Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

Kung Fu Panda 2



dah tengok ke belom? kalau belom meh bawak anak² gi tengok sempena cuti sekolah ni.

bagi saya cerita kung fu panda ni memang BEST. saya gi tempah pada hari Jumaat, tapi wikend semua full kecuali malam. so terpaksa la kami empat branak tengok movie malam².

kalau uols nak gi jangan main gamble je nak beli tiket taw..kena beli awal². tapi tak sure la tuk weekday macam ni. ntah² penuh gak sebab cuti sekolah.

dah jadi adat la kan, kalau kiter tengok cerita cartoon..of coz ada suara baby yg menangis ke, anak² yang main turun tangga ke..its normal la. tapi ntah ada sorang mamat ni macam bengang bila ada baby kat row depan dier melalak. siap tego lagi parents dak tu..aisehhh bang. nak tengok feeling² baek ko cari cerita 18sx.

apa yang seronok tengok crita time cuti sekolah ni..ada pelbagai ragam kanak² dalam panggung. siap tanya soklan macam² kat parents. wawan plak tanya "naper panda nanges? napa panda jadi kecik?". aiseh....mummy nya tak done nak jawab, ada gegirl yang baya abang kat sebelah tolong jawab. ganno tu?




Dier Buat!




takde kerja cari kerja. ni tgh khusyuk layan perasaan tetiba ada orang datang cop kat tangan. aiyak....so main kejar² la satu opis sebab nak balas balik apa yang dier buat kat saya.

certain ppl berani la buat camni kat saya, tapi ada plak yang nak tego saya pun tatott. saya tak kisah la kan, suka ke idak ngan saya tu belakang kira. yang penting bab kerja kena profesional.

saya pun tak minta orang suka kat saya..sebab saya pun ada gak tak suka ngan segelintir orang. bukan mencik tapi just..tak boleh nak "get along". esp bila ada yang pernah mengkhianati saya. memang saya reject terus dari senarai orang yang boleh dipercayai..

ada orang kater "sedangkan Nabi ampun kan umat"...tapi saya bukan nabi, saya orang biasa. cuma bezanya..saya dah maafkan dier, dan saya rasa dier dah maafkan saya. cuma bila dah terluka, sakit nya masih terasa...malah parut pun masih ada. :)

even sampai sekarang saya rasa dier cuba untuk menjatuhkan saya

saya bukan orang yang sempurna..tapi bila bab kejujuran...persahabatan..once saya terkena. sampai mati saya ingat. aceehhh...tetiba emo dipagi hari. sob..sob..sob..




Monday, May 30, 2011

Senyum..Tak perlu kata apa²


arini mood saya semendung cuaca di luar. idak ler tahu naper tapi mmg takde perasaan nak kerja pun. tambah plak tgh tak sabar nak bercuti panjang nx week kan..rasa macam nak baring n guling² kat atas katil je.

so sapa² nak bagi ai buat kerja baik batalkan hasrat skrg. kalau idak saya tumbok sorang²..muahhh...siyess tak suka datang kerja arini. rasa lemau



owh ni status anak saudara saya. jeng..jeng..jeng..gaduh ngan boypren, mak usu nya masuk campur. mula² bila dier wat status boypren nya curang, saya gelak syaiton..siap komen "PADAN MUKA KO". sapa suruh gatai bercinta awal² kan. tapi si lelaki tu dengan berani xplain everything kat saya. siap pm bagai..dier crita satu persatu. edeh..tetiba plak saya jadi kesian.

sebagai orang yang lebih matang saya rasa tindakan boypren dier tak salah. anak saudara saya terlalu cepat benor amik tindakan..tapi entah² dier dah jemu kot sebab tu cari 1001 alasan tuk nampak kan boypren dier salah.

mana nak cari makcik sporting macam ni..tapi ingat, once GAGAL dalam pelajaran..makcik ni gak yang akan jadi KUNG FU PANDA wat flying kick. hihihi...




The Crean And Fudge Factory


pernah cuba tak? The Cream & Fudge Factory ni berlainan sikit dengan Baskin Robbins...aiskrim nya lebih ekstrem dari BR saya rasa. ecehh....i mean dari segi hidangan nya lebih remeh la. sebab kiter order perisa aiskrim yang kiter nak pastu mereka akan mix aiskrim tu dengan apa2 perisa tambahan yang kiter pilih. tetiba plak saya rasa mereka macam potong bawang :) sebabnya aiskrim tu akan dicincang halus bersama2 dengan perisa pilihan



kat alamanda baru beberapa bulan buka..ada kat centre court belah atas taw..berdepan dengan MS READ



nak order kena tengok buku menu dulu, boleh pilih cone or cup



chocolate n marshmallo tuk abang..RM12.90



vanilla n banana for wawan..actually aiskrim nya kurang manis dari BR, tapi kat BR variety of flavour lebih banyak. cuma kat sini cara hidangan nya pelbagai dan lebih menarik. cara potongan aiskrim tu dihidang seolah2 kiter makan aiskrim goreng..



ingatkan sup je dihirup sebegini..rupa2nya aiskrim pun boleh gak yer wawan...sampai ke titisan terakhir..

so uols boleh la cuba..rasa ok, sedap tu mmg sedap untuk pengemar aiskrim macam kami ni. bagi yang kurang suka, hidang ler macam mana pun...tetap tak sedap kan..kan..kan...

esok 31 Mei kan..meh serbu BR sebab ada 31% taw..so lunch esok makan aiskrim je lah yer..




Saturday, May 28, 2011

Happy Wikend!!



dah tengahari baru nak update blog. sungguh mengecewakan blogger macam saya ni kan. sebenarnya semalam tak boleh nak buat auto publish sebab berjalan ke Damansara balik rumah dah pukul 2 pagi. pastu pagi ni kena masak siap2 sebab saya kena datang opis dalam pukul 12tgh.

kat opis baru boleh buka blog, sambil wat kerja sambil blogwalking dalam keadaan sunyi sepi. uols tak plan gi mana ke? cuti sekolah dah mula, saya takde plan tuk first week ni..tapi insyallah for the second week saya nak apply cuti. hopefully boss approve la cuti saya tu nanti.

tetiba letak gambar ni naper erkk? motif? sebenarnya saya jatuh cinta ngan gambar ni..ni abang amik guna ipod dier. semalam daddy godek2 nak buang benda yang abang donlod boleh plak terjumpa gambar ni.

orite..nak sambung buat kerja jap. kang tak siap tak boleh balik plak arini..muahhh...enjoy ur holiday!!!




Friday, May 27, 2011

Belated Celebration




selepas program menembak weols ada makan2 kat opis plak. kebetulan ada birthday celebration tuk kami yang lahir bulan April. yang kiri tu penilai SKT saya..tapi tak cakap lagi terima kasih..hihihi..jap lagi la. owh..kek SR tu sekarang dah halal ok. dah ada kenyataan dari JAKIM. sib baik la halal, kalau idak penin gak kepala sebab tiap2 bulan makan kek SR ni.

bukan saya nak tunjuk gambar ni saja..cuba uols tengok ada anasir2 luar yang menganggu keindahan gambar ni..tengok saya bulat kecil kat belah kiri gambar. nampak tak?? ala..yang jeles sebab dier tak boleh potong kek ngan abang yie dier ni. hahahahaha....larikssss....nanti Lin ngambok tengok gambar dier kuar kat sini.

owh..harini ada lunch date ngan doc dari jauh. entah jadi entah idak nak jumpa ngan pengantin idak la baru idak ler lama. :) jommmm




Without Fear


blog saya ni dah semakin boring. kejap cerita pasal mummysyafie, kalau idak pun cerita pasal family..pastu cerita pasal kerja/opismate. tapi nak buat macam mana..dah itu je routine harian saya. ada gak xtivti lain selepas kerja or wikend tu mmg tak boleh nak publish kat sini, takut ada plak yang tak selesa kan. unless one day saya akan private blog saya n pastu saya boleh cerita dari A sampai Z. for the time being..boring pun boring la yer. boring ke entry saya ni? cuba jawab ngan ikhlas mulih?? apa yang patut saya tambah or kurangkan..

tajuk kat atas tak boleh blah. sebenarnya tu perkataan kat baju yang kami pakai. boleh tahan gak boss saya ni design baju. ni untuk program pertandingan menembak anjuran bahagian saya. tapi tiz time kami datang mmg 100% sebagai peserta..takde sibuk ngan kerja belakang tabir. bagi yang HEBAT saya kerja pada haritu. yang kurang hebat goyang kaki saje..boleh??



tiz time pakat pergi pakai bas, syok gak bila yang dah tua2 bangka ni naik bas sama2. macam kanak2 riang yang nak gi picnik waktu cuti sekolah je.

tujuan program camni untuk maintan skill shooter. pergi training pun ikut mood kan, so kalau tak asah bakat tu takut skill n pengetahuan tu hilang ke laut. esp orang macam saya ni..datang training tengok cuaca. kalau panas mmg takde makna nya. nak gi time mendung manjang.. :) sayang kulit weiii...kang hitam susah nak polish balit



weols dengar taklimat dari penganjur, macam banduan tengah tunggu untuk dijatuhkan hukuman je. serba hitam macam black maria..edehh..ada yang dah sama ngan kulit warna baju tu. hihihih....lariksssss....



ini adalah PTD's yang attach kat bahagian saya tuk sehari je. so weols bagi diaorg peluang tuk merasa pengalaman sendiri menembak dengan senjata sebenar.



agak2 diaorg ni tgh cari apa? cer teka..cer teka..hahahah...saya kehilangan "sesuatu" hari tu. mulanya saya la yang terhendap2 kat sini duk cari benda yang hilang tu. pastu diaorg ni dengan baik hati datang n tanya apa yang saya hilang. saya jawab "lens" saya hilang, gigih la mereka tolong cari. pastu tak sampai hati tengok mereka berpanas kan..saya kater toksah la cari. takpe..ada spare lagi kat rumah. tapi sebenarnya..yang hilang tu "fake eyelash" saya. hahahaha...kalau saya bagitaw bulu mate pelesu ku tu hilang..mesti diaorg gelak guling2 kan.

motif pakai bulu mata pelesu?? ala..suka suki saya la kan..sebenarnya bila kena peluh, gam tu luntur taw. pastu saya dah rasa tak selesa so saya cabut la eyelash tu n letak kat meja pistol. tp kebetulan waktu tu berangin, melayang la eyelash saya. edeh...tu yang gigih mencari tu.



mak aii...merah nya sunnies. ni bukan saya punya k..ni Zizi punya. saya pinjam nak nerai je. rugged gak cermin ni kan. agak2 boleh tak saya beli? sesuai tak? ehm...ehm..cantik...harga ok...brand pun ok..tapi sungguh tak sesuai ngan jiwa. so..boleh pinjam orang punya tuk posing je.



ni plak posing tak hingat..tengah panas terik bleh plak posing macho kat situ kan. ko ni memang la bob..



ni team saya aritu. kami dipecahkan ikut team cawangan..saya sebenarnya bukan team ni sebab saya cawangan urusetia. tapi disebabkan cawangan mereka ni takde pompuan, so saya dipinjam kejap tuk pertandingan ni.

sebenarnya...diaorg ni mmg terror, dah nama nya jurulatih menembak kan..sapa berani lawan. saya tumpang tuah je..yang berusaha lebih diaorg la kan.




pengalaman pertama, so yang guide kat blkg tu kena xtra carefull. takut terjadi apa2..tapi bukan plak nak support dari blkg yer. sebenarnya situasi ni tuk bagi penembak selesai ngan kedudukan.



yahuuuu...team saya menang..kami juara!! kan saya kata saya tumpang tuah je. bila dapat masuk dengan yang handal..secara automatik kiter pun handal gak. padahal yang tembak tepat mostly dari mereka. muahhhhh......

owh sori yer, entry saya harini lambat keluar. saya tak buat autopublish malam tadi. saya hapdet blog dari Hospital Serdang..kebetulan appoitment arini n sementara tunggu turn, boleh curi2 hapdet. semalam tak sempat yer..sbb semalam saya merewang kat sekitar putrajaya tengok persediaan menyambut Hari Belia..uols jangan lupa taw datang putrajaya. macam ativiti ada..meriah plak tu.




Thursday, May 26, 2011

Dobi




cukup seminggu kena hantar pegi dobi. tak larat mummy nak buat sorang². ni pakaian basahan anak² lepas balik sekolah kat rumah mama dan baju tido. saya hantar je gi dobi..baju sekolah n baju kerja saya basuh sendiri.

kos seminggu selalu RM15-RM25..tapi kalau saya tambah cadar n tuala budget akan jadi tinggi. tapi macam bercadang nak beli mesin dryer yang kat carrefour tu. aritu tengok harga RM659.00.





Blogwalking


takmo cakap banyak, sebab semalam dah berleter. penin kepala melayan perangai orang...n tiba masa pagi ni nak merehatkan minda. takde luahan perasaan, takde cerita di pihak saya. cuma....




saya nak blogwalking sajer..nak baca cerita kawan2 plak. mulihhh??




Wednesday, May 25, 2011

Nak Xtend tak??

last wikend gi berjimba² ngan Gee, kalau keluar ngan dier ada je macam² benda baru nak cuba. kebetulan aritu gi sungai wang, lalu kat satu kedai ni..banyak benor wig tergantung.

tak puas hati tengok dari jauh..terus singgah masuk.



macam² ado..pilih ikut kaler rambut uols lah yer. kalau kat salon wig ni mahal..satu layer tu RM250. kat sini mughah je..tak sampai RM100 satu layer. uols beli satu layer je..tu pun dah cukup.



amik gee jadi model. mula² bahagi kan rambut kepada dua. ikut panjang mana uols nak wig tu. kalau nak panjang, uols letak bawah sikit. kalau nak pendek uols letak atas sikit.



sebab gee taknak panjang sangat, SA tu letak kat atas..




tengok hasil nya, nampak natural tak? kalau rambut curl kena amik wig yang curl gak..baru sesuai.



yang ni plak pattern lain. yang ni paling senang saya rasa..ikat poney tail kemas²



pastu wig tu main sepit je kat poney tail tadi. dah nampak macam lady gaga..hahahahah...nak cuba tak?? mana tahu nak pakai fesyen baru raya nanti. :)




Kubur Asing² Kan




alamak, saya tak jumpa badan pompuan so saya tempek gambar lelaki sasa ni. boleh la daripada saya tempek gambar bogel kan.

awal pagi dah buat entry sentap apa kes dik non?? eh..no..no..no..takde sentap² kat sini dah. hopefully mmg takkan nyer. tapi sajer nak berleter dengan sesetengah manusia yang saya rasa kerja nya mmg suka amik tahu perkembangan orang. tak cukup dengan melihat, mereka membaca, tak cukup baca mereka bercerita, tak cukup ngan bercerita...terus mengumpat. tak pasal² dapat dosa hari² duk ngumpat pasal orang.

tak perlu saya cerita alkisah orang lain, saya amik contoh diri sendiri. malas nak cerita pasal orang lain..kang rugi plak ngan pahala yang tak banyak mana ni ha.

saya dah 33 tahun...pakai legging gi pasar malam. rambut kaler² eventho tak seblonde dulu. dalam sebulan seminggu pasti pakai cutex, tak kisah kaler apa janji bukan hitam sebab takmo jadi vampire. pastu ada mulut² or orang yang budget mereka byk benor pahala sampai cerita pasal saya setiap kali berjumpa. adehhh...makcik²..biar la saya nak bergaya pun. biarla saya nak beli barang branded pun..itu duit saya makcik. bukan duit awak... rezeki kiter telah ditentukan oleh Allah..berjimat cermat satu bonus untuk kita hidup senang lenang. tapi jangan disebabkan nak kaya sangat sampai kenikmatan yang patut kiter rasa terlepas macam tu saja.

saya beli beg LV direct dari butik membazir bagi sesetengah orang..katernya boleh simpan wat beli keta. saya beli yang ori orang mengata, kalau saya beli yang ciplak pun orang mengata. memang susah nak puaskan hati orang kan. saya bukan orang senang..tapi kemampuan utk beli barangan macam ni adalah satu kenikmatan selepas bekerja keras. kalau takmo tengok saya membazir..meh bagi saya satu percuma. so saya boleh simpan duit tu tuk jadi kayo macam korang nak.

kiter muda hanya sekali. jangan nanti bila dah masuk 40an baru ko nak buka mata sedar yang ko tu tua sebelum usia. jangan dikk...umur muda lagi..toksah nak jadi juri tak bertauliah duk pandang serong orang lain. ahkak mu ini tahu mana yang sesuai mana yang idak. ada ko nampak ahkak mu tempek gambar berbikini? non ado kan...ada ko nampak akak mu ini pakai seluar pendek? non ado kan...ada ko tengok ahkak ko ni pakai baju sleeveless?? non adoo kan....so apa masalah ko sampai segala pakaian aku pun ko nak hentam.

orang camni kan..kerja nya duk tengok penampilan orang. sebenarnya dier pun teringin gak..tapi tak mampu or tak berani kot. or sebab dier sebenarnya lebih sudu dari kuah.

ni saya nak cerita..dulu waktu saya kat kolej, mmg saya nakal. gi clubbing tak hingat..duk lepak ngan budak laki tak malu. bukan saya buat salah pun..saya duk kat cafe tempat yang semua orang boleh nampak. tapi kan..orang yang mencaci saya dan kawan² saya ni...bertudung litup. memang budak baek sangat la..tup..tup..satu hari pengsan kat padang. beriya² la kawan menolong..bawak gi klinik..hambikkk...mengandung...

jangan nilai orang dari penampilan taw..jangan nilai orang dari gerak laku..sejahat mana pun manusia tu, tetap ada tempat di sisi Allah..terpulang pada orang tu sendiri untuk bertaubat. bukan tugas orang lain tuk menilai or menjatuh kan hukuman.

apapun, terima kasih la sebab amik tahu pasal apa saya buat..apa saya pakai. insyaallah..saya tak sejahil itu. saya masih ada suami tuk dijaga maruah nya..saya masih ada ibubapa dan keluarga mentua untuk dijaga nama nya. korang jangan risau..tiba masa nanti..saya tinggal semua benda ni. takde blonde..takde cutex. tapi jangan plak bila sampa satu tahap saya berubah..orang yang mengata tu plak buang tabiah. adehhhh...jangan dik..terlambat dah..toksah..toksah...kalau teringin..baek buat skrg.


geram saya hokey..paku dulang paku serpih, mengata orang dier yang lebih..




Tuesday, May 24, 2011

Teacher's Day

dah hujung bulan Mei baru nak buat entry pasal teacher's day. sila salah kan tuan blog sebab terlalu sibuk sampai terlepas pandang dengan gambar² ni.

seperti tahun² lepas, bila tiba je teacher's day saya duk penin nak pikir hadiah apa nak bagi kat teacher abang n wawan. tapi tiz time mmg tak penin ..sebab mmg tak sempat nak beli barang . so saya just gi Famous Amos Alamanda and amik mana yang bersesuaian.

zaman saya dulu kan..[nak gak stori pasal zaman batu], saya takat bagi tisu or pen je ngan cikgu. kalau boleh bagi bunga tu mmg dah kira glamer la. dulu minta duit ngan parents tuk beli hadiah mmg tak berani. so gigih la kumpul duit sendiri. kalau mampu beli pen, kalau idak..cukup la tisu 30sen. alahai...sian plak tengok nasib cikgu² zaman dulu kan. kalau zaman skrg, cikgu² happy je dapat hadiah..bkn satu tapi banyak plak saya tengok. alhamdulilah..rezeki cikgu² yer, tapi semua tu tak mampu nak balas jasa mereka yang mendidik anak² kiter. jasa dan pengorbanan mereka hanya Allah je yang mampu membalas nya.



cikgu n pengasuh wawan ada 14 orang, nak beli 2 je mmg tak syok. so saya berlaku adil la beli kan kesemuanya. pastu tuk abang saya belikan special sikit sebab cikgu kelas je dier nak bagi pun. sampai rumah tak abis² stori pasal Cikgu Azimah..sayang benar dier ngan cikgu kelas dier.



hadiah mummy dah belikan, so kad abang kena tulis sendiri. agak² penin tak cik azimah baca kad abang ni?



hahahahah...tengok ada perkataan MIKI plak kat situ. kebetulan magic pen tu dari brand MIKI..so abang main tulis je apa yang kat atas meja. perasan tak ada perkataan TM RM..hahahah..matilah cikdu dier ingat abang duk terbayangkan $$$$.... :)




Sekadar Berkongsi


bila keluar kat suratkhabar, saya mengelak tuk baca. takat tengok tajuk besar n gambar² je...bila keluar kat berita TV, saya buat² tak dengar..bukan takmo amik tahu. tapi macam tak sampai hati nak dengar cerita lebih lanjut.

seorang demi seorang bercerita pasal ni, satu blog ke satu blog buat entry pasal ni. saya hanya mampu memberi Al Fatihah buat mangsa².

tapi bila menjenguk ke blog Amy, tersentuh hati melihat setiap satu raut wajah mereka. betapa gembiranya mereka tuk membuat persembahan pada hari kejadian



gambar beberapa jam sebelum tragedi berlaku.

salam takziah untuk keluarga dan waris mangsa, tak perlu pertikaikan ketiadaan CF or kesilapan sapa². yang dah pergi biar pergi dengan tenang...pada pihak yang berwajip, amik ini sebagai pengajaran. betulkan apa yang silap..

Al Fatihah




Monday, May 23, 2011

Sinar Harian




ingat tak saya gi birthday bash Anding kat Waterlily Damansara [Anding's Birthday Bash] ? pagi² dier BBM suruh beli suratkhabar aritu..katernya muka saya kuar kat paper. terkejut plak...saya buat salah ke sampai kuar kat suratkhabar ni. bila tanya boleh plak dier nak kena kan kakak dier ni..siap takmo bagitaw, suruh beli sendiri..adeh...gigih la daddy gi petronas cari

bila beli..gelak tak hingat tengok muka sendiri kat sini. ni suratkhabar bulan April yer..bukan semalam. cuma saya terlupa nak masuk kan entry kat blog je. pasni boleh la liminate elok² pastu tampal kat peti sejuk. hihihihi...




Colouring Contest



last saturday kami pi teman abang tuk ke Masjid Besi, ada pertandingan mewarna anjuran Bank Rakyat. ini adalah pertandingan pertama bagi abang sejak masuk Tahun 1.

orang yang xcited lebih of coz wawan, bagi moral support tak boleh blah kat abang, sampai rimas abang dibuatnya.



sampai kat sana abang kena tukar baju yang disponsor oleh Bank Rakyat ni..ada gambar Nuri kat belakang. dalam beg tu ada pensil kaler dengan makanan tuk bekpes



tengah boring tunggu pertandingan nak mula, bertukar tempat dua kali..sebenarnya kami dah siap2kan pensil kaler tuk abang. yang lama dan yang baru semua saya masuk kan dalam beg. sampai kat situ, pihak pengajur tak benarkan peserta pakai pensil kaler sendiri. kena guna kan pensil kaler yang mereka bagi



uols tengok mummy nya bagi moral support. orang lain duk bersandar kat blkg, saya siap bersila kat bawah tali tu. janji tak duduk dalam kawasan larangan..hihihi...yang sorang tu siap bergantung kat tali lagi.



lefthanded abang ikut jejak mummy dan daddy..




ramai gak yang datang..ada 4 kategori..abang dalam kategori 7-8 tahun



nasib baik saya teringat nak bawak meja ni, atleast selesa sikit dier nak mewarna. owh meja ni saya cari merata, at last saya jumpa kat Mydin RM16.90 je



kan..moral support nyer pasal siap dier gedik kat sebelah abang..sampai abang rimas suruh saya bawak dier gi jauh2..



siap ada yang meniarap..penat kot tertunduk2 kan



dah settle..comot gak hasil nya. dah penat kata abang..takpe la bang..janji siap pada waktu nya



ada 4 kategori..pemenang no 1 hingga ke-3 dimonopoli oleh perempuan..yang lelaki byk amik saguhati je. kategori pertama 5-6 tahun, 7-8 tahun, 9-10 tahun dan 11-12 tahun. semua top 3 perempuan yang dapat. tapi hasil mmg cantik..



Nuri maskot Bank Rakyat pun turut hadir



nampak abang tak? tu kat blkg sekali..seronok kanak2 jumpa Nuri



sebelum pemenang diumumkan..Nuri dan pekerja Bank Rakyat mengajak adik2 wat tarian chicken dance..



alhamdulilah..untuk ketegori 7-8 tahun abang dapat hadiah saguhati. ada 10 orang yang dapat saguhati ni..tak dapat no 1 pun takpe yer bang..next time boleh cuba lagi. plus yang join tuk kategori abang ni berpuluh2 orang. so kira berbaloi la yer..



tak sabar nak tunggu pengumuman pemenang..tengok aksi mereka



dapat hadiah lunch box dari Nuri..siap ngan botol air. tapi wawan dah paw dulu..



ada rezeki kiter try lagi next time..apa pun terima kasih pada pihak sekolah kerana memberi peluang pada abang tuk menyertai pertandingan mewarna. terima kasih juga pada Bank Rakyat yang sentiasa memberi layanan yang baik pada peserta dan ibubapa.



amik kesempatan gak nak bergambar kat sini. first time kaki jejak kat Masjid Besi tempat angkasawan kiter akad nikah..so terus amik scene yang menarik tuk posing. tapi yang tak tahan..wawan posing lebih.. cer tengok..cer tengok..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...