jarang saya buat entry takde gambar. paling tidak pun saya tempek pic mana² saya amik dari google. cuma kali ni nak share cerita buat pedoman masing². takde niat nak menuduh..apatah lagi memfitnah..cuma amik iktibar tuk diri sendiri
ada seorang blogger A cari saya dekat FB, katernya ada sesuatu nak bagitaw. so dipendekkan cerita..si A mengaku kenal dengan blogger B. kater A blogger B ada bagitaw sesuatu pasal saya..info yang B dapat tu thru blogger C iaitu orang yang saya kenal sangat.
sebenarnya B tak tahu yang A baik dengan saya..dan A tidak mengenali C pun. tapi atas niat sahabat dan kawan lama A sanggup stori everything pada saya.
B mengaku kenal C thru blog..dan B pernah jenguk blog saya waktu saya buat entry penderaan anak kepada opismate. sejak daripada tu B mmg kerap singgah ke blog..sumtimes tinggal jejak but sumtimes just berlalu macam angin. semua tu saya tahu sebab ip address pengunjung saya akan keluar kat moderation tu.
tapi saya tak sangka..blogger C boleh kutuk n cerita hal saya macam². lumrah manusia memang selalu macam tu. saya tak kisah..semua ni saya dah lali. cuma nak bagitau kat C..dunia blog ni luas..tapi pusing² kat situ jugak kiter jumpa. so kalau nak kutuk blogger lain, PASTIKAN ORANG TEMPAT BERCERITA TU BOLEH DIPERCAYAI, kalau silap orang...macam ni la jadinya.
so..pada A, terima kasih banyak² sebab sanggup stori ngan saya pasal ni. to blogger B..len kali orang mengadu..kena simpan untuk diri sendiri je. toksah share ngan orang lain.
and to blogger C yang saya kenal tu.. "lenkali nak kutuk orang kena pastikan orang tu boleh dipercayai..tak kisah la awak nak kater apa pun..saya tak peduli. itu antara awak dengan Allah. saya tak kuasa nak layan benda macam ni, cuma saya doakan awak jumpa kebahgiaan yang awak cari²kan". sebab saya rasa orang yang dengki dengan orang lain ni adalah orang yang sesat dalam misi pencarian jalan hidup.. :)
saya hairan sangat..kenapa blog dijadikan pertandingan untuk menentukan sapa yang paling hebat?? sapa yang banyak pengaruh..dan sapa yang banyak pengikut..jangan jadikan blog saya sebagai persaingan..sesungguh nya dengan nama Allah saya tidak pernah cuba untuk bertanding dengan mana2 blogger..