Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 31, 2011

Eceh Wawan




eceh..bila jalan pegang2 tangan cepat je mummy amik gambar. katernya kawan baik..kalau balik mesti kena jumpa Aisya dulu. tapi tak sangka plak bila gi jalan nak pimpin tangan ngan aisya

cute jugak pic ni kan..




ni la muka pakwe yang romantik sangat tu. bleh tahan gak wawan ni..dalam hati ada taman erkk..

owh..saya cuti hari ni. kiter jumpa esok yer...




Sunday, October 30, 2011

Belasah je..



korang ok ke pagi ahad ni? ada yang senasib ngan saye tak kena duk opis sambil layan karenah orang yang keluar masuk. or ada yang tgh duk dalam kelas ngadap muka lecturer yang hencem2 or cantik??

nak wat sumthing pelik sikit arini. nak upload pic yang tak edit. nak tengok camne muka orang tak cukup tido sejak pukul 12 malam Jumaat..



scary betul...muka pucat giler. takde make up plak tu..belasah je la. tu perfume baru saya..skrg tgh pakai Rock Me from Anna Sui..nanti nak citer set Anna Sui yang menjadi koleksi kegilaan saya k..nx entry la plak.

tadi kan..ada sorang pegawai ni tego. "naper u pakai jam belah kanan". sebelum ni tak penah plak orang tego..pelik erkk? or dier dah takde benda nak ajak bual?

tapi ok gak dier tanya, sebab ada idea nak wat entry dihujung minggu ni. dulu saya macam orang lain gak..pakai jam belah kiri but bila saya start pakai "pop swatch" yang besar dan tebal tu buat saya rasa rimas setiap kali menulis. saya kan "left handed", bila nak menulis je saya kena buka jam..penah baper kali jam hilang sebab terlupa kat dalam kelas.



macam ni la rupa pop swatch. dulu waktu sekolah menengah memang in la trend pop swatch. dulu harga RM130- RM200. sapa student yang pakai ni kira hebat lah..dulu mana nak cekau duit beli swatch ni. saya nasib baik je anak bongsu..apa yang saya nak semua kakak2 tunai kan. ecehhh...i lap my sisters so muchhh...(diaorg baca tau blog adik malas diaorg ni)

bila dah kerap hilang jap..saya amik step lain plak. bila nak menulis saya akan alihkan jam dari tangan kiri ke tangan kanan. lepas settle..saya akan ubah balik. so ada sedikit pelik kat situ..entah camne saya tengok.."cool gak" pakai jam belah kanan eventho tak byk orang buat.

eventho saya left handed..tapi kekuatan banyak belah kanan. nak main bowling pun belah kanan, pegang barang pun byk belah kanan..nak cubit orang pun belah kanan..nak bagi penampar pun belah kanan..hihihihi...

masa sekolah..pegang stik hoki belah kiri sebenarnya. tapi ada member ejek cakap saya ni cacat. sedih wooo...tapi dalam satu artikel yang saya penah baca, orang left handed ni mmg kategori cacat pun tapi kecacatan suatu yang istimewa. ecehh...pastu orang lefhanded ni adalah kategori orang yang kreatif. japp...saya nak pikir balik. saya ni kreatif tang mana...:P

agak2 kalau saya letak stiker OKU kat keta boleh tak? nanti bleh park tepi pintu mall...hihihihi...



Saturday, October 29, 2011

Asfan - Terhenti DiSini with lyrics


harini uols ada plan nak kemana tak? saya ada dua program harini..so mmg ada sedikit rushing sebab malam nanti nak kerja lagi. first thing to do after lunch is nak gerak ke Petaling Jaya..ada birthday party tuk my Ain yang cute. then dah janji nak jumpa dengan "pak mok" [panggilan tuk uncle daddy yang no 4].

yang saya paling tak suka ialah nak pilih baju apa yang sesuai. saya tak suka main sarung je..kena try 5-6 pasang dulu. sampai berselerak baju atas katil. tak caya..cer tanya opismate yang penah outstation dengan saya..Bee mmg dah arif pasal ni. :P




saya suka ngan lagu ni. feeling yang teramat...uitt..u shuld try tiz song. dengar betul2 then nanti bleh layan kat karok..

happy wikend dear...

~rindu itu best..takut itu kiut~




Friday, October 28, 2011

Camne nak pakai Xtension Hair



yang saya beli ni jenis clip. macam sikat kecil dan uols just senang je klip kat rambut. yang panjang tu utk bahagian tengah, yang pendek tu untuk kiri dan kanan.



camne bentuk klip tu


sebelum pakai xtension




bahagi kan rambut uols pada dua bahagian. ikut mana panjang uols nak.. kalau uols nak panjang lagi, just bagikan part tu kebawah sikit. yang saya buat ni paras atas telinga. sepit kan bahagian atas so senang kalau nak pasang xtension




mulakan kat tengah² dulu. amik klip yang tengah dan sepit kan kat tengah² kepala diikuti bahagian tepi.




macam ni bentuk kalau dah selesai sepit xtension tu. dah selesai yang lebar..uols buat cara yang sama tuk bahagian kiri dan kanan




tak suker noks nak posing bagai. so nyampah tengok muka sendiri ai tempek polkadot pink kat situ. just tengok panjang rambut tu setelah xtension dipasang. kat paras pinggang dah..macam antu kak limah pun adoo



uiiishh...scary pun ada kalau malam² jumpa orang rambut camni


uols boleh letak klip taw..pakai hairband pun takde masalah.


ada jual yang curl gak..kalau rambut uols jenis curl boleh la gi try yang tu..lagi cantik!!





jap nak interprame..



abang n wawan terkebil² tengok daddy nyenap pic mummy. hahahaha...ok..harap mekchu puas hati ngan tutorial nor ni yer. tapi toksah susah hati mekchu..kalau mekchu beli nanti, SA tu akan ajar satu persatu. senang nak faham..



pastu jangan lupa beli sikat khas tuk rambut ni..RM10.90 dan minyak tu untuk kekal kan sinar dier so tak kusut lepas pakai. harga RM19.90




Thursday, October 27, 2011

Saya Pilih Pepel



dah lama simpan hajat nak beli baju baru tuk torch. accesories BB ni tak banyak macam iphone kan...boring sikit kat situ. tapi ttp prefer BB than iphone plus saya bukan kaki game...hihihih

bila gi therapy sorang2 adalah sesuatu perkara yang paling bahaya. sebab takde orang akan bagi pendapat or nasihat ttg $$ yang akan kuar.

saya kan, time stress mmg tak bleh kontrol nafsu. kalau nak menangis...menangis manjang..kalau nak gelak..kelak manjang...kalau nak shopping..shopping sampai bankrup.

so saya beli purple kaler tuk torch yang mana bling2 ni sungguh sensitif. kena jaga elok2 sebab harga dah sama ngan seluar levi's sepasang sebelum diskaun. :P cekik darah la lu moiii..




Xtend Rambut Plak


dulu pernah tunjuk cara nak xtend eyelash kalau uols tak reti pakai fake eyelash kan. tiz time saya nak buat kerja giler waktu jalan sorang2 kat sg wang. erkkk..saya ada citer ke saya wat therapy sorang2 sebab stress yang melampau? hihihih..toksah citer la..

ada orang kater nak buat xtend rambut mahal kan. kalau kat salon mereka akan charge ikut ketebalan rambut yang uols nak tambah. tapi tiz one..takde nyer..satu layer tu dah tebal dah. harga pun tak mahal..eh..takmo permanent xtend taw..saya amik yang bleh loose tu.



ok first trial saya suruh dier ajar camne.



saya amik yang panjang sampai pinggang la. boleh adjust ikut suka..kalau nak panjang lagi letak bawah sikit. tapi paras pingang pun dah rimas ok. uols cari rambut yang sama kaler ngan rambut uols. nanti kalau tersilap kaler maunya bertompok2.



ok dah siap..saya boleh suka suki pasang sendiri. kalau yang main jahit terus tu susah sikit nak jaga. tiz one saya boleh pasang sendiri je.

tapi sejak beli..hanya dua kali saya pakai. kali pertama waktu budak tu pasang la..kali kedua waktu saya tengok teater Nora. waktu tengok teater tu pun saya tak pasang semua. saya pasang kat blkg je..kiri kanan saya tak pakai pun. rimass...alamak..lupa nak snap pic rambut tu..nx time saya tunjuk camne rupa k. lupa la plak..




Wednesday, October 26, 2011

Shila amzah - patah seribu (acoustic)



lagu yang menjadi teman setiap hari waktu kerja. sampai saya boleh hafal lirik taw..


hope uols enjoy tiz song macam saya jugak. dengar setiap lirik..selami maksud tersirat..then uols tahu apa yang saya rasa.


happy diwali buat kawan². saya kena datang ofis pagi ni..but dah janji dengan kids akan balik asap. ada laporan yang kena settle tuk boss bawak meeting. :(





Tuesday, October 25, 2011

Detik Ini Amat Indah


sekarang boleh la pegang tangan..sekarang boleh la duduk atas riba mummy. tunggu la setahun dua lagi..moment ini akan hilang sekelip mata. alhamdulilah..abang n wawan so far kalau kat mall mmg akan minta dipimpin. selalu nya berebut² nak pegang tangan mummy.


anak laki dan perempuan lain kan..yang perempuan tak kisah pegang tangan mummy or daddy even dah meningkat remaja. tapi yang laki ni macam payah saya jumpa.


jadi..bila mereka masih mahu dipimpin tangan..mummy akan pegang erat² sebab mummy menghargai masa yang ada..




Superstar

jap..sebelum nak cerita lebih tuk entry kali ni. saya nak declare sumthing...based ngan gambar entry sebelum ni, banyak yang BBM..buzz kat FB tanya saya ni pegnen ke idak?



hihihihi...saya tak pegnen la. belum ada rezeki lagi. tapi dah sebulan tak peyed n tak gi check pun. but for the time being..mmg takde isi. gambar tu daddy amik candid sebab daripada sabtu hingga ahad kerja saya makan je. tak henti² taw..pantang nampak nak ngap manjang.



so bila dah kenyang..duk plak tersandar kat ikea tunggu kids layan game. mmg buruk sangat nguper nya..hahahaah...




kami ajak kids gi Superstar kat Alamanda je. dekat dan senang sebab pastu bleh beli barang dapur. kami amik medium room dua jam RM83 siap makan.





peminat Bruno Mars ok. pilih lagu Bruno Mars je..sejak dah pandai baca ni mummy takyah nak guide dier pun. suka nyanyi lagi Lazy Song..tu yang posing pun macam malas je..





certeka wawan pilih lagu apa. owh dier tak pandai baca lagi taw..so kena pilih lagu yang dier hafal je. dier nyanyi lagu ADIRA ok..pastu amik lagu POKOK. dari awal sampai akhir nyanyi dua lagu ni je. pastu kerja nya manjat sofa..





nyanyi la sampai lebam. mummy nak makan je..:P tu yang jadi muncit..





eceehh..sila tutup mata yer. sekali sekala romantik takpe kot. duet lagu Di Penghujung Cinta by Pasha feat Adelia. daddy penah post lagu ni kat wall saya dulu. sejak tu terus terpikat ngan lagu ni..



insyaAllah..semoga tetap romantik camni. eh iyer ke..daddy ni bukan jenis yang selamba. nak tego bini kat opis depan kawan² pun dier malu ok. penah sekali saya usik dier dpn kawan² saya..terus muka naik merah. mmg sifat pemalu dari zaman sekolah tak penah berubah.



ok bai..arini boss bagi kerja banyak giler. mesti nak suruh saya datang opis la esok ni. huh!!








Monday, October 24, 2011

Suprise!!

picture taken yesterday (23.10.2011)



lets the picture do the talking.. :)



tapi berhati²..gambar kadang² tidak dapat menghuraikan kebenaran..






The Secret Life Of Nora

rasanya sekarang ni tiap minggu akan ada aktiviti ngan Geng Pelangi. dunia saya dah berwarna warni seperti pelangi. jumpa je nak peluk..nak comolot..nak tumpang bahu. so ada sedikit kelegaan disitu.



last Friday saya, weols gi tengok Nora..Sapa itu Nora? ecehh...The Secret Life Of Nora kat Istana Budaya. balik kerja kemas² terus drift ke IB. ingatkan pakai highway max tak jem. tapi mak aii...jem teruk gak. just imagine dari Putrajaya pukul 6.30pm dan sampai IB pukul 8.20pm. melepas nak dinner kat cafe IB.



bila Tiara wat teater musical mmg takkan mengecewakan noks..dari awal hingga akhir jalan cerita memang menarik. dengan wardrobe nya yang happening..pastu hero punya la hencem..eceh..part hencem tu kena ada



abis dalam pukul 11 lebih camtu. dah lewat sangat kan..bila keluar je orang dah beratur tuk amik gambar ngan artis. kami takmo q..so amik je la ngan Nora kat tepi dinding ni.


bagi saya la kan...watak Adibah Noor memberi kesan yang "BEST" dalam teater kali ni. watak Pak Nil plak saya tengok lebih kurang dengan watak Prof Klon dalam citer Cicakman.


so tak rugi spend masa tuk tengok teater musical The Secret Life Of NORA..its worth la. padan la setiap kali show mmg seat penuh manjang.


ehem..hencem tak. dier datang ngan Vanida..tapi waktu ni Vee tengah sibuk so takmo kacau. eee..mmg suka ngan dier ni..hencem..ecehh...hahahah..terus letak jadi pic profile ok.


jap lagi nak meeting..petang sikit saya blogwalking. okbai...jangan lupa bekpes taw..







Friday, October 21, 2011

No 1027



beriya² pihak spital suruh amik no segala bagai. sampai sana boleh plak sistem rosa. so semua pakai manual. dengan suara patient kiri kanan..budak² melalak..camne nak dgr dengan jelas? hampeh tul..



amik blood test..pastu buat ujian paru²..main tarik hembus nafas kat mesin tu..


bleh snap pic lagi..dah routine setiap 4 bulan..huhuh..paling tak best bila diaorg takbleh nak jumpa urat. main cucuk 2-3 noks..



dah..jap je..banyak yang tanya, naper saya buat medical check up gini.


saya ringkas kan je lah yer..saya ada masalah ngan paru² yang mana salur oksigen terlalu sempit. kesukaran bernafas menyebabkan saya kerap kena asthma. sumtimes dalam tido saya bleh tetiba tak dapat bernafas. kalau orang lain pakai satu bantal or dua bantal. saya kena pakai tiga bantal noks..sentiasa kepala kena tinggi sedikit.


pastu..doctor nak hentikan ubat steroid yang saya amik tu. sebab kalau nak pegnen ubat tu tak baper sesuai. ni semua kesan² pembedahan keluarkan cecair kat paru² beberapa tahun dulu.


saya dulu aktif okkk..sejak jadi camni je rasa diri macam oku..huhuh..serba serbi tak boleh nak lasak. sumtimes saya belasah gak..tapi pastu tercungap²..










Salam Jumaat

Salam Jumaat semua..alhamdulilah..lepas gi therapy semalam stress tak berpanjangan. sumtimes bila stress camni tengok muka anak boleh jadi tenang. tapi bila tetiba perangai anak semakin nakal, kiter yang stress akan bertambah down.

so saya nekad semalam amik emergency leave..settle apa yang patut dulu pastu saya drive sorang2 gi golden triangle. memang buat therapy sungguh sampai kiri kanan tangan penuh.

tapi dalam sejam pertama berseorangan tu..tetiba rindu ngan daddy. tapi takmo sms or call dulu..takmo tunjuk yang saya tak bleh nak berdikari. ego masih ada kat situ :P

syok gak jalan 4-5 jam sorang2..ikut mana kaki melangkah. kebetulan ada voucher parkson n Isetan..so saya pulun semua sebelum due date kan. jimat sikit duit..huhuhu...



cer tengok muka wawan ngan gambar kat baju tu. macam sama je mummy tengok wan..hihihi..

baju tu dari GAP..buy 2 get 1 free. tapi dalam tiga item yang dibeli tu..yang paling murah akan dapat free. skrg kat GAP semua design lawa2..macam tak adil je sebab tuk raya arituh tak baper best design yang kuar. yang ni saya rembat last week..so masih byk lagi pilihan. uols cer terjah..cer terjah..

owh..pagi ni saya ada app kat spital serdang. nak wat lungs test, xray n blood test lagi. amik masa lama sikit daripada biasa kot. but nasib baik ada orang yang prihatin sanggup teman. :)




Thursday, October 20, 2011

:)



dulu dier minat muzik, saya hantar gi kelas muzik kat Alamanda. tapi kejap je sebab dier nak main drum tapi cikgu suruh dier kenal knot muzik pakai guitar dulu. pastu dier dah jemu..baeklah..mummy ikut kan je

tapi sekarang dier minat main bolasepak plak. dulu minat Chelsea sebab daddy peminat tegar team biru tu. tapi bila kat ipod selalu main game bola pakai team Barcelona...tetiba plak dier beralih arah pada team Barca...hihihhi...

so skrg tiap petang wikend kalau ada masa daddy bawa gi padang bola kat area rumah tu. kasi abang lepas gian sikit. si wawan ngikut je..tendang bola pun bleh terlentang..apa la wawan ni. lembut sangat la.hahahaha...




Serba Serbi Cemas


sebelum ni ramai blogger panik bila blog diaorg hilang. saya plak tak risau sebab mood nak blogging macam dah hilang tapi bila pagi tadi silent reader buzz kat FB tetiba saya panik. thanks to Nurul sebab inform awal. kalau lambat sikit mmg blog ni akan hilang terus.

pastu call Iyra..sbb baru semalam blog dier hilang. minta advise camne nak dapat balik. godek nyer godek..alhamdulilah..settle semua. pandai plak saya panik kan..eventho mood blogging dah nak hilang..tapi banyak kenangan wooo kat blog buruk saya ni.

ok uols..hari ni saya serba serbi cemas. call boss nak emergency leave arini. bila dier tanya naper? saya gitaw..mental saya tgh calar..bulih?? hihihihi...

since semalam lagi saya mmg takde mood. duk opis 15% je sentuh kerja...yang lain nya saya termenung..dgr lagu..pastu tengok FB..sungguh tak best camtu kan? nampak benor makan gaji buta..ish..tak baek la.

so untuk berlaku adil..saya amik cuti arini. takmo la jadi macam semalam..naper ntah lately saya tak tenang. datang opis mmg best!! dpt plak geng2 yang sekepala..tapi bila duduk nak buat kerja..fikiran saya melayang.



nak bekpes takde mud. beli nasik lemak pun saya tak sentuh. malam tadi pun balik dari opis saya masuk bilik terus tido. pukul 10 lebih tetiba terjaga sebab tak mandi lagi. down giler la..tapi tak bleh nak story ngan sapa2.

pagi ni peyut tetiba lapar..so ada idea, saya masak maggi pecah telur sebijik. layan weii...siap teguk air pepsi pepagi bute ni.

esok saya ada appoitment kat Spital Serdang..kali ni prosedur ketat sikit. kena puasa start malam nanti..so siang ni, baik saya bedal macam2.

huhh!! stresss...naper la saya terjebak ngan masalah camni at the first place. skrg dah tak bleh nak patah balik..kena move on jugak la. siyesss...saya benci orang ketiga dan seterusnya.

selamat bekerja korang!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...