
tadi opismate kecoh dengan cerita kat KOSMO hari ni. astagafir...siapa la pengasuh durjana manusia yang bercermin kan binatang!! apa motif dier buat macam ni kat kanak² malang ni. kalau iyer pun budak tu nakal, bukan macam ni cara nya.
tangan, muka dan mulut dililit dengan pita pelekat. sakit tu..mungkin niat nya bermain² tapi perbuatan tu bukan mencerminkan pengasuh yang TAK bertanggungjawab. mana pegi pengasuh yang lain. subhanaallah..ikutkan hati, waktu baca berita ni nak je call tempat asuhan ni. kenapa yang lain membiarkan je adik ni di perlakukan sebegini rupa.

kalau uols perasan, perbuatan ni dilakukan ketika kanak² yang lain ada. cuba tengok budak² lain kat belakang tu seolah² takut dan hanya duduk mendiamkan diri. kalau sesiapa kenal mama kepada Raif ni, sila sampaikan salam saya dan pesan pada dier "ambil tindakan kepada pengasuh tu sehingga dia sedar akan perbuatan nya. patut dipenjarakan orang macam ni"
menurut berita ni jugak, pengasuh nya dalam linkungan 20 an. muda lagi..n maybe tak bersedia utk jadi ibu kot. emosi tengah nak enjoy je...so pesanan kepada remaja² kat luar sana. kalau tak bersedia untuk pikul tanggungjawab..jangan minta kerja jadi pengasuh. baik uols kerja kat restoran² coz meja n kerusi tak tahu sakit kalau dijadikan sasaran melepas geram.
kesian kat adik Raif ni, sedih saya baca cerita kanak² dilayan sebegini. ada satu video kat FB saya nampak kekawan duk asyik menyumpah perempuan yang mandikan seorang kanak². apa isi video tu saya tak mahu nak tengok. tak tergamak rasanya..sebab kalau tengok or baca berita macam ni, emosi saya pun turut terganggu.
sebab tu la punca nya, bila ibu bekerja banyak yang amik keputusan untuk tidak menpunyai anak yang ramai. sekali lagi..pada mama Raif Alfian ni, saya berada di belakang awak..tak kira apa tindakan yang awak ambil..saya tetap rasa awak betul. itu hak awak sebagai ibu.
sekali lagi berita macam ni memalukan penduduk Putrajaya..saya betul² geram..
p/s baru tahu mama si Raif ni satu opis ngan saya. nampak sangat tak tahu cerita dunia luar..saya dalam dunia saya sendiri. lepas baca berita ni saya jadi pelik..nama mama dier macam saya kenal. pastu call member cawangan lain..memang betul. saya simpati pada apa yang berlaku..harap mama Raif amik tindakan pada yang bertanggunjawab.
