Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 30, 2011

Selesai Problem


sebelum ni iron baju kids² saya main gantung kat tepi almari. nampak semak benor n serabut kepala tengok setiap kali. nak letak kat tempat daddy..dah penuh. tempat mummy lagi la tak boleh. almari mummy tunggu masa nak tumbang je tu.



so beli ni kat K4 RM19.90. letak kat bilik diaorg je..cukup tuk pakai seminggu. bila nak iron kat bilik sebelah boleh je sorang sekali. bila anak² dah membesar ni, almari yang sedia ada macam tak cukup. kena tukar almari lain plak.

itu lenkali pikir..selagi duk quaters toksah nak pikir hal perabot. nanti nak pindah rumah penin kepala tengok perabot semakin banyak. lagi² yang macam saya ni..kalau pindah, barang² kena angkut kargo. leceh benor..



Macam² Dier Boleh Buat

semalam nak buat entry tak dapat upload pic. hampagas tul kan...semalam saya penat giler, idak la tahu naper. nak kata wat kerja berat memang takde, tapi bila otak kiter terlalu kuat berfikir..badan akan mengalami effect nya.

saya sampai rumah buat itu ini dan dalam pukul 9 mlm baru free n buat blogwalking. waktu tu abang dah tido sebab ngantuk or tidak saya akak make sure dier masuk tido kol 9 malam. so tinggal la penglipurlara saya seorang ni. dier ni selagi mummy tak tido selagi tu dier buat show kat depan tv.

sumtimes dier akan jadi penyanyi..sumtimes dier akan jadi cheerledeaers, sumtimes plak boleh jadi pelakon sebab dier akan cakap sorang² dengan beberapa watak. sumtimes dier boleh jadi gedikkkk...



so malam tadi dier jadi pereka fesyen, sekali gus jadi model catwalk. amik stiker ditempek nya kat baju..bila saya tanya, "ni tali pinggang barbie". owh..idea dah ada kat situ tapi material nya non ado.



yang kat blkg tu dier tempek sendiri. tu yang tak betul..

kalau uols rasa pic kat atas tu macam...hmmm..ehmmm...aaaa....speechless terus. tunggu uols tengok pic kat bawah.












scroll lagi

















kan...senyum tak perlu kata apa².

memang tak amik pic full pun. nanti makcik², akak² pengsan tengok wawan. so amik tang earing je lah yer.

:P




Wednesday, June 29, 2011

Takde Tajuk


memang sengaja tak letak tajuk, takut nanti bila orang google isu pergaduhan dua artis ni tetiba link mummysyafie naik. bukan nak upkan traffic cuma tergerak hati tuk bercerita pasal orang yang saya penah kenal



pic from Murai.com

saya tahu Fasha ni sebagai artis je. tak pernah plak jumpa secara dekat. kalau terserempak kat KLIA memang pernah. tapi tu dah lama la..kalau tak silap dier gi BALI sampai kuar kat Melodi yang dier gi bali ngan Jejai tu. orang nya memang cantik, sebagai wanita saya anggap dier memang sempurna dari segi fizikal.

tetapi dalaman saya memang tidak tahu, kalau setakat nak baca gosip kat mana² saya belum ada hak untuk menilai seseorang. tetapi selepas kes dier dengan Nora Danish, saya tak tahu kenapa saya lebih menyokong Nora dalam isu ini. mungkin sebab saya juga seorang isteri dan ibu..tetapi untuk meletakkan seratus peratus salah di pihak Fasha memang tak boleh kan..

terbaru isu pergaduhan dier dengan Iqram, dari satu website ke satu website saya baca. saya tak follow Fasha kat twitter, tetapi saya follow Iqram. satu persatu apa yang dier twitt tu mmg saya ikut tetapi utk reply memang takde.



mengenali Iqram sejak tahun 2002 lagi, waktu itu dier belum jadi artis. kenal dier pun thru Anding, satu Uitm ngan Anding n housemate Anding waktu duduk kat Damansara.

sepanjang saya kenal dier, memang tak menunjukkan dier seorang yang DIVA or orang yang lambat. kalau ada event yang melibatkan Anding waktu tu, dier adalah orang pertama yang sampai..kitaorg just datang duduk je sebab dier akan booked kan tempat tuk weols.

kalau bersalam, tak kira la pertama kali jumpa or pernah jumpa..yang tua pasti akan rasa dihargai bila berdepan dengan Iqram ni.

cuma, sejak dier dah mula jadi artis..saya dah lama tak jumpa dier. last jumpa kalau tak silap 2 tahun lepas. waktu tu terserempak kat Mall..masih seperti Iqram yang saya kenal beberapa tahun dulu.

lepas satu drama ke satu drama, kami tumpang gembira tengok pencapaian dier. waktu Anding terlibat dengan teater muzikal aritu pun dier datang bagi sokongan.

bila dah popular macam ni, tengok kat TV pun kids dah boleh ingat nama dier.."uncle iqram". cuma saya tak berpeluang nak jumpa secara berdepan, even yang lain pun tak tahu cerita dier sekarang ni. apa yang kami tahu..dier semakin popular dan semakin sukar untuk weols bertemu.



apa pun isu dier dengan Fasha..saya harap dapat la diselesai kan dengan cara yang baik. memang tiada hak untuk memberi komen or apa²kan sebab Iqram ni pun dah lama saya tak jumpa.

ada pulak orang kater, bila manusia dah glamer ni..perangai pun bertukar. Allahuallam..saya idak la berani nak mengiyakan sebab dah lama benar tak jumpa dier. bila saya selidik dengan kawan² rapat..diaorg kater "no komen". ada jugak yang seperti mengiyakan perubahan itu cuma tidak menyuarakan secara terang.

cuma saya tumpang simpati je dengan dier..nama baru nak naik, dah dilanda kontoversi macam ni. bila sembang ngan daddy, kami macam tak percaya itu adalah Iqram.

sebagai kawan lama..saya cuma dapat mendoakan dier berjaya dalam karier, apa yang salah tu..dapat diperbetulkan dengan cara yang baik. cuma saya harap tiada orang ketiga yang memperbesar²kan isu ini untuk kepentingan masing².







Bukan Perempuan Sahaja


saya memang suka berkawan, cuma perangai saya bila sekali saya dikhianati sampai ke mati saya ingat. saya sedar kekurangan diri..sebab tu dalam persahabatan saya perlukan kejujuran dipihak yang lain. kalau ada perangai yang yang elok, saya tak kisah ditegur secara bersemuka. bukan dengan hanya mengumpat dibelakang or memfitnah sesuka hati.

dulu kat sekolah, saya ada kawan² yang memang sehidup semati la konon. kalau sorang kena usik ngan geng lain, mesti satu batalion yang datang. bukan perempuan je taw..yang lelaki pun saya ngam. dulu saya boleh cerita apa je..boleh sumpah seranah dengan nada bergurau. itu dulu la kan..

bila dah meningkat dewasa, kawan² perempuan banyak dah ubah haluan sendiri. tinggal beberapa kerat je yang ada. pernah jugak saya JATUH tersungkur sebelum kawen, alhamdulilah..mereka tetap ada disisi eventho tak seramai dulu. sampai sekarang rahsia saya mereka pegang..

lepas tu bila saya kawen, hubungan kami terbatas. sampai la saya jejak kaki kat sini, saya mengalami kesukaran untuk jumpa kawan yang sejati. selain dari opismate..saya lebih suka bergaul dengan orang luar dari bidang kerja. takmo la terkurung dalam satu kelompok je.

so bila ada FB ni, saya dapat jumpa balik kawan² yang sehidup semati dulu..katernya la kan. tapi mostly mereka yang ada kat KL ni lelaki..yang perempuan tak ramai. persahabatan weols macam zaman sekolah² gak, siyess tak tipu. kawan sama menangis, kawan sama ketawa.

mungkin bagi orang lain ianya satu yang ganjil. sebab wanita sudah berumahtangga macam saya boleh berkawan dengan lelaki bujang. saya nak buat camno?? dah kawan sekolah saya yang lelaki yang ada kat KL ni masih single n masih memilih..huhuhu..itu salah diaorg occay. bukan salah saya. :P



ni Jaley, kalau kat facebook tu bersayang, berdarling tu uols jangan hairan. sebab ini la dier. ex schoolmate daddy sebenarnya. tapi bila kerap ikut daddy jumpa dier..pastu dier pun kenal Anding, so kami boleh jadi rapat.

kiranya kawan lelaki baru yang saya jumpa sejak bergelar isteri. so far setiap kali jumpa memang daddy ada la kan. tapi dalam apa pun keadaan..dia sentiasa ada disisi. sumtimes ada perkara kiter sukar tuk luah pada suami..or tanya suami kan. saya selalu rujuk pada Jaley..or even prob ngan kekawan pun saya selalu share ngan dier.

dier yang banyak tenteram kan saya kalau saya tengah marah, dier yang banyak bagi info pasal sale itu sale ini..yerlah. setakat ni memang saya serasi nak bercerita..sebab saya tahu, kawan lelaki dan perempuan ada beza nya.

sumetimes ada benda tak boleh cerita ngan kawan perempuan, and sumtimes ada yang tak boleh cerita dengan kawan lelaki. so realiti nya..dalam kehidupan saya, saya memerlukan kedua² nya dalam persahabatan.



a gift from Jaley on my birthday, thanks Jaley..katernya sebagai sahabat, menjadi tanggungjawab untuk menceriakan sahabat yang lain.

tapi tak perlu nak bagi hadiah pun nak menceriakan kawan², apa yang penting timbang rasa dan persefahaman. yang paling saya perlukan kejujuran dalan hubungan.

nak kawan tak?? tak nak kawan sudah..huhuhu..ai tak paksa. kang ada yang terseksa. :)




Tuesday, June 28, 2011

Empire Mall


last wikend saya ajak kids gi Empire Mall. dengan keadaan sakit kaki tu gigih jugak ke sini sebab nak tunjuk kat abang slide paling panjang sekali.

tambah plak anak tekak macam tercari² macarons, so sampai sana terus saya ke Whisk amik 20 bijik sekail. jalan sambil makan la gamak nya..

lately saya suka ke sini sebab nak cari barang kids macam mudah je. owh..kalau uols nak cari Guess Kids kat sini banyak choice, tapi tuk boys je taw. yang girls kurang..yang girls uols kena gi One Utama. itu budak SA yang bagitaw kat saya. ada gud news dari Guess taw..awal July saya bagitaw erkk. nak confirmkan dulu baru bleh sebar kat sini.



ni slide yang terpanjang sekali tu. nak try boleh..just bayar RM12 tuk kids baya abang. daddy memang la takmo, dier kan gayat. saya nak try tapi takut tak muat..hihihi..muat la. ada amoi tu besar dari saya ok je sampai bawah.



budak ni baya abang kot..sebab tinggi lebih kurang je. dier try banyak kali jugak..mula² abang takmo, tapi bila nak balik boleh plak dier ajak weols gi sini sebab nak slide kater nya. tapi saya tak kasi la kan..sebab gerun pun ada tengok slide ni tinggi benor.

ok geng..apa kater kiter wat gathering kat sini. dulu picnic kat taman kan? so pasni kiter gigih jumpa kat Empire Mall, pastu sorang² turun ikut slide. ada berani tak?? Elly..aku cabar hang taw..kalau hang berani baru aku nak gak. muaaahh....




Pose , Snap & Win

eh, buka blog mummysyafie awal pagi terus keluar muka orang lain. apa kes ni?? sila jangan tukar balik link kat atas tu, memang betul la ni blog saya. cuma pagi ni saya nak minta tolong uols semua. boleh tak? sayang saya tak? alololo...meh cium² sikit.



cipun enter satu contest taw..last minute plak join tu. dier kalau takde hal penting memang tak kan minta tolong saya ..saya je yang selalu menyusah kan dier. huhuhuhu..so tiz time, nak balas budi dier balik..saya nak mohon jasa baik uols (macam buat surat rasmi plak) untuk LIKE gambar cipun ni. eh..jangan cari nama Cipun taw..cer cari nama Saiful Azri. Cipun tu nama dier kat Kolej dulu :)

step pertama uols kena klik kat link ni

http://apps.facebook.com/posesnapwin/?cle_id=84946f9920efd1af79567b729e29f53d

a) then klik LIKE maybank
b) then klik CONTINUE
3) pastu klik VOTE picture

just ikut step itu dan uols akan jumpa gambar jejaka idaman Melaya ni ha. katernya pemenang contest boleh dapat Ipad2. Cipun kater nak share ngan saya..so saya pun nak menang Ipad2..hahahah..iyer ke dier nak share?

hokeh..done kat sini. awal pagi line tenet selalu occay kan? cer LIKE cer LIKE kejap pic kawan saya ni. ala..kawan saya pun kawan uols gak. mulih tak? kalau menang Cipun belanja sekerim. siyess tak tipu. LIKE taw..tak pernah nak minta tolong uols ni..jangan lupa..just perlu LIKE sekali je.

muahhh...lap u..




Monday, June 27, 2011

Zahra Shanley



pic from Abang Nara

comel tak? ada iras Jimmy Shanley kan..

Alhamdulilah..Jimmy dah menjadi ayah kepada baby girl ni. semoga Zahrah jadi anak yang solehah kepada ibu dan bapanya.

rasanya first time letak pic anak artis..hihihi..sebab yang ni special. bukan Jimmy je yang ternanti², saya pun tak sabar nak tunggu kelahiran Zahra ni. semoga kehadiran Zahra dapat mengembalikan sinar kebahgiaan dalam rumahtangga Jimmy.

more info kat sini - [Beautifulnara]









Projek Mega Kami



waktu dapat kad jemputan dari Guess pada awal Jun, saya,Bee,Liza n Lin memang dah plan nak amik cuti sekali. nasib baik kami berlainan cawangan so memang shuld be takde masalah nak apply cuti...cuma saya dengan Liza je kot ada sedikit problem kalau nak cuti serentak coz kami satu c
awangan. nasib baik la cuti lulus..so boleh la berjimba.

pada mulanya nak bawa kereta ..tapi camne ntah weols decide nak rasa kelainan n thrill sikit tuk projek mega tiz time so berpakat la nak naik public transport. katernya waktu study dulu je merasa semua ni kan. tapi mula2 mmg tak sangka yang weols akan beli brg yang banyak dan BESAR..saya pun just nak cari baju kids je sebab kat warehouse sale tu ada GAP kids n Guess Kids kan..so kat pale ni mmg nak terjah situ je lah.

naik ERL dari Putrajaya RM9.50, pastu benti kat KL Sentral. jalan kaki agak jauh sikit ke Monorail sebab ada projek bangunan kat depan tu. masa ni dah terasa kaki nak tercabut..nasib baik pakai flat
shoes. so boleh la buka langkah besar2.

naik Monorail ke Bukit Bintang RM2.10..syok gak naik monorail ni. pengalaman kedua selepas Dee ajar dulu. sampai kat Bukit Bintang macam awal lagi..dalam kol 9.30 pagi kami singgah ke Sungai Wang Plaza dulu. nak bekpes kat McD...tapi sempat gak shopping kat situ taw. kedai nya awal pagi dah
buka.

pas bekpes semua, gigih la jalan kaki ke seberang jalan tuk ke Park Royal.



cer tengok diaorg bertiga. saya gigih berlari seberang jalan..bila sampai tengok blkg diaorg masih tak berjaya lagi. hahahah...so bab ni saya terror lah yer. dua kali mereka tertinggal kat blkg..hihihihi...

waktu melintas jalan ni saya dah nampak dah byk orang bawak beg besar2. mak aii..dalam hati..awal nya diaorg ni datang. ingatkan time kerja camni orang tak ramai. mostly yang cina la..angkut beg besar2 plak tu. saya jadi pelik la..agak2nya diaorg yang byk dapat kad kot, sebab tengok kat dalam hall tu majoriti diaorg je yang ada.



masuk hall beg kena bungkus n seal kooo..sian LV kena bungkus ngan plastik. cuma boleh pegang purse n hphone je.

masuk dalam benda pertama yang kami nampak...GUESS!!!! kasut,hbeg memang berlonggok. tetiba yang lain diaim yang lain dirembat. aiseh..tergugat iman tengok harga murah macam tu



makcik ni borong sakan aritu. ni tengah bayar jam..patut la waktu mula2 ajak naik public transport Bee macam.."eee..kalau bawak barang banyak macam maner". waktu dier cakap macam tu, kami yang lain gelak je.."aihh..banyak benor nak membeli nya"..hahaha..rupa2 nya aritu dier mmg borong sakan. kiri kanan penuh occay.



sampai terduduk diaorg kemas hasil rembatan. beg saya paling besar so nak masuk apa silakan..

hbeg sorang satu, kasut sorang satu, jam beli pun tak rugi..memang murah giler. cuma baju kids Liza n Lin je memborong. sebab banyak saiz tuk anak diaorg. saya dan Bee tak dapat baju pun. tak reti nak pilih lagipun saiz tuk budak baya abang n wawan takde yang menarik.

dah abis borong kat situ, tengok jam awal lagi. so plan yang tak dirancang..weols ke Pavillion. sambung membeli.



kater nak gi England pasni, so Liza gigih cari baju sejuk tuk baby dier. saya dah penat sebab usung lugaged beg Guess tu dari Park Royal!!! bagi diorg dekat..tapi bagi saya yang usung beg tu JAUH taw..huhuhuh....



dua item yang saya rasa berbaloi2 borong. lugaged beg tu kalau normal price RM500-RM700 ikut saiz. tapi kat warehouse tu saya dapat harga mmg durian runtuh...kalau beli ngan harga biasa, saya boleh amik sampai 5 bijik. so uols teka baper satu. :)

kasut tu mmg saya minat sangat. cuma bila masuk butik Guess, kasut ni macam kurang memanggil..tunggu sale tak gak sale..



semua design ada haritu. harga pun sama taw. rugi plak saya rembat satu je. pikir balik kalau amik kesemua design pun takde hal. lagipun mmg perlu tuk travel kan. aisehh...rugi..rugi...



ni harga kat butik Guess RM389 satu. tapi dengan harga ni saya boleh dapat 3 pasang..so cer kira berapa harga sepasang. :P

purse harga RM60 je..memang murah sangat. cantik2 plak tu.

hbeg toksah cakap la kan..melambak2 sampai tinggi saya ni. memang old fashion sikit tapi still nampak cantik taw. so..saya rasa dalam tempoh beberapa bulan lagi akan ada satu Warehouse sale tuk tahun ni. hahahahah..jom kiter gi lagi. tapi tiz time takmo naik public transport. serik taw..kaki sakit tak hilang2 lagi ni.



Saturday, June 25, 2011

Macam Nak Patah




sebabkan aktivti hari Khamis tu, sendi2 badan semua sakit. paling teruk kat betis..tapi pelik doe, sakit betis tapi tunjuk gambar kat bahu. hihihi...penat den nak google lagi so main upload je pic dari abang google ni.

jalan terhincut2 taw..macam orang sakit punggung. pastu gi kerja tak boleh nak pakai heels..sakit benor rasa kaki. sapu yoko2 tapi tetap gitu gak. nak mengadu ngan daddy, baik tak yah sebab dier gelak manjang je.

"padan muke..ada keta tapi terhegeh2 nak naik public transport"..hihih...eventho sakit camni amik masa berhari2 nak hilang, tapi pengalaman n kenangan naik public transport ngan geng opis bukan dapat diulang balik taw. sampai satu tahap bila weols bercerita kat opis..riuh sekampung tengok gelagat masing2.

bila dah jadi camni, jalan pun susah..so harini kami duk rumah je lah. tunggu kaki mummy sembuh dulu yer, kalau ok..petang2 sikit kiter kuar jalan2 ukur bangunan.

happy wikend uols..




Friday, June 24, 2011

Bear Saya Punya!!




pagi² nak pegi sekolah tetap dukung tanpa malu bila orang ramai tengok.



bila malam bawak tido eventho lelap kat sofa tunggu mummy abis ngadap blog.

kan dah cakap..Bear tu wawan dah cop dulu. tinggal kat daddy munge n coklat yang tak bersentuh² daripada hari pertama dier dapat. elok je letak kat meja komputer kat rumah tu. hari² daddy tengok. katernya.."eh..bunga ni tak layu² lagi ke mummy?" . bleh tahan gak laki ai ni kan. ingatkan dah terima tu..tak done sampai rumah coklat dah abis. tapi dier simpan elok je kat atas meja. abang pun macam faham je sampai sudah tak minta pun Ferero daddy. cuma bear tu dier kasi wawan sebab tak sedap nak pelok kot..dah ada bear yang gebu lagi sasa. hahahaha...

Bear ni untuk daddy sebenarnya. [Entry Bukan Selalu Buat]




Ke KLIA


sebelum bercerita panjang lagi, saya nak minta maaf kat sis Dee pasal semalam. entah camne boleh terlupa nak sms you tuk lunch. punca nya bila kami macam tak puas hati ngan hasil rembatan di Park Royal, terus menyambung misi ke Pavillion.

first time naik public transport buat weols sedikit kelam kabut. sib baik saya pernah naik sekali dulu ngan sis waktu gath kat redbox. so pengalaman tu saya gunakan tuk bawak diaorg sekali la. hihiihih...lucu sangat kalau ingat balik kejadian semalam.



last wikend daddy ajak kids naik ERL ke KLIA. kami kesana sebab nak hantar Afirah dan kawan. eventho Afirah dah jejak kaki kat KL ni, tapi dier tak boleh nak bermalam or keluar dengan orang lain walaupun saya. cikgu pengiring nak pelajar2nya sentiasa ada depan mata. saya faham la situasi tu kan..jadi kami hanya boleh jumpa kat KLIA je lah.

daddy ajak abang n wawan naik public transport. dah lama kami tak naik ERL..kalau dulu ngan daddy, kami lebih preferl naik erl daripada dihantar terus ke KLIA. tapi bila dah bertambah ahli keluarga tu, maknanya bertambah la beg2 yang nak diusung.



abang nak masuk kan kad sendiri..mmg excited la kan sampai nak ulang kuar masuk dua tiga kali. sib baik ada guard kat situ, kalau idak mmg wawan dah buat macam pintu rumah sendiri.



muka orang yang xcited naik Thomas..owh..wawan panggil ERL ni Thomas N Friend.



sampai sana Afirah dan geng dah beratur tuk check in. kotak yang besar tu isinya instrument diaorng. terpaksa dileraikan tu senang packing dalam kotak.



dah nama nya budak2kan..sampai ke troli tu diaorg buat macam skateboard. tetiba nak balik jadi student..huhuhu..



ni cikgu pengiring dan seorang lagi coach yang bertanggungjawab semasa mereka kat sini. ok gak cikgu ni, mmg allert kalau pelajar nya hilang dari pandangan.



ini kategori yang mereka menang tuk Drum kategori. katernya nak frame n gantungkan kat bilik band sekolah.

ada banyak gambar sewaktu battle tu saya tak upload lagi. nanti2 lah yer sebab banyak yang nak kena q tuk saya hapdet. tambah plak sejak dua tiga hari ni kerap benar saya penin..bangun pagi hari2 kena telah actifast. so sementara tunggu citer n gambar yang lebih xtreme, hahaha...xtreme la sangat kan. layan dulu la pic kat bawah ni..tapi takmo muntah iyer..tahan dulu, nak muntah gi toilet. :P



gambar abang yang amik thru ipod dier. saya kan penat giler on saturday tu..dari pagi hingga ke malam temankan Afirah kat curve. pastu sambung plak dinner ngan kekawan daddy. nak cancel tak sedap plak..so ingat on sunday boleh berehat. tapi flight my niece plak kol 11 pg, so mmg kena bangun awal la that day

so bila dalam erl, saya nyempat gak landing kooo...tak sangka plak kena tangkap ngan anak sendiri. moral of the story.."uols yang ada anak dah pandai amik pic guna gadget, uols harus check selalu gambar apa yang dier amik" siyess tak tipu. sebabnya waktu daddy check aritu, dier terjumpa video yang abang rakam. video tu mmg tunjuk wawan tgh menyanyi dalam bilik, tapi tanpa sedar..mummy nya ada kat blkg lalu lalang kemas tempat tido ngan baju cekci. hahahah...sib baik daddy check. kalau idak..mati la hakuuuu



Thursday, June 23, 2011

Tom Yam Punya Pasal


makan cili terasa pedas tak? tapi tiz time bukan nak citer orang makan cili, ini nak citer pasal gara² wawan yang tak pernah makan tomyam.



gambar mmg digelap kan, takut uols geli plak tengok wawan muntah kat sinki ni. wawan ni balik dari sekolah muntah². minum susu..muntah, makan nasi..muntah..layan biskut pun muntah. pastu saya call cikgu kat kindie. apa yang diaorg makan? cikgu kater makan tomyam..hahahaha...iyerla kot. mesti alah ngan tomyam ni. wawan tak penah makan tomyam lagi..

adeh..sian anak saya kan. bab makan² ni mmg tak mahir macam anak orang lain. makan doyan pun tak reti. :)




Warehouse Clearance


hari ni saya cuti. bukan seorang tapi berempat. dapat kad jemputan daripada Guess untuk sama² menghabiskan duit untuk warehouse clearence ni.



23 Jun untuk yang mendapat kad jemputan, 24 Jun untuk pemegang card HSBC dan 25 Jun will open to public. saya dapat dua kad, satu kad untuk dua orang so tiz time hanya boleh bawa 4 orang. ajak rakan² sepenjenayah yang satu ofis ni. kebetulan hari ni gaji kan..so boleh la tengok apa yang berkenan tuk raya or non raya

ni saya anggap therapy minda..hihihi...ahkak sedih mengenang nasib. aiseh..tidak berdendam cuma saya terkilan..sebelum tahu perkara sebenar...saya sudah dilabelkan manusia busuk hati. tapi masalahnya, terlepas kater boleh ke tarik balik? pelik benor putaran kehidupan ni.

sebab tu skrg saya banyak berdiam. bukan bermusuh, cuma..takut tersalah cakap, tersalah faham yang akan mengeruhkan keadaan. takpe la..baik berdiam dari bersuara kan. lagipun yang muda sekarang lebih matang dari yang tua macam saya :P

jap lah yer..nanti saya nak adjust sikit frenlist kat FB tu. sebab ada yang saya tak kenal tapi ntah camne ada kat FB..pelik benor. agak² nya bila approve aritu nama lain, so skrg nama dah lain.

hokey..nak cuci mata sikit kat Parkroyal ni. adioss..




Wednesday, June 22, 2011

Bukan Selalu Buat


tak selalu buat camni. sejak dah kawen ni la kali pertama saya buat suprise kat daddy.



semalam saya minta delivery antar coklat dan bunga tuk daddy sempena Father's Day. saya minta dihantar ke lobi opis..terkial² la daddy amik. ingat kan ada parcel dari insurans ke. bila dapat bunga..tersengih² la daddy anak dua ni amik. katernya.."ingatkan lelaki tua macam dier takkan dapat bunga". hahahah...kesian kan. takpe la..saya bagi macam ni sebab nak pukal. teddy tu bagi wawan, coklat tu bagi abang n munge kecik tu bagi mummy...boleh?? terus sentap owner tinggal kertas je.




Tenung Lama²




selalu bila nak buat kerja rumah payah benor mummy n daddy pujuk. pernah satu tahap mummy yang tolong siapkan sebab penat kater wawan.



tapi sejak dah ada meja ni, ok la saya tengok. tak perlu nak kena suruh..balik dari kindie je, gigih dier angkat meja tu kat depan tv sambil buat kerjarumah.



tapi yang tak syok nya tabiat wawan kena buat kerjarumah depan tv. kejap² tengok tv..langsung tak bagi tumpuan. tapi saya tak nak la paksa dier lebih² kan..yang penting kerja rumah tu siap sebelum dinner.

sekarang ok la tengok gier happy gi kindie, kalau dulu melalak je kerja nya. skrg ni antar je kat kindie dah ada geng yang menunggu. hopefully nx year dah boleh masuk pra sekolah. biar dier belajar berdikari sikit. :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...