selalu nya kalau saya gi kursus or outstation memang jarang nak ingat kan meja kat opis tu. selalu memang rasa syorga bebenor la tak jejak kaki tak opis. tapi tiz time lain koo...hihihi...mencabar sungguh kursus kali ni. tambahan plak saya bukan urusetia, tetapi peserta yang duduk di barisan paling depan sekali. dalam hati duk kater "lambat nya kursus nak abis, meja n pc kat opis dah memanggil2"
wanita yang join kursus ni 3 orang sajork..37 yang lain lelaki gagah perkasa katernya. so yang tiga ni jadi macam tarikan para penceramah kerana bukan calang2 orang akan join task camni. adehh...selain dari jadi orang yang kemaskan kelas, kami bertiga juga yang menjadi tanda tanya pihak yang lain.
mana tidak nya, tajuk kursus "pengurusan dan pengiringan orang tahanan/saksi" pastu buat kat Penjara Kajang. dan diseliakan oleh pihak penjara 100%. giler tegas diaorg kat sini. ko on lappy dalam bilik kaw2 kena sound, walhal wifi kat sini laju bebenor. rugi je tak manfaat kan dengan betul kan. :)

bukan tak biasa kursus diluar kawasan hotel 5 bintang or pusat peranginan. dah biasa sangat kalau buat progam kat tempat cokia2 tu..tapi tiz time...mak aiii...segala penjenayah ada kat sini. silap tingkah laku kiter plak yang naya.
gambar sepanjang kursus memang saya tak amik pun, nak jaga rahsia kerajaan kunon nya. hahahaha...walhal takut nak snap pic here n there. takut kena sound baekk punya ngan fasilitator.
hari ni sampai Jumaat ada latihan amali. mmg kena buat kajian luar dari kelas. so start esok kena pakai jeans or baju lengan panjang. takut badan calar balar kalau silap langkah waktu buat latihan amali ni. penceramah yang amik task dua hari ni jiwa kental..hihihi..tambah plak komando dari UTT kan. so cakap pun garang dan main tunjuk2 je. sib baik mental ai kental yuu...ko tanya la soklan setegas mana pun ai rilek sambil hisap gula2 walhal dalam hati duk kater "ko jangan takut..jangan takut..mental tak calar". hahaha..
pastu plak kalau pergi kursus memang duk aim akan makan sedap2 kan..terutama nya makan kat hotel tu. tapi kat sini..hihihi...huhuhu...ehmmm...haaaa....kurang jugak la berat badan sebab makan benda berkhasiat sokmo. orang lain seminggu nak puasa ni, duk hari2 tukar menu makan siang. tapi saya kat sini..seminggu nak puasa, masa ni jugak menu makanan menyedih kan..REDHA kooo
so uols, kalau saya tak done nak BW sehari dua ni harap uols faham yer. tak sombong noks..cuma bila kudrat dah dipakai dan diperah2 sampai ke titisan akhir, maunya waktu malam tak larat nak buka lappy. nampak bantal je terus landing ko..penat giler weii..



16 orang membebel:
membaca sahaja dah terbayang cmner kursus kali ni..baca pun mcm seriau hehe..apa2 pun slmt berkursus yer..slmt menjalani latihan amali tu,semoga semua berjalan lancar..
selamat berkursus dan selamat beramal ya kak!
Selamat berkursus kak... Ngutik juak tempat ya...
selamat berkursus sis....ada macam cita juvana tak kat sana.?? kkekekkeke
wahhh.......menarik course tu
sian..sian !!...nak buat mcm mana kan nor dah tugas..memang mencabar kerja kat bidang ni kan?..best kan !!
selamat berkursus nor..mcm best je kursus nie...:)
tabik spring toing toing lah kat u sis...
iron lady...bukan calang2 org leh gi kursus gini...
@~izan~
thanks izan..kursus macam ni memang biasa kat opis saya. cuma keadaan tutor je selalu yang berlainan
@@xiM
tima kasih jim..awak pun macam tu gak. selamat mengerja kan ibadah umrah yer
@AmirFX
ngutik iboh dikata kitak mir..nang jak. takut mun malam2 aie
@Pepel BoNda AmaNi
citer juvana tu penipu, takde suasa juvana dalam citer tu sebenarnya..tapi itu warden yang cakap. :)
@sha a.s
sha nak try tak kursus ni? :)
@MaMa AiNi
mencabar tapi best kak..nor suka kerja macam ni
@Softtouch [Hanim]
tima kasih hanim..best mmg best tapi penat sikit lar
@rasp
thanks sis..tapi sis pun boleh gak. janji yakin je
Post a Comment