penilaian SKT dah settle..waktu nak isi mulut membebel sebab lama bengang bila isi thru Hrmis. kat sini Hrmis lambat benor..nak isi plak memerlukan kesabaran yang banyak. settle isi thru Hrmis..saya terlupa buat manual.
bila EO check senarai nama..SKT manual saya tak submit lagi. within 30 min sebelum due date baru terhegeh² buat. dah la waktu tu tgh rushing nak masuk meeting. nak marah pun ada gak...tapi dah tahu silap sendiri so redha je la.lampiran SKT hantar saya main cincai je..ada gak aktiviti tahunan tertinggal. tapi malas nak betulkan balik. apa pun keputusan saya redha je la..
so hari ni..SKT weols dah dinilai..sorang² akan masuk bilik tengok markah dari penilai la kan. saya mula² takmo amik tahu. kecut peyut beb..tahun lepas boss dah bagi anugerah ..kalau tahun ni markah lebih teruk dari tahun lepas..mmg spoil la kan. nak maintain markah tahun lepas bukan senang..tambah plak tahun ni kerap benor tersasar dari landasan.
sorang² dah masuk..mula² Liza..dier kater..kalau keluar dier membebel tanda nya dier tak puas hati. kalau dier keluar diam..so itu tanda nya dier puas hati. tapi bila dier keluar sambil sengih² n buat dek je..itu apa plak? hahaha..itu tanda nya dier puas hati la. pastu Lin..keluar pun senyum..pastu Bee..keluar tak cakap apa. tapi saya tanya.. "bee ok tak ni?" dier jawab..Alhamdulilah..puas hati. so..yang lain kami takmo tahu..nak tahu kawan² sepenjenayah je. so tinggal saya sorang..ecehh..nak tengok tak ni..lutut ketaq ni. boleh ke maintain markah tahun lepas..satu keburukkan bila dah dapat APC adalah..utk memperbaiki mutu kerja or maintain apa yang ada. kurang jangan sekali²..kalau tahun sebelum saya tak baper nervous taw..tapi sebab dah dapat APC tu yang buat gerun sikit
antara muka penerima APC tahun lepas. masing² mengharapkan penilaian yang setimpal dengan anugerah yang dah diberi. jauh sekali mengharapkan anugerah yang sama..biar peluang diberi sama rata pada kawan² yang lain. cuma menjadi persoalan, adakah kami mampu mengekalkan prestasi tahun lepas? jeng..jeng..jeng..




5 orang membebel:
belom dpt tahu lg.. sy lak sedang menilai org bawahan punya lak.. huhuhu
kmk dah tauk dah...sgt puas hati walaupun markah kmk just nait 0.5 jak..hahahaha...
perghhh baca pon suspen tauu....
walaupon tk berapa nak paham apa tu APC..tp rasanyer ni mcm performance reviewkan?... congrats and gud luck irah
ehem..tahniah semuga dapat APC lagi utk tahun ni..ha2x..mama jeles..sbb dah berhenti kerja..:)bolih gitu?..
Post a Comment