Followers

Kau Dan Aku Menjadi Satu

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 8, 2019

Pertama Untuk 2019



Pertama untuk 2019? Ataukah akan jadi yang pertama dan terakhir? Kaedahnya update blog setahun sekali? Bila lihat balik, kali terakhir pada tahun 2015..sungguh lama menyepi dari kehidupan seorang blogger yang ternyata memerlukan ketahanan fizikal dan mental. 

Dunia blog juga mempertemukan saya dengan kawan² yang dari pelbagai latarbelakang kerjaya ataupun kehidupan. Dunia blog juga membuat hidup saya lari daripada landasan sebenar..tapi dunia blog juga adalah medan yang sesuai bila kita ingin bercerita tanpa perlu mendengar pelbagai soalan ataupun bantahan. 

Tadi saya didatangi oleh seseorang, bercerita akan masalah yang dilalui. Lantas saya bertanya.."kenapa kau tak cari aku?". Dia hanya mampu terdiam..terus bersuara "aku tak punya sapa²".

Pelikkan dunia..disaat seseorang yang kita amik berat..yang kita sayang tidak menghargai diri kita, disaat itu juga ada insan lain yang memerlukan seorang teman untuk meluah masalah, untuk meminta pendapat. 

Dalam dunia ni, tiada istilah keseorangan sebenarnya. Walaupun tiada sesiapa..ALLAH itu ada. Tetapi tetap tidak sama bila kita boleh bercerita..menerima nasihat dari seseorang yang kita percaya. 

Pada Disember 2018, waktu saya hendak membayar setelah usai makan malam di Toko Daging..saya disapa oleh seseorang yang saya tidak kenal. Sapaan nya buat saya tergamam.. "mummysyafi, kenapa tak update blog"...sumpah..sapaan itu buat saya malu sendiri. Last entry saya pada tahun 2015, ketika saya masih di Putrajaya..dan sekarang sudah 2 tahun saya di Kuching. Masih ada yang ingat akan Kisah Kau Dan Aku

Kenapa saya berdiam diri dari blog? Kerana sudah tiada istilah privasi bagi saya. Macam artis? Owh tidak..privasi maksudnya datang dari kalangan keluarga dan kenalan rapat. Mereka membaca..menyebar..dan memberi penilaian sendiri siapa saya sebenarnya. Atas alasan itu..saya tutup blog ini, saya perlukan dunia saya sendiri. 

Now saya rasa lebih selesa bercerita disini..kerana saya tidak bercerita pada orang dikiri kanan saya. Iya..tiada kawan rapat pun di tempat baru..walaupun setelah 2 tahun bertugas disini. Suasana nya amat berbeza sekali..dan keadaan ini buat saya terasa janggal. 


Rumah saya ini perlu dibaiki..ada gambar yang perlu diganti. Dan ada juga penghuni yang perlu ditambah. Buat kawan² blogger yang lain..jom..kita mula semula apa yang dah lama kita tinggal. 


Take my hand, will u share this with me..
All the shine of thousand spotlights..
All the stars  we steal from the night sky..
Will never been enough..






0 orang membebel:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...