woottt...wooottt..rindu blog ni tak? dah baper hari tak boleh buka..sbb nya tuan rumah tak baper sihat. nak jaga n update mmg tak larat. skrg masih lagi tak sihat..batuk tak henti² tapi sebab next week nak cuti, saya gagah kan juga diri datang ofis.
sekarang ni nor banyak bermain dengan lirik² lagu..orang kater ada dua jenis keadaan je bila seseorang itu bermain dengan irama macam ni. yang pertama..orang jatuh cinta..dan yang kedua..orang putus cinta.
so nor dalam kategori yang pertama or kedua? both pun bukan yer..cuma nor suka cari ketenangan menerusi setiap lirik² lagu. kadang² ianya mendamaikan..hati tak tenang boleh jadi tenteram.
honestly..dah berapa hari jiwa tak tenang nak buat apa². nak update blog lagi la tak boleh..so bila nor jumpa lagu ni..nor pasang kuat² kat ofis. dgr banyak kali..again..and again..and at last..semangat nak buka balik blog datang. orang kater..mulut boleh mengeluarkan ayat² dusta. tapi hati dan perasaan tiada siapa yang tahu. sekarang dalam proses membiasakan diri dengan keadaan...mungkin satu hari nanti..keadaan seperti ini akan berkekalan. dan bila tiba masa nya..nor akan menghilangkan diri sekali lagi. sehingga la nor bersedia untuk share ngan uols. by that time..nor dah pergi or pindah jauh kot. menjauhkan diri dari semua kenangan yang ada.
tercari² seseorang yang hilang..sengaja menjauhkan diri..or mmg menjauhkan diri..itu nor tak pasti. tergerak hati nak bertanya, tapi nor tak punya hak untuk berbuat demikian. sekadar mampu menunggu dan terus menunggu. adakah masih wujud rasa sayang..adakah masih wujud rasa rindu..?
waktu mula² kenal..dah buat berjanjiaan, tak ada apa yang akan berubah.. atau diubah..dan jangan sekali² mengharap kan sesuatu yang tidak pasti. saya tak punya hak atas dier..dier pun tak punyai hak keatas saya. untuk bertanyakan khabar..saya tidak berani. kerana saya tahu dimana letak nya hak saya disisi dier. cuma mampu bertahan..dan terus bertahan..



1 orang membebel:
ehem..tak berani mentafsirkan !!..kerana kadang2 otak org yg terlebih ubat mcm mama ni selalu `merapu` nanti lain pulak yg mama tafsirkan..apapun mama akan kehilangan !!!..hukk2x..
Post a Comment