Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Sekitar Terima Kasih Cinta

oh..tiz week saya takde kat opis. turn saya plak kena kerja luar..so takbleh nak jenguk blog sangat yer sebab mostly masa siangnya saya tak boleh nak online. kalau ada apa2 kiter jumpa kat FB n Twitter sajork

so layan gambar sekitar saya ke Istana Budaya last saturday untuk Terima Kasih Cinta



nak snap pic kat poster besar..tapi ramai plak org tunggu turn. so tak perlu la..amik kat poster kecik ni pun dah occay



jangan salah kan ketinggian saya yer..coz im wearing 5"heels..tapi tak kisah la. dah sayang semua tu saya tolak tepi. semuanya sebab..CINTA. tetiba kan..

saya gi tengok show kol 3 ptg, show amik masa 2 jam 30 minit camtu. lepas abis show perut pun dah berbunyi so weols decide nak lepak kat cafe je. waktu ni mmg takde sesi autograph yer..kesian plak saya tengok penonton yg macam frust sebab mereka dimaklumkan bahawa sesi autograph nye hanya ada tuk show malam pada hari tu.

kak lis text Anding yang kami ada kat luar..but Anding tak boleh datang jumpa weols coz kena wat sumthing kat blkg pentas. so tak kisah la kan..sebab weols pun tahu yang ada next show belah malam nya.

tapi tetiba plak dier call saya tanya kat mana. bila saya kata weols tg isi perut kat cafe terus dier kater "kak..tunggu sia. mek datang tok" aisehh..keluar kelakar sarawak saya kan.



make up tak bleh nak buang yer..simpan tuk show belah malam. dier datang je kat meja terus "kak...mek lapar aie". tedah nya lok..tengok muka cengkung sikit la dear. saya siap soal siasat.."kitak diet ka ding? kitak sik cukup tido ka?" macam2 soklan kakak nya tanya buat muka ada sedikit blur..hahahah..penat occay..

saya tanya dier lagi.."kenak kitak makei celak, sidak lain sik makei pun". oh..maksudnya "kenapa awak sorang je pakai eyeliner, orang lain takde pun". dier jawab.."make up artis kater mata saya sepet la kak..so kena pakai celak sikit". tetiba saya sedar yang mata saya pun sepet..hihihi..



ni muka dah makan so ada sedikit ceria. shuld be dier tak boleh nak keluar..sebab kena buat sound check tuk show belah malam. tapi sebab akaknya ni datang jauh2...harus gak ler dier jenguk kan. tapi sebenarnya..perut tu dah lapar sangat kot..tu yang ingkar perintah. aiseh..sebab tu ai sayang sangat ngan adik ai sorang ni.



kenal tak?? aiseh..mustahil tak kenal kan. waktu weols makan tu dier datang join sekaki..dari jauh dah "ooo kekkk...." itu bukan kek birthday yer. sarawakian tahu kot..hihihi..kebetulan kawan saya Jaley satu universiti ngan Tony..so hari tu terkeluar la cerita2 waktu diaorg kat UM dulu.

seorang yang kelakar sebenarnya. kalau uols tengok watak2 dier kat tv uols akan anggap dier ni macam orang koprat je kan. tapi bila dah jumpa..huhahua..kitak kamek kitak kamek jak eh. biasa la dear..bila dah jumpa geng sekampung maunya kecoh kuar dialek sarawak.




kan dah cakap..slumber punya orang Tony ni. friendly pun iya gak sampai dier kater muka saya ni memang pure sarawak. pegi mana2 pun orang boleh cam..iye ke? ohh..tetiba ai vangga..



beza umur setahun je ngan daddy..mula2 saya ingat Tony ni jauh lebih tua dari umur saya. tapi bila tanya..alah..tua setahun je dari daddy.



ada ramai artis yang terlibat lalu lalang..tapi saya tak nak la ganggu tuk amik gambar kan. ni masa tuk diaorg berehat so kena hormat sikit privisi diaorg. tapi dengan Latif Ibrahim saya tak boleh nak tahan. mak bapak saya minat dier woo..kalau la mak ada FB, dah lama saya tag gambar ni kat wall mak.farahdhiya nampak lebih cantik daripada tengok kat tv. bukan pertama kali saya jumpa norish karman..tapi kan, setiap kali jumpa, dier tak pernah lokek ngan senyuman..ai lap u la

eliza AF pun ada sekali taw dalam TKC ni, tapi kenapa dier semakin mulat yer..eventho badan dier naik, tapi dier tetap comel. siyess tak tipu. qhaud pun ada gak..rambut qhaub best wooo...ada gaya afro.



artis lama dalam industri seni. suara masih memukau..lakonan apatah lagi. baekkk sangat..sukaaaa sangat. saya perasan ada kesan pembedahan kat dada dier..sebelum ni dier pernah ada masalah jantung ke? saya tak pernah tahu plak..walaupun nampak sedikit kepenatan, tapi lakonan beliau tidak menghampakan penonton. suara masih GAGAH dan BERKUASA macam dulu.



waktu ni dier nak masuk balik..nak wat sound check..kesian plak, penat memang nampak penat. tapi saya tahu..dier seronok dalam TKC ni.



adik tinggi dari abang erkk?? itu perkara biasa kata daddy..



with my adik..taniah Anding..u can do it!!



time ni tengah borak apa ntah sampai gelak2 tak hingat.

ok..insyallah saya akan berada lagi di Istana Budaya pada 6 Mac untuk show terakhir TKC. lepas settle semua baru bleh celebrate..makan manyak2..




Terima Kasih Cinta

saya dan suami ke sini untuk memberi sokongan kepada Anding bagi pementasan teater musical pertamanya di Istana Budaya. actually sejak dulu lagi memang dier bergiat aktif dalam teater terutamanya waktu mengambil jurusan Diploma Seni Persembahan kat Uitm Shah Alam. cuma ini lah kali pertama terlibat dengan teater musical yang berlangsung di IB buat dier berasa sedikit teruja.

kalau dier teruja..saya lagi la teruja menunggu hasil penat lelah dier berlatih sejak sebulan yang lalu..eventho dah seminggu tetapi baru last saturday saya berkesempatan hadir tuk sama2 memberi sokongan kepada adik aftc kami.




dapat seat yang betul2 di hadapan pentas. kira pandangan tu memang cantik dan saya boleh menghayati jalan cerita dengan lebih senang. ada beberapa blogger yang berpendapat bahawa jalan cerita TKC sukar untuk difahami membuatkan saya memberi tumpuan lebih diawal cerita.



sebagai cenderahati tanda sokongan untuk TKC



para pelakon yang menjayakan teater Terima Kasih Cinta. Anding Indrawani sebagai Dani

SINOPSIS

Terima Kasih Cinta adalah sebuat adaptasi dari filem Cinta arahan Kabir Bhatia. Dari laya perak di Malaysia dan kemudian Indonesia, ia kini dipentaskan dalam bentuk teater muzikal dengan barisan pelakon dan pelakon pembantu yang penuh berbakat. Terima Kasih Cinta menceritakan tentang lima kisah cinta yang berbeza, tetapi semuanya berkaitan di antara satu sama lain. Ikuti kisah-kisah cinta yang pasti menyentuh hati anda.

CINTA LUAR BIASA Elyas dan Rubiah

Umur bukanlah penghalang untuk jatuh cinta. Elyas, seorang bekas guru yang menghidapi penyakit Alzheimer bertemu dengan Rubiah, seorang wanita yang prihatin, cekal dan tabah. Rubiah yang menganggap pencarian cintanya sudah berakhir mula merasakan bahawa Elyas boleh mengubati kesepian diri. Dapatkan mereka mengenali cinta pada usia mereka itu?


CINTA TANPA BATASAN Airin dan Harris

Harris, seorang arkitek yang berjaya, menganggap dirinya amat bertuah kerana memiliki seorang isteri yang cantik, anak yang disayangi dan sebuah kehidupan yang indah. Namun Harris terjaga dari ilusi apabila Airin menyuarakan perasaannya yang telah lama dipendam. Adakah cinta mereka akan memaksa beliau melepaskan keluarga tersayang?


CINTA YANG TIDAK DISANGKA Azlan dan Azura

Cinta sering datang pada waktu yang tidak disangka. Azlan seorang hartawan yang memiliki sebuah syarikat penerbitan berjumpa dengan Azura, seorang gadis yang bijak dan berdikari. Akhirnya Azura turut jatuh hati kepada Azlan, tetapi adakah gadis biasa ini cukup setaraf dengannya.



CINTA SUCI Arianna dan Taufiq

Arianna seorang wanita idealistik yang mengejar cintanya dengan harapan menggunung tinggi, Taufiq pula wartawan muda yang berkerja dengan sebuah syarikat tabloid kecil dikota. Apakah yang dikejar Arianna hanyalah bayang hingga dia terlupa dengan apa yang ada di depan mata. Bertemukan Arianna dengan lelaki jujur dan setia yang dicari-carinya selama ini?


CINTA ABADI Dyan dan Dani

Dyan adalah seorang usahawan wanita berjaya yang terperangkap dalam cinta tiga segi. Dyan sering bertelingkah dengan adiknya Dhani, yang memilih kehidupan sebagai artis jalanan. Bagi beliau Dhani harus menanam cita-cita yang lebih tinggi untuk berjaya. Apakah pengorbanan yang paling besar apabila anda mencintai seseorang?



setiap pasangan akan dibezakan dengan warna baju memudahkan lagi penonton membezakan jenis2 cinta yang cuba dipertengahkan.

memandangkan ketika pementasan penonton dilarang sama sekali mengambil gambar jadi saya tiada satu pun gambar untuk uols semua tengok. tetapi.. saya upload kan gambar daripada official photographer TKC Khairul Hazwan



sewaktu latihan scene di awal babak Anding dalam TKC




babak dengan Dyan lakonan Deja Moss.



berlatar belakangkan penggiat teater membuat Anding lebih berani mempetaruhkan bakat yang ada untuk TKC. mengenali beliau dari dulu buat saya percaya yang vocal Anding lebih baik dari sebelumnya.



taniah untuk para pelakon dan pelakon pembantu yang menjayakan teater Terima Kasih Cinta. untuk my adik, your performance was simply superb..caiyok..caiyok

pada sesiapa yang belum menyaksikan TKC..anda masih berpeluang untuk berbuat demikian sehingga 6 Mac ini. tiket boleh didapati di IStana Budaya.

~more pic kat next entry kay~




Sunday, February 27, 2011

sudirman-pelangi petang



layan lagu ni dihujung minggu sambil lepak dalam bilik sorang2 bleh tangkap leleh occay.

tak caya..meh la try. masuk bilik..tutup pintu..tutup lambut biar dalam gelap. baring elok2 pastu layan...pppsstt..orang suruh layan lagu. bukan suruh tido..adoii...takde feel la

happy sunday !!




Saturday, February 26, 2011

1st Give Away by DeeKuntum

saya ditag oleh laling saya ctelly. dah banyak kali jugak saya ditag tetapi gagal menjawab tag atas dasar bizi dan honestly saya terlupa. bila dah tarikh akhir baru terhegeh2 nak buat

kali ni giveaway daripada my fren Dee..



1.Mesti menjadi follower blog Dee. (dah lama follow)
2.Mestilah warga Malaysia. (lahir kat kuching..orite mmg warganegara)
3.Buat 1 entry mengenai GA ini (ok la kan entry ni)
4.Letakkan BANNER di sidebar blog anda dan backlink ke entry ni. (doned)
5.TAG 2 rakan anda. (pas ni)
6.Akhir sekali jangan lupa tinggalkan url 'contest' dan alamat emel
...di bahagian komen entry ini. (orite)
7.Tarikh tutup 28hb Februari 2011 tepat jam 12 malam. (sempat lagi)
8.Undian akan dibuat melalui random.org, cabutan pertama dpt hadiah no 1
...dan seterusnya sehingga 3 pemenang dipilih. (agak2 saya dapat tak)
9.Keputusan adalah muktamad. Segala bantahan tidak akan dilayan. (sepatutnya lah)



saya nak tag wanie and kak ty




Jom twitt²



eventho orang lain dah ada lama..saya baru tergerak hati nak ada gak. punya la gigih belajar itu ini sampai satu tahap semua benda saya nak klik. pastu gelabah..naper kena block segala bagai.

bila ada sumthing wrong terus "pok pang pink pung..camne leh jagi gitu, den dah ponin segala bagai" kuar dari mulut. but nasib baik ada Amy yang tolong xplain what i shuld or shuld not do kat twitt ni.

ok uols..mana yang dah ada..ai folo u kay..







auto publish entry.arini saya di Istana Budaya...



Friday, February 25, 2011

Berbaju Oren

tak raya tapi berbaju raya di hari Jumaat. tetiba jiran tetangga musykil tengok weols anak beranak.



hari ni sekolah abang ada sambutan Maulidur Rasul, so murid² kena pakai baju melayu siap ngan songkok. tapi baju melayu abang ni dah senteng la..cepat benor ko meninggi bang yer. walhal baju raya beberapa bulan lepas je.

wawan plak setiap hari Jumaat memang kena pakai baju melayu kat kindie. so saya amik la seragam kaler oren. rasa seronok plak tengok anak² dengan baju melayu sedondon camni. nak tunggu raya lambat lagi kan



mummy nya pun selongkar baju raya kaler oren gak tuk ke opis. mula² malu sebab dah nampak sangat baju ni kat album raya di FB. takut orang ejek mummy pakai baju raya..tapi takpe la..daripada bergantung dalam almari tak pakai² so saya sarung kan je. takyah iron segala bagai sebab aritu dah dry clean lepas raya so boleh la sarung terus

tetiba sampai opis..budak Lin tu tego.."akak pakai baju rayeee yeee"..kan dah cakap. mesti ada yang tegoo..maluuuu




Sand Art

salam Jumaat untuk semua..



wawan ada hobi baru, pantang nampak sand art ni..gi mana² pun dier prefer buat yang ni daripada layan game



cuba tengok betul² gambar apa yang dier pilih. ni dier amik sendiri..bukan saya yang amik yer..gigih dier buat tapi mummy yang jadi mangsa tanggal kan kertas tu. kalau suruh wawan maunya tertanggal semua



daddy ngan abang layan game ni. takmo campur wawan n mummy wat per. abis la RM20 kat game sajork



tada..setelah 20 minit menunggu akhirnya siap jugak. pastu masuk balik lam plastik dengan bangganya dier tunjuk dier dah bleh siap satu.

tapi kasi sini dier cuba cover gmbr tu daripada orang lain tengok. malu katernya..






Thursday, February 24, 2011

Kek Kecik Tuk Wawan

waktu abang dapat kek bufday arituh wawan sentap. katernya kek dier takde..hari² duk usha saya balik kerja nak kek. sumtimes xplain byk kali pun tak faham. jenuh melayan, saya beli gak la sebijik kek yang kecik



saya kater kat wawan, kalau tiup kek selalu nanti waktu harijadi wawan tak syok..takde feel dah. tapi budak baya wawan mana faham feeling² segala bagai.



tiup la banyak kali pun wawan..takde orang nak kisah pun. lepas tiup n potong kek, bleh plak dier wat tak taw ngan kek tu. saya tanya "nak makan ke?"..wawan jawab "dah kenyang". alahai... tats mean tujuan utama dier demand kek tuk tiup lilin jer erkk..nx time mummy beli lilin yang tiup empatplohkali tak padam api baru taw.




Kerana Lesen


dulu pernah orang mempertikaikan macam mana pegawai kat jabatan ni boleh bawak senjata? gara² cerita ini.

seperti biasa, sebelum seseorang itu dibenarkan membawa senjatapi..mereka haruslah menjalani ujian menembak untuk memastikan tahap kecekapan mengendalikan senjata.

bukan suka suki nak carry n use tau bab² senjata api ni. so bila agak² lesen dah xpired..saya kena la amik ujian sekali lagi. tiz time kena pastikan markah tu memenuhi syarat untuk menggunakan senjatapi.



saya ngan geng gi latihan n ujian menembak last monday. tengah panas matahari koo..sampai hangus badan. sampai skrg hidung saya merah terbakar..dah macam clown. tapi demi nak lulus kan..buat la beberapa kali sampai puas hati.



partner in crime..geng saya buat kerja luar. dier kena lulus gak sebab dier kena pastikan saya selamat..huhuhuhu....tetiba kan




ni bukan waktu menembak..ni posing time. ada ke orang tembak boleh senyum² camnie. plus..cameraman mana yang berani amik gmbr org tgh menembak kat depan. hihihi...oh..saya left handed yer..so menembak pun kekuatan lebih kearah tangan kiri



ni bukan aksi menembak. mana ada orang wat latihan sembunyi bawak meja. ni nak berteduh dari panas kot..or tgh gigih cari peluru jatuh



dah tembak..pandai² minta strategik camne nak aim target. mana yang tersasar tu ada petuanya tuk dapat bulleye



ni eo kanan kat opis saya. memandangkan akhir bulan ni dier akan berpindah balik ke tempat asal..so kami ajak la dier join menembak sekali. just latihan sahaja..tapi semuanya diawasi oleh jurulatih bertauliah.

eo kanan yang paling best pernah saya jumpa. sepanjang dier berkhidmat kat sini..banyak ilmu yang saya dapat. tak kira la ilmu kerjaya or keluarga.

tapi seperti biasa la..bila yang baik selalu tak kekal lama. demi keperluan..dier akan bertukar balik ke negeri asal. all the best yer puan.



hihihihi..ni Bee, dier pun kami ajak gak tuk join sekaki nerai pegang pistol. tetap diawasi oleh orang yang bertauliah. pssttt "bee..tutup mata camne nak nampak target?" hihihih...jangan mare yer..



orite..ni baru ngam bee..macam pro. nanti kiter gi training lagi..lambat laun bleh la handle dulu..silap² saya pun kalah.

alhamdulilah..saya lulus ujian. tak sia² badan hangus berbelang².


Wednesday, February 23, 2011

Selamat Hari Gaji

esok gaji kan..meh kiter cuci mato kejap..bagi inspirasi tuk uols nak cari apa tuk lekat kan duit gaji yang 2 bulan lepas tak usik lagi. ada ke orang camtu??

kalau saya la kan..hari ni gaji..hari ni gak duit abis bayo hutang..itu pun lagi orang kater saya berlagak?? ayoyoyoyo..sa ni nee lu..



tuk gantikan kasut munge² nichii yang dah koyak rabak. kasut ni kan..bak kata orang sarawak "kotan nya nipis gilak sakit kaki makei ko". tapak nya nipis uols..macam balerina la saya pakai. terpijak batu rasa macam paku menusuk kat tapak kaki

tapi kalau jalan kat mall sedap..ringan je. even rasa macam tak pakai kasut.



saya aim kaler brown..sebab nak matchkan dengan brown coach tu. tapi takde saiz. so saya bedal la hitam. ni ada diskaun kat Guess outlet for members je. tapi non members still ada gak diskaun nyer. tapi siyess saya lebih suka design lama² daripada design baru.

saya takmo nak cakap selamat menyopping, kang ada yang saman saya sebab mengalakkan orang membazir kan. so saya nak kata "selamat hari gaji" kat semua kakitangan gomen..berbelanja dengan bijak k. ada lebih² baru lanting kan kat kehendak. utama kan keperluan dulu..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...