saya memang suka berkawan, cuma perangai saya bila sekali saya dikhianati sampai ke mati saya ingat. saya sedar kekurangan diri..sebab tu dalam persahabatan saya perlukan kejujuran dipihak yang lain. kalau ada perangai yang yang elok, saya tak kisah ditegur secara bersemuka. bukan dengan hanya mengumpat dibelakang or memfitnah sesuka hati.
dulu kat sekolah, saya ada kawan² yang memang sehidup semati la konon. kalau sorang kena usik ngan geng lain, mesti satu batalion yang datang. bukan perempuan je taw..yang lelaki pun saya ngam. dulu saya boleh cerita apa je..boleh sumpah seranah dengan nada bergurau. itu dulu la kan..
bila dah meningkat dewasa, kawan² perempuan banyak dah ubah haluan sendiri. tinggal beberapa kerat je yang ada. pernah jugak saya JATUH tersungkur sebelum kawen, alhamdulilah..mereka tetap ada disisi eventho tak seramai dulu. sampai sekarang rahsia saya mereka pegang..
lepas tu bila saya kawen, hubungan kami terbatas. sampai la saya jejak kaki kat sini, saya mengalami kesukaran untuk jumpa kawan yang sejati. selain dari opismate..saya lebih suka bergaul dengan orang luar dari bidang kerja. takmo la terkurung dalam satu kelompok je.
so bila ada FB ni, saya dapat jumpa balik kawan² yang sehidup semati dulu..katernya la kan. tapi mostly mereka yang ada kat KL ni lelaki..yang perempuan tak ramai. persahabatan weols macam zaman sekolah² gak, siyess tak tipu. kawan sama menangis, kawan sama ketawa.
mungkin bagi orang lain ianya satu yang ganjil. sebab wanita sudah berumahtangga macam saya boleh berkawan dengan lelaki bujang. saya nak buat camno?? dah kawan sekolah saya yang lelaki yang ada kat KL ni masih single n masih memilih..huhuhu..itu salah diaorg occay. bukan salah saya. :P

ni Jaley, kalau kat facebook tu bersayang, berdarling tu uols jangan hairan. sebab ini la dier. ex schoolmate daddy sebenarnya. tapi bila kerap ikut daddy jumpa dier..pastu dier pun kenal Anding, so kami boleh jadi rapat.
kiranya kawan lelaki baru yang saya jumpa sejak bergelar isteri. so far setiap kali jumpa memang daddy ada la kan. tapi dalam apa pun keadaan..dia sentiasa ada disisi. sumtimes ada perkara kiter sukar tuk luah pada suami..or tanya suami kan. saya selalu rujuk pada Jaley..or even prob ngan kekawan pun saya selalu share ngan dier.
dier yang banyak tenteram kan saya kalau saya tengah marah, dier yang banyak bagi info pasal sale itu sale ini..yerlah. setakat ni memang saya serasi nak bercerita..sebab saya tahu, kawan lelaki dan perempuan ada beza nya.
sumetimes ada benda tak boleh cerita ngan kawan perempuan, and sumtimes ada yang tak boleh cerita dengan kawan lelaki. so realiti nya..dalam kehidupan saya, saya memerlukan kedua² nya dalam persahabatan.

a gift from Jaley on my birthday, thanks Jaley..katernya sebagai sahabat, menjadi tanggungjawab untuk menceriakan sahabat yang lain.
tapi tak perlu nak bagi hadiah pun nak menceriakan kawan², apa yang penting timbang rasa dan persefahaman. yang paling saya perlukan kejujuran dalan hubungan.
nak kawan tak?? tak nak kawan sudah..huhuhu..ai tak paksa. kang ada yang terseksa. :)



17 orang membebel:
itulah bagusnya ada FB nie kan,
dpt berjumpa blk kwn2 lama,
hihihihihii.....
apapun skg nie susah nak cari "SAHABAT SEJATI",
sgt2 susah...
hurm....
apapun cantik hadiah yg akak dpt tue:)
best nyer ade kwn baik mcm tu :)
prinsip berkawan zaman skang ngan zaman dulu mmg tak sama...zaman skang ni...baik sgt susah.tak baik pun susah.sng citer...mcm nor ckp...sape nk kawan..kawan.taknak kawan dah.
aduh! blink² mate i tau .. hikhik
aku nak kawan ngan jaley tuuu... nanti dpt rantaiii... huhuhuhu
bg aku, aku kawan ngan sesapa pun asalkan laki aku tak menghalang, yg lain boleh shut up!!
kawan ketawa memang senang kita nak jumpa nor..kwn menangis kdg2 hanya 1 dlm seribu..kdg2 juga kawan lelaki lagi pandai simpan n kongsi masalah kita..untung ada kawan mcm jaley...hikk..hikk.tlg tanya jaley..nak jadi ank angkat mama tak?...ha2x..gurau je nor.. ayat nak release tension je...hu..hu..
best fren saya pun dulu lelaki..
masa saya kat kl ni dulu sengsorang, dowang jadi bodyguard saya. ehee..lepas saya abis keje, malam dowang angkut saya bawak gi makan, minum..
kekadang angkkut saya bawak soping. sayangnya dowang kat sy, takut saya xder kawan, takut saya boring yelah saya duk rumah sorang2, sebab sebelum tu duk ramai2 ada yg buat perangai.
kawan lelaki ni kekadang lagi boleh dipercayai, lagi protective, lagi memahami...the best part is dowang x kedekut dan dowang x mengata2, tegur direct to the point jer aper yg x kena kan?
tapi bila saya kenal dan kawin ngan en, suami, persahabatan macam terputus. yelah, status saya sebagai isteri tu membataskan...
best ler akak ada kawan macam jaley nih.
@Cik Wanie Ghani
betul tu yang, susah nak jumpa kawan sejati sekarang ni
@:: Mrs.Eady ::
mudah2an ada ramai lagi kawan2 macam ni
@ratusiput
tiada paksaan dalam persahabatan kan
@AkUfiZA™
hahaha...iyer ke. meh pakai sunnies
@sW33tdARLiNG
hahahha...hate to agreed babe.
@MaMa AiNi
ok mama, nanti nor tolong tanya kan
@Bionic women
kan..hanya yang tahu je memahami
baniknya jley ng nor adiah mcm tu...betul tu nk kawan, kawanlah..xnak kawan sudah!
kkdg tu berkawan dgn lelaki lebih senang...
eida pun lebih senang rapat dengan kawan lelaki dari perempuan..sebab lelaki rasanya lebih memahami kot...tapi skrang eida rasa eida dah kekurangan kawan lelaki...huhuhu xtaw la kenapa..kawan2 dulu dah lama lost contact.sedey sangat...
Post a Comment