naper tak boleh tinggalkan blog eventho sehari. balik lewat camne pun...sibuk camner pun...tetap curi masa tuk tengok blog n buat jenguk rumah kekawan.
saya cuba hapdet secara xpress..sebab tinggal beberapa jam je lagi tuk abang n wawan bangun tido nak kesekolah. kalau ada typo n ayat2 macam sukar tuk uols faham sila abaikan yer..

kalau uols peminat durian..yang ni harus uols cuba. lately ramai blogger macam dilanda demam pancake durian. tapi yang jenis segiempat kecik dengan inti durian ditambah dengan krim kan.
tapi yang ni mmg pure isi durian didalam..

pastu isi durian dijadikan inti. yang ni mmg tak campur apa2 taw..just durian 100%. memang sedap..kalau saya beli 2 pun tak cukup.
kalau uols nak rasa...boleh la gi kat Mid Valley. kiosk nya betul2 kat depan KFC tu. tapi kalau singgah ke Pavillion, jangan lupa ke food court. sebab Durian Pancake ni ada dijual kat situ..so far hanya 2 tempat je yang saya tahu. kat tempat lain saya tak sure plak.
nasihat saya, kalau uols nak beli..pastikan uols beli ketika ready nak balik. sebabnya kalau uols beli, n still nak jalan2 lagi kat mall tu..for sure uols akan jadi perhatian. sebabnya bau durian tu mmg kuat berbanding durian pancake yang satu lagi.
*esok dah masuk April..hihih...suka setiap kali April menjelma*


















