Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Regret


sori kalau ada yang terasa dengan entry prev..sebab tu saya malas nak nak buat entry sentap² ni. lain yang saya marahkan..lain plak yang terasa.


hari Jumaat terakhir untuk 2011 betul² mencabar kesabaran saya. sejak dari 12mlm tadi dah bermula nya mood kelaut..paling teruk bila kaki masuk ofis, semua nya serba tak kena. should be hari ni saya happy sebab xcited nak tengok keadaan majlis makan malam bahagian yang dah lama kami tak buat.


kalau nak tahu..saya dan kawan² memang dah berikhtiar..berusaha nak buat semua nya berjalan dengan lancar. part cari budget..part cari goodies..part cari sponsor semua kami dah plan siap². takpe la kalau penat kehulu kehilir sekali pun..yang penting, semua nya tersedia.


tak mo nak menyalah kan sapa²...tapi nx time, kalau boleh..once dapat tugasan tu. cari la inisiatif camne nak solve problem yang ada. camne nak susun atur tugas..nak minta tolong sapa² pun tak kisah..tapi jangan la last minute. dah la..nak bising² pun tak guna. mood saya nak datang malam ni mmg takde dah..


lagipun..tadi dapat berita my eldest sis masuk hospital. sumthing wrong with kidney..saya pun tak dapat gambaran jelas apa yang terjadi sebenarnya. mak memang tak tahu apa..kami adik bradik pakat takmo cerita apa sebenarnya penyakit kakak. mak saya ada masalah jantung..so takmo la bebankan dier dengan berita macam ni.


hopefully sebelah petang ni boleh mengembalikan mood saya. tapi yang teruk nya..pukul 4 saya dah kena ngadap Dato balik. sah² akan kena kerana tak datang jumpa dier pagi tadi. camne nak cakap saya tak buka email lepas waktu kerja. walhal email bleh buka thru phone je..of coz dier takkan terima alasan tu. tawakal je la..



Demmitt

dah lama giler tak sentap. harini betul² mencabar kesabaran saya. jap nak release..


bila kiter buat sesuatu program, tak kisah la program kecik or besar..tapi pleaseeee la buat dengan sebaik mungkin. jangan sambil lewa..kalau ada agihan tugas tu ko tengok la betul² apa part ko. aku tak cakap aku buat kerja dengan elok..tapi bila aku amik task ajk hadiah..ko tengok aku buat apa satu minggu ni? bungkus hadiah dari isnin sorang² kan? sehari dua je ada orang yang tolong..tima kasih la pada yang tolong. kalau tak tolong pun takpe..aku tahu tu kerja aku..so aku tak kisah nak balut sampai badan ni terbalut sekali pun.


tapi kalau hari terakhir semua benda nak tanya aku...ko ingat aku bleh sabar tak? ok tak ni? takpayah la amik bunga..kiter buat pentas biasa² je. kalau pentas takde bunga macam pentas simpan mayat je taw. ko ada otak tak?


bila aku tanya ko jawab "jom la kiter buat sekali"..part bantu membantu aku memang tak kisah. tapi bila ko yang minta..aku tanya ko balik "ko pernah bantu kami buat kerja tak?" yang aku tengok ko cekak pinggang je dari hari pertama. kalau macam tu baik aku toksah letak nama ko lead satu ajk. serupa macam takde je.


aku suruh ko buat ini..ko tanya aku "bayaran camne? susun camne?" adoiiiiii tension aku hari jumaat camni!! dah lama tak nampak aku marah kan? so hari ni aku dah marah..sorang² aku baling ngan kek kang. dah la awal pagi aku pecut bertempek kat dpn kedai kek nak beli kek tuk majlis hari ni. datang opis plak member kater Dato nak jumpa..aku plak tak buka email semalam. demmmm..


so jangan kacau aku harini..siyess macam nak terajang orang je!!




Thursday, December 29, 2011

Hanya Doa Yg Mampu Mengiringi

firstly, saya minta maaf sebab permintaan beberapa orang utk saya link kan kepada entry lama yang berkaitan dengan arwah disini saya tolak. bukan bermaksud nak hipokrit..tetapi atas dasar menjaga hati pihak sana dan dipihak saya sendiri, saya amik keputusan utk tidak membangkitkan perkara yang dah lepas.

sudah tiga hari pemergiaan nya tetapi saya masih tertanya2..adakah ini mimpi atau realiti. memang dah bertahun tidak bersua, tapi sebelum ini saya tahu yang dier bahagia dan menjalani kehidupan dengan isteri dan keluarga tercinta. tetapi..sejak tiga hari lepas saya cuba yakin kan bahawa dier telah pergi. dan setiap kali wajah dier hadir dalam ingatan..setiap kali itu juga air mata mengalir dengan laju.

sejak dari itu juga saya cuba hindarkan diri dari FB, sebab setiap ucapan takziah dari kawan2 dan keluarga di wall arwah..buat saya bertambah sedih. apatah lagi, sejak dier pergi..banyak gambar2 lama dimuat turun buat hati saya bertambah hiba. daddy cakap "cukup la menangis..daddy pun sedih, apatah lagi isteri arwah..meratapi orang yang dah pergi akan menyeksa rohnya..". bukan meratapi..tetapi entah kenapa, setiap kali bersendiri..nama dan wajah nya kerap hadir buat air mata tetiba jatuh tanpa sedar.

saya akui, ramai yang tertanya2..apa istimewa nya dier pada saya..dan ramai juga yang minta saya link kan entry tersebut..utk tidak menghampa kan beberapa pihak, saya amik sedikit isi daripada 3 entry. hanya penghujung yang saya copy n paste kat sini. yang lain..biarlah berlalu pergi. usah ditanya pemulaan cerita..usah ditanya bagaimana pertengahan nya..kerana hanya penyudah yang mampu saya kongsikan..supaya tiada lagi tanda tanya..supaya lepas ini saya boleh menjalini kehidupan seperti biasa. apa pun..saya mohon..sedekah kan Al Fatihah buat arwah..mudah2an roh nya tenang disana.

(Selepas Ila menghubungi ku..terus ku dail no rumah mak di Kuching untuk bertanyakan kesahihan berita yang baru ku terima. Mak mengiyakan dan mengaku yang M sendiri ada datang ke rumah untuk meminjam dulang hantaran minggu lepas. Cuma mak tak sempat memberitahu ku berita tersebut lagipun majlis pertunangan M dibuat disebelah keluarga perempuan yang berasal dari luar Kuching. Aku bertanya dengan mak, adakah betul kata Ila yang wajah tunang M persis aku...mak kurang pasti..tapi apa yang nyata...mak M sendiri ada memberitahu mak yang wanita pilihan M saling tak tumpah seperti aku.Selepas habis berbual dengan mak..aku termenung sendiri..sambil mengingati peristiwa² yang pernah berlaku antara aku dan M.

Tersenyum seorang aku sambil duduk di hujung katil. Semestinya aku tidak pernah jemu untuk bercerita mengenai M. Teralu banyak peristiwa yang indah dan lucu sepanjang perkenalan kami. Akhirnya...M sudah menjadi hak orang, seperti aku jua. Tahun ini sudah genap 31 tahun umur M. Dan kali terakhir aku dapat bersemuka dan bersembang lama dengan M pada tahun 2002. Hampir 6 tahun berlalu...entah kenapa..setiap kali teringat M hati ku mudah tersentuh. Air mata mula bergelinangan di kelompak mata...apa isitimewanya M berbanding yang lain. Mungkin kerana perjalanan cerita kami tiada penghujung ataupun mungkin tiada pembukaan langsung!

Dua minggu lepas, sewaktu sempat singgah di rumah mak..aku terserempak dengan M. . Dan apabila sampai di pagar rumah..M sempat menoleh ke rumah mak. Tapi aku tak pasti samaada M sedar akan kehadiran ku disitu. Dari jauh aku memerhati M dengan kemeja hitam nya...lagak nya masih seperti dulu. Tiada perubahan langsung. Aku sendiri tidak pasti...setiap kali nama dan wajah M hadir...aku boleh berubah sekelip mata. Lebih suka bersendiri dan meluahkan perasaan seorang diri. Lebih banyak membisu dari bercakap. Bak kata orang "aura" M masih wujud lagi dalam hidup ku. Walaupun sudah beribu kali ku tepis dan elak.

Sekarang...M sudah melayari kehidupan sebagai tunangan orang. Harapan ku...supaya perjalanan hidup M selapas ini berjalan dengan lancar dan biarlah ikatan pertunangannya akan berakhir dengan ikatan perkahwinan. Insyallah...doa ku tidak akan putus buar M dan tunang. Sesungguhnya..kahadiran M satu permberian yang amat istimewa dalam hidup ku.

Jika ditakdirkan suatu hari nanti, usia ku dipanjangkan Allah...sudah pasti sejarah persahabatan aku dan M akan menjadi cerita santai antara aku dan anak-anak, atau mungkin pada cucu-cucu ku nanti. Biar mereka tahu..peristiwa hidupku penuh dengan cerita-cerita sedih...gembira...dan lucu. Biar mereka tahu, yang aku ini pernah jatuh cinta pada pemuda yang benar² boleh merentap hati dan perasaanku... tetapi..kesudahannya..aku dan dia masing-masing membawa jalan dan haluan sendiri.
"Bila kita menyayangi dan mencintai seseorang...biarlah ia pergi...pergi dengan penuh kerelaan hati...jika dirinya milik kita...suatu hari nanti...dia pasti akan kembali....tetapi...jika ditakdirkan...dirinya buka milik kita.. lepaskan dia pergi...kerana kepergiaan nya sudah pasti akan mendatangkan kebahgiaan pada kedua-duanya...CiNtA tAk SeMeStInYa BeRsAtU....")


mohon maaf jika ada yang terasa..lebih2 lagi pada yang mengenali saya ataupun arwah. tiada niat lain hanyalah ingin berkongsi cerita semata2.




Tuesday, December 27, 2011

Rabbani Pergi Tak Kembali




terasa kehilangan..






Monday, December 26, 2011

Al Fatihah



Semalam saya dikejutan dengan berita sedih..pergi nya teman zaman kanak2..kawan yang sama2 membesar..orang yang pertama buat saya kenal apa itu kesetiaan. Malek satu nama yang tidak pernah padam dalam hidup sehingga la berita kematian nya saya dengar. Al Fatihah..semoga roh mu tenang disana wahai teman.

sedaya upaya menahan rasa sedih bila tangan menaip setiap satu ayat supaya dapat disusun dengan rapi. supaya tiada perasaan yang tak sepatut nya lahir ketika ini terluah. semua sudah tertulis..perjanjian Allah..arwah pergi dikala anak2 masih kecil..dikala isteri masih memerlukan kasih sayang suami dikala usia baru mencecah 35 tahun.

pada tahun 2008, saya ada buat dua entry berkenaan dengan kisah cerita saya dan arwah. tak perlu saya link kan disini..sebab banyak hati yang perlu saya jaga. pada sesiapa yang pernah baca..dan pernah tanya cerita tersebut ttg siapa? honestly..ianya mmg cerita saya sendiri..(cuma beberapa perkara saya tambah utk tidak menimbulkan syak..)

arwah begitu istimewa..seorang kawan yang setia. kisah kami ibarat cerita Mukhsin. satu kawasan perumahan tahu cerita tentang kami. orang nya baik budi bahasa..kawan sekampung yang rapat..tetapi kami tidak bercinta. cuma saya akui..dier lelaki pertama yang saya suka..dari usia saya 13 tahun sehingga 19 tahun saya memendam perasaan itu. ingatkan diri bertepuk sebelah tangan..rupanya..persoalan telah terjawab dimalam hari pertunangan saya dan daddy. arwah hadir sendiri utk menjelaskan kenapa saya perlu tunggu sebegitu lama. selepas minta izin dengan bapa..kami berbual dari pukul 10 mlm hingga 4 pagi. merungkai segala persoalan selama beberapa tahun..

yang dah pergi takkan kembali..cuma sedih bila ingat balik. satu malam saya termenung..daddy cakap "sudah perjanjian Allah..mummy kena redha."..insyallah..saya redha..cuma..saya ralat..setiap kali balik kuching..tidak pernah sekali pun saya berusaha utk berjumpa arwah dan isteri. walhal waktu zaman kanak2 kami..arwah yang paling istimewa dalam hidup saya.

ikut kata mak, arwah kena heart attack sewaktu berbasikal. pengsan dan dikejarkan ke Hospital Normah..dan disah kan meninggal setibanya di hospital.

Al Fatihah untuk arwah..dan salam takziah buat keluarganya.






Sunday, December 25, 2011

Selena Gomez & The Scene - "Love You Like A Love Song" (Music Video)

I love you like a love song baby..



plan awal pagi cancel sebab terbabas tido..sungguh memalukan. celik2 je terus pegi kenduri kawen. nasib baik dekat je. ikut hati macam malas nak gi mana2 hari ni..but since that hari ni je saya free..so pulun la aktiviti apa yang patut.

pastu terus confirmkan booking kat Sarenity Spa. amik pacakage head to toe. thanks pada daddy sebab sponsor..huhuhu..katernya i deserve it! now kat rumah tgh buat kuak lentang kat atas katil. hihih...jap lagi ada date ngan Pelangi..makan2 lagi. so..arini mmg sampai ke malam la kot..sebab pelangi ajak gi ronda Danau Kota..apa best kat situ erkk?

esok dah kerja..eh..korang cuti lagi yer..saya dah start kerja macam biasa. 12 jam duk kat bilik cctv macam2 boleh saya buat. esok nak blogwalking la..arini tak sempat..nak tido jap..


wishing all my friends a merry christmas n happy holiday..



Saturday, December 24, 2011

Takde Wikend Utk Saya


orang lain dapat cuti dari Sabtu sampai Isnin..saya plak hanya free on Sunday. aisehman..banyak opismate cuti balik Krismas so nak tak nak saya tlg gantikan. nanti masa kiter takde orang plak yang sudi tolong kan.


orite..back to the topic..tiz wikend bila saya gi kerja..kids ada aktiviti sendiri. kalau tidak dengan daddy, my kazen akan amik abang n wawan bawa gi jalan². part ni mereka memang suka sebab semua permintaan akan dilayan :P


baru saya noticed yang dua malam dah tido kat opis. mak aii..macam takde rumah kan. ok..sapa nak tolong urut meh akan tangan..confirm daddy dah angkat tangan dulu..huhuhu...






Friday, December 23, 2011

New Hair Cut



nak buat sumthing ngan rambut yang dah panjang ni. digital perm ok tak?? bila drive sambil amik gambar camni la nguper nya..gegar... *belasahjelah



Seri Yang Buat

jap nak tambah tajuk kat atas.. "seri yang buat kami jadi berseri²". hahahaha...nak muntah gi jauh². last bersolek tebal waktu kawen je noks. pastu saya main taram je muka ni..nak pakai make up tebal² mmg la tak pernah. gi kerja pakai loose powder n eyeshadow je. pastu pasang la fake eyelash sebab malas nak pakai mascara. dalam keta odw nak balik rumah done² tu saya cabut eyelash. :P giler kentang slumber land punya orang kan.

bedak asas mmg tak penah pakai. sebab tu muka nampak benor jerawat nyer. satu plak..saya tak suka pakai lipstik..mmg mencik la. kalau nampak bibir merah tu tandanya saya pakai lipgloss je. kadang² mata je nampak bling²..tapi bibir pucat koo!! owh lupa nak cakap..Seri ni satu batch ngan saya waktu mula² msk kerja dulu. gi kursus 6 bulan dier ni la teman paling rapat..

saya call seri.. "cepat conteng muka kawan² aku ni..". sian dier..tanpa dirancang sepantas kilat masuk opis kami. nasib baik bawak make up set segala bagai. saya just sediakan fake eyelash je.

Dila ni mmg saya tak pernah tengok dier pakai make up..tapi bila first time macam ni. terus saya terdiam..dah nak amik Seri tuk MUA pre wedding dier. Seri, ko standby yer..

mak aii..takut tengok muka sendiri. part hidung tu macam cina opera dah. tetiba hidung jadi mancung..kalau gini la rupanya..tak mancung pun takpe..:P

bila camni ok plak..bila MMS gambar ngan daddy..terus dier BBM "mummy..simpan make up sampai malam. kiter tunggu kids tido..hahahaha..." uols ingat saya ikut ke kater daddy? takde makne nya..lepas majlis cepat² saya basuh muka.



Thursday, December 22, 2011

Eida Pepel




last sunday weols gi tengok ibu berpantang ni kat Equin. yang join Dee n Iyra je..




ni la dier keluarga baru Pelangi..muka macam kakak Amani. kuar pun 2.3kg je..lebih kurang berat wawan dulu.




tapi jari kaki panjang...comel je kan. jenis kaki runcing ni..pakai kasut apa pun nampak seksi. macam auntie nor jugak. hahaha..sila jangan muntah :P



dalam sibuk2 melawat tu..auntie Iyra keluar hadiah tuk kids. xcited la diaorg kan..apatah lagi dari Angry Bird.




Fifi n Mimi amik blue kaler..terpaksa mengalah sebab wawan nak pink. ada ke patut boy amik pink? ish..ish..ish..layan je la auntie iyra kan




me with the girls..tumpang aura gegirl orang lain sebelum dapat baby girl sendiri...:P




me n eida with the new born..taniah nyek..

cuma sekarang baby ditahan kat wad nicu Hospital Serdang akibat jaundice. akibar terlalu tinggi..malam semalam doctor dah amik keputusan untuk tukar darah baby..so sekarang ni masih memerlukan suntikan antibiotik sekurang2nya 5 kali sehari.

kesian eida..amani plak demam kat rumah, nasib baik mak tok ada. dalam keadaan macam ni Eida kena kuat..hari2 sms dier bagi kata semangat. sumtimes nampak jugak macam eida dah stress..saya plak tak boleh nak buat apa, yang mampu saya buat hanya la bagi kata dorongan setiap hari. nak melawat pun tak dapat..hanya parents je boleh. mohon jasa baik semua doakan baby Eida cepat sembuh yer..dah doakan Eida tabah harungi dugaan kali ni.








Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday


walhal dah ada katil masing². tapi setiap pagi macam ni la ngupernya. wawan pasti akan melompat ke katil abang. abang plak macam daddy..mmg tido tak sedar².. :B






Tuesday, December 20, 2011

Pagar Dah Roboh


sori, arini lambat nak publish entry. since malam tadi tak tido lagi buat mata pedih bila tengok lappy. bibir plak lebam semacam n terasa tebal. macam baru lepas makan makanan pedas..arini tak perlu pakai lipstik bibir dah merah dah...hihih..ai perasan angelina jolie bibir muncung seinci :P



abang bangun pagi tak cakap apa2 trus tunjuk gigi. hahaha..saya gelak tak hingat sebab terkejut tengok memek muka dier camni. daddy kater abang tolak gigi depan tu dengan lidah je..mmg dah longgar sebab tu senang tercabut.

tanya abang..mana pegi gigi tu. dier cakap "letak bawah bantal sebab nak tunggu Fairy Tooth datang bagi hadiah." ni terbawa2 ngan cerita kat HBO la ni.



kalay abang senyum mesti daddy cakap "aik..jangan buka mulut besar2..pagar dah roboh tu. " hihihi...gigi abang n wawan tak tumbuh dengan kemas taw. sebab hisap pacifier kot..wawan ada sedikit jongang..takpe..dah sekolah esok pasang bracess yer. tapi abang ni macam ada taring sikit..aritu dentist suruh cabut taring tu. tapi abang takut..saya plak suka orang ada taring ni..kalau senyum nampak manis..

uols dah settlekan barang sekolah anak tak? fenin..fenin...





Monday, December 19, 2011

Ruth Sahanaya 25th Anniversary Concert

firstly nak ucap terima kasih pada sis Rasp yang bagi tiket concert ni. kat saya je ada 12 keping tiket. pastu thanks pada kekawan yang sampai on time eventho tiket masih kat saya lagi..sempat pass kat pintu masuk plenary je.

mula2 risau jugak nak cari parking kat bawak KL Convention Centre ni..tapi nasib baik daddy ada sekali so kalau sesat pun takpe la. ada bodigad... :P waktu datang nak naik tu tetiba dengar orang panggil nama..ecehh....rupa2 nya my Pelangi sedang mengisi perut kat KR. saya ngan daddy singgah drive thru kat Sg Besi je..makan dalam keta. main suap2 je la kan..hihihi...sebab daddy pun tgh drive.



masa ni dah boleh masuk tapi masing2 tengah tunggu kawan yang lain. sebab nak pass tiket kan. kalau ikut kan geng weols dah cukup dah. tapi saya kena tunggu 6 anak dara cantik2 plak..



kat sini weols terserempak dengan banyak artis. the VVIPs..tapi tak berani nak amik gambar. kena hormat protokol gak kan..so takat tengok2 je lah. Maria Arshad eventho dah berumur tapi badan..mak aii..bergetah. :P Dynas pun weols nampak..tinggi saya je..hihihi..tetiba plak nak kurus :)



ni waktu pihak penganjur minta weols bagi kata2 semangat kat RS. weols serah mic kat anak dara duaorg ni. mak dara tunggu tepi sambil gelak2. pastu weols kater "dik...suruh diaorg nyanyi satu lagu. nak test peminat setia ke idak?"



dua orang tetamu yang saya jemput. waktu dapat tiket tu..terus teringat kat Jamar. yerlah..aritu dier ada bagi tiket tgk movie kan. so orang kater..orang berbudi kiter berbahasa..so tiz time nak balas budi Jamar tu, saya buzz dier terus sebelum buzz orang lain.



Pelangi yang hyperactive..sib baik tak bagi berdiri. tengah duduk pun badan bleh goyang2.. :P



selain Jamar, saya ajak Afida n husband. Afida ni mama kepada bestfwen abang waktu tadika aritu. eventho dah tak satu sekolah..saya masih keep in touch ngan Fida. thanks to BBM la kan...



thanks Pelangi..esp thanks sis Raso..Dee tu menahan gelak..Elly plak datang ngan tudung lip lap..sampai yang lain pun tak kenal



saya duk sebelah Ayu..tapi belah kanan daddy la. waktu ada daddy kena behave..hahaha..



Kaulah Segalanya by Ruth Suhanaya..english version sedap gak taw. waktu ni tetiba feeling romantik. nasib baik bawak daddy..bleh pegang2..hahaha...buwekkk



lagu2 RS mmg best eventho ada yang first time saya dengar. suara mmg tak boleh nak pertikatkan lagi la



penyanyi jemputan Dato Khatijah Ibrahim..tiz one ai respect. suara mmg power. semua lagu weols nyanyi sama2. saya harap one day nanti Dato boleh buat solo concert macam ni. sbb aritu tak puas la dengan dier perform



RS ajak kids sekali naik pentas. both of them mmg ada talent.



persembahan terakhir malam tu..



dah abis concert baru dapat amik pic berdua.



kebetulan Noniswara berdiri kat sebelah..apa lagi. terus minta amik pic sama2. more pic kat FB yer..

ada silent readers add kat FB tapi saya belum approve tak? boleh tak bagi msg..banyak sangat request kat FB yang pending. tak berani nak approve sebarangan sebab ada yang saya tanya boleh plak bagi jawapan "suka2, pilih random je,suka profile pic"..scary gak nak approve.




Sunday, December 18, 2011

Ruth Sahanaya - Kaulah Segalanya



happy sunday..jom dengar lagu dari Ruth Sahanaya. semalam tengok konsert lagu ni yang buat penonton terpegun sampai ikut nyanyi sekali. ai feeling uittt...hahahaha

syok giler..hopefully yang dapat tiket tu pun enjoy k. ok..nak mandi dah. :P more pics next entry k...esok la plak saya stori.




Saturday, December 17, 2011

25th Anniversary Concerts



dapat beberapa tiket dari sis Rasp..mula2 tanya Bee,Liza,Lin n Dilla kot2 nak join bawa pasangan masing2. tapi semua balik kampung plak. so pastu saya tanya geng kat BBM..so Afida booked 2 tiket. pastu saya panjangkan kepada geng blogger... Jamar n tunang akan join malam ni.

geng pelangi insyaAllah akan ada..kecuali Eida la. saya tak decide nak pakai apa lagi..cuma malam tadi selongkar apa yang patut. "shopping at my own closet" la jawab nya. main mix n match je..

uiit..gud luck!! happy wikend dear..




Friday, December 16, 2011

SBPA


confirm sana sini sibuk dengan option SBPA. saya dengar je..takmo nak lebih. ada yang meroyan sana sini sebab tak puas hati dengan skim baru. camni la babe..kiter tunggu pihak pengurusan buat taklimat..kiter dengar dulu baik buruk skim baru ni. for sure ada keuntungan dan kerugian di kedua² belah pihak. takmo stress² ok..honestly..saya masih tak faham pasal SBPA ni. siap dgr kat TV1 aritu pun saya terkial² nak faham.


mostly yang meroyan pasal penilaian SKT. itu saya akui..mmg membebankan bagi pegawai yang dinilai macam saya. apatah lagi kat jabatan saya..untuk memperolehi 90% ke atas amat la payah. sebab tu hampir 10 tahun berkhimat baru la merasa naik pentas amik APC. kat sini..pegawai penilai nak bagi markah 90% kena fikir banyak kali. punca nya..mereka malas nak bersoal jawab. sesuatu alasan yang kurang munasabah saya rasa dan agak kejam utk pegawai yang betul² buat kerja.


cuma apa yang saya faham..pihak atasan takkan simply buang pekerja tanpa mengkaji balik kenapa pegawai tersebut dinilai hanya 70% kebawah. kena ingat..sebagai kakitangan kerajaan..kiter tertakluk dengan banyak akta. setiap satu akta nasib kiter tetap terbela. so dun wori...dan saya pasti..markah pegawai yang 70% kebawah adalah golongan orang yang tak hadir bertugas or kerap kali ponteng kerja. owh..ada ke yang datang hari²..buat kerja macam biasa tetapi tetap dinilai sebanyak itu? kalau ada..saya rasa anda punya hak untuk bersuara..


yang paling kecoh bila part gaji..saya tak done nak kaji option SBPA ni. takat dengar orang kiri kanan bersuara. saya nak tunggu pihak pengurusan buat taklimat kat opis je...dah dengar taklimat insyaAllah kiter lebih mudah nak decide. pada yang pernah amik cuti tanpa gaji tu..uols kena faham elok² taw..adakah kena cukup 25thn perkhidmatan baru dapat pencen penuh or tempoh 25thn itu akan ditambah lagi memandangkan usia pencen dilanjutkan kepada 60thn.


ok done with SBPA..nak gi dating ngan vampire hencem arini. muahhhh...uiitt...ai miss yu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...