Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya


alhamdulilah..setelah sebulan berpuasa, esok Syawal tiba. saya dengan ikhlas hati memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada kawan2 bloggers, silent reader ataupun sesiapa sahaja yang menjenguk blog mummysyafie.

andai kata ada entry yang menguris hati semua....secara sengaja ataupun tidak, mohon maaf dipinta. sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang serba kekurangan.

pada yang akan memandu balik ke kampung, berhati2 di jalan raya..raikan hari yang bahagia ini bersama keluarga tercinta.

'Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin'




Kena Ada



yang ni kena ada setiap kali raya di Sarawak. saya beli kat rumah mak n mentua sekali. daddy punya part mmg settle kan air gas ni. selalu beli 10 jenis tuk raya tapi sebenarnya bila saya gi rumah orang..sehari sampai beberapa rumah, and setiap rumah akan hidang air gas ni..confirm lepas raya saya asthma teruk.

kalau boleh mmg takmo minum sangat..tapi bila orang hidangkan. saya jadi tak sampai hati tuk tolak. tapi selalu saya minum sikit je la..sebab tu kat rumah mak saya khaskan air soya or orange jus tuk tetamu yang tak boleh terima air gas ni

sekarang pun saya tak sihat..makan minum mmg tak lalu. sakit tekak la..cuaca kat sini panas sikit.




Sunday, August 28, 2011

Saya Dah Sampai

semalam sampai Kuching dalam pukul 5.15 petang macam tu. kat kaunter masuk pendaftaran immgressen pun ya la lama. kebetulan ada 3 flight landed dalam waktu yang sama..so mmg kena beratur panjang la kan. dalam hati macam nak marah sebab kebetulan saya beratur kat lane yang pegawai nya mmg lembab sangat...geramm je.

tapi biar la..kalau marah kang abis spoil mood nak berkumpul ngan family.



jeng..jeng..hambik..semua dah tunggu. ni belum masuk omak apak nya plak. hahaha..syok giler bila sampai rumah mak kakak2 dah tunggu siap ngan fav food saya. daddy and kids buat kerja masing2..dah jumpa geng kan. so saya plak buat kerja saya..owh..kerja dapur memang tak penah buat dari dulu. semua my sis yang handle..



kids main bunga api kat luar..saya join sekaki..nak tengok je pun tapi entah camne bleh join sekali. hahaha..tak pe..sekali sekala ai nak melepas geram kooo



buruk benor nguper kat sini. lepas berbuka terus layan my anak buah kat luar.



pastu nephew dah gian main batu seremban. erkk..dulu zaman saya yang pompuan je main game ni kan. tapi skrg..hambikk..yang lelaki plak layan. waktu ni mmg diaorg sakit hati betul tengok saya kontrol game..ko ingat usu ko tak ngeti main erkk..ni baru sikit tunjuk skill. belom tengok part tangan berbelit segala bagai..



yang ni my niece..mostly jiran2 rumah mak kater muka Amirah ni macam muka saya waktu muda2 dulu. awww..hahaha..sekarang dah tua koo. makcik2 kat sini kalau tengok Amirah mesti cakap macam Nana(nama panggilan saya) waktu kecik. dari bentuk tubuh sampai la ke paras rupa..eceehhh...tetiba teringat cerita zaman remaja kat sini.

ada iras ke muka kami ni??


occay la yer..arini nak shopping barang dapur mak n mentua. bukan selalu buat macam ni kan, so sekali sekala datang tu..apa salah nya membeli belah sedikit.plus nak bawak my amirah n afirah gi shopping kejap. babai..




Friday, August 26, 2011

Sapa Nak Jage??

sibuk pikir pasal nak pack barang..nak beli barang yang tak done lagi sampai lupa nasib dua ekor kura² ni. balik kampung 2 minggu koo..sapa nak tolong tengok kan. ada yang suruh lepas kat tasik putrajaya..ada plak yang suruh seludup masuk flight. and ada plak yang suruh masak gula tuk jamuan raya...mengong tul la



yang ni Sammy, abang punya pet. sammy ni besar sikit n kaler dier lebih gelap. saya boleh je lepaskan ke tasik, tapi sian la plak. dah jaga lama kan..pastu abang plak mmg sayang kat kura² ni.



yang ni Mei Mei, kura² wawan. tengok tak perangai Mei Mei ni..mmg nakal sampai bleh panjat tangga tu. perasan tak dier pose kat ner?


skrg ni tengah penin nak letak kat mana. kalau ikut kan hati nak je letak kat opis..kat opis saya ni mmg 24 jam orang ada. duty still on eventho yang tinggal baper kerat je.


orang lain sibuk nak balik kampung..saya sibuk nak cari penjaga Sammy n Mei Mei ni..aiyokk..penin mak nokss..


Thursday, August 25, 2011

Semak Samun

hahaha...tajuk entry hari ni tak bleh blah. itu tanda awal hormon badan dah tak balance..sebab nya fikiran asyik fikir nak balik jerk. kerja jauh² macam saya yang jarang balik ni syok gak kadang². sebab feel balik kampung tu lebih dari orang laen kot.



pagi tadi kan, waktu nak gi kerja nampak la sebuat keta kat sebelah saya ni. chantekk je ada notis kat cermin.





agak² owner keta ni makan saman tak? mesti orang tu dah marah sangat sebab tu tulis panjang lebar gitew. lenkali bang..takde parking gi park kat luar jalan tu. macam saya buat..hihihi..malam² balik gigih saya park kat simpang jalan. tapi dalam hati duk doa.."jangan la jumpa benda² pelik"





punah harapan nak puasa penuh. tinggal baper hari je lagi ni..huhuh..tak suker ok. tapi takpe la..nanti dalam flight boleh curi² makan ngan wawan..opsss...




Wednesday, August 24, 2011

Settle Dah




beli je saya longgok kat atas katil. bukan nya hasil rembatan sekali arung taw.ni projek sebelum puasa lagi kot. sebab tu nampak macam banyak benor.



abang n wawan punya, mummy nya toksah nak letak kat sini. takde baju baru pun takpe sebab bleh pakai baju lama je. bakan orang kampung tahu pun kan..hihihi

baju ni tuk kat rumah je raya nanti. kalau gi melawat saudara mara kami lebih prefer baju melayu. nak biar kan anak2 berbaju melayu kat rumah mmg kesian la kan. tapi hari raya pertama mmg wajib pakai baju melayu dari pagi sampai ke malam. ntah ler..kat sarawak konsep berbaju melayu tu selama 7 hari 7 malam mmg dari dulu lagi. nanti kalau ada yang berkesempatan..meh la try beraya kat sarawak plak. aura nya lebih meriah kot kat sana.



baju tido pun kena baru koo..baju GAP ni saya order online kat Idasha. dah lama kan ida..tapi baru skrg boleh pakai sebab amik saiz 6 yrs. tapi sayang sebab saiz abang takde..so untung la wawan.



kalau mentua saya, bukan je baju raya kena baru. segala macam termasuk tuala, cadar, cover kat bilik air n dapur semua kena baru. yang baju kecik pun kena baru taw tak..sebab tu saya terikut2 kena beli baru gak tuk raya..huhuhu...

barang anak2 dah settle..kalau kira saya ada 5 beg lugage, 2 kotak tuk bawak balik. penin..penin..overweight kot barang saya nanti. tapi nasib baik pakai MAS so boleh la kautimmmm..




Iftar With Anding @Penang Village Ampang


plan asal sebenarnya di cheras. tapi atas sebab tertentu plan dibatalkan saat2 akhir. dah jadi kebiasaan kami berkumpul tuk berbuka setiap tahun. so kalau tahun ni takde, macam tak best.

adik saya anding ni plak bulan puasa ni sibuk buat charity agihkan makanan kat orang yang tak berkemampuan. kerap benor berbuka ngan program kat luar. so nasib baik last saturday dier tak sibuk so boleh la culik jap tuk sungkei kat sini.



gambar makanan ada tapi tak upload. berbuka kat sini ok..tempat dan suasana mmg cantik. cuma sedikit sempit la untuk jumlah yang ramai. beratur panjang bila nak amik juadah..part tu yang tak syok.



saya datang awal..kebetulan siang nya tu ke KLCC, so mmg pecut terus ke ampang la pastu. sampai pukul 6.30pm, ingatkan terlewat..rupa2nya saya yang paling awal datang. amik lagi..terus amik gambar la kan. owh..saya sampai je terus duk sini..tak angkat punggung taw. sbb malas nak bergerak dengan keadaan yang tak berapa luas.



abis digomol nya pipi mummy...waktu ni uncle anding tak sampai lagi. once dier tengok anding sampai..mmg berkepit je



18 orang semuanya..yang lain tak nampak plak gi mana time ni.



alololo...one kiss for uncle anding..dengan ucapan "nak duit rayeee"



dah nak balik..kira weols yang paling last. sampai staff dah kemas kerusi meja. tak sedar plak hari dah lewat.



kenal dah lamak..hampir 8 tahun gak. semua nya orang kuat waktu AF2 dulu..ke hulu hilir promote my adik. so..eventho cerita tu dah berlalu..weols still rapat macam ni. jarang berjumpa..but once bertemu, mmg tak cukup sehari sembang macam2.



Puteri, me , suria n kak sue. puteri n suria ni dah berhijrah sejak first Ramadhan aritu. alhamdulilah..happy for them. saya plak?? bila lagi agak nya.. :]



more pic kat FB yer..jap lagi saya upload. byk gambar tak done nak resize..

tunggu tuan punya blog kembali normal dulu yer..3 hari lagi nak balik..ai sukeee...







Tuesday, August 23, 2011

Iftar With Bloggers @ Maytower Hotel


dah nak petang baru saya update blog. mood ke laut memang macam tu kot. nak buka blog macam tak sampai hati je. ikut kan hati nak baring2 tido je kat rumah. thanks pada yang buzz kat FB..yang text tanya keadaan saya. insyallah..saya ok. bukan takmo share but benda ni terlalu peribadi saya rasa.

krisis dalaman semua orang pernah laluikan..buat sesuatu benda tapi tak sure ianya betul or tidak. lagi2 orang macam saya ni mmg selalu confuse pasal sesuatu perkara. cuma tiz time saya amik masa lama sikit tuk terima hakikat yang benda tu sedang berlaku dalam diri.

ok..meh nak citer pasal iftar dengan Elly merangkap a shoulder to cry on. hahahaha..sebenarnya nak pass sumthing kat elly. dah lama dah tunggu nak jumpa awek ni tapi selalu je bz. so kebetulan aritu saya ajak dier berbuka sekali n elly on je. pastu ajak dua anak dara ni sekali..Iyra and Ayu. ngan Iyra dah kenal lama but Ayu baru kali kedua jumpa since kat tasik titiwangsa aritu.



Elly , Iyra and Ayu. kater nya iftar ngan bloggers..tapi hanya ada kami berempat je. takpe la..blogger with "s" gak kan. nanti nak buat majlis raya kat karoks plak..nak join tak??



jumpa my yayang..tapi tak bleh la pinjam bahu sebab kang ai menangis heran plak orang kat situ. :P



lepas tu diaorg ajak gi ronda jalan TAR. ni dah pukul 11 malam taw..mmg still happening giler kat sini. ada makwe tu pakai 3' ronda jalan TAR. hahahha..mana tak melecet kaki. sakit noksss??



in advence..Selamat Hari Rayee tuk readers n kekawan.




Monday, August 22, 2011

Alyah - Kisah Hati



tak tahu nak cakap apa..gambar iftar dengan kawan banyak yang tak diupload. fikiran entah kemana melayang..badan je kat ofis. layan lagu ni banyak kali pun tak boring. maybe sebab ada remy ishak kot or maybe terkena dengan batang hidung sendiri.

nak kena amik masa tuk kembali ke sedia kala. insyallah..segala masalah akan selesai tak lama lagi. cuma terpulang pada tuan punya diri tuk survive. for the time being mmg perit sedikit..tapi insyallah..saya boleh buat semua tu.





Salam

hampir 48jam tak tido..datang ofis mata merah sampai kan tak mampu nak tengok lappy. ada dua sebab mata lebam pagi nie..tak cukup tido or memang perasaan sedih tak bleh nak di control.

saya buat apa tuk 48 jam lepas? kalau online kenapa takde entry baru? kenapa perlu pagi2 Isnin mengadap blog yang saya rasa akan tutup tak lama lagi. orang kater..bloggers ni sebenarnya ingin mencuri tumpuan orang ramai..atau dalam kata lain orang yang kejar glamer.

cakap la apa saje korang nak cakap. tapi saya tetap macam ni..blog tempat saya mengadu segala perkara yang berlaku. pernah seorang kawan bagitaw.."kekal kan apa yang ada..jadi diri sendiri bila bercerita kerana dari situ orang akan mengenali siapa kita sebenarnya".

tsunami melanda diri saya agak akan hilang tak lama lagi. sekarang dalam proses melupuskan segala bukti dan kenangan yang ada. terlalu perit macam dihiris2 bila semakin lama saya berusaha.

tidak perlu tambah apa yang kurang..tidak perlu buang apa yang berlebihan untuk mendekati saya. untuk menjadi kawan sejati saya..tetapi bila kekurangan dan kelebihan dijadikan alasan, saya hanya mampu berserah. akui kekurangan / kelebihan masing2 buat saya rasa kami akan melalui satu perjalanan yang penuh dengan cabaran. kadang2 saya rasa dier kawan terbaek..dier teman yang boleh mengembirakan saya..tetapi semua itu hanya sementara.

akhir nya..atas alasan yang boleh saya terima dier melangkah pergi. kalau saya kater saya tak sedih tanda nya saya seorang manusia yang hipokrit..sememangnya saya sedih, tak sangka sesuatu yang saya jangka akan berlaku akhirnya terjadi dalam masa yang begitu pantas.

alhamdulilah..dier sedar, dier bawa saya balik ke alam realiti..supaya saya tak hanyut terlalu jauh. tapi apa pun yang terjadi sepanjang kami bersahabat..akan saya kenang sampai bila. sebab dier kawan yang terbaek pernah saya jumpa..

saya tetap doakan dier menemui jalan kebahgiaan yang dier cari..success dalam karier dan target yang telah dier idam. insyallah..




Friday, August 19, 2011

Tudung Raye Plak


ada baju baru tak lengkap kalau takde tudung baru kan..semalam misi mencari tudung kat ariani. masing2 sibuk bawa baju raye sebab senang nak match kan kaler. ariani ada sale taw..eh..bkn selalu ke ada sale kat sini..ehmm...musykil..musykil..



sibuk milih yang latest design. orang plak boleh tahan ramai kat ariani tiz time.



cer tengok harga tudung kat atas tu? aisehman..macam bayo instalment keta sebulan ko. mahal bebenor. tapi cantik..berkenan pun ada ngan yang kat atas tu.

tapi takmo la beli macam last year. dah ngam beli 3 pasang yang harga 4 ratus lebih sepasang...tapi bila amik baju raya semua hancusss...tak suka ingat balik citer tu.




KepCi


tabiat dari dulu lagi, setiap kali dah dekat nak raya..macam malas nak berbuka kat rumah. hihih...tipu je tu. bukan malas la..tapi sajer nak berbuka kat luar. motif nya sebab..lepas berbuka boleh cari barang yang tak terbeli lagi untuk bawa balik kampung.

saya tak tahu la nasib saya ni camni tiap2 tahun. ada je benda yang nak kena cari last minute. eventho perancangan awal dah cantik dah..tapi selagi tak raya, selagi tu saya mencari.



kali ni abang minta berbuka kat KFC. daddy tak bleh nak berbuka kat KFC ni, jemu katernya makan ayam manjang.



saya tak kisah..amik la snack plate tuk sendiri..anak2 plak happy meal dah cukup. itu pun abang tak bleh nak habiskan.



daddy terpaksa take away sumthing from Burger King..saya plak dari Kenny Rogers. perut lain2..selera pun lain2..sebab tu ada macam2 kat atas meja.



saya beli half dozen muffin kat KR..tapi makan satu je. yang lain tak larat dah nak abiskan. itu la..ikut nafsu sangat waktu membeli..kan membazir.



beli strawberi snowy sebagai pencuci mulut. kalau uols nak berbuka kat alamanda ni..datang lewat mmg payah nak cari meja. kalau boleh gi 5.30 ptg camtu..itu pun tempat fav mmg dah penuh. kalau gi dalam pukul 6ptg, ada beberapa tempat je kosong sikit..Burger King, Old Town, dan Rasa..hihih..even tempat macam Ayamas yang kurang customer di hari biasa pun boleh penuh..

hari ni berbuka kat Alamanda lagi..tapi kat Buffet Superbowl. esok lusa di KL plak..so nampak gayanya dapur kat rumah mmg tak berasap la kot untuk sungkei..sahur pun buat yang ringan2 je..dah takde selera nak bersahur hujung2 puasa ni :P

owh..saya tak "escape" lagi puasa..hopefully bleh puasa penuh tiz year.




Thursday, August 18, 2011

Lip Babam.. :P



first time beli lip balm. honestly saya tak suka pakai lipstik..termasuk la lip gloss or lip balm. pakai lipstik terang pun waktu kawen je.

eventho gi kerja hari2 saya make up tebal macam tepung gomak..eye syadow pun gelap macam ahli sihir, pakai fake eyelash macam burung terkukur..TAPI saya tak suka pakai lipstik.

but then..bila bulan puasa ni, bibir jadi kering merekah..bila tangan gatai duk garu2 bibir tu..terus bedarah. aisehmann...dah tak jadi bibir angelina kaki joli plak. nak tak nak beli la lip palm maybeline rega RM11.90 ni. first time pakai mulut muncung 90 darjah. hihiih..

mak jakun nyahhh...tak penah pakai lip balm!!




Rayuan Hari Pahlawan



lalu kat kaunter opis uols perasan tak ada kotak macam ni? or uols jalan laju2 kat lobi sebab takmo orang tengok pukul berapa uols masuk? hihihi...macam saya plak mmg kat lobi betul2 alergik. sebab kat lobi ni banyak mata2 yang memerhati..apatah lagi ada seorang dua pengawas yang tengok gerak geri n pakaian staff :)

tapi kebetulan saya duty kat bilik blkg kaunter lobi tu..ternampak la kotak merah ni. owh..ni untuk Hari Pahlawan..uols masuk kan RM2 sebagai sumbangan and amik satu bunga raya ni tuk semat kat baju.

ala..beli baju raya kasut raya boleh apa. takkan RM2 tuk Hari Pahlawan idak boleh...



done! tapi saya tak semat kat baju. saya letak kat tali pas ni ha..tapi merah menyala la kan. so uols yang lalu kat lobi tu pandang2 la kotak merah ni..saya tengok dah beberapa hari but bunga nya still banyak lagi. takde sambutan ke?? nanti kalau jumpa singgah kejap taw..hulur la RM2 and amik munge sekuntum. boleh kan?? caiyok..caiyok..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...