Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

Afgan - Pada Mu Ku Bersujud





hujung minggu meh layan lagu dari Afghan ni. layan lagu camni bleh wat saya terfikir sendiri apa kekurangan dan kelebihan yang Allah kurniakan. lagu ni saya tuju untuk awak...awak...dan awak..iyer untuk awak. awak yang sempat mengembirakan hari² saya walaupun hanya seketika.

saya jadi sensitif hari ni sebab baru je kehilangan sesorang. mula ingatkan ianya kekal jadi hak milik saya, tapi atas dasar tertentu saya lepaskan dia pergi. saya redha...




Saturday, October 30, 2010

I'm Sorry



ribuan kemaafan saya pohon pada kawan2 yang mana tidak sempat saya lawat 2-3 hari lepas. kesihatan tidak begitu mengizinkan tambahan pula saya terpaksa berdepan dengan susuatu yang sudah saya jangkakan.

saya cuba untuk bertahan dimana tidak mengambil mana2 suppliment atau ubat asthma agar keadaan kembali normal. tetapi atas nasihat pihak tertentu akhirnya saya bersetuju untuk melakukan prosedur DNC demi keselamatan diri.








Friday, October 29, 2010

First Time Occay

gara² nak isi borang masuk preschool, weols terpaksa pujuk wawan untuk amik gambar. kalau uols tengok dier HEBAT berposing didalam mummysyafie.blogspot , tapi belum tentu wawan hebat berposing dihadapan phtographer yang lain



muka dan cuak time ni..menangis dah. puas mummy pujuk tapi still takmo duduk kat bangku tu. atlast mummy terpaksa posing sama² dulu..cakap elok²..siap pujuk beli lipstik..baru dier tak melalak



sila tengok kaki wawan terkangkang amik gambar. time ni weols kat blkg photographer tu..abang siap tutup mulut tengok adik mengigil . daddy tengok mummy sambil kater "u shuld update tiz entry mummy..mana la tahu 10 tahun akan datang wawan akan tengok entry ni lagi" dan masa tu mesti dier gelak goleng² tengok gambar n pengalaman amik gambo passport for the first time.



hasil nya..tada..mummy pun kena amik gambar jugak sebab kat dalam borang tu nak gambar parents sekali. pic daddy guna yang lama je..mummy punya dah non ado..

tengok hasil nya macam BEST..boleh hilangkan stress tengok gambar wawan kat sini.





Bag Organiser




opss..keadaan hbeg saya setiap kali sibuk ke pejabat. malam dah susun elok tapi bila pagi je nak cari kunci segala bagai..mula la suka hati korek sana sini. tambah lak Neverfull LV ni ada satu poket je, so keadaan kucar kacir dan berselerak mmg saya abaikan selalu sampai la saya terjumpa yang ni..



bag organiser ni saya jumpa kat flea market the curve. harganya kat situ RM49.90 tapi waktu saya beli just RM39.90. kalau uols nak gi terjah blog nye pun boleh try add kat situ or ----> klik sini



lebih kemas dan cantik sedikit dari sebelum mengunakan bag organiser. atlis ada banyak pocket untuk letak hp, compact powder or lipstiks. oh..kat dalam beg aku ni ada macam² occay. even pad n panties sentiasa ada. mana tahu emergency kan..tak perlu nak kelam kabut gi beli. hihihih..biasala pompuan selalu ada "serangan mengejut"



paling suka yang ni..ada tali untuk gantungkan kunci uols. lebih senang dan pratikal kan..


p/s jangan ingore kan LIKE button saya itew..penat saya godek² sampai dapat..tocei..




Thursday, October 28, 2010

Like FB Button






mummysyafie.blogspot dah ada LIKE button..yipi..yipi...hoga..hoga..

jangan segan silu nak press tat button yer..




It Easy With Digi

more pics tiz time..nak kurang kan cerita coz tuan punya blog kurang sihat since semalam. suara tak bleh nak kuar sebab sakit tekak..hidung tak dapat menghidu sebab selsema..telinga tak boleh nak mendegar...haipp...haipp..aku belom pekak occay..tak dapat mendengar sebab ada earphone dengar lagu jiwang karat zaman dahulu kala..

so, last night my SIL call..kater nya dier dah beli DIGI free for buddyz..tiada had masa untuk bercakap dengan mana² tiga nombor hp yang didaftar pada sim kad. so bila benda free..harus weols bergayut lama seolah² my SIL ada kat sebelah.

yang paling gedik of coz..



aksi 1



aksi 2



aksi 3

(actually time ni tgh nyanyi lagu Adira tuk my MIL)



aksi 4

(tiz time nyanyi lagu burung kakak tua versi air pasang pagi)


mummy kat sebelah just layan sambil pangku abang sebab my eldest pun tak baper sihat. dalam keadaan sedikit kurang ceria, weols ada orang yang boleh buat lawak..eceehh...keadaan akan bertambah ceria bila wawan sentiasa ada..

dan aksi terakhir wawan untuk uols semua..

*

*

*

*

*

*

*

*



ngeee~~ oh..tiz pic dier amik sendiri. siyess tak tipu..



soalan yang wawan tanya dalam kereta..

wawan : mummy..camne nak buat baby??


mummy : blurpp...(terdiam)


daddy : just pretend tat u did not hear the Q mummy...

so next time, if wawan ask the same Q..what shuld the correct or best answer?? uols ada idea??





Entry Pasal Kawan² Saya

entry kali ni saya buat untuk kawan² yang saya rasa mereka punyai bakat. mungkin anda diluar sana mampu or boleh bantu mereka untuk menyerlahkan lagi bakat yang terpendam. eceeh...kira macam nak kikis..nak korek..mana tang bakat yang tersembunyi tu lar..



tropical waterliliy..cantik kan uols. pertama kali tengok gambar ni buat aku jadi sayu kejap. naper la photographer nya amik pic sekuntum bunga sahaja? bunga lily ni nampak sunyi n sayu..aiseh..

kalau aku tempek gambar dari "gilerfoto" ni of coz ianya hasil daripada sentuhan kawan lama. lepas first gambar dari Cipun yang aku kuarkan kat blog..ada yang tanya pasal payment or cara cipun amik gambar. semua tu uols leh tanya dier kat sini - FB Cipun

pastuh ada lak tanya naper nama dier CIPUN ?? hahahha..soklan ni dah jauh tersasarkan. nama tu idak la aku tahu mana asal usul nya. sebab waktu aku kenal dier dulu..dalam tahun 1996 kot..mmg nama tu dah lekat kat dier.



tu gambar tuan punya gambar. takleh reveal sangat, nanti dier lagi pemes dari aku...mana boleh kan. mana aci lawan tokei.. hahahaha..gambar ni cantik..naper aku suka culik pic yang ada unsur "kesunyian" "ketenangan" erkk.

waktu aku kenal dier kat CMC dulu takde la nampak bakat kearah photography..dulu lebih ke arah mat jiwang adalah. tapi bila kawan² punyai hobi dan minat yang menarik, tak salah jika kita bagi sokongan dan peluang untuk dier bukti kan bahawa dier mampu kan.


so uols yang berminat..leh la try khidmat Cipun. nak tengok hasilnya..kiter kena cuba dulu. tapi dier just amik gambar n edit sahaja. nanti uols kena cari orang yang leh wat custom made album or scrapbook.

plan nak minta dier tolong amikkan pic outdoor my kids. tunggu cuti sekolah la kalau nak wat scene macam ni




ini seorang lagi kawan yang dah lama saya kenal. kami berlajar dari darjah 1 sehingga la ke tingkatan 5 di sekolah yang sama.


waktu di sekolah rendah..dia antara murid yang disenangi oleh cikgu. bukan kerana kepandaian nya..tetapi kerana bakat yang ada pada diri yang tak pernah segan untuk tampil ke depan. kalau ada majlis di sekolah, cikgu tak perlu nak cari or minta pelajar datang ujibakat sebab dier lah orang pertama yang tawarkan diri.


bukan hanya disebabkan bakat dier selalu tampil kedepan..tapi disebabkan ketinggian juga dier adalah pelajar yang selalu berdiri dibarisan hadapan setiap kali perhimpunan. hihihihi...

dilahirkan dalam keluarga yang berdarah seni membuat dier tidak pernah putus asa mengasah bakat dari satu teater ke satu teater. uols pernah tak tengok iklan Maybank yang dirakam kan kat sarawak yang selalu menyebut "pantak rimau"..dier adalah salah seorang yang bertanggungjawab di sebalik tadbir.

tidak pernah jemu mengasah bakat, akhir dier berjaya terpilih dalam peringkat saringan untuk program "pilih kasih". bagi kawan² sekolah yang mengenali beliau..bagi uols yang baru mengenali beliau..jangan lupa saksikan rancangan "Pilih Kasih" episod ke 8 pada 13 November 2010 di TV2 jam 8.30 malam untuk mengetahui bagaimana anda boleh mengundi agar "dier" terus kekal bersama 16 perserta yang lain untuk berentap dalam pentas final pilih kasih.



me with zul n jalot (black shirt)

"dier" yang aku maksudkan adalah kawan lama..Mohd Ghazali atau lebih mesra dipanggil Jalot. nama Jalot tu mmg dah jadi nama glamer since sekolah rendah lagi. even cikgu pun panggil dier ngan panggilan Jalot. kalau kat sekolah sebut je nama tu for sure semua student kenal.

waktu aku pegang jawatan N.Presiden Kelab Drama dan Teater dulu..Jalot ni kira memudahkan kerja aku setiap kali pertandingan teater berlangsung. aku just sediakan props n budget je. of coz budget kena minta kat cikgu la kan..skrip dan para pelakon jalot akan uruskan. n of coz dier sajer yang pegang watak hero..

sama²la bagi sokongan pada kedua² kawan saya kat sini taw..insyallah..mereka tidak akan mengecewakan uols..sebab saya tahu mereka adalah dikalangan kawan² saya yang sememangnya BERBAKAT!!



Wednesday, October 27, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu With Lyrics



tidak pernah minta untuk berperasaan sebegini..tidak pernah minta untuk jadi begini. semuanya berlaku diluar kawalan dan rancangan saya. apa pun keputusan yang bakal saya amik..saya harap tiada penyesalan di kemudian hari.


Cuba Untuk Bertahan



pics from google

hari ni mood saya kurang baik. entry yang sudah di auto publish saya anjakkan keesokkan hari.

lately perasaan saya mudah tersinggung. saya lebih suka berdiam diri dan menjauhkan diri daripada orang yang saya rasa boleh menggangu emosi saya. tiada niat untuk membenci sesiapa tetapi saya sedar tahap kesabaran saya tidak seperti orang lain.

akan tetapi tindakan saya itu telah disalahertikan oleh sesetengah pihak. ada yang kata saya sudah lupa diri. ada jugak yang kater saya cemburukan diri dia sehingga saya nekad untuk "pergi". saya belum begitu terdesak untuk mencemburui kehidupan kamu dan kekayaan kamu yang sering kamu banggakan. sesungguhnya saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. ada jugak yang tahu akan perubahan diri dan tanpa membuat andaian sendiri terus datang dekat pada saya dan bertanya jika saya perlukan bantuan.

kawan-kawan yang rapat pasti sudah dapat meneka bila membaca status di FB ataupun cara saya bermain dengan kata². saya bukan jenis manusia yang hipokrit apa tah lagi manusia yang bermuka². tidak perlu berbuat baik pada saya sedangkan hati anda penuh dengan dusta.

sememang nya saya tidak begitu sihat sejak kebelakangan ini. perasaan saya mula keliru dan berbelah bagi berkenaan dengan "sesuatu". apa yang pasti.."sesuatu" itu tiada kena mengena dengan kamu..so berhenti la membuat andaian yang bukan². sudah cukup kamu melukakan hati saya..sesungguh nya saya bukan manusia yang penyabar. jika kesabaran itu tidak dapat saya bendung lagi, tidak mustahil saya boleh menjadi manusia yang paling kejam pernah kamu jumpa.

sementara kesabaran saya ini boleh bertahan, berhenti la wahai mereka yang suka membuat andaian buruk pada saya. jika kamu benar² ikhlas, datang la pada saya dan tanya sendiri apa yang berlaku. tidak perlu kamu membuat andaian dan fitnah.

apa yang saya minta, kehidupan saya biar saya yang tentukan sendiri..






Sesuatu Untuk Abang



dier la teman bermain..dier la teman bergaduh..dier la teman bermanja

mummy selalu cakap kat abang, abang kena dengar cakap mummy..pergi kat tempat orang abang kena jaga kelakuan. pergi ke majlis orang abang tak boleh nakal..tapi abang selalu curiga n tanya mummy soalan yang sama.."kenapa adik boleh? kenapa abang tak boleh?"

mummy akan jawab "abang dah besar..abang kena bagi contoh yang baik untuk adik". walaupun mummy tahu abang baru 6 tahun belum mengerti apa itu pengorbanan tapi mummy cuba untuk buat abang faham.

sumtimes, bila adik menangis..mummy akan tanya abang.."abang..sapa kacau adik?" selalu nya abang diam..kalau abang diam mummy dah dapat jawapan. mesti abang yang buli adik. tanpa tanya, mummy terus pukul or jentik abang. bila abang menangis..mummy kesian. sumtimes lepas mummy pukul abang..mummy akan menangis sendiri. tapi lepas tu mummy akan datang n usap kepala abang. mummy nak abang tahu yang mummy buat macam tu sebab nak didik abang jadi anak yang baik. jadi abang yang bertanggungjawab pada adik.

bila kiter gi jejalan..mummy akan pesan dengan abang, "no more toys ok". selalunya abang akan mengangguk lemah..adik akan jawab dengan bersemangat "ok mummy..wawan takkan beli toys". tapi bila sampai kat mall..adik orang pertama yang merengek minta toys, bila adik dapat toys..abang jeling pada mummy. mummy mengerti kemahuan abang..tapi selalunya mummy buat tak tahu.

mummy tahu abang belum bersedia untuk jadi lebih dewasa...belum bersedia untuk pikul semua tanggungjawab..tapi abang kena faham, walau semuda mana pun usia abang..abang tetap yang pertama. yang sepatut nya menjaga adik bila mummy n daddy dah takde esok. untuk abang lebih bersedia..mummy nak ajar abang dari sekarang.

bila 1o tahun dari sekarang..abang akan berterima kasih pada mummy n daddy sebab ajar abang untuk lebih berdikari. berpijak pada kaki sendiri tanpa mengharap bantuan orang lain.

hari ni 27 Oktober 2010 adalah hari terakhir abang menduduki peperiksaan kat tadika. insyallah..tak lama lagi abang akan tinggalkan dunia prasekolah dan akan masuk Darjah 1. mummy bangga ada anak macam abang..sentiasa mengerti apa yang berlaku.

setiap pengorbanan pasti akan dapat ganjarannya..mummy ada sesuatu untuk abang. sesuatu yang dah lama abang minta tapi sengaja mummy tangguhkan.

yang penting..mummy nak abang tahu..Mummy dan Daddy sayang abang sejak abang lahir di dunia sampai la sekarang. sedikit pun tidak pernah kurang.





Tuesday, October 26, 2010

Mak Tension Nyah!!



sila jangan terpedaya dengan gambar di atas. ini bukan bilik pembuangan sampah..tapi sebenarnya bilik tidur abang yang dah lama tak berpenghuni. dah berbulan rasanya abang tido ngan mummy n daddy..so bilik ni ditinggal camni je.

siyess TAK TIPU!! bila tengok bilik ni aku leh koma kejap..kalau lalu buat² tak nampak. pantang sekali nak bukakan lampu sebab alergic benor ngan keadaan bilik ni. pernah sekali tu tertoleh kat dalam aku leh rasa meroyan...rasa macam "ewww....macam skrg nak kemas!!!"

last wikend ikut plan weols nak pakat kemas n let go apa yang patut. tapi aku rasa 90% toys kat dalam ni akan di buang or akan diagihkan pada sesiapa yang nak. selalu nya daddy akan letak kat lobi je, tak sampai sehari abis la toys budak² amik.

abang or wawan dah diwarning, kalau bawak kuar toys dari bilik ni mummy akan mengamok jadi singa. so diaorg akan stay kat dalam bilik je. tapi tak la mummy sangka sampai camni keadaan nya.

sapa nak toys sila angkat tangan!! oh..saya ada beberapa baju wawan yang still dalam keadaan baik. even ada jeans yang masih lagi elok kualiti nya. nak let go kat orang takut ada yang terasa hati lak kan. iyer la..tak semua orang leh faham niat kiter. takut nanti ada yang kater " eh..ko ingat aku tak mampu nak beli ke". camtu la maksud aku..so kali ni saya nak berhati². takut niat baik itu disalah erti.




The Zone KLCC

kali ni dapat jemputan untuk majlis hari raya katernya. eventho syawal dah lama berlalu...tapi mood raya still ada. bila sesuatu majlis dianjur oleh seorang blogger, walaupun asalnya majlis tersebut adalah majlis hari raya..tapi bila ramai bloggers yang datang maka secara tak langsung...aku leh katakan yang majlis itu bertukar suasana menjadi majlis gathering antara bloggers. ecehh...sukati je nak tukar mood majlis orang kan

mulanya nak pakai baju kurung, tapi kan...sebelum tu weols anak branak layan movie dulu. pastuh ingat nak balik rumah tukar baju raya segala bagai. tapi macam dah lambat lak..so pakai je la apa yang ado.



tinggi occay lokasi yang tertera dalam jemputan. ingatkan tingkat 2 je..tapi bila confirm balik kena naik tingkat 22!! amik ko..gayat sikit mak nyah..



tapi view nya cantik kan. daddy berjaya amik scene ni..tapi sayang ada sedikit gegar sebab tak bawak tripod. dating tengok view ni memang romantik kan..kan...kan...



sampai je kiter kena salam ngan semua orang dulu..chewah..pastuh baru cari port yang sesuai. tengok muka satu2...cari mana yang familiar..tapi kalau majlis anjuran tuan rumah ni, insyallah aku tak susah cari kawan sebab majoriti memang dah kenal lama.



second time abang jumpa uncle nurman..lily's husband. abang suka benar ngan uncle nurman ni, awal sampai akhir majlis memang berkepit je.



apartment kat zone ni menjadi lokasi perjumpaan weols kali ni. senang je nak kenal yang lain sebab weols dalam jumlah yang minima. so tak susah nak menyesuaikan diri.



yi pi...Nyla ngan mama Lily. second time jumpa Nyla..dulu kecik je tapi sekarang dah sedap peluk taw. pipi dier tu puas aku cium..geram tengok baby camni.



ceera datang ngan husband n Kiesha..first time jumpa keisha. last dapat jumpa ceera malam majlis persandingan erkk..rasa nya tahun lepas kot. so tiz time jumpa terus dapat package, siap ngan baby dier bawak sekali.



Keisha baby yang baik..so memang tak memilih orang pun. sapa2 nak amik berkat dukung tu leh je..takde hal.



ok tak pic ni lepas edit? baru je nak berjinak2 nak edit pic..kasi gempak sikit kat blog. inilah tuan rumah tuk majlis kali ni. Cik Wanie kiter..thanks wanie sebab jemput akak n family.



eceeh...apa motif ntah aku jeling camtu? ni Dee n Sis Rasp...dua orang blogger yang aku rasa macam dah kenal lama. tapi mmg lama pun weols dah kenal..bertahun gak la kan. kebetulan waktu kat majlis wanie tu kami bertiga yang paling rapat..so memang duduk dekat2 je la. dear..nx time kiter bertiga kena wat gath lain lak. rasa macam tak cukup je topik arituh sebab sis rasp dah nak balik cepat.



ceera..akak try edit pic ni. tapi nak original leh tengok kat FB taw..



dah mula rindu ngan mama..thanks mama sebab tapaukan sesuatu buat nor. resipi mama tu memang sedap sampai weols menjilat jari. ada rezeki kiter jumpa lagi yer mama..


pssst...blogger kat putrajaya takde wat gahtering ke??




Monday, October 25, 2010

Gift From Blogger



ai dapat parcel ni last week. takde pulak tunggu apa2 parcel dari orang...nak kater order online, lom lagi. yang ada order sebelum ni dah sampai dah.. agak2 apa ada kat dalam??



comel kan? siap ada nama my blog lagi..siyess memang cantik. hasil kerja n jahitan nyer pun kemas. nak tahu tak dari siapa?

*

*

*

*

*




its from farah, mama Mirza n Qaseh..thank farah atas kirim gift yang comel ni. yang ni tak boleh nak bawak balik taw..tak pasal kena paw oleh wawan. dier pantang benor nampak benda comel camni. akak hargai pemberian farra ni...thanks so much dear!


kalau tak silap gift ni tanda penghargaan farrah untuk top 10 pengomen yang singgh kat blog dier. nak kenal farra dengan lebih dekat..sila ke Fdhelina.Com





Abang Oh Abang



first aid ni dah lama beli. kalau tak silap daddy beli kat Guardian dalam RM9.90 je. katernya untuk emergency case kan. dah lama beli tapi tak pakai2 sehingga la last thursday. abang yang rasmi kan dulu..



akceli jari abang luka kecik je. tapi tahu la kids kan..sikit2 nak plaster. mandi plaster tak bukak..tido plaster tak bukak. diperap nya luka camtu sajer, banyak kali dah suruh dier tanggalkan plaster tu tapi abang buat dunno je. hari2 minta tukar plaster yang baru sebab plaster yang weols beli ada pic kartun. part tu la yang abang paling suker




ni la akibat nya bila luka diperap dalam keadaan lembab kan. akhir nya jadi bernanah..bukan satu tapi dua lak tu. so daddy kira nak jadi doctor jap, katernya nak cucuk nanah tu dengan jarum. puas gak pujuk abang tapi bila dier meronta mmg payah takut tercucuk tempat lain.

so misi kali ini berjaya sedikit saje..dapat buang satu je nanah.



sian tengok abang. ingatkan nak mengelak dari kena cucuk ngan jarum..so weols bawak la gi klinik. ingatkan kat klinik leh bagi krim or ubat tuk kecutkan nanah tu. tapi sekali tengok..siap kena potong luka tu n buang habis yang bernanah. tanpa bius occay...suara abang leh dengar sampai ke luar.

dah la masa tu aku macam tak baper sihat gak. so tugas menahan abang dari meronta aku serahkan kat daddy..tak pasal2 aku lak yang tumbang. errkkk...naper lately aku asyik rasa loya?? bila loya je aku gigih cari Coke..nak wat sendawa..biar angin tu keluar. tapi kejap je..pastuh loya datang balik. tak suker la bila keadaan macam ni, buat pergerakkan aku terbatas...pastuh aku tak boleh cium bau makanan yang digoreng. bila terhidu je bau masakan aku akan...bluekkk..arrghhh..tension occay!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...