sila jangan percaya yang monitor diatas adalah milik saya. tengok ada doremon..ada paper klip yang comel..ada buah dadu untuk menilik nasib dan paling penting ada poster kereta idaman..
salam Jumaat uols..tetiba dapat cuti free diatas kejayaan dan penat lelah orang lain. hihihi...tak rasa bersalah ke? sikit pun idak kan..sekurang²nya baki cuti dah jimat kat situ.
sebenarnya hari ni memang saya dan daddy apply cuti untuk uruskan sesi orentasi abang. tapi bila dpt cuti free macam ni, saya call terus sekolah..so sesi orentasi ditunda pada hari Isnin depan.
terima kasih pada K Rajagopal yang tetiba dapat menjulang nama Malaysia untuk piala Suzuki ni. n terima kasih pada skuad Harimau Melaya sebab main bermati²an even beberapa kali pemain kita dikasari.
dan terima kasih kepada P. Menteri sebab sudi bagi cuti free atas kemenangan pasukan kita...




