Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Terima Kasih Cinta

saya dan suami ke sini untuk memberi sokongan kepada Anding bagi pementasan teater musical pertamanya di Istana Budaya. actually sejak dulu lagi memang dier bergiat aktif dalam teater terutamanya waktu mengambil jurusan Diploma Seni Persembahan kat Uitm Shah Alam. cuma ini lah kali pertama terlibat dengan teater musical yang berlangsung di IB buat dier berasa sedikit teruja.

kalau dier teruja..saya lagi la teruja menunggu hasil penat lelah dier berlatih sejak sebulan yang lalu..eventho dah seminggu tetapi baru last saturday saya berkesempatan hadir tuk sama2 memberi sokongan kepada adik aftc kami.




dapat seat yang betul2 di hadapan pentas. kira pandangan tu memang cantik dan saya boleh menghayati jalan cerita dengan lebih senang. ada beberapa blogger yang berpendapat bahawa jalan cerita TKC sukar untuk difahami membuatkan saya memberi tumpuan lebih diawal cerita.



sebagai cenderahati tanda sokongan untuk TKC



para pelakon yang menjayakan teater Terima Kasih Cinta. Anding Indrawani sebagai Dani

SINOPSIS

Terima Kasih Cinta adalah sebuat adaptasi dari filem Cinta arahan Kabir Bhatia. Dari laya perak di Malaysia dan kemudian Indonesia, ia kini dipentaskan dalam bentuk teater muzikal dengan barisan pelakon dan pelakon pembantu yang penuh berbakat. Terima Kasih Cinta menceritakan tentang lima kisah cinta yang berbeza, tetapi semuanya berkaitan di antara satu sama lain. Ikuti kisah-kisah cinta yang pasti menyentuh hati anda.

CINTA LUAR BIASA Elyas dan Rubiah

Umur bukanlah penghalang untuk jatuh cinta. Elyas, seorang bekas guru yang menghidapi penyakit Alzheimer bertemu dengan Rubiah, seorang wanita yang prihatin, cekal dan tabah. Rubiah yang menganggap pencarian cintanya sudah berakhir mula merasakan bahawa Elyas boleh mengubati kesepian diri. Dapatkan mereka mengenali cinta pada usia mereka itu?


CINTA TANPA BATASAN Airin dan Harris

Harris, seorang arkitek yang berjaya, menganggap dirinya amat bertuah kerana memiliki seorang isteri yang cantik, anak yang disayangi dan sebuah kehidupan yang indah. Namun Harris terjaga dari ilusi apabila Airin menyuarakan perasaannya yang telah lama dipendam. Adakah cinta mereka akan memaksa beliau melepaskan keluarga tersayang?


CINTA YANG TIDAK DISANGKA Azlan dan Azura

Cinta sering datang pada waktu yang tidak disangka. Azlan seorang hartawan yang memiliki sebuah syarikat penerbitan berjumpa dengan Azura, seorang gadis yang bijak dan berdikari. Akhirnya Azura turut jatuh hati kepada Azlan, tetapi adakah gadis biasa ini cukup setaraf dengannya.



CINTA SUCI Arianna dan Taufiq

Arianna seorang wanita idealistik yang mengejar cintanya dengan harapan menggunung tinggi, Taufiq pula wartawan muda yang berkerja dengan sebuah syarikat tabloid kecil dikota. Apakah yang dikejar Arianna hanyalah bayang hingga dia terlupa dengan apa yang ada di depan mata. Bertemukan Arianna dengan lelaki jujur dan setia yang dicari-carinya selama ini?


CINTA ABADI Dyan dan Dani

Dyan adalah seorang usahawan wanita berjaya yang terperangkap dalam cinta tiga segi. Dyan sering bertelingkah dengan adiknya Dhani, yang memilih kehidupan sebagai artis jalanan. Bagi beliau Dhani harus menanam cita-cita yang lebih tinggi untuk berjaya. Apakah pengorbanan yang paling besar apabila anda mencintai seseorang?



setiap pasangan akan dibezakan dengan warna baju memudahkan lagi penonton membezakan jenis2 cinta yang cuba dipertengahkan.

memandangkan ketika pementasan penonton dilarang sama sekali mengambil gambar jadi saya tiada satu pun gambar untuk uols semua tengok. tetapi.. saya upload kan gambar daripada official photographer TKC Khairul Hazwan



sewaktu latihan scene di awal babak Anding dalam TKC




babak dengan Dyan lakonan Deja Moss.



berlatar belakangkan penggiat teater membuat Anding lebih berani mempetaruhkan bakat yang ada untuk TKC. mengenali beliau dari dulu buat saya percaya yang vocal Anding lebih baik dari sebelumnya.



taniah untuk para pelakon dan pelakon pembantu yang menjayakan teater Terima Kasih Cinta. untuk my adik, your performance was simply superb..caiyok..caiyok

pada sesiapa yang belum menyaksikan TKC..anda masih berpeluang untuk berbuat demikian sehingga 6 Mac ini. tiket boleh didapati di IStana Budaya.

~more pic kat next entry kay~




14 orang membebel:

atty's said... Reply to comment Reply to comment

moning nor..beshnya nor dpt tgk teater..lama dah tak tgk teater nie

Hezesuze said... Reply to comment Reply to comment

aduaaiii dear..entah nape sejak dulu weols tak bape suke tgok teater ni hehehehe

NzA said... Reply to comment Reply to comment

pelakon2nya semua hebat2...mesti bestkan .....

pRincESs_N said... Reply to comment Reply to comment

wuaaa...nk tgk TKC..tp x bkesempatan laa...

rasp said... Reply to comment Reply to comment

i nie mmg gemor tgk teater sis...
kalo sempat & sihat leh gak ajak SH gi tengok...

eLLy said... Reply to comment Reply to comment

wah kali nie ko lagi advance dari aku..
nampak gayanye memang tak sempat la aku nak tengok teater nie :(

sW33tdARLiNG said... Reply to comment Reply to comment

wahhh syioknya... next time kalau nak berteater takde kawan, ajak aku temankan ya...!

mummysyafie said... Reply to comment Reply to comment

@atty's

kena gi tengok la kak ty...best taw..

mummysyafie said... Reply to comment Reply to comment

@Hezesuze

oh ye ke dear..mesti suka tengok filem ni

mummysyafie said... Reply to comment Reply to comment

@NzA

boleh tahan gak la kak..tapi nak dibandingkan dengan teater musical puteri gunung ledang jauh lagi la

mummysyafie said... Reply to comment Reply to comment

@pRincESs_N

still sempat lagi dear..

mummysyafie said... Reply to comment Reply to comment

@rasp

nor pun nak gi tengok lagi for the second time dear

mummysyafie said... Reply to comment Reply to comment

@sW33tdARLiNG

boleh je dear...

PuRpLeLiCiOUs LoVe said... Reply to comment Reply to comment

mesti best kan sis...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...