malam tadi saya dapat sms daripada cikgu nurul, "kak, mama Najmi dah meninggal. akak ada dengar berita ni tak"
terus menggigil badan..Ya Allah..kesian Najmi. saya dah lama tak jumpa Najmi dan mamanya. last jumpa waktu kat pasar malam presint 2, itu pun awal tahun ni. pastu beberapa minggu lalu ada nampak keta mama Najmi kat presint 9 tapi dipandu oleh orang lain. macam muka mama Najmi so saya ingat itu maybe makcik Najmi kot. tengok Najmi kat seat belakang dan mama nya kat sebelah kerusi penumpang. tapi tak sempat pun nak bertegur sapa.
bila dapat berita ni saya terduduk..nak menangis tapi masih macam tak percaya. lepas tu saya bagitaw kat abang, "bang..mama Najmi dah meninggal". saya ingatkan selepas saya bagitaw abang, saya kena explain satu2 kat dier.
tapi lepas abang dapat berita tu, terus mata dier merah. saya yang dari tadi menahan perasaan sedih terus menangis. abang tengok saya..pastu amik bantal n lari masuk bilik. saya tanya, "naper bang?" langsung dier tak jawab n tutup muka dengan bantal. saya agak abang dah mengerti bila kiter cerita pasal kematian.

Najmi kawan baik abang sejak umur 5 tahun lagi. beg sekolah pun kena beli yang sama..kalau abang beli coklat, mesti dier minta saya belikan untuk Najmi sekali. tapi sejak masuk kelas 6 tahun, Najmi memang kerap tak datang. mula2 abang kater dier dah takmo sekolah lagi, tapi bila saya tanya cikgu..mereka kater mama Najmi tak sihat. cerita kat sini [klik sini]
Ya Allah..kalau la benar berita yang saya terima, kesian Najmi. dier anak tunggal..waktu sekolah tadika dulu sekali je saya terserempak ngan ayah Najmi. itu pun waktu sukan sekolah...hari2 Najmi diantar mama nya ke tadika. so kalau mama dier tak sihat, tak sekolah la Najmi.
masa konvokesyen ni pun mama Najmi baru menjalani pembedahan. waktu tu saya tak tahu apa sebenar nya sakit dier, cuma mama Najmi pernah bagitaw yang dier ada ketumbuhan kat rahim. tapi tadi cikgu bagitaw..mama Najmi ada cancer.
niat saya nak cari Najmi, alamat rumah memang takde. kalau ada pun saya rasa Najmi akan tinggal dengan nenek dier kat kampung. sebab waktu mama dier sakit, nenek Najmi yang jaga. tapi hati ni macam nekad jugak cari Najmi kat sekolah n kelas KAFA. mudah2an saya dapat pertemukan abang dan Najmi sekali lagi. saya tak tahu nak sah kan berita ni kat mana..cuma saya terpaksa menunggu tiba nya hari Isnin untuk call pejabat mama Najmi. macam tak sabar nak tunggu Isnin menjelma..
ya Allah..besar sungguh dugaan yang Najmi terima. air mata dah laju mengalir..terlalu sedih setiap kali pandang wajah Najmi..masih terngiang2 suara mama Najmi berborak dengan saya setiap kali jumpa kat kindie dulu.
dah pukul 1 pagi dan saya masih kat opis. nak buat kerja dan isi diari pun tak mampu dah..dari tadi tak boleh nak tahan air mata mengalir. sebak tengok muka Najmi..
