main reason aku suka gi sini sebab hasil tangan abang ni cantik. kalau uols tengok dier gubah munge..tak sampai 10 minit..main cucuk2 je..pastuh..harga nya murah daripada yang ada kat putrajaya tue



abang ni owner kedai tu..datang kedai naik moto besar, tapi tak sangka lak tangan ada seni..dier pun dah cam dah muka aku. kalau gi tempah munge leh dapat harga murah ler..maklum la bang..kami ni ikut budget gomen..hihihih...



ni asistant abang ni..aku beriya2 panggil dier abang..entah2 dier muda dari aku..hihih..perasan muda jap yer bang..



ni fresh flower nya...



and then sebelah fresh flower tu ada fresh fruits..bulan poser tengok buah ni mengugat jiwa jap..harga bunga n buah ni RM65 je..tapi weols tambah belon tu RM5. so total semua RM70 je..kad tu abang kasi free...


"to marry...get well soon dear.."




Uols Dapat Gaji Beli Apa??

semalam kan gomen gaji, uols yang dah amik duit tu mesti serbu mall tuk beli barang for raya kan. aku pun gigih gak amik duit..tapi tak serbu pun mall..aku serbu klinik tuk amik ubat je.

lately aku rasa macam nak demam..badan panas sejuk. semalam dalam kol 5 camtu dah rasa tak tahan n nak berbuka awal. tapi kekawan kater...ala..tinggal sejam lagi tu kak. so gigih la tahan eventho tercungap2 cari nafas.



seretide ni untuk tempoh sebulan. lepas berbuka terus daddy pecut gi klinik n jumpa doc bagai. katernya salur pernafasan macam sempit n dapat dgr bunyi waktu bernafas tu. nak tak nak..terpaksa la buat nab plus amik seretide ni at the same time

so..akibatnya, aku dah jadi macam mabuk kepayang. balik rumah jalan macam tak cecah tanah. ingat dah nak jadi "lembaga"..hihihi...tapi sebenarnya akibat dos ubat yang aku amik.

semalam tertidur awal dari biasa. selalu nya blogwalking n wat autopublish sampai kol 2-3 pagi..tapi kali ni wat autopublish selepas sahur. so mana kekawan yang tak sempat diziarah malam tadi..jangan kecik ati taw...jap lagi nak wat blogwalking. tunggu....





Wednesday, August 25, 2010

Shower Pun Jadi Lah



ni gara2 dah lama tak mandi kolam..so bila mummy suruh mandi, dua bradik ni nekad nak pakai gugel so tak pedih mate kaedahnya..tapi wawan nyer ketat sangat sampai mate tak leh nak bukak.

pssst....uols perasan tak gugel wawan kaler pink...hahahah...pencinta pink occay..



Tilam Indon



weols panggil ni tilam indon..sebab beli kat serikin n hasil tangan orang sana. harga nya waktu beli tu murah je.. RM 32 kalau tak silap. tapi arituh gi kat kedai perabot nampak tilam ni dijual RM98!! banyak beza tu. tapi kat nilai jual murah sikit..ikut saiz kot

tilam ni aku antor dobi sebab arituh wawan tak sihat n muntah kat sini. nak cuci sendiri mesin bukan heavy duty lak..so ke dobi je la jawabnya

sib baik murah..kena harga sama ngan comforter je..RM11 sekali cucian



syorga wawan dapat tilam dier balik. tilam ni weols letak depan tv. senang budak2 nak baring guling..mak bapak nya pun tumpang guling gak..hihihihi...disebabkan abang n mummy alergic ngan habuk..so tilam ni dijadikan alas kat atas carpet tu.




Kotak Kuning



masa dealer antor kotak kuning ni aku ingat mesin kupon parking. dalam hati kater..sejak bila lak bos aku kerja ngan perbadanan putrajaya. sampai lak time lunch hour..so mmg takde orang la yang tahu apa mende ni. oh sejak bulan pose ni..aku tak kuar waktu rehat occay. sebab nak jimat tenaga..kalau penat nanti semput..kalau semput kena pakai seretide..kalau pakai seretide terus la berbuka..so takmo nak tinggal poser tanpa alasan yang best..aku duk dediam kat pejabat je



bila dak dua orang ni sampai..kecoh diaorg tengok kotak ni. hihihi..ni bukan kotak tiket parking, tapi ni tempat weols nak test senjata tu berfungsi ke idak. kira nya tak perlu nak gi lapang sasar la...sumtime bila ada latihan, senjata yang weols guna ada masalah..tuk cari masalah tu, kena tempak ke sasaran dulu..so kalau nak test kat pejabat..mana nak cari sasaran? so sebab tu la kotak kuning ni dibeli. kotak ni ada nama taw...tapi ntah naper tak hingat bila balik rumah. maybe kenyang sangat time berbuka sampai terlupa lak



ni lubang tuk acu kan senjata..kira macam weols tempak kat lubang ni dengan jarak yang dekat



mula2 khuatir gak..tapi bila diaorg dah xplain, baru leh caya sikit. tengok tak lapisan getah tu..kalau weols tembah..peluru akan tersasar paling jauh pun kat getah kaler hitam. diaorg kater getah ni mmg tebal..so tak kan tersasar jauh la



bila diaorg sibuk2 nak cuba..aku cepat cari benda alah ni..kang sakit telinga sapa nak tanggung..utama kan keselamatan dulu kan..kang tak pasal2 jadi pekak lak


auto publish entry..nak gi cari bunga tuk kawan sakit kat spital. arini boss besar nak melawat. tapi aku lak yang kena cari munge..oh..kat putrajaya munge n fresh fruits mahal siot..



Tuesday, August 24, 2010

Zaman Dulu Kala


tajuk tu macam x hingat kan..macam zaman purba lak.



ni bukan pas matrik ok..ni pas masa aku kerja kat JKM dulu. kalau kat sini ada PKS (pekerja khidmat singkat ) kat Sarawak ada Sukarelawan..majoriti diserap selepas abis belajar, lepasan SPM, lepasan STPM, lepasan Diploma n Ijazah. weols tak dibayar gaji..just dapat elaun. n waktu tu mmg ciput sangat sampai tak cukup tuk bayar ansuran keta.

tapi weols diajar dengan dunia pekerjaan yang sebenar. semua benda aku buat..paling best kerja kat bangunan Ketua Menteri n leh jumpa dier hari2. hihihihi...paling best bila jadi tray girl tuk anugerah long service medal. leh berdiri sebelah dier



nak jadi sukarelawan ni bukan senang occay..kena gi kursus dua minggu..pastuh kursus outdoor yang lasak giler tu selama sebulan. masa tu paling tak tahan bila kena bermalam sorang2 dalam hutan 3 hari 2 malam..aiyokk..tak sangka aku leh buat semua tu

itu 10 tahun dulu..sekarang skim nya pun dah berubah. daripada pengalaman kerja tu yang akan weols bawak tuk gi temuduga..alhamdulilah..pertama gi interbiu, aku dah dapat kerja tetap. tapi 2 tahun gak ler bergelar sukarelawan..makan gaji ciput. elaun tu pun tuk tambang bas minya keta bagai. nak beli baju baru ke..menda lain ke...kena minta ngan mak bapak.

walau pun ciput je bayaran..tapi bersyukur sangat dapat timba pengalaman kat situ.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...